Tumisan bawang semerbak wangi tiba-tiba mengharumi ruang dapur. Hari ini Puan Bahira dan Alisya menemani Durrah menyediakan menu makan malam, dalam pada itu Aydan lelap berbaring di atas sofa dekat ruang tamu ditemani rancangan komedi yang tersiar di kaca televisyen. Jadi televisyen pula yang menonton Aydan bukan sebaliknya.
" Kenapa Semua orang rahsiakan pasal penyakit Aydan dekat Durrah? Namppak sangat Durrah ni tak penting dalam keluarga" bawang merah diracik halus, matanya fokus dengan kerja yang dia lakukan. kali ini Durrah tidak lagi memikirkan tentang perasaan orang lain lagi. Cukuplah sesal yang semakin menghimpit dadanya merumitkan keadaan dia ketika itu.
" Durrah, ada sebab kenapa Aydan sorok penyakit dia dekat Durrah. Dia sayang kan Durrah sangat, dia takut kalau-kalau Durrah tinggalkan dia sebab penyakit dia tu. "
Puan Bahira meletakkan pisau yang di guna untuk mengupas bawang putih di sampingnya. Tangan durrah di elus lembut.
" Lagipun kaklong penyakit Along tu sama macam Anxiety. Tapi yang dia hadap sekarang ni trauma je, kesan dari penyakit dia yang dulu."
Mahu juga Alisya mencelah, takkan dia hanya pasang telinga sahaja mendengar perbualan yang semakin lama semakin rancak itu.
" Anxiety? Aydan pernah seteruk tu ke Mama? " Terjongket separuh Badan Durrah sambil matanya terjunggil keluar mendengar kata birasnya.
" Ish bukan Anxiety. Tapi penyakit tu nak sama macam Anxiety jugak lah. Dia lebih kepada Tantrum. Budak-budak yang suka membentak, suka hancurkan barang, suka melawan. Aydan dulu macam tu lah. Tapi bila dia dah dewasa dia dah tak ada dah penyakit Tantrum tu, tapi meninggalkan kesan trauma kat dia macam sekarang ni lah. "
Jelas Puan Bahira, kupasan bawang putih yang jeda seketika tadi di lanjutkan kembali. Durrah menerawang ke arah ruang tamu, perasaan bersalah tidak berhenti menerpa dadanya.
" Sekarang Aydan dah tak buat rawatan tu ke mama? " Sekali lagi Durrah menyoal. Tangan kanannya menopang dagu runcing sambil matanya menatap tulus mata mertuanya.
" Dulu pakngah Aydan yang rawat penyakit Aydan. Sekarang Pakngah Aydan ada dekat Jepun. Susah sikit kalau Aydan nak pergi sana dengan syarikat pun macam-macam masalah. " Jelas Puan Bahira lagi.
" Sekarang nak rawat trauma Along bukanlah susah kaklong, kita kena selalu ada dekat dia, dengar masalah dia. Jangan pulak bentak dia atau kacau emosi dia. Tapi trauma Along ni tak teruk dari dulu. Dulu asal stress je mula lah sesak nafas, kepala dia sakit mata tu sampai merah saga jadinya"
Bersungguh-sungguh Alisya bercerita kisah Abang iparnya. Bawang yang dikupas makin luak tapi sayur yang di potong Alisya tidak berganjak sama sekali. Mulut sahaja yang bergerak.
" Isya mama dan kaklong dah siap dah kupas dan racik bawang ni. isya dari tadi sampai situ je. "
Alisya melepaskan tawa riang nya di susul tawa biras dan mertuanya, memecahkan suasana canggung ketika itu.
" Sayang! Ambilkan bie air sejuk " suara rengekkan Aydan dari Arah ruang tamu, masih lagi berbaring di sofa sambil tangannya sedari tadi memicit kepalanya.
Lantas Durrah tuangkan segelas air sejuk, dan menapak di samping Aydan yang baru sahaja bangun dari baringnya. Perlahan air diteguk Aydan. Terpukau Durrah melihatkan gerakan halkum suaminya yang naik turun ketika Aydan meneguk air. Nafas lega di hela keluar, segar rasa badan setelah minum segelas air sejuk.
" Kepala tu sakit lagi? " Melihat akan wajah suaminya yang berkerut dek sakit kepala kesan dari trauma tadi, Durrah mengalihkan tangan suaminya dan memicit kepala Aydan dengan sepasang tangannya.
" Sikit, " syok sungguh Aydan menikmati urutan isterinya, tangannya mula meraba ke paha halus isterinya itu. Senyum terukir dibibir herot Durrah. Jeling Durrah dengan tingkah Aydan itu. Tak padan dengan sakit masih sempat lagi menggatal.
"memang bie selalu kena macam ni? " Soal durrah menatap mata puyu Aydan.
" Dulu lah. Tapi harini tak tahu kenapa rasa macam tak larat sangat badan ni. Nak kata buat kerja semalam cuti pulak. "
Berkerut kening wanita itu, setahunya Aydan seharian mengurus masalah syarikat. Kemana pulak dia pergi kalau katanya cuti kelmarin.
" Aik! Cuti? Balik dari Penang tak menyempat masuk rumah terus pergi pejabat. Bie pergi melencong tempat lain ke? " junggil biji matanya pada Aydan. Selepas soal dia merahsiakan tentang penyakitnya, sukar Durrah nak percayakan suaminya lagi.
" Eh sayang ni cuba faham betul-betul maksud bie, kelmarin memang bie kerja, tapi semalam bie cuti tu pun masih rasa tak larat lenguh-lenguh. "
Jelingan nakal Aydan seraya menggigit bibir itu, membuatkan Durrah cepat faham maksud suaminya. Sempat lagi Aydan membahas soal nafsu serakahnya itu. Apa yang dihairankan, pengantin baru empat bulan la katakan.
" Dah lah, sayang nak tolong mama dan isya dekat dapur, kalau bie nak naik atas panggil sayang "
Atas? Lagi kotor fikiran Aydan mendengar bicara isterinya. Sejak trauma nya menyerang tadi pemikiran Aydan mula jadi biul. Masakan dia tidak rasa malu sedikit pun pada Puan Zalina yang sedari tadi merenung ke arah pasangan itu.
" Durrah pergi teman Aydan. Lagipun Aydan baru je sedar dari trauma, takut nanti tiba-tiba jadi balik trauma dia. "
Bersuara Puan Bahira dari ruangan dapur yang berdinding separa dada sahaja. perbualan Durrah dan Aydan rupanya di dengari sedari tadi oleh dua beranak itu. Itu lah Aydan, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Wajah mulus Durrah berona merah melihat jelingan nakal yang tak dapat dikira kali yang ke berapa di lirik Aydan.
" Aduh sakit betul lah kepala ni rasa macam nak pecah " berkali-kali Aydan memicit kepalanya. Kelihatan tagang sekali mukanya kali ini.
" Kakak bawak Aydan naik atas, bagi dia sejukkan badan dekat atas. " Saran Puan Zalina,
" Durrah pergi lah urus suami kamu, emak biar mama yang tengok. " Menyampuk Puan Bahira lagi. Nampaknya Durrah harus mengupah tukang supaya memenuhkan tembok dapur yang separa itu. Tak ada lah selepas ini Ahli keluarga mendengar perkara yang tidak sepatutnya di dengari.
Tidak tergamak dek di hati membiarkan suaminya berterusan mengurut tengkuk bersilih kepala sedari tadi. Bahu kiri Aydan dikilik ke bahu Durrah, perlahan-lahan Durrah melangkah takutnya kalau sakit kepala aydan makin terasa dek pergerakan yang pantas.
Bling! Aydan mengenyit mata sepet nya kepada Puan zalina. Tergelak kecil di dalam hati wanita itu dengan karenah menantu sorang ini. Ada sahaja tingkah Aydan sejak menikahi gadis mutiara itu. Hidup dia pula semakin hari semakin bahagia, moga-moga sahaja kebahagiaan itu boleh menyembuhkan trauma yang dihidapinya sejak beberapa tahun ni.
' malam ni datang rumah banyak benda kakak nak tanya. '
Berbeza pulak dengan adik lelaki Durrah sorang ini. Sejak peristiwa malang tu berlaku hidup nya seperti tidak tentu arah. Kemana-mana tempat dia tuju bayangan gadis malang itu selalu terngiang-ngiang di benak fikirannya.
" Encik Danial Muhammad! " Sebaik sahaja pintu kereta Honda Civic dibuka, Suara lunak yang menyebut nama penuhnya membuatkan Danial terpaksa memusingkan badannya menghadap ke pandangan gadis yang dia sudah tahu siapa gerangannya.
" Waalaikumussalam " tertelan liur kelat Aurell mendengar jawapan salam Danial tanpa ucapan salam dari Aurell.
Wajah Danial sangat tegang tanpa matanya menatap mata Aurell, itu lah keperibadian sebenar Danial, pesan kakak nya selalu terngiang-ngiang di ingatan.
' jaga pandangan, jaga jarak dengan wanita. Tambah-tambah perempuan yang seksi. Lagi lah kau kena jaga pandangan jangan sampai tergugat iman kau. Ingat bila kau berdua mesti ada yang ke tiga. '
" I whatsapp u tadi u tak baca ke? " Soal Aurell berpeluk tubuhnya, wajah Danial yang tegang masih direnungnya.
" Kerja saya dekat Sumayyahent bertimbun-timbun memang tak sempat saya nak buat part-time baca whatsapp orang." Tegas Danial, cuaca yang sangat panas tambah pula kemunculan makhluk pelik seorang tu membuat kan bahang pada dirinya makin kuat terasa.
" I ada benda penting sangat nak bincang dengan u. Kita bincang dekat dalam je lah. " Dengan pantas pintu bahagian penumpang di buka Aurell. Menggeleng Danial dengan kelakuan gadis itu.
Sebaik sahaja Danial menutup pintu keretanya enjin di hidupkan, Aurell menganjur keluar kepalanya di tengah-tengah tempat duduk pemandu dan penumpang satu.
" Astaghfirullahalazim! Cik Aurell zuri boleh tak awak jarakkan sikit awak dengan saya. " Nak tercabut jantung lelaki itu dengan jolokkan kepala Aurell.
" Oh maaf. Kita nak ke mana ni? " Aurell mengheret punggungnya ke arah berlawanan Danial.
" Aik! Dia pulak tanya kita? Yang cik Aurell main terjah je masuk dalam kereta saya ni kenapa? "
" Ok straight to the point je lah. Abang-abang i dah tahu pasal video tu. Dia orang fikir i dengan u buat benda tak senonoh masa tu. Jadi dia orang nak dengar sendiri penjelasan dari u. Thats why i send location rumah i dekat u, kenapa u tak reply whatsapp i ? " Panjang berjela Aurell mengararang ceritanya pada Danial yang masih memicit kepalanya yang tidak sakit.
" Saya tak faham lah kenapa dia orang susah nak percaya kita hah? Macam-macam masalah saya kena hadap lepas video tu viral. Nak jelaskan macam mana kalau sebelum jelas pun diorang tetap tak percaya. "
" Najmi boleh jadi saksi kita. Tapi sekarang Najmi ada dekat kedah." Gara-gara Najmi yang seronok bercuti dengan isterinya di kedah, terpaksa Aurell menangani sendiri masalah yang melanda mereka.
Ralit sangat mereka berbual, Aurell baru sedar Danial memandu kereta sudah separuh jalan dari pejabatnya.
" Eh u nak bawak i pergi mana? U jangan nak buat bukan-bukan dekat i " fikiran kotor menguasai mindanya, senyuman sini tersungging di bibir lelaki itu apabila melihat Aurell dari cermin sisi.
" Saya bawak awak jumpa kakak saya dulu kemudian baru kita pergi rumah awak pulak. Saya taknak kes ni jadi lain pulak nanti "
Nafas lega di hela Aurell yang semakin rapat dengan pintu kereta. Apa-apapun perkara itu harus di selesaikan secepat mungkin tak sanggup dia hadap cemuhan orang. Sudah lah beban kali ini berkait dengan perempuan. Walaupun Aurell bukan sesiapa pada dirinya, Namun lelaki itu juga punya hati. Mana mungkin dia biarkan seorang wanita di pijak maruah oleh masyarakat lain.
Bubur nasi berlauk kangkung terhidang di atas meja di samping birai katil. Aydan celik dari lelapnya sedar Durrah yang tadi dalam pelukannya sudah hilang dari pandangannya.
" sayang! sayang! " suara Aydan terngiang Durrah yang masih ada di dalam bilik air. jubah mandi di sauk ke badan nya. rambut yang panjang di kepit, lalu melangkah keluar mendapatkan suaminya yang tidak henti menyebut namanya.
" ya bie, sayang mandi kejap tadi " Durrah melabuhkan punggungnya di samping Aydan. bau wangi buah strawberi dari mandian safi mengharumkan seluruh tubuh Durrah yang sedari tadi di renung Aydan.
" sayang, boleh tak lepas ni, kalau nak pergi mana-mana bagitahu bie dulu. bie risau tau tak? "
pipi gebu Durrah di elus lembut Aydan.
" kenapa bie nak risau pulak? sayang ada je selalu dengan bie kan? " tangan tadi yang mengelus pipi kini di dalam genggaman isterinya.
" bie risau kalau sayang pergi tinggal kan bie. ye lah, sekarang sayang dah tahu yang bie ni tak senormal lelaki lain. " tubuh Aydan di dorong Durrah dalam dakapannya.
" bie. sayang bersyukur sangat dengan anugerah yang Allah dah kurniakan pada sayang. mungkin apa yang sayang dapat tak ada pada orang lain. mana tahu ada hikmah yang Allah bagi pada bie melalui trauma ni. selagi hayat di kandung badan, selagi sayang selalu di sisi bie, sayang tak akan tinggalkan bie."
pelukan seorang isteri meredakan gelisah yang menimpa hati Aydan sejak trauma nya diketahui Durrah. Aydan selalu fikir kalau-kalau isterinya tidak boleh terima kekurangan dia. mendengar kata-kata isterinya tadi, menyedari Aydan dari tanggapannya. kini Aydan tekad akan berusaha untuk merawat Trauma nya demi isteri tercinta.
Share this novel