"wah hensem nya Abang. Dah macam justin Bieber versi korea"
Terbahak-bahak Danial ketawa. Melihat gaya baru rambut Aydan.
"Potong gaji kau Rm 500."
Dengan santai Aydan mengugut Danial yang ketawa akan penampilan barunya. Bukan mudah nak pikat hati batu kakak nya itu malah diketawakan pula.
"Ala bos, saya gurau je. Abang hensem lah. Cuma satu je abang kurang."
"Apa dia?"
Soal Aydan bersungguh ingin tahu apa lagi yang kurang dengan usahanya.
"Kurang fikir. Abang keluar dari salon macam tu je lupa nak bayar. Tak pasal-pasal saya kena gunakan duit makan untuk minggu ni. Dah lah kena potong gaji. Apa lah malang nasib saya."
Danial ingin mendapatkan perhatian setelah wang mingguan nya telah digunakan untuk membayar harga rambut Aydan. Aydan pula terlampau teruja nak berjumpa isteri tercinta la katakan, terlupa dirinya telah menyusahkan adik ipar sendiri.
"Oh ya ke? Takpe jangan risau gaji kau aku tak potong. Minggu ni kau nak makan datang je rumah aku. Dan yang tadi kira sedekah kau pada abang ipar kau ok terima kasih adik."
Aydan menepuk bahu Danial dan pergi dengan rasa tak bersalah. Danial hanya tergelak kecil dengan gurauan Abang iparnya itu.
Sementara menunggu kepulangan suami. Durrah hanya duduk di sofa menemani emak sahaja. Dia tak diizinkan Puan Bahira ke dapur kerana kaki nya yang terseliuh itu.
Sekali lagi loceng rumah berbunyi, baru saja Durrah mengangkat punggung ingin membuka pintu dia dicegah oleh ibu mertuanya.
"Biar mama yang bukak pintu Durrah duduk je nanti bengkak pula kaki tu."
Bosan pula bila menjadi menantu kesayangan. Rupanya Fateh dan isterinya sudah sampai. Cepat Durrah mencapai tudung dan tutup kepalanya.
"Assalamualaikum Mama. Isya rindu Mama"
Alisya memeluk erat ibu mertuanya. Setelah dua tahun tidak jumpa akhirnya hari ini alisya pulang dengan tiada lagi status Nikah gantung.
"Waalaikumussalam. Alisya kenapa kurus sangat ni sayang."
"Dekat sana banyak aktiviti-aktiviti yang lasak tu yang kurus tu"
Perkataan lasak itu yang merunsingkan Puan Bahira.
" Eh isya jangan kuat sangat buat aktiviti lasak. Bahaya kan rahim nanti."
"Emm agaknya bila boleh masuk ni panas ni." Soal Fateh. Seperti orang awam pula fateh jikalau menantu kesayangan Puan Bahira balik.
Melangkah kaki masuk ke dalam rumah. Alisya terus bersalaman dengan emak, kemudian bersalaman dengan Durrah. Betul apa yang diceritakan Fateh. Durrah memang sangat cantik berkulit putih seperti puteri salju dalam cerita dongeng.
"Wah cantik lah kakak.."
Puji Alisya
"Panggil kaklong. Terima kasih awak pun cantik jugak."
Tersimpu malu alisya dipuji oleh biras nya.
"Isya naik atas mandi dan solat lepastu turun bantu Mama apa yang patut"
"Baik mama"
Fateh merasa dirinya sudah tidak wujud lagi setelah kehadiran dua orang menantu perempuan dalam hidup Mama nya.
"Along tak sampai lagi ke kaklong?"
Soal Fateh baring di sofa keletihan.
" Kejap lagi sampai lah tu."
"Ya Allah, Durrah kaki dah bengkak dah tu. Tu lah mama cakap seliuh ni bukan sikit. Urat tu dah berbelit."
Panik Puan Bahira melihat kaki menantu sulung nya itu. Puan Bahira cuba mengurut perlahan.
"Nanti kaklong mintak Along urutkan. Along memang pandai mengurut."
Saran Fateh.
'Aydan pandai mengurut rupanya. Suami macam apa lagi yang kau impikan Durrah? Semua ada pada Aydan.'
Bisik hati Durrah.
"Mama, Aydan suka perempuan macam mana?"
Mendengar kan kata-kata Durrah Puan Bahira dan Fateh tercengang. Urutan kaki di hentikan. Puan Bahira duduk di samping Durrah.
"Durrah ada apa-apa nak cerita dekat mama?"
Puan Bahira masih risau dengan soalan Durrah. Seperti nya ada sesuatu pada perkahwinan mereka.
"Takde apa-apa pun mama. Durrah kan tak pernah kenal Aydan sebelum ni. Jadi Durrah nak cuba kenal Aydan dengan lebih dalam lagi."
Bertambah hairan puan Bahira mendengar jawapan Durrah.
"Durrah jujur mama nak tanyalah. Durrah dengan Aydan sebenarnya dah bersama ke belum?"
Mendengar kan soalan puan Bahira. Fateh terus mengangkat punggung naik ke atas bilik tetamu. Takkan lah dia nak dengar perbualan yang tak sepatutnya dia dengar. Lebih baik dia menemani isterinya di atas.
"Takpelah kalau Durrah taknak jawab mama anggap jawapan kamu tu memang tak pernah bersama."
Sekali lagi Durrah terkedu. Muka nya bertukar menjadi kemerahan.
"Takpelah, jadi hadiah yang mama bagi masa hari nikah tu kamu tak guna lagi?"
Durrah baru teringat yang ibu mertuanya menghadiahkan sepasang baju tidur yang seksi. Tapi hadiah itu di simpan Durrah di dalam almari.
"Ada , Durrah simpan."
"Malam ni kamu pakai."
"Hah? Pakai baju tu. Tak keterlaluan ke mama?"
Soalan Durrah membuat Puan Bahira tergelak kecik.
"Kenapa nak malu? Kamu dah jadi isteri yang halal untuk Aydan."
"Kalau Papa Tahu mesti papa kecewa. Papa dan mama dah tua sayang. Sebelum kami pergi kami nak pastikan kamu semua baik-baik. Kami teringin nak timang cucu sebelum kami tutup mata"
Suara hati Puan Bahira membuat kan Durrah merasa sedih dan bersalah. Nikmat apa lagi yang dia mahu dustakan? Dia ibarat tidak boleh terima Takdir. Suami yang baik yang sesabar itu ramai di impikan para wanita. Tetapi lelaki yang tinggal kan janji dulu jugak yang dia pertahankan.
******
Mak Senah ibu kepada Fikri itu benci akan nama yang baru di sebut menantunya itu. Sudah Dua bulan Fikri dan Lily menikah, perempuan itu juga yang masih dalam fikiran anak nya.
"Melampau betul Fikri ni. Apa kurangnya Lily? Terimalah kenyataan Durrah tu bukan jodoh kamu lagi."
Marah Mak Senah kepada anak nya itu. Sehinggakan tangannya menggigil. Iblis apa lah yang menghasut Mak senah sampai begitu rupa.
"Lily bukan pilihan ayi. Tapi pilihan ibu. Apa yang merosak fikiran ibu yang kata Lily tu perempuan yang baik? Perangai dia dengan ibu tak ada beza dua-dua sama. "
Sekali Mak senah menampar kuat pipi anak lelakinya itu. Mendengar kan kata-kata itu Mak senah mula menjadi baran. Walaupun apa yang dikatakan anak nya itu betul belaka, dia tetap tidak boleh terima kerana Fikri seharusnya menghormati dirinya sebagai seorang ibu.
Fikri tidak melawan sebaliknya dia melangkah keluar dari rumah. Hancur nya hati dia. Cinta di hancurkan oleh ibu sendiri. Dijodohkan pula dengan perempuan yang busuk hati. Apa lah malang nasib nya. Dia mengikut kata hati nya untuk tidak melepaskan isterinya ketika ini. Dengan harapan isterinya akan berubah. Tetapi sebaliknya. Mungkin juga dirinya bersalah. Tidak cuba mendidik Lily dengan baik. Hanya mengikut kata nafsu sahaja.
*******
Usai Solat Asar Durrah baring seketika di sofa. apa lagi yang harus dia lakukan? ke dapur di larang, ke atas pula kaki nya masih sakit. hanya mampu duduk di sofa dan menunggu kepulangan suaminya sahaja.
Setelah seminggu di negara orang akhirnya pulang juga ke negeri sendiri. pintu rumah di buka terus ternampak sang isteri berbaring diatas sofa masih mengenakan sepasang telekung. baru sahaja Aydan mahu menghampiri isterinya, Puan Bahira menyapa.
"Along dah sampai. mana danial?"
sapa Puan Bahira yang mendengar seperti nya ada orang masuk tapi tidak kedengaran ucapan salamnya.
"Danial angkat barang. Durrah tak tolong mama ke?"
melihat isterinya sedang asyik tidur sampai biarkan ibu mertua masak di dapur.
" shh, jangan ganggu dia. tadi dia jatuh masa nak bukak pintu pagar tadi. kaki dia terseliuh sekarang dah bengkak dah. mama nak bawak pergi hospital tapi dia taknak."
mendengar kan kata Puan Bahira. aydan terus duduk di sofa kaki isterinya diangkat perlahan dan di letakkan di atas riba nya. nyenyak sungguh Durrah tidur sampai tidak perasan kaki nya di angkat suaminya.
melihat Danial yang baru masuk ke dalam rumah. Aydan terus memberi isyarat tangan supaya datang padanya.
"Danial pergi ambik peti ubat dekat dapur"
tanpa berlengah Danial terus ke dapur ambil peti ubat dan di berikan kepada Aydan.
"Nah. kenapa pulak tu abang?"
soal Danial kepada Aydan. Aydan tidak menjawab dia fokus menyapu ubat di kaki Durrah.
"Danial pergi tengok mak!"
Aydan tiba-tiba teringat kan emak. Danial pergi mencari emak di dalam bilik.
Aydan mengurut perlahan kaki isterinya. nampak sangat bengkak nya. Durrah terjaga dari tidur meraung kesakitan mungkin Aydan urut terlalu kuat sehingga Durrah menjerit.
"Aduh ! sakitnya"
Aydan terus berhenti dari mengurut. kesian melihat isterinya menahan sakit Aydan turun dari sofa dan duduk di sisi isterinya.
"sayang ni bie. kenapa tak bagitahu bie sayang jatuh"
mendengar akan suara suaminya Durrah bangun dan terus memeluk suaminya dengan kuat.
"Bie sayang rindu bie. seminggu ni sayang makan tak lalu. sayang isteri yang jahat.
Menangis Durrah saat memeluk suaminya yang seminggu tak bertemu. mendengar kata-kata isterinya itu Aydan merasakan Durrah telah membuka Hati kepada Aydan.
"bie lagi rindu sayang. hari-hari mimpi sayang. sayang isteri bie yang baik."
Senang hati Aydan dan membiarkan Durrah memeluk nya sepuas hati. akhirnya hati isterinya berjaya dia tawan.
'Bahagia nya aku apabila orang yang aku cinta telah menerima cintaku. kenangan yang akan aku ingat suatu hari nanti. batu yang keras jika diketuk berkali-kali akhirnya pecah jua.' ~ Yusuf Aydan
Share this novel