Penerangan

Drama Series 16236

Dalam hidup akan ada ujian, dugaan , rintangan dan cabaran namun berbeza makna. Kisah yang di hadapi seoarang lelaki yang bernama Yusuf Aydan dahulunya ini sungguh dipenuhi duka. Kerana beliau mengalami trauma yang bernama Mnemophobia sejenis trauma pada kenangan silam. Ia akan terjadi pada seseorang yang mempunyai sejarah silam yang buruk atau terlalu mengecewakan.

Sejak Aydan berusia 5 tahun dia sering bersendirian tidak suka bergaul dengan orang setelah kematian ibunda nya yang tercinta. Sejak itu Aydan selalu memberontak, memecahkan barang barang, menyakitkan diri sendiri dan kuat melawan. Bapa Aydan pula seorang usahawan terkenal ketika itu yang selalu kesuntukan masa.

Mana tidaknya pekerjaan selalu ditangguh selepas kematian isteri, Anak pula mengalami Externalizing behaviours Atau lebih dikenali sebagai Tamper Tantrum.

Bapa Aydan pula Tuan Omar sering memarahi dan memukul Aydan ketika itu. Sungguh kelihatan tahap kesabaran Tuan Omar ketika itu. Mana tidaknya saat itu kesedihan Tuan Omar yang Baru kematian isteri Belum surut , perniagaan pula ketika itu dilanda masalah , ditambah pula Aydan waktu itu Tantrum.

Tiada siapa yang boleh bersabar menjaga Aydan pada masa itu. Sehingga Bapa nya menikahi pengurus peribadi nya yang waktu itu seorang gadis. Puan Bahira Adalah isteri baru Tuan Omar. Sejak kemunculan Puan Bahira di dalam hidup Tuan Omar semua berubah sedikt demi sedikit.

Puan Bahira walaupun hanya ibu tiri kepada Aydan tetapi beliau sangat menyayangi Aydan seperti anak kandungnya sendiri. Namun keberadaan Puan Bahira tidak pernah diterima baik oleh Aydan. Sehingga kan Tuan Omar terpaksa mencari seorang Doktor psikiatri untuk merawat Aydan.

Aydan menerima rawatan Daripada seoarang doktor psikiatri yang juga Bapa saudaranya sendiri. Doktor Nasir adalah adik kandung kepada ibunda Aydan. Beliau mengambil Aydan tinggal bersama dengan nya supaya mudah untuk dia merawat anak saudara nya itu . Bertahun tahun Aydan dirawat Akhirnya dia pulih dari penyakit nya tetapi masih meninggalkan kesan trauma pada nya.

Setelah 20 tahun berlalu Aydan bekerja dengan bapa nya. Beliau menguruskan sebuah syarikat pakaian pukal yang dinamakan sempena nama ibunda tercinta nya. Sumayyahent SDN BHD telah ditubuhkan sejak tahun 2006 lagi dahulunya diurus oleh Tuan Omar setelah Aydan Dewasa syarikat itu dikendalikan Oleh Aydan dan adik bongsunya Fateh Ridzwan.

Kerana trauma Aydan masih ada, Aydan mengambil rakan rakan akrab dan keluarga menjadi sebagai pekerja nya. Kerana mereka sudah tentu mengenali diri Aydan dan memahami sikap aydan. Hanya pengurus peribadi nya sahaja bukan dari ahli keluarga atau sahabat.

Danial Muhammad di lantik menjadi pengurus peribadi Aydan kerana keselesaan aydan dengan nya. Walaupun danial baru berusia 24 tahun, tetapi dia faham dan pandai mengatasi trauma Aydan . Ini kerana dahulu nya danial pernah belajar bidang psikologi selama 3 tahun.

Namun tak kesampaian kerana masalah kewangan. Danial pernah mengatasi trauma Aydan ketika Aydan berada di lapangan terbang setahun yang lalu. Danial yang mahir dalam mengatasi situasi itu Tuan Omar terus melantik Danial sebagai pengurus peribadi Aydan. Kini sudah hampir setahun Danial mengurus Aydan tak kira di pejabat ataupun di rumah. Kalau lah Danial ni perempuan mungkin Aydan dah memperisterikan Danial. Kerana Danial serba boleh melakukan pekerjaan wanita. Mungkin diri nya sudah terbiasa dari kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience