Bab 25

Drama Series 16236

Jam menunjukkan pukul 10:35 minit pagi. Matahari mula naik tinggi. Aydan masih lagi dalam selimut kemalasan. Sudah berapa kali Durrah cuba mengejuntukannya tapi Aydan masih kenyenyakkan membaluti selimut.

" Bie bangun bie, dah pagi ni. " Durrah menyingkap selimut yang membalut tubuh Aydan. Bahu Aydan di goncang lembut isterinya, Durrah mula perasan wajah suaminya menjadi Pucat lesi. Keringat dingin mengisi ruang di wajahnya. Gelisah durrah membuat dirinya tidak boleh berfikir hala tuju nya harus ke mana. Dengan cepatnya dia mencapai telefon iPhone 13 milik suaminya. Nombor telefon Fateh paling atas terus di hubungi nya, mana sempat lagi dia membelek buku kenalan untuk mencari nama Danial.

" Hello , Angah ! Along tak sedar. Datang cepat ! "

Panggilan di matikan, terdetik di benak fikirannya untuk cuba sedarkan Aydan, Durrah berlari ke arah bilik air, dia mendapatkan gayung yang berisi Air. Durrah mencedok air dengan tapak tangannya lalu dia menyeka muka Aydan dengan lembut. Takut pula jika Aydan merasa sakit dek kekasarannya.

" Bie? Kenapa bie ni? " Ketara sekali keresahan di wajah itu. Aydan mula menggerakkan jari jemarinya namun matanya seakan berat. sukar untuk dia celik. Tak boleh terus dibiarkan begini, fateh pula mungkin mengambil masa sedikit lama untuk kemari.

Dengan seluruh kudrat seorang wanita dia berusaha menopang tubuh suaminya yang sedikit berat itu, perlahan-lahan turun ke bawah. Keadaan Aydan yang sungguh tak bermaya membuat kan tubuh nya semakin memberatkan Durrah untuk menopang Tubuh suaminya itu. Aydan juga berusaha untuk keraskan langkahnya untuk memudahkan isterinya. Namun apa boleh buat, daya tahan Aydan sudah capai tahap rendah sekali.

" Kakak kenapa dengan Aydan tu? " Puan zalina mendongak dari arah ruang tamu. Jikalau lah Puan Zalina boleh berjalan tentu dia tak hanya berdiam melihat situasi yang mengkhuatirkan itu.

" Abang Aydan tiba-tiba tak sedar mak " tak tertahan lagi airmata wanita itu dek situasi yang tiba-tiba sahaja terjadi.

Tak sempat lagi ucapan salam di ucap, tombol pintu terus dipulas Fateh, termanggu sesaat melihat Aydan yang bertopang bahu isterinya hanya mampu terduduk di pojok tangga menunggu kehadiran Fateh. Sudah habis kudrat kakak iparnya itu berusaha menopang tubuh seorang suaminya.

" Angah dah call doktor John kejap lagi dia sampai. " giliran Fateh pula menopang Abang sulungnya. Sekuat manapun seorang wanita itu, mesti harus ada lelaki di samping nya. tak smpai satu minit tubuh Aydan di rebahkan di atas sofa. Mungkin sahaja selepas ini Durrah seharusnya makan lebih banyak supaya menambahkan gizi pada badannya. Ada juga lah berguna di saat tiada Danial atau Fateh untuk membantu kelak.

" Angah kenapa dengan Abang? Dia sakit apa? " Muka nya terselah kebimbangan melihat akan keadaan suaminya. Dia selalu merasakan ada rahsia yang di sembunyikan.

" Trauma dia jadi balik. " Buat apa lagi Fateh harus bersubahat merahsiakan penyakit Abangnya pada Durrah, keadaan Aydan yang seperti nyawa-nyawa ikan membuat kan Fateh tak kuat untuk berdalih.

A
" Trauma? " Satu patah perkataan keluar dari mulut Durrah. Berkerut dahinya dengan kata Fateh.

" Masa Along kecik, dia menghidap penyakit External Behavior atau nama mudah dia Tamper Tantrum "

Tercengang Durrah mendengar perkataan yang membuat lidah nya berbelit jika disebut ulang. Terjunggil biji matanya mendengar jawapan Fateh. Airmata sudah semestinya tidak mampu ditahan lagi. Puan Zalina hanya mampu terkaku melihat keadaan menantunya yang sebegitu.

" Lepas dia dah sembuh. Datang pulak gejala baru. Yang Along tengah hadap sekarang ni lah. Trauma Mnemophobia, Trauma pada kenangan silam. Dia akan gemuruh jika berlaku pergaduhan, hati dia sedang sakit atau dia merasa sangat marah, Trauma dia akan datang. "

Terduduk Durrah di samping suaminya sesudah mendengar penjelasan Fateh. Tangan nya meraut wajah sedih itu. Perasaan di ulit sebersalah beraduk gusar, kenapa harus dirahsiakan perkara yang sangat penting. Perkara yang melibatkan nyawa orang yang dia sayang. Habis basah birai tudung sauk Durrah dek air mata yang tidak henti-henti merembes keluar dari bola matanya.

" Kenapa kaklong tak pernah tahu? Teruk nya kaklong ni. Suami sakit pun tak tahu. " Tak henti-henti Durrah menyalahkan dirinya. Dia merasakan dirinya tidak ada guna menjadi isteri, penyakit suami sahaja dia tidak tahu. Tabahlah Durrah Haura. Yang harus dipersalahkan Yusuf Aydan. Bersungguh-sungguh merahsiakan trauma nya dari isterinya sendiri hanya kerana takut jika Durrah tidak boleh terima Aydan, Aydan takut sekiranya Durrah tahu dia mempunyai kelemahan yang tak normal.

_____________

Tangisan hiba Lily Yasmin di sebalik tirai besi mengingatkan dia pada hari kematian Bapanya. Meninggal kerana di bunuh bukan lah sesuatu yang boleh dia terima dengan hati terbuka. Mungkin ada benar niatnya untuk mencari si pelaku yang membunuh orang yang paling dia sayang. Hanya kerana tindakannya yang kurang bijak akhirnya telah menempatkan dia di situ.

" Nur Lily Yasmin, ada pelawat. " Tenang sahaja reaksinya, membontoti langkah warden penjara itu.

Wajah pertama yang di lihat di sebalik kotak kaca itu adalah wajah seorang yang tidak pernah anggap dirinya sebagai seorang isteri. Sembap matanya seharian menangis. Hari ini dia berjanji untuk tidak lagi menjatuhkan air matanya lagi.

Lily melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan suaminya namun situasi berbeza. Kalau dulu berhadapan dan boleh menyentuh, tapi kini hanya mampu melihat di sebalik kotak kaca itu. Fikri pertama meletakkan telefon di telinganya. Lily menjawab setelah telefon di sebelahnya berdering. Kali ini reaksi Lily masih tenang.

" Assalamualaikum " ucapan salam dari Fikri cuba mengusik suasana hati Lily.

" Waalaikumussalam" salam yang terjawab di bibir isterinya menyentak perlahan hati lelaki itu.

" Apa yang u dah buat Lily? Papa kena bunuh lima tahun lepas dah. Dan yang u balas dendam tu tak ada kena mengena dengan kes kematian papa u. Sekarang tengok? U dah menyusahkan banyak pihak. U dah memudaratkan diri u sendiri. "

Kesal Fikri dengan tindakan Lily, marahkan nyamuk kelambu yang di bakar, kerana Dendam dengan Tuan Omar yang disangka membunuh bapa nya itu menyebabkan kerugian pada dirinya sendiri. Apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur, dalih lah bagaimana sekalipun sudah terungkap kesalahan pada dirinya.

" Dia papa i. Selepas mama meninggal dia je keluarga yang i ada. Apa perasaan u? Oh lupa. Dia bukan papa u buat apa u nak terkilan. " Perlahan dan bersahaja Lily menjawab. Mata nya mula berkaca bila teringat akan Bapanya. Kalau kematian Bapanya berpunca dari penyakit mungkin dia tidak akan bertindak sebegitu rupa. Tapi sebaliknya.

" I datang nak bagitahu U, i takkan jamin u. "

Mendengar kan jawapan itu, mata Lily yang sembap terpejam untuk seketika. Air mata yang disangkanya sudah kering akhir nya gugur juga di pipi merah itu.

" Berubahlah, buang segala benci, dendam, dengki. Buang jauh-jauh. Dekatkan diri u dengan yang maha esa. Merayu dan mintalah pada dia. I akan datang tengok u seminggu sekali. Itu janji i. "

Meraung, teriak, meronta-ronta hanya gambaran dari hati dan perasaannya ketika itu. Siapa sahaja yang mahu tinggal di tempat yang penuh derita itu. Namun bagaimana lagi yang harus di lakukan.

" Kenapa u nak datang lagi? Lepas u dah cerai kan i dah tentu u takkan jumpa i lagi dekat sini kan? " Sayup Lily, dia telah memungkiri janjinya adapun dia tidak akan menggugurkan air matanya kerana Fikri.

" U jangan risau, selagi u berusaha nak berubah. I tak akan tinggalkan u. " Senyuman tulus tersungging di bibir Fikri, Perkataan akhir dari Fikri itu membuatkan Lily di penuhi rasa kesal di wajah nya.

" Puan saya nak masuk! " Tidak mampu lagi dia menahan sebak apabila mendengar ucapan Fikri. Mana mungkin Fikri cinta akan dia yang sedang di himpit bermacam dugaan. Lily bangun dari duduknya dan terus mengatur langkah kembali ke tempat yang dipenuhi sesal itu.

Hanya mampu berdiri dan melihat langkah isterinya yang lesu, mungkin sahaja badan isterinya kelenguhan dek Semalaman tidur di lantai. Hati suami mana yang tidak luluh melihat kan isterinya menanggung derita itu. Mungkin itulah hikmah yang ingin tuhan berikan padanya. itulah yang terbaik untuk dirinya

__________

" Kamu masih ambil ubat-ubatan ni lagi Aydan? " Doktor John menggeleng kepala seraya tangannya mencekak ke pinggang lebar nya. Aydan hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Wajah Durrah dan Fateh di pandangnya silih berganti.

" Kenapa doktor? " Lantas Durrah ingin tahu apa yang salah dengan suaminya.

" Trauma Aydan ni dulunya memang teruk. Tahun ni semakin pulih lah kalau nak banding dengan dulu. Abah dah pesan stop Ambil ubat ni. Sebab ubat-ubat ni akan bagi kesan sampingan pada trauma kamu. Tapi makin kuat kamu ambil ubat ni. Kenapa Aydan? "

Doktor John Mula gusar dengan tindakan Aydan, Sepatutnya penghidap trauma Mnemophobia yang semakin meningkat usia harus mengatasi trauma mereka dengan membuat rawatan psikologi, Bagi Aydan untuk menyembunyikan trauma nya pada Durrah dia sanggup ambil ubat-ubatan yang akan beri kesan yang ketara kepada penyakitnya.

" Yang bie cakap botol vitamin ni? " Durrah mengeluarkan jari
tunjuknya ke arah botol-botol ubat yang ada di atas meja kopi itu.

" Fluvoxamine dan Paxil ni ubat Depresi, dari mana kamu dapat ubat-ubat ni? "

Tiga pasang mata kini menatap tajam ke dalam anak mata Aydan. Terkebil-kebil bibirnya ingin menjawab soalan Doktor John di hadapan isteri bengisnya.

" Tu lebihan ubat setahun lepas. "

Dengan pantas Botol-botol ubat itu di masukkan ke dalam plastik dan dibuang Durrah ke dalam tong sampah di luar rumah. Terasa payau berbaur kelat liur di telan Aydan melihat tingkah isterinya.

" Bengkeng jugak kaklong ni " Fateh menggelengkan kepalanya seraya memandang ke arah Durrah yang melangkah keluar membuang ubat-ubatan yang tamat tempoh itu.

" Mahu tak bengkeng. Ubat-ubatan yang tamat tempoh akan mengakibatkan keracunan. Bagus tindakan Durrah tu. Lepas ni tak perlulah kamu sembunyikan pasal penyakit kamu kerana takut kan Durrah tak boleh terima hal tu. Tindakan durrah tadi, Abah tak rasa dia macam yang kamu fikir. "

Mendengar kata-kata Doktor John menyedarkan Aydan dari prasangka nya terhadap Durrah. Kalaulah Durrah seperti yang di fikirnya dari awal waktu Aydan pitam mungkin Durrah takkan ada di samping nya hingga sekarang.

" Kamu ni sebenarnya stress kerja ni. Tekanan darah kamu tinggi dari biasa. Ambil lah cuti. Beberapa hari rehat, luangkan masa dengan isteri. Tak ada apa-apa abah balik hospital dulu ya? "

" Terima kasih Abah maaf dah susahkan abah. "

Sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang doktor melayani dan merawat pesakitnya. Kalau sepuluh orang seperti Aydan yang ikut kepala sendiri soal ubat-ubatan itu alamat Doktor John pun berhenti dari menjadi Doktor.

" Angah terima kasih banyak tolong Along. Makan tengahari dekat sini ya? Ajak isya sekali. " Pelawa Durrah menjemput Adik iparnya makan tengahari di situ, bukan apa ada macam-macam rahsia Aydan yang mahu dia cungkil dari Fateh.

" Angah kerja lah kaklong. Malam ni lah, ajak mama dan papa sekali baru meriah."

" Baiklah kalau macam tu hati-hati bawak kereta"

tangan Durrah dan Aydan di jabat Fateh, tak pasal-pasal kerjanya di tangguh lagi. Sudahlah di label HR paling muda oleh Tuan Omar.

" Along tu lepas ni tak payahlah berahsia dengan kaklong lagi. Penat Angah nak kena karang cerita nak tarik perhatian kaklong. Kalau ada apa-apa call Angah. Assalamualaikum"

" Waalaikumussalam"

Serentak menjawab salam di ucap Fateh. Pintu rumah di kunci, sedari tadi Durrah memang menahan bara di dadanya. Api yang mula jadi kawan kini sudah menjadi lawan. Namun Amarahnya tidak akan di lempar pada suaminya kerana dia sudah tahu kelemahan trauma suaminya.

" Kakak, masakkan bubur nasi dan kangkung kicap dekat Aydan. Buat kan teh halia untuk lega kan badan tu. " Saran puan Zalina kepada anak perempuannya, hanya mampu memberi Arahan dari kerusi roda sahaja.

" Baik mak " wajah Puan Zalina di pandang Durrah dengan tulus, sekilas pandangan bertukar ke arah Aydan bukan senyum yang tersungging namun jelingan maut di lontar nya, lalu Durrah terus menyusun langkah terus ke dapur.

' habis lah kau Aydan, kucing dah jadi singa.'

Gumam Aydan di dalam hati. Liur kasar di telan setelah melihat jelingan tajam si isteri. Pandai sangat gerakkan harimau yang sedang tidur padahnya terpaksa lah di tangani

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience