"awak dengan encik Aydan tu ada apa apa ke. Saya tengok dia tengok awak lain macam sangatlah." Fikri berhadapan Durrah yang berdiri di pintu kereta Bezza milik Fikri.
Durrah tidak tahu mahu mulakan cerita nya bagaimana. dia takut cerita nya itu di salah erti oleh kekasihnya.
"Encik Aydan tu bos Danial lah. Ni kali pertama saya jumpa dia." Durrah menjawab tangan nya yang sedang bermain hujung tudung nya itu membuat Fikri bertambah musykil.
"Habis tu Kenapa dia asyik pandang awak je?" Fikri menyoal lagi, dahi nya mula berkerut. Tangannya yang mula memeluk tubuh itu membuat kan Durrah lagi takut untuk jujur.
"Kekasih awak ni kan comel sangat sebab tu lah ramai yang suka pandang. Kalau awak takut sangat masuk lah meminang cepat-cepat. Kalau lambat nanti di kebas orang." Jawab Durrah dengan sangat ceria tanpa meragukan kekasih nya itu.
Fikri menghembus nafas lega mendengar penjelasan Durrah. Niat lelaki itu datang bertemu dengan Durrah adalah ingin memberitahu Durrah bahawa keluarga Fikri tidak merestui hubungan mereka. Namun Hati Fikri tertunda kerana kehadiran Aydan.
Fikri sangat mencintai gadis itu. Namun cinta tidak bermakna tanpa restu dari keluarga. Beliau pula seorang Guru, sepatutnya menjaga baik status itu. Tetapi dia tidak sanggup melukakan hati kekasih nya itu.
MENJELANG PETANG. Danial dan Aydan bersiar siar menaiki motosikal LC milik Ayong. Danial membawa Aydan melawat kolam ikan milik Pak Saad, bapa Ayong.
"Assalamualaikum bapak!" Danial melambai tangan ke arah Pak Saad yang sedang menabur dedak ikan di dalam kolam.
Pak saad membalas sapaan Danial.
"Hei ! Orang jauh dah balik."
"Siapa ni Danial?" Tanya pak saad sambil menghulur tangan kepada Aydan.
"Saya Aydan majikan Danial" Aydan menjawab soalan Pak saad dan berjabat tangan.
"Makin sihat bapak ya!" Usik Danial yang berseloroh itu.
"Sihat macam tu lah dah tua tua ni." Sembang pak saad lemah longlai.
Usai berbual-bual Danial mengajak Bos ego nya itu untuk memancing di kolam ikan milik Pak Saad. Sambil mereka memancing Danial teringatkan bualan Aydan di meja makan tengahari tadi.
"Encik! Betul ke encik dah tunang? Kenapa saya tak tahu ya?" Danial berpaling ke arah Aydan yang duduk di sebelahnya.
"Hari masa aku dalam wad. Kakak kau datang masuk dalam bilik aku. Dia bagi tahu jururawat aku ni tunang dia. Dengan alasan macam tu mungkin orang percaya. Thats why she can enter the room."
Aydan melepaskan kata-katanya.
"Danial ! Kakak kau dengan lelaki tu serius ke?" Aydan menjongket bahu. Ke dua belah siku bertongkat di ke dua belah lutut.
"Bagi dia orang mungkin serius. Tapi macamana pun dia orang tak akan berkahwin. Danial menjawab soalan Aydan dengan bersahaja.
Aydan cuba fahami maksud Danial.
"Kakak suka dekat Fikri. Fikri pun suka dekat kakak. Tapi keluarga Fikri tak suka kami. Keluarga dia melarang hubungan mereka. Kata emak Fikri kami ni nak ambik kesempatan dari anak nya."
Danial melepaskan segala yang terbuku di dalam hati nya. Selama ini Danial hanya berdiam diri sahaja kerana menghormati perasaan kakak nya itu. Namun dia juga tidak tahu sampai bila dia boleh bersabar.
"Kau percaya tak dengan aku?" Aydan merenung jauh ke dalam air kolam yang tenang.
"Percaya lah tak kan tak percaya. Encik mana pernah menipu. Kenapa encik? Kalau encik nak luahkan apa-apa luahkan je saya dengar."
Danial memberi peluang untuk Aydan menceritakan apa pula yang terbuku di hatinya.
" Danial. Niat aku datang sini aku nak melamar kakak kau jadi isteri aku. Kali pertama kakak kau masuk bilik aku tu dia marah aku. Tapi trauma aku tak jadi waktu tu. Beberapa hari dia pergi dari pandangan aku. Tidur aku dah lena. Tak ada lagi mimpi-mimpi buruk. Tapi bila aku dapat tahu dia dah ada kekasih hati aku kecewa. Ya lah mana ada gadis secantik dia tak ada orang suka." Puas hati Aydan meluahkan habis hasrat hatinya.
"Encik cuba lah bagitahu isi hati encik pada kakak mana tahu kakak cair dengan ayat-ayat cik." Danial cuba memberi cadangan nya pada Aydan.
"Biarlah, Aku dah berserah pada Allah. Jodoh aku hanya Allah yang tahu. Aku tak akan tolak siapa saja jodoh aku."
Aydan meraut wajah nya dengan sapu tangan dari mulut poket seluarnya.
Danial melihat ketulusan Aydan yang bersungguh mahu kakak nya menjadi isteri. Namun apa yang dia boleh buat. Jodoh itu milik Allah. Berusaha macamana pun kalau dia bukan di takdirkan untuk kita maka dia takkan jadi milik kita.
.......
Suasana malam di kampung Sekinchan suram. Bintang bintang di langit tidak kelihatan, nampaknya malam ini akan di turuni hujan.
Danial dan Aydan bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Durrah risaukan perjalanan mereka akan bermasalah. Lagi pula yang memandu sudah tentulah Danial. Durrah tahu yang adik nya itu Rabun malam.
"Adik betul ke nak balik malam ni. Malam ni macam nak hujan. Tidur lah sini esok baru gerak balik." Durrah cuba memujuk Danial supaya bermalam di sini.
Aydan yang berada di sofa yang memegang telefon itu mendengar perbualan dua beradik itu.
"Danial malam ini kita bermalam sini lah lagipun kau penat seharian ni layan kerenah aku."
Aydan yang merasakan dirinya seperti terlalu jahat jika di biarkan Danial membawa nya pulang ketika cuaca tidak berapa elok. Dia juga memikirkan keselamatan dirinya serta pekerja nya itu.
'baik jugak kau ni rupanya ya' bisik hati durah. Durrah memandang riak wajah Aydan yang licin itu sekilas melihat riak wajah adik nya yang seperti ayam berak kapur. Mana tidaknya adik dia merasa tidak selesa jika bos nya bermalam di kampung yang selalu di temani nyamuk dan bunyi cengkerik di dalam hutan.
"Kejap dekat pekan kampung ni ada hotel jom saya tempah kan untuk encik." Pelawa Danial sambil mencari hotel di peta dalam telefon bimbitnya.
"Tak apalah aku boleh je tidur sini. Risau sangat lah kau dekat aku ni!" Aydan menepuk manja belakang bahu Danial tanda gurau.
Di ruang tamu, Durrah menyediakan tempat tidur Danial dan Aydan. Beralas kan toto yang lusuh Aydan terus melabuhkan punggungnya duduk di atas toto itu.
Terkejut Durrah melihat Aydan. Jarak mereka berdua sangat dekat.
"Awak tak nak tidur lagi?" Sapa Aydan dengan senyuman yang menggoda.
"Encik ingat saya ni isteri encik ke?" Durrah bangun dari situ sekilas menjeling Aydan dengan jelingan yang tajam. Tapi tidak di perasan Aydan.
"Insha Allah kalau itu jodoh saya maka saya terima dengan ikhlas hati." Aydan tidak sabar ingin tahu apa agak nya jawapan istikharah nya.
Aydan melebaringkan badannya, melabuhkan kan kepalanya di bantal yang gebu sementara Durrah menepuk-nepuk bantal untuk milik Danial.
"Adik tidur lah esok nak bergerak pagi kan?" Durrah terus bangun Dari situ. Segan pulak Durrah melihat Aydan dengan bersahaja baring di tepi nya.
"Saya suka awak." Perkataan itu terus keluar dari mulut Aydan.
Aydan meluahkan kata-kata nya sambil mata terpejam. Terasa seperti biadap pula kalau dia terus terbaring begitu.
Aydan bangun dan duduk bersila di atas toto itu. Danial melihat gelagat mereka yang memandang satu sama lain.
"Tujuan saya datang sini, nak melamar awak menjadi isteri saya." Tanpa merasa malu Aydan terus menyatakan hasrat nya itu.
Aydan tahu lamaran nya pasti akan ditolak. Kerana Aydan merasakan itu tanggungjawab hati dan perasaannya dia perlu luahkan.
Durrah hanya berdiam diri melihat sekilas muka adik nya yang senyum melihat ketulusan Bos nya itu. Durrah tidak kuat untuk menghadapi situasi ini.
'Tipu lah kalau aku tak suka dia. Dah lah hensem, tinggi putih pulak tu. Pekerjaan dia pun dah bagus. Tapi macamana dengan Fikri. Aku masih sayangkan dia.' bisik hati Durrah pandangannya berhenti seketika.
Langkah kaki Durrah yang ingin melarikan diri dari soalan Aydan terhenti setelah Aydan menyebut nama nya.
"Durrah Haura !"
"Encik Aydan saya dah ada kekasih. Tak mungkin saya khianat cinta dia. Kami dah rancang nak bertunang pun."
Lantang sungguh Durrah menjawab. Danial terkejut dengan ekspresi kakak nya itu. Dia takut trauma bos nya datang menyerang kalau kakak nya terus menbentak begitu.
Danial menarik tangan kakak nya masuk ke bilik. Danial mengunci pintu.
"Kakak! Kenapa tiba tiba nak bentak encik Aydan macam tu?" Danial berdiri di hadapan kakak nya mencekak pinggang.
"Kau tahu kan kakak dengan Fikri? Tak kan kakak nak terima lamaran bos kau yang kakak tak kenal dia siapa?"
"Baru jumpa dekat hospital terus datang nak melamar? Cerita macam ni dah lapuk tahu tak?"
Marah sungguh Durrah kepasa Danial yang cuba menyokong tindakan Bos nya itu.
Danial mengeluh. Keluhan Danial di dengari Durrah. mendengar keluhan adik nya itu Durrah merasakan adik nya tidak setuju dengan apa yang di katakan nya tadi.
"Fikri tu suka kakak. Ya dia memang suka kakak. Tapi keluarga dia? Kakak lupa ke apa yang jadi dekat mak dulu? Apa yang emak dia cakap pasal keluarga kita? Kakak ingat lah baik baik. Emak Fikri tuduh mak minta sedekah dekat anak dia! Tuduh kakak guna-guna kan anak dia! Tuduh saya ni penagih. Apa lagi kakak !"
"Selama ni saya masih layan baik Fikri bukan sebab saya terima dia. Sebab saya tahu kakak saya sayang kan dia. Percaya sangat dekat dia."
Air mata lelaki akhirnya membasahi pipi Danial. Genggaman tangan kakak nya di lepas. Lalu meninggalkan kakak nya di dalam bilik.
Durrah terduduk di atas katil bujangnya. Kata-kata Danial terngiang-ngiang di fikiran. Durrah merasa apa yang dikatakan Danial itu ada benarnya.
Cinta Fikri dan Durrah seperti tidak ada kesudahan. Durrah setia dengan hubungan itu merasakan sia sia sahaja kalau terus di perjuangkan. Lagi pula diri nya merasa telah melakukan banyak dosa dengan Allah.
Durrah mengambil wudhuk mencapai telekung. Dia menunaikan solat isyak usai itu dia menunaikan solat sunat istikharah.
"Ya Allah hambamu ini sangat hina Ya Allah. Hamba mu ini lemah tanpa bantuan mu ya Allah. Beri lah pentunjuk mu kepada ku. Temu kan lah hamba mu ini dengan jodoh sebenar yang telah engkau tulis untuk ku. Jika jodoh aku bukan dari orang yang aku cinta sekarang. Padam lah perasaan cinta ini. Kuat kan lah rasa cinta ku hanya kepada suami ku."
Dalam kehidupan kita. Apa yang kita suka belum tentu akan menjadi milik kita. Itu lah lumrah kehidupan. Tetapi aturan Allah itu sungguh baik. Allah beri kita ujian berdasarkan kemampuan kita. Kita boleh mencintai sesiapa sahaja tapi yang kita cinta belum tentu jadi milik kita.
Share this novel