Durrah berjalan mencari dimana wad 6A. Terserempak lah dengan seorang jururawat Durrah bertanyakan jururawat itu
"maaf puan, saya nak tanya wad 6A yang mana satu?" Jururawat itu berasa hairan
"wad ni di bahagian kiri sini, tapi wad ni wad persendirian. Cik ni siapa?"
Durrah mencari jalan untuk mendapatkan kelepasan masuk ke wad itu. "Oh, tunang saya dia dalam wad tu. Baru je tadi dia telefon saya" terkebil-kebil Durrah memberikan alasan.
Jururawat itu tersenyum malu "rupanya tuan Aydan dah bertunang. Sila lah cik wad dia dekat situ."
Akhirnya Durrah berjaya masuk ke wad itu. Masuk nya dia ke dalam, niat ingin memarahi Aydan tertunda apabila dia tidak sengaja melihat Aydan menukar pakaian.
Sungguh leka anak gadis itu melihat Dada Aydan yang tegap badan nya yang sasa.
"Eh! Kau siapa? Macam mana boleh masuk sini?" Terkejut Aydan sampai terlupa menutup dada nya.
Durrah menoleh ke arah lain muka nya terus bertukar menjadi kemerahan. "Saya kakak Danial, pekerja yang amanah yang . baik yang tampan dan yang awak nak pecat tu." Laju nya Durrah bercakap. Dia tidak beri peluang Aydan perjelaskan.
"Encik ingat encik kaya encik boleh sesuka hati nak pecat orang. Dah tu nak ambil balik bekerja. Adik saya tu memang tak pernah marah orang. Dia seorang yang hormat orang. Mak saya sakit.."
Aydan mendekati Durrah dan terus menyampuk "saya minta maaf. Saya tak tahu Danial hantar mak dia ke hospital. Jadi saya tak jadi pecat dia. Ya saya akui, danial banyak bantu saya. Saya ego sebab tak dapat menilai ketulusan nya."
Durrah tercengang mendengar kata-kata Aydan. Mereka saling bertentang mata.
'Kenapa hati ni tiba-tiba berdebar pulak. Kacak nya lelaki ni Ya Allah untung nya kalau dia diciptakan untuk Aku.' bicara Durrah di dalam hati.
'Mata dia sangat indah bibir nya yang mungil buat kan aku tergoda. Ya Allah sungguh cantik ciptaan mu. Alangkah indah nya kalau dia diciptakan untuk ku.' Aydan berkata di dalam hati. Suasana mula menjadi canggung.
Jururawat masuk menghantar kan makanan. Waktu untuk Aydan makan tengahari. Jururawat tadi menegur Durrah. "Maaf meganggu cik, cik pastikan tuan Aydan makan makanan ni ya sebab kejap lagi dia kena makan ubat. Saya yakin encik aydan takkan buang makanan ini kalau cik ada."
Muka Durrah bertambah merah dia hanya meng iya kan sahaja kata jururawat itu.
Aydan hairan dengan kata kata jururawat itu. "Eh kejap, kenapa puan kena bagitahu dia pulak?"
Jururawat itu menjawab sambil tersenyum "cik ni kan tunang tuan. Tadi cik ni cakap.."
Durrah terus menyampuk perbualan jururawat dan Aydan. "Eh betul lah. Tunang saya ni malu orang nya takpa puan, saya akan pastikan tunang saya habiskan makanan dia hari ni. Terima kasih puan."
Setelah jururawat itu keluar, Aydan terus mengunci pintu. Di dalam bilik tersebut hanya ada Aydan dan Durrah. Durrah gelabah dia takut akan pandangan Aydan.
"Saya nak pergi tengok mak saya" Durrah mencari alasan untuk keluar.
Aydan masih tidak beralih dari pintu itu. "Hai cik tunang harini nak teman saya makan tak?" Aydan melirik senyuman nakal nya.
Seketika itu telefon Aydan bedering, rupanya danial menelefonnya.
`hello encik. Tadi encik ada call saya?'
` ya . Kerja lah macam biasa lepas ni.'
` terima kasih encik. '
Durrah memandang Aydan tidak disangka lelaki yang disangkanya egois itu sebenarnya lelaki yang tulus.
Aydan meletakkan panggilan nya. Lalu Aydan duduk di katil nya.
Durrah yang melihat Aydan beredar dari pintu itu. Dengan pantas nya dia keluar dari bilik itu dengan tergesa-gesa.
"mana mungkin gadis secantik dia tak ada kekasih. Lupakan Aydan mungkin jodoh orang lain." Aydan menikmati makanan tengahari nya.
.......
Di rumah Durrah memasak kan bubur nasi berlauk kanngkung kicap untuk di beri kepada emaknya. Durrah tiba tiba teringat akan Aydan. Durrah membuat kan dua bekas bubur nasi.
Setibanya Durrah di hospital. Durrah menghulurkan bubur nasi itu kepada Danial.
"Adik kakak ada masak lebih nanti bagi bos Adik."
Danial hairan sejak bila kakak nya prihatin pada bos nya yang di anggap egois oleh kakak nya itu.
"Aik! Kenapa tiba-tiba?"
Durrah menjentik telinga adik nya dengan lembut. "Tak payah tanya banyak saja nak sedekah." Durrah terus membuka bungkusan bubur nasi yang ingin disuap pada emaknya.
Di wad, Aydan sedang membaca Buku. Danial mengetuk pintu tanda izin untuk masuk ke dalam bilik Aydan. Dia sangat faham kalau Bos nya itu tidak suka orang yang biadap.
"Encik kakak saya masak bubur nasi, ada lebih dia suruh bagi dekat encik."
Aydan tersenyum malu sambil memegang bungkusan makanan itu. Memandang makanan itu sambil tersenyum danial bersangka kalau bos nya itu seperti sedang mengalami trauma kembali.
"Encik tak apa? Baring lah encik tenang dulu" Danial menarik selimut yang ditindan kaki nya Aydan.
"Aku okay lah! Danial buka kan aku bubur nasi tu."
Tanpa membuang masa danial mebuka bungkusan bubur nasi dan diberikan pada Aydan. Aydan makan dengan tenang.
.....
Setelah beberapa hari di dalam Hospital Aydan kembali bekerja seperti biasa. Amani adalah rakan kerja Aydan. Amani mengenali Aydan ketika di Universiti lagi. Amani menyukai Aydan dan pernah meluahkan perasaan nya pada Aydan, Aydan tidak menyukai perempuan yang suka melayan Semua lelaki bagi Aydan Amani hanya sebagai rakam sekerja nya yang tidak lebih dari itu. Namun Amani selalu berusaha menggoda hero idamannya itu.
Amani mengusik danial yang sedang membuat kopi untuk Aydan. "Dan dan, biar aku buat kopi untuk bos." Amani merampas cawan di tangan Danial.
"Eh akak, biar saya lah yang buat bos tak suka kopi dari orang lain." Mencekak pinggang danial geram dengan sikap amani.
"Sedap sangat ke kopi kau tu? Kita cuba tengok kopi aku ni lagi sedap." Amani yakin yang kopi buatan nya lebih sedap. Hanya menggunakan kopi campuran tiga dalam satu amani yakin Aydan akan tergoda dengan rayuan nya.
Danial cuba menghalang Amani dari masuk ke pejabat Aydan. Kedegilan Amani tiada siapa yang boleh hentikan.
"Aydan i buat kan kopi spesial untuk u"
Amani meletakkan kopi di atas meja kerja Aydan.
Aydan menggeleng kepala melihat sikap amani. "Cuba professional sikit bila bekerja amani. Perangai tu tak pernah berubah."
Danial menarik Amani keluar lalu mengunci pintu. Amani puas hati walaupun di halau rancangan ambil hati Aydan berjaya dia lakukan.
Danial mengambil cawan kopi dibuat Amani di letakkan di dapur pejabat. Danial buatkan kopi yang baru untuk Bos kesayangannya itu. Dia cukup kenal bos nya. Dulu nya Aydan tidak suka kopi, setelah Danial bekerja dengannya kopi buatan danial adalah yang paling tersedap. Apa lah agaknya yang di taruh dalam kopi itu.
"Encik ni kopi encik saya dah gantikan dengan yang baru." Danial memberi Aydan segelas kopi.
Aydan minum kopi sambil melihat telefonnya terus teringat tentang Durrah. Danial mula menjadi pakcik bawang. "Kakak kau tu kerja apa?"
Danial menjawab sambil tangan nya membelek tab "kakak saya tak kerja encik. Dia jaga emak saya"
Aydan kembali bertanya "dia dah kahwin"
Danial menjawab mata nya tetap tertumpu pada skrin tab nya. "Belum"
Aydan senyum sambil mengurut dagu yang tidak berjanggut itu.
Danial baru tersedar dan hairan kenap tiba tiba sahaja bos nya itu bertanya kan tentang kakak nya.
"Kenapa encik tanya pasal kakak saya"
Aydan menjawab dengan berani "Aku suka kakak kau"
Danial terkejut dan tercengang dengan jawapan yang di beri bos nya itu.
"Kenapa Encik boleh suka kakak saya. Encik tak pernah tengok dia. Kakak saya tu buruk encik."
"Kakak kau cari aku hari tu dekat wad dia nak marah aku sebab pecat kau." Aydan bercerita mata nya menatap ke arah jendela luar.
"Saya tak pernah cerita pasal kerja saya pada kakak saya encik. Tak boleh jadi ni" Danial tidak tahu macamana kakak nya boleh pergi mencari bos. Danial risau jika bos benar benar suka akan kakak nya. Bagi Danial kakak nya sangat istimewa bukan calang orang yang boleh memiliki kakak nya.
"Aku bagi kau cuti tiga hari balik lah kampung tengok mak dan kakak." Aydan masih tersenyum
"Kampung saya dekat sini lah bos"
Danial menjawab
"Oh lagi senang esok kau datang ambik aku, bawa aku bersiar siar dekat kampung kau." Aydan bangun dan terus keluar dari pejabatnya.
Danial menggaru kepala apa lah agak nya yang bos ego nya nak buat kali ini.
........
Di halaman rumah di bawah pokok jambu Durrah dan sahabat baik nya Ayong mengait baju yang ditempah oleh pelanggan atas talian. Mana kala emak Durrah maksom hanya dapat melihat anak nya dari kerusi roda sahaja.
"Alhamdulillah banyak tempahan kita kali ni" kata ayong yang sangat gembira
"Syukur pada Allah, lepas ni kalau dah maju boleh lah kita bukak kedai kecil, kita jual di kedai pulak." Durrah turut gembira melihat sahabatnya gembira.
"Aku pulak nak kahwin dengan danial lepas ni. Tak sabarnya aku." Gedik ayong pada Durrah.
"Eh kau! Jangan nak mimpi jadi adik ipar aku tau. Aku tak restu." Durrah menyindir Ayong yang sedang berangan itu.
"Aku tak perlu kan restu kau. Biar mak je merestui hubungan ku dan dia" gurauan ayong merisaukan Durrah.
Durrah tidak mahu adik nya memperisterikan sahabat nya. Kerana tidak mahu suatu hari jika mereka berdua bergaduh mungkin persahabatan mereka juga akan bermasalah. Durrah lebih suka Ayong menjadi sahabat nya sentiasa.
.............
Tepat jam 9:35 am Danial ke rumah Aydan. Danial membuka sendiri kata kunci kondominium Aydan. Hanya Danial sahaja yang diberi kepercayaan untuk memasuki rumah nya.
Selesai mandi Aydan mengenakan sehelai kemeja lengan pendek berwarna biru muda dan sehelai seluar slek berwarna hitam. Aydan seorang yang sangat teliti dari segi penampilan.
Danial lah yang selalu menyediakan pakaian, makanan dan keperluan Aydan. Bagus sungguh Danial ni. Lelaki idaman setiap wanita.
"Encik saya dah batal kan mesyuarat dengan ejen dari nilai, perjumpaan dengan pereka baru saya dah serah pada HR. Hari jadual kosong." Danial duduk di meja sambil membaca tab nya.
"Bagus, lepas makan kita bertolak"
Kata Aydan sebelum menyuap sekeping roti bakar ke dalam mulut nya.
"Kita nak ke mana Encik?" Tanya Danial keliru.
"Kita balik kampung kau lah." Aydan menjawab dengan bersahaja.
"Encik betul ke nak datang kampung saya. Kampung saya tak ada apa yang menarik encik." Danila terus memberi Alasan.
"Sampai hati kau tak nak jemput aku ke kampung kau. Aku tak pernah merasa suasana kampung. Lagipun aku melawat mak kau. Aq bersalah dengan kelakuan aku haritu." Aydan memberi alasan.
'ya lah tu nak jumpa mak entah-entah nak jumpa kakak' danial berbisik di dalam hati.
Danial setuju untuk bawa Aydan ke kampung nya. Lagipun bukan senang Aydan nak cuti lebih dari tiga hari. Bos nya itu memang kedekut nak bagi cuti pada pekerja.
Nasib lah Danial jika Aydan suka pada kakak nya.
Share this novel