The Pearl Of My Life Bab 13

Drama Series 16236

"wah Along hensem nya. Pergi jakarta terus tukar gaya. Pergi kerja ke pergi dating?"

Gurauan maut Fateh membuat kan Durrah tak senang duduk. Durrah baru perasan yang suaminya potong rambut.

"Banyak lah kau ni. Tak payah nak burukkan aku depan kaklong kau. Aku bukan lelaki macam kau."

Sindiran kasar di balas kasar. Reaksi Durrah terus berubah takut sungguh Aydan jika isterinya salah faham. Sudah lah baru nak menjalin cinta. Datang pula badai yang melanda.

"Sayang tak percayakan bie ke? Bie potong rambut ni untuk sayang tau." Aydan megenggam ketat tangan isterinya.

"Ya sayang percayakan bie" Durrah menyulam senyuman di bibirnya

"Manis sungguh isteri bie ni"
Pipi gebu Durrah di kucup manja. Fateh dan danial mual melihat kemesraan mereka.

"Danial, danial kau rasa tak apa aku rasa?"

"Rasa apa encik?"

"Rasa nak muntah. Werk !"

Fateh seronok gelakkan Abang nya. Tapi Danial tidak berani ketawakan Aydan. Berani nya dia mencari nahas dengan Aydan silap haribulan gaji nya semua habis di potong Majikan merangkap Abang ipar nya itu.

Usai Solat maghrib berjemaah yang di imamkan Fateh. Seperti biasa selepas solat doa dibacakan oleh Danial. Saat Durrah mencium tangang suami nya. Sekali lagi air mata mengalir. Tapi dia tidak berkata-kata.
Dahi nya di kucup lembut Aydan. Air matanya di kesat dengan jari tangan suaminya.

Di meja makan semua keluarga berkumpul. Pelbagai menu makanan di hidangkan di atas meja.

"Wah sedap betul soto ayam yang mama masak." Puji Aydan ini soto yang ke tiga mangkuk di lahap nya.

"Pandai awak masak tak sia-sia saya kahwin dengan awak" Tuan Omar juga tidak mahu melepaskan peluang memuji isterinya.

"Lepas ni mama ajar isya pulak. Isya kan dah nak jadi isteri sepenuh masa lepas ni."
Usikan Aydan seperti nya ingin membalas dendam soal petang tadi.

"Isya memang dah pandai masak tak perlu mama ajar lagi." Fateh menjeling tajam pada Aydan.

"Ish, ish , kamu berdua ni dari dulu lagi asyik bergaduh saja. Malu lah dekat isteri kamu semua ni?

tegas Tuan Omar melihat tingkah laku anak lelakinya.

"Durrah, dah ada tanda-tanda belum?"

Durrah melihat sekeliling akan soalan yang diajukan bapa mertuanya itu.

"Tanda-tanda apa papa?"

"Tanda-tanda nak dapat baby lah"

Tersedak Durrah mendengar kan kata-kata papanya. Pandangan nakal mereka pada Aydan membuat kan Durrah malu dan mati kata. Senyum tersungging di bibir Aydan.

"Insha Allah papa nanti kami usaha kan."

Durrah dan Aydan menatap mata satu sama lain. Senyuman bahagia disulam di bibir mungil Durrah.

"Papa dan mama bukan muda lagi. Nak harapkan angah ni tak tahu lah bila lagi."

"Angah muda lagi papa lagipun isya pun masih belajar lagi."

Alisya memandang sekilas muka Fateh. Gusar hati Alisya mendengar jawapan suaminya. Buat apa Alisya bersusah payah pulang ke pangkuan suami niat untuk membatalkan status nikah gantung kalau suaminya tidak mahu menimang cahaya mata.

Selesai makan malam Alisya membantu mencuci longgokan pinggan di sinki. Fateh yang perasan isteri nya banyak berdiam dari tadi datang untuk menceriakan suasana isterinya yang canggung itu.

" Meh Abang bantu sayang." Fateh merampas span di tangan Alisya. Alisya masih membisu.

"Sayang ni kenapa? Tak seronok ke balik jumpa Abang?" menghala ke arah isterinya. Soalan fateh masih di endahkan.

"Sayang ni kenapa diam dari tadi abang ada buat salah ke?"

"Saya balik sini jumpa awak sebab saya nak jadi isteri awak sepenuh masa. Saya tinggalkan cita-cita dan impian saya demi awak. Saya bersedia nak ada anak dengan awak tapi awak beri alasan yang kita ni masih muda. Jadi kenapa kita menikah? Maknanya saya ni tempat untuk melepaskan nafsu awak sahaja? Kalau macam ni lebih baik kita Batal kan lah niat nak tamatkan status nikah gantung tu."

Mengalirlah airmata berharga seorang isteri. Fateh merasa bersalah kerana menyakitkan hati isterinya itu. Perempuan kalau merajuk makan masa yang sangat lama untuk di pujuk.

