"Cik ok?" Soalan Najmi membuat kan Aurell naik berang.
"Do you think im ok?"
Berani sungguh pengurus nya itu bertanya dalam keadaan hati bos nya yang sedang gusar.
Najmi perasan tangan Aurell seperti melepuh.
"Cik ! tangan cik ni dah melepuh. Nak saya bawakan pergi hospital? Kalau Dato tahu mesti saya kena marah sebab tak jaga cik."
Sebal melihat keadaan Majikannya itu. Nyawa orang lain yang dirisaukan dari nyawa sendiri. Lagi pula cedera pada Danial bukan lah ringan berbanding cedera di tangan Aurell. tapi merasakan sakit yang sama.
"Ruwet sungguh lah U ni. Kalau U tak bagitahu Daddy takde lah Daddy tahu."
Kerling Aurell pada Najmi. Menggaru kepala Najmi yang tidak gatal itu melihat akan bos nya yang keras kepala itu.
*******
8:20pm Usai solat maghrib Durrah berkali-kali melihat telefonnya kalau-kalau ada panggilan dari Aydan. Tapi sangkaan nya salah. Jangan kan satu panggilan. Satu mesej pun tak ada bayang.
"Kenapa dia masih tak balik lagi? Telefon pun tak jawab mesej pun tak reply. Humm" keluh-kesah Durrah dibuat nya.
"Kakak" perlahan suara emak memanggil Durrah.
Durrah melabuhkan punggung duduk di samping emak.
"Ya mak?" Tangan emak di picit lembut.
"Aydan tu menantu yang baik. Kalau suatu hari nanti rumah tangga kamu di uji, jangan gentar jangan sesekali kamu tinggalkan dia. lelaki macam tu satu dalam seribu."
Walaupun percakapan emak telor tetapi Durrah masih faham apa yang cuba di sampaikan emak nya.
"Baik emak" tangan kasar emak dicium berkali-kali
Wajah Durrah berubah teduh. Teringatkan janji yang dimungkiri suami nya membuat fikiran Durrah tak keruan.
*****
"Abang jom balik dah lewat ni nanti apa pulak kakak fikir."
Mendengar Danial menyebut kakak. Terus Aydan teringat rupanya dia ada isteri yang sedang tunggu di rumah. Kerana kerja yang bertimbun itu membuat kan Aydan Ralit sehinggakan tak sempat berfikir apa.
"Ok. Kau balik lah dulu aku nak solat lepastu aku terus balik."
"Abang boleh drive ke? Kalau abang tak boleh drive saya antar abang balik je "
"Allah ada jaga aku kau jangan risau kau balik rehat. Perut tu ok ke tak?"
Terkedu mendengar soalan abang iparnya itu.
"Eh mana abang tahu pasal perut saya?"
"Satu bangunan ni kecoh pasal kau dengan perempuan mana entah dalam tandas lelaki. "
Sekejap sahaja cerita sudah di karang oleh Ahli mesyuarat tingkap siang tadi. Nasib lah Aydan percaya yang itu adalah sebuah kemalangan. Apa nak jadi mulut manusia zaman sekarang, apa yang di lihat tak sama dengan yang di ceritakan.
******
Meronta-ronta hati Durrah. Wajah nya di tekup ke bantal dan meraung sepuasnya. Kenapa dia terlalu rindu kan suaminya seharian ini. Mungkin kah benih cinta sudah tumbuh menjadi sebuah perasaan?
"Kenapa dia tak call balik? Kenapa ? Kenapa?"
Berkaca mata bulat nya melihat akan jam di dinding sudah masuk pukul 9.00pm. Durrah turun ke dapur mencedok nasi ke dalam pinggan. Sambal sotong di letak di tepi nasi dan ber ulam kan timun. Nasi sejemput di suap ke dalam mulut tangisan di tahan supaya tidak gugur di pipi. Manja sungguh Durrah setelah menjadi isteri sepenuhnya Aydan.
"Assalamualaikum sayang"
bunyi pintu dibuka. Emak yang terlena di depan televisyen tersentak mendengar suara pintu ditutup.
"Walaikumusalam."
Emak menyahut salam.
"Emak dah makan dah?"
"Dah tadi Durrah dah suap dah"
Menyulam senyuman manis pada mertuanya. aydan menjenguk ke dapur. Perlahan kan rentak kaki nya supaya tak di dengari Isterinya itu.
"Sayang ! Bie bagi salam tadi sayang tak jawab pun" Aydan memeluk samping bahu isterinya dahi di kucup lembut.
"Waalaikumussalam" Durrah yang diamnya diam ubi menjawab salam suaminya. Nasi di pinggan dikuis kuih.
"Wah sedapnya sambal sotong kegemaran bie ni."
Melihatkan lauk sambal sotong Aydan terus duduk di hadapan Durrah. Menjuihkan bibirnya yang tebal itu. Durrah bangun mencedok kan nasi untuk Aydan. Tanpa bersuara sedikit pun.
Aydan mula perasan yang isteri nya diam membisu sejak kepulangan nya.
"Sayang? Kenapa ni?" Aydan memegang tangan isterinya yang duduk bertentangan dengan dirinya.
"Bie sibuk sangat ke hari ni?"
"Ya. Tadi buzy sangat syarikat ada masalah. Sekarang Danial pun bie dah jadi kan dia pengurus di syarikat bie. Lepas ni dia dah tak payah uruskan bie lagi. Sebab bie dah ada sayang dekat rumah yang selalu uruskan bie."
Dagu runcing Durrah di cubit lembut Aydan.
Senyuman canggung diukir di bibir merah nya itu.
"Ya Allah ! sedapnya sayang masak." Suapan yang entah ke berapa kali di suapnya ke dalam mulut. Lahap sungguh Aydan makan masakan dari air tangan isterinya itu.
"Bie.." tidak sempat Durrah menghabiskan kata Aydan terus menyampuk.
"Tengah hari tadi bie cuma makan bubur nasi je yang Danial belikan. Tak sempat nak makan makanan berat. Lega rasa balik je ada isteri depan mata, makan sedap-sedap pulak tu."
Aydan mengulum senyum. Selesai makan malam macam biasa yang di lakukan Durrah sebelum tidur solat isya' kemudian uruskan emak. Begitu lah setiap hari. Setelah urusan emak sudah selesai barulah Durrah boleh berehat.
Aydan masih sibuk dengan Laptop nya. Manakala Durrah pula berdiam seribu bahasa. Losyen di sapu ke tangan dan ke leher. Minyak wangi Jasmine di sembur ke tubuh kecik wanita itu. Durrah melabuhkan tubuhnya ke atas katil. Tubuh nya melawan arah suaminya.
"Sayang dah nak tidur?" Soal Aydan matanya masih tertumpu pada skrin di Laptop.
"Bie lupa janji bie pagi tadi?"
"Janji? Janji apa sayang? bie ada janji dengan sayang ke?"
"Takpelah kalau tak ingat" selimut ditarik menutupi tubuhnya. Aydan cuba ingatkan balik janji yang di buatnya pagi tadi.
"Ya Allah. Bie betul-betul lupa lah sayang"
Setepek Aydan menepuk dahinya. Terus mendapatkan isterinya. Tubuh Durrah dipaksa bangun oleh Aydan.
"Sayang bie minta maaf sangat. Bie memang betul-betul lupa. Banyak sangat masalah dekat pejabat tadi."
Aydan mengucup kuat pipi isterinya ucapan maaf berulang kali di sebut.
"Esok bie kerja ke?" Soal manja Durrah sambil mengusap dada Aydan.
"Esok, kerja lah sayang kenapa?"
"Bie tak cuti ke? Bie kan baru balik dari Indonesia."
"Angah cuti lagi esok sayang. Banyak kerja yang tertunggak. Bie kena pergi jugak."
Durrah mula menjuih bibir nya. Aydan yang melihat wajah manja Durrah. tidak kuat mengawal nafsu lelakinya. Bibir mungilnya di kucup mesra. Lampu tidur di matikan. Selimut ditarik menutupi tubuh.
"Bie !"
Jeritan penuh ghairah mengusir perasaan sedih di hati. Nampak nya cinta Durrah pada Aydan kini bertaut erat.
******
Malam yang dingin embun malam jatuh membasahi dedaun pokok, bunyi kenderaan di jalan raya menemani suasana sepi malam. Hari-hari sebelum pejamkan mata. Pintu balkoni di buka luas dan di biarkan angin malam masuk tenang kan suasana hati yang sentiasa suram. Deringan telefon bimbit menghancurkan lamunan Danial. Nombor tidak dikenali tertera di paparan skrin telefon.
"Hello?"
"Hai encik I Aurell. Yang langgar encik siang tadi. i nak ganti rugi untuk masalah tadi. Boleh kita jumpa?"
Rupanya panggilan itu dari gadis yang telah membuat malapetaka siang hari tadi.
"Oh awak ! Baik kita jumpa. Awak sent location."
Suasana hati Danial bertukar. Marah nya bernyala-nyala Setelah mendengar suara gadis yang membuat air mukanya hilang siang tadi. Mencapai kunci kereta dan turun ke parkir dengan tidak berlengah-lengah lagi.
Sampai nya di lokasi yang di kongsi gadis itu. Danial terus turun dari kereta. Melangkah kaki masuk ke dalam sebuah restoran turki mata nya terbelalak melihat kan restoran yang di pilih wanita itu. Melayang lagi duit makan minggu ini.
'tinggi betul maintenance perempuan ni.' gumam Danial di dalam hati.
Lambaian gadis pemusnah hari itu, menyedari Danial dari berhenti mencari-cari gadis itu.
"Hai encik" Aurell menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Danial.
"Maaf bukan muhrim" riak wajah lelaki itu tanpa sedikit senyuman terukir di bibirnya.
"Ni saya ganti baju u yang i dah tumpah kan kuah tomyam siang tadi." Senyuman tersungging paksa dari bibir Aurell.
Danial mencapai beg plastik yang di beri Aurell. Mengincar ke dalam beg plastik tersebut. Jelingan tajam menusuk ke kalbu gadis itu.
"Ini bukan baju saya." Danial meletakkan beg itu betul-betul di hadapan gadis itu.
"Kenapa tak terima?"
"Mana baju saya siang tadi? Awak kata nak cuci? Tak cuci pun takpe saya pun boleh cuci sendiri."
Dengan sombongnya Danial bersuara. Aurell sabar senyum buatan melirik sekilas mendengar soalan Danial.
"Baju u? I dah buang. Jadi i ganti kan dengan yang baru."
"Apa? Awak buang baju saya?" Terbelalak mata lelaki itu.
"Senang nya awak buang baju saya? Cik ! Baju saya tu saya beli dengan duit gaji saya. Senang senang awak nak buang dah rasa diri tu kaya sangat?"
Merah padam wajah Danial yang berang akan tindakan gadis itu.
"Baju u tu dah kena kuah tomyam. Kesan kotoran dan kesan minyak dah buat baju u macam kain buruk. Jadi i ganti kan lah dengan baju baru."
Gadis itu cuba meredakan hati Danial yang sedang membara itu. Tindakan Aurell sebenarnya cukup baik. Tetapi hanya cara nya sedikit salah.
"Cik ! Saya dari kecil di besarkan dalam keluarga yang susah. Nak dapatkan sesuatu perlu kan usaha keras. Barang yang kami punya selagi tak hancur selagi tu lah kami pakai."
Berang sungguh Danial. Bagi dia tidak kisah kalau baju itu di ganti tetapi dia rasa sedih kerana senang-senang nya baju itu di buang. Siang malam membanting tulang mencari sesuap nasi tidak mudah bagi satu-satunya anak lelaki dalam sebuah keluarga.
"Sebab awak tak pernah hidup susah. Bagi awak ada duit maruah orang pun awak boleh beli. Dasar perempuan mata.."
Kerana terlalu melayan perasaan marah. Danial hampir ingin menyinggung hati Aurell.
"Mata duitan? Mata keranjang? Lagi? Tohmahan u pada i tak menggugat i langsung. I dah lali dengan pemikiran kolot macam u ni. Asal kaya je tak pernah hidup susah. I bukan macam u fikir. Bagi i masa. I akan dapat kan balik baju u yang i buang tu."
Aurell pandai mengawal emosinya kerana punca masalah itu datang dari dirinya. Duit Rm 100 di keluar kan macam biasa duit itu di letakkan di atas meja. Dan dia terus beredar dari tempat itu. Danial terus tersenyum sinis melihat tindakan gadis itu.
"Sentap lah tu. Tak guna punya perempuan"
Danial meninggalkan tempat itu. Sudahlah seteguk air pun tak di telannya. Api yang sedang marak kalau di acuh lagi marak dia bernyala-nyala.
Share this novel