"Danial ! Sanggup kau biarkan kakak kau datang sini? Kalau jadi apa-apa dekat dia kau nak salahkan siapa?" Pesanan whatsapp di kirim kepada Danial.
Tidak boleh ditahan Amarah Aydan ketika ini. Isterinya seorang wanita, masakan dia tidak runsing melihat isterinya datang Dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang semata-mata mencari dirinya.
Tombol pintu bilik di pusing Aydan. Melangkah masuk di dalam bilik itu. Durrah kebingungan seorang diri. Suaminya seorang diri datang ke Penang. tapi bilik yang di tempah nya sangat luas.
"Bie duduk sorang je tapi kenapa luas sangat."
Soalan Durrah di hiraukan Aydan. Tangan Durrah di tarik mendesak oleh Aydan. Tubuhnya di sandarkan ke dinding. Berhadapan dengan Aydan tangan nya menekap ke dinding.
"Kenapa tak bagitahu bie dulu nak datang? Kenapa buat keputusan tak bincang dulu? Memang suka buat orang susah hati ke?"
Air mata merembes keluar dari bola matanya. Kali ini tangisan tak mampu di tahan selepas mendengar bentakkan dari sang suami. Betapa sakit nya hati dia ketika ini. Suami yang selalu lembut dengan nya akhir nya membentak dia kerana kekhilafan yang dia lakukan.
"Sayang takut bie jauhkan diri bila tahu sayang datang cari bie" Tubuhnya menjadi kaku. Melihat tatapan Aydan menusuk anak matanya.
" Sayang tahu tak perbuatan sayang ni melampau sangat. Kalau apa-apa jadi dekat sayang bie nak jawab apa dekat Emak? Sayang dah banyak sakitkan hati bie tahu tak. Bie penat dengan sikap sayang ni"
Aydan mengakhiri katanya dengan penuh kekesalan di dada. Merenung ke wajah sayu isterinya membuat kan Aydan tidak tega melihat tangisan isterinya itu. Namun dia tidak boleh terlalu lembut dengan isterinya. Kali ini Aydan betul-betul ingin mendidik isteri nya itu.
" Pergi mandi lepastu makan."
Tegas Aydan terus bertukar posisi. Tangan Durrah ditarik lembut menuju ke bilik ke dua. Durrah membontoti langkah suaminya. Terkedu melihat ketegasan suami nya itu. Aydan yang dia kenal adalah seorang lelaki yang penuh kelembutan di hatinya. Seorang yang sopan santun. Namun kali ini Aydan banyak berubah.
" Ambil tuala ni pergi mandi. Bie keluar kejap . Sayang jangan pergi mana-mana tunggu sampai bie balik"
Durrah hanya menganggukkan sahaja kepalanya. Tuala di capai dan terus melangkah ke bilik mandi. Aydan mencapai kunci kereta dan terus menuju ke pusat beli-belah yang berdekatan.
Aydan mengerling ke arah jam tangan nya. Jam sudah menunjukkan waktu 9:30pm sebentar lagi Pasaraya itu akan ditutup. Dia mempercepatkan langkah nya terus ke kedai pakaian.
"Ya encik ! Boleh saya bantu?" Sapa salah seorang jurujual di situ.
" Dapatkan saya dua pasang pakaian perempuan lengkap. Saya akan datang balik kejap lagi."
Terburu-buru Aydan meninggalkan kedai itu dan terus ke kedai pakaian dalam wanita. Dia menghiraukan perasaan malu yang bertimpa-timpa demi isterinya.
" Ya encik boleh saya bantu? "
"Saya nak beli kan tiga pesang untuk isteri saya. Boleh cik pilih kan? saya tak kisah macam mana pun."
Malu nya terus tertahan. Melihatkan pandangan orang membuat wajah Aydan menjadi kemerahan.
" Tapi isteri Encik pakai saiz dan cup apa ya?"
Soalan itu membuat Aydan terkedu. Ya Durrah itu isterinya. Tubuh isterinya juga telah menjadi tatapan Aydan. Tetapi dia tidak arif soal saiz pakaian dalam isterinya.
" Humm ! Saiz M ye saiz M! ." Aydan menggaru kepala yang tidak gatal.
" Baik lah "
Jurujual itu faham kegugupan yang di kuasai hati Aydan. Tanpa banyak tanya jurujual itu membungkus kan sesuai kehendak pelanggan nya itu.
" Pakaian dah lengkap. Makanan? Alamak dah tak sempat dah ni. "
Jam tepat pukul 10:00pm kedai-kedai mula tutup. Hanya kedai mamak sahaja yang masih beroperasi. Tanpa membuang waktu Aydan melanjutkan langkah nya.
Usai mandi. Baju tuala di sauk ke tubuh kecil nya itu. Durrah menjenguk ke ruang bilik hotel yang di tempah suaminya.
" Besar nya bilik ni. Takkan duduk sorang pun nak kena luas macam ni? "
Melihat ke arah pintu bilik utama membuat kan Durrah tertanya-tanya bagaimana dekorasi bilik utama. Tombol pintu di pusing nya. Langkah terhenti suasana berubah sayu. Hari ini air mata nya tidak lokek keluar dari bola matanya.
" Happy Honeymoon sayang ? "
Belon Abjad terlekat di dinding. Sepasang tuala berbentuk angsa bercumbu di atas katil yang dikelilingi taburan bunga mawar. Apakah maksudnya? Adakah Aydan telah merancang sesuatu?
" Happy Honeymoon Encik Yusuf Aydan dan isteri Puan Durrah Haura. " Kad ucapan dari hotel tertulis nama nya. Membuat hati wanita itu meronta-ronta.
" Aydan bersusah payah buat ni semua untuk aku. Tapi aku masih tak hargai usaha dia. Ya Allah kenapa dengan aku ni? Apa lagi yang aku nak sebenarnya"
Tak henti-henti Durrah menyalahkan dirinya. Lelaki yang baik seperti Aydan memang di idam kan para wanita . Namun Durrah tidak pandai menggunakan kelebihan yang Tuhan kurniakan pada nya.
" Assalamualaikum ! Sayang?"
Melangkah masuk ke ruang tamu, Aydan mencari-cari isterinya.
" Sayang ?"
Durrah memusingkan tubuhnya Setelah mendengar suara suaminya memanggil.
" Bie tahu yang sayang nak datang sini? " Tersekat-sekat suara Durrah menyoal suaminya.
" Tak ! "
Dengan tegas Aydan menjawab.
" Habis ! tu semua?" Tangan nya menunjuk ke arah bilik utama itu.
" Hari ni bie ada discussion business project dengan syarikat-syarikat ternama."
Tatapan mata Aydan kepada isterinya beralih. Kedua tangan memeluk tegap tubuhnya.
" Selama tiga bulan kita menikah. Bie tak pernah bawak sayang pergi Honeymoon. Di sebabkan bie ada kerja kat Penang. Bie terus booking hotel ni untuk surprise kan sayang tapi rancangan bie tak berjaya. Nak taknak bie kena jugak stay dekat bilik ni."
" Sekarang sayang datang sini. Kita jadi honeymoon?" Pinggang Aydan dirangkul Durrah.
" Bie beli kan baju untuk sayang. Pakai baju ni nanti badan masuk angin. Bie sempat beli nasi kandar je. Lepas makan masuk tidur. "
Aydan mula menukar Topik soalan yang ditanya isterinya. Durrah seakan lupa apa yang di katakan dia pada Aydan semalam di dalam kereta. Aydan masih tawar hati dengan isterinya atas apa yang dikeluarkan dari mulut wanita itu. Bagi nya mencintai lelaki lain dalam status seorang isteri adalah Dosa besar.
" Bie dah makan? sayang suapkan bie nak?. "
" Tak payahlah. Bie dah makan masa majlis tadi. "
Kelakuan Durrah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Padahal dia tidak tahu yang suaminya masih tidak buka hati dengan peristiwa semalam.
" pandai jugak dia beli. Elok dengan saiz aku. Terima kasih bie."
Tersengih-sengih Durrah memakai baju tidur paras paha yang di beli Aydan. Lelaki ini memang sangat perhatian, membuat kan durrah geli hati dengan tingkah suaminya.
Durrah bersedia menunggu suaminya masuk ke bilik utama itu. Malam ini dia tekad untuk membuang harga diri nya hanya untuk memikat semula hati suaminya. Minyak wangi jasmin di keluarkan dari perut beg tangannya lalu di sembur ke seluruh tubuh. Gincu merah di calit di bibir mungilnya. Rambut ikal mayang di lepas dari ikatan. Mendengar kan tombol pintu bilik di pulas, Durrah laju mengambil posisi nya di atas katil.
" Bie ! Cantik tak Sayang?"
Aydan hanya menelan kasar liur melihat tingkah manja isterinya. Sudah tentulah cantik. Kerana cantik lah Fikri masih tidak boleh melupakan Kan bekas kekasih yang telah jadi isteri orang itu.
'Sabar Aydan jangan mudah tergoda. Kau kena tegas sampai dia sedar kesalahan dia.'
Godaan isterinya sedikit merangsang Aydan. Namun dia tetap menahan diri supaya tidak termakan oleh taktik nakal isterinya.
"Bie penat. Bie nak tidur" Aydan melabuhkan tubuhnya di atas katil.
Tangan Durrah perlahan-lahan merayap di dada sasa suaminya. Berkerut dahi Aydan menahan syahwatnya.
" Bie jangan lah tidur lagi ! Sayang dah cantik cantik untuk bie."
Sebelum tangan Durrah merayap ke tempat lain lebih baik perbuatannya di cegah dari awal.
" Sayang dah lupa ke apa yang sayang cakap dekat bie semalam?"
Tangan Durrah ditepis perlahan. Aydan menukar posisinya. Bersandar di kepala katil sambil memeluk tubuh sendiri.
" Sayang masih tak boleh lupakan dia. Sebab dia cinta pertama sayang. Sekarang bie ni hanya jadi orang tengah dalam hubungan sayang dengan dia." Tenang Aydan menyuarakan isi hatinya.
" Bie ! Maafkan sayang. Kehadiran bie dalam hidup sayang terlalu cepat. lepas seminggu bie tinggalkan sayang pergi Jakarta, sayang dah tak tentu arah. Sedikit-sedikit sayang dah boleh lupakan dia. Sayang dah mula jatuh cinta dengan bie !"
Ungkapan Durrah yang terakhir membuat pandangan Aydan terus menatap wajah suram isterinya.
" Bila sayang terserempak dengan dia semalam. Bukan cinta yang lama datang balik. Tapi lebih kepada dendam, marah , benci. Ya ! Sayang mengaku. Memang susah nak lupakan dia. Tapi bie ! sayang hanya cintakan bie sahaja sekarang ni. Jodoh sayang adalah bie. Jodoh yang di anugerahkan Tuhan untuk sayang."
Tangan Aydan di kucup berlawanan arah. Mata Aydan mula berkaca mendengar kan ketulusan hati isterinya. Itu lah apa yang dia mahukan. Dia hanya mahu isterinya kembali kepada hakikat bahawasanya dia adalah isteri kepada Yusuf Aydan.
" Janji dengan bie ! Sayang kena cuba lupakan Fikri. Bie taknak lagi sayang sedih kerana dia. " Hidung Durrah dicuit. Pinggang Durrah di rangkul erat.
" Sayang janji ! Sayang akan lupakan dia. Hanya bie sahaja di hati sayang ".
Durrah mengerlip mata bulat nya. Aydan senang hati melihat kecomelan isterinya. Perlahan Durrah di baring kan oleh Aydan. Badan Aydan menimpa pada badan kecil isterinya. Bibir mungil itu di kucup berkali-kali.
Perasaan sayang Durrah pada suaminya sudah bertunas. Malam ini Durrah melayani suaminya dengan penuh rasa cinta, dengan penuh rasa sayang. Tidak ada lagi perasaan malu antara mereka.
Merenung tulus wajah merah isterinya yang masih lena di buai mimpi membuat Aydan menjadi tak keruan. Wajah isterinya di usap lembut.
" Sayang bangun ! Solat subuh "
Durrah Masih menggeliat di dalam selimut.
" Haish ! Sayang, bangun nanti terlepas pulak solat subuh. "
Saat Durrah membuka mata pemandangan pertama yangbdi lihat ialah wajah mulus suaminya. Bahagia nya dia kini menjadi seorang isteri lelaki yang kacak itu, lelaki yang pernah dia suka tapi tak pernah dia cinta. Tapi kini cinta milik mereka.
" Baby ! I love you Mr Oyster " rengekan manja Durrah membuat kan Aydan tersenyum hingga ke telinga.
" Honey , if I were an oyster. You are the pearl in the oyster. wherever you are, I will be there."
Bibir mungil isterinya di kucup lembut.
" Pergi mandi bie tunggu sayang kita solat berjemaah "
Durrah mengangguk kepalanya sambil mengukir senyum di bibir. Dia mula mengatur langkahnya menuju ke bilik air. Manakala Aydan bersiap-siap untuk menjadi imam kepada makmum nya.
Share this novel