"Sayang abang tak bermaksud nak cakap macam tu. Umur kita baru 21 tahun, banyak lagi aset yang kita perlu ada sebelum nak ada anak."

Fateh cuba meredakan suasana hati isterinya. Alisya terus keluar dari dapur meninggalkan Fateh seorang diri. Betul sangkaan Fateh isteri nya kalau merajuk memang makan masa yang agak lama untuk dipujuk.

MALAM yang indah dipenuhi bintang-bintang di langit. Menjadi malam pertama selepas seminggu berjauhan dengan isteri. Durrah dari tadi tidak keluar dari bilik air segan dengan baju tidur yang seksi itu.

"Durrah, kau dah jadi isteri Aydan apa lgi yang kau nak malu."

Durrah memberikan kata-kata semangat untuk diri sendiri. Rambut panjangnya dilepaskan dari ikatan. Melangkah keluar dari bilik Air. Aydan baru saja ingin membereskan pakaian di dalam bagasi yang dibawa ke Indonesia seminggu disana, tercengang melihat Durrah yang keluar dari bilik air. Liur di telan kasar.

"Bie buat apa tu?" Durrah cuba mendekati suaminya. Dengan ghairah dia menarik tubuh suaminya yang sasa itu duduk di katil.

Aydan yang terkesima melihat kecantikan isterinya membuat kan dia mula berahi.

"Sayang cantiknya sayang malam ni?"
Tangan aydan membelai manja rambut ikal mayang isterinya itu.

Dengan rakusnya Aydan menghempas lembut badan isterinya di atas tilam empuk. Durrah meraut pada cadar katil yang keronyok itu.

Aydan perlahan naik ke atas tubuh kecil isterinya mengucup lembut dan rakus bibir mungil itu.

Durrah membiarkan Aydan menodai dirinya. Lepaskan segala yang dipendam selama sebulan ini.

Durrah membantu Aydan membuka tshirt yang dipakainya. Mengusap lembut tubuh sasa lelaki tampan itu. Beruntung sungguh Durrah memiliki Aydan sudah lah kacak gagah pula.

"Sayang izin kan bie mulakan." Rakus nya Aydan membuat Durrah mendesah kenikmatan.

"Urghh! Bie"

Badan Durrah ditindih berkali-kali oleh aydan. Melepaskan segala yang harus dilepaskan. Masing-masing puas dengan kenikmatan yang sebulan mereka tangguhkan.

"Terima kasih sayang bie puas malam ni" Bibir Durrah dikulum lagi.

Durrah hanya terdiam tanpa kata. Hanya melayani kemahuan suaminya.

Perlahan Durrah bisik ke telinga Aydan dengan manjanya.

"Nak lagi"

Dengan sinis senyuman tersungging di bibir Aydan. aydan menarik selimut dan menutupi tubuh tanpa seurat benang itu. Dan mereka menikmati malam pengantin mereka dengan bahagia tanpa menghiraukan keluarga di luar.

Di ruang tamu Tuan Omar dan puan Bahira ditemani pula besannya dan Danial bersama menonton televisyen.

"Abang baru perasan mana anak menantu kita?" Tanya tuan Omar selepas solat isya' terus tidak nampak batang hidung pasangan baru nak jadi itu.

"Angah dan Alisya dah balik dah" jawab Puan Bahira matanya tertumpu pada drama di televisyen itu.

"Along dan Durrah?"

"Ala biar lah diorang. Lagi pun anak kita dah seminggu tinggalkan isterinya. bagi lah masa untuk mereka bersama.

Danial juga yang membujang.

'Danial , Danial hensem pun masih tak laku'
Bisik Hati kecil Danial.

"lega rasa hati abang. mula nya abang takut kalau Along tu syok sendiri. dengan keadaan dia macam tu."

Tuan Omar merasa tenang melihat kemesraan anak menantunya yang pada mulanya membuat Tuan Omar seakan tidak percaya pada cint Durrah pada Aydan.

"kan saya dah cakap, cinta boleh di pupuk selepas nikah. betul tak Danial"

nama Danial pulak yang disebut.

"hah. ya betul, betul"
Danial hanya mengiyakan sahajalah.

"kamu tu Danial? takkan tak ada buah hati lagi? Fateh yang muda dari kamu pun dah kahwin."

Soalan maut yang keluar dari mulut Tuan Omar membuatkan Danial terkedu. Selama ini memang ramai gadis yang cuba mendekati dirinya. namun dia tidak bersedia mempunyai pasangan hanya kerana keadaan emak nya yang belum betul-betul pulih. lagi pula dia adalah satu-satunya anak lelaki dalam keluarga itu. tanggungjawab arwah bapa nya kini di ambil alih oleh nya. sungguh berat untuk memikul. namun Danial adalah anak dan adik yang sangat kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience