The Pearl Of My Life Bab18

Drama Series 16236

Sepanjang perjalanan Durrah hanya membisu kata. Hati nya meronta-ronta kesakitan. Sakit di tampar berbaur luka di hati yang baru ingin pulih. Melihatkan sekilas wajah isterinya membuat kan Aydan tak kuat untuk meyekat perasaan iri hati tentang keberadaan Fikri dalam fikiran isterinya sekarang.

"Sakit lagi ke sayang?"
Aydan menyoal Durrah mata nya terus tertumpu pada pemanduannya.

Hanya diam membeku itu lah yang di lakukan nya sekarang. Lagi sakit hati Aydan melihat sandiwara yang tercetus sebentar tadi. Rancangan ingin membuat isterinya nya bahagia hari ni bertukar menjadi duka.

"Sayang bie tengah bercakap dengan sayang ni."

Masih diabaikan Durrah. Aydan tetap cuba mengawal emosinya. Pemanduan di hentikan. Aydan melepaskan tali pinggang keledar. Sekarang dia mula merasakan dada nya mula ada tarikan. Cepat dia mengeluarkan telefon bimbitnya, lokasi terkini di kongsi kepada Danial, persediaan kalau trauma nya tiba-tiba menyerang.

"Sayang ingat lagi ke dekat dia?"
Di endahkan beberapa kali. Kesabaran Aydan mula hilang.

"Huh ! Masih ingat bekas kekasih sedangkan suami dekat depan mata." Sinis Aydan. Mata menatap jalan di luar jendela kereta.

"Awak tak faham saya."
Perlahan Durrah menjawab. Suara nya mula tersekat-sekat.

"Tak faham lagi? Nak orang faham macam mana lagi? Cakap je lah kalau diri tu masih sayangkan dia."

Aydan melepaskan segala yang terbuku di hati nya. Cukup penat di pendam akhirnya dia lepaskan sahaja.

"Yes ! Memang awak tak faham ! Awak pernah rasa di tinggalkan orang yang awak paling percaya? Orang yang awak sayang? yang awak cinta? Awak pernah rasa semua tu? Tak mudah untuk saya lupakan orang yang pertama saya cinta !. "

Durrah menbentak sekuat hati. Air mata terus merembes keluar dari mata yang berkaca itu. Mendengar bentakkan Durrah membuat Aydan naik angin.

"Orang pertama yang awak cinta? Eh ! Awak sedar tak awak sekarang ni isteri saya?"

Sudah tidak ada lagi panggilan manja suami isteri ketika suasana hati menjadi hiba.

"Ya saya isteri awak. Yang awak lamar dalam saya masih ada ikatan dengan dia."

Alasan Durrah sangat tidak masuk dek akal.
Orang sabar bukanlah orang yang tidak memiliki rasa marah, tapi orang yang dewasa dan kuat mengendalikan amarahnya. Namun makin ditahan makin terasa pedih yang tidak mampu di tahan.

"Awak hilang akal ke Durrah Haura?"

Tercengang melihat akan amarah suaminya.
Membuat kan Durrah terkedu dan kecewa.

"Dia cuma Kekasih awak saja masa tu. tak ada apa-apa ikatan halal, Dalam islam tak ada kata tak boleh kahwin dengan kekasih orang. Tapi islam haram kan kahwin dengan isteri orang. Apa lagi cinta kan isteri orang. Awak sedar tak? Yang awak ni sebenarnya tak boleh terima takdir. "

Aydan mula merasakan tekanan di dada nya. Matanya menjadi merah seperti biji saga. Nafas nya tercungap-cungap. Dash board di buka ubat-ubatan berselerak. Durrah terkesima melihat longgokan botol-botol ubat yang banyak.

"Bie ok?"
Melihat akan keadaan Aydan hati Durrah mula gelisah.

Soalan Durrah di hiraukan seketika sebutir pil di telan nya. Mata nya mula menjadi kuyu pandangan mula menjadi kabur. Kelam-kabut Durrah mencapai telefon bimbit nya. Belum sempat dia meminta bantuan. Danial sampai tepat pada masanya.

"Kakak bukak kunci pintu ni."
Tingkap kereta di ketuk bertalu-talu. Durrah dengan panik membuka kunci pintu bahagian pemandu. Tangannya terketar-ketar melihat kan keadaan suaminya.

Seperti biasa Danial membuka butang baju kemeja Aydan supaya dia tidak merasa terlalu sesak. Danial menopang Aydan dan di letakkan di tempat duduk penumpang.
Kereta Aydan di pandu Danial pulang ke rumah Aydan. manakala kereta Danial di pandu sahabat nya Akram.

"Danial apa dah jadi dengan Abang Aydan?"

Durrah tidak berhenti menanya kan soalan yang sama berulang kali. Tapi Danial hanya mampu kunci mulut sahaja. Dia sudah berjanji tidak akan ceritakan pada kakaknya soal trauma yang dihadapi Aydan.

Fikri pula kesal dengan kelakuan isterinya yang memalukan tadi. Kali ini dia tekad untuk melepaskan isterinya di hadapan ibunya.

"Ibu ayi dah tak tahan dengan perempuan ni hari ini depan ibu. Aku.."

Mulut Fikri di tekup dengan tangan Ayah nya. Pak kub cuba menahan Fikri dari melakukan perbuatan sia-sia itu.

"Demi perempuan tu u nak ceraikan i? Memang patut pun i lempang muka dia tadi."

"Kenapa ayi? Sabar jangan ikutkan marah tu. " Pujuk pak kub Anak lelaki nya itu terlalu ikutkan perasaan.

"Kamu masih berjumpa dengan perempuan tu ke Fikri?" Soal Mak senah lengan baju nya di singsing pinggang lebar nya di cekak.

"Ibu Ayi penat dengan aturan ibu. Ayi penat. Ayah. Selama berapa bulan ni Ayi hidup derita. Fikiran bercelaru hadir perempuan ni dalam hidup ayi bukan menyenangkan ayi malah lebih menyusahkan ayi"

Pak Kub menenangkan hati Anak lelaki nya dengan mennggosok belakang badan nya.

"Sampai hati u ! Demi Perempuan tu u sanggup nak ceraikan i."
Tangisan hiba Lily membuat kan Mak Senah bengang. Hampir sahaja tangan sasa nya ingin memukul anak lelakinya itu. Tapi di cegah Pak kub.

"Aku dah cakap. Kau jangan jumpa perempuan tu lagi. Dia dah belaki dah pun."

"Ayi tak jumpa dia pun. Secara kebetulan kami terserempak. Lily lempang Durrah depan orang ramai ! Sebab cemburu? Sebab cemburu?"

Teriak Fikri meninggikan suara garau nya pada Mak Senah. Susah sungguh ibu nya nak memahami perasaan nya itu. Fikri beralih angin pergi dari situ, keluar tanpa membawa isteri yang disanjung ibunya itu.

Aydan di baring kan di atas sofa di ruang tamu. Fateh terkejut melihat keadaan Aydan.

"Sekali lagi? Danial kenapa tak bawak Along pergi hospital je?"

Mendengar soalan Fateh, Danial menarik tangan Fateh dan berbisik di telinga capang Adik kepada Aydan itu.

"Jangan sebut pasal trauma. Kakak tak tahu"
Fateh mengangguk kan kepala.

Durrah membawa sehelai kain lap den besin berisi kan Air. Kain di celup dan di perah. Muka Aydan di seka dengan kain. Melihatkan dada suaminya menjadi kemerahan membuat Durrah panik.

"Angah kenapa dada along jadi merah?"

"Biasa lah kaklong. Along kalau panas atau nak marah muka dan dada selalu jadi merah." Dengan santai Fateh menjawab. Dia tidak mahu kaka ipar nya syak wasangka pada dirinya.

Malam-malam sudah jauh malam. Danial juga sudah pulang ke tempatnya. Alisya dan Fateh tidur di rumah Aydan malam ini. Takut-takut kalau trauma Aydan datang lagi, senang lah mereka membantunya.

Aydan tidur di sofa manakala Durrah tidur di pinggir sofa beralas kan sehelai toto. Menemani sang suami sepanjang malam. Aydan terjaga dari lena nya. Kesan ubat yang ditelannya membuat kan dia pusing setelah buka mata. Melihat kan sekujur tubuh isteri yang berbaring di lantai membuat kan Aydan sebak.

"Sanggup dia teman aku sampai tidur atas lantai. Durah , Durrah siapa sebenarnya aku di mata kau?" Perlahan Aydan berkata. Tangan mengusap lembut pipi sang isteri.

Tubuh Durrah di dukung Aydan. Kepalanya masih pusing namun dia cuba kuat kan diri. Tak sanggup dia biarkan isterinya tidur di lantai. Perlahan-lahan dia baring kan Durrah di katil. Kepalanya sangat berasa pusing.

"Malam ni saya biarkan awak rehat dan tenangkan hati. Saya takkan kacau awak."

Kepala Durrah Di usap, kata Aydan seakan berbisik. Aydan biarkan isterinya tidur di dalam bilik, sedangkan Aydan tidur di ruang tamu. Terngiang-ngiang kata-kata Durrah di benak fikiran Aydan semasa dalam perjalanan tadi.

Kekosongan di hati nya mulai di penuhi sedu. Kesedihan yang tenang dan yang terkalahkan yang menjamin atas luka nya. dan dia percaya tidak ada yang bisa memahami luka itu.

'Didalam hatiku yang kosong saat ini sudah diisi dengan luka yang penuh, sedangkan kemarahan yang mereda hingga terkalahkan, mulai dari saat ini aku tidak akan peduli dengan sesuatu yang menurut orang lain penting bahkan tidak untuk diriku. ~ Yusuf Aydan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience