The Pearl Of My Life Bab 24

Drama Series 16236

SELESAI siasatan kes Lily, Fikri memandu keretanya pulang ke kediamannya. Esok pula dia sudah harus kerja. Baru sahaja dia menempatkan keretanya di parkir, Mak senah tiba-tiba muncul tidak sesuai waktu dan masa. Ada lah benda yang tidak memuaskan hatinya itu. Kekusutan dek akal belum lagi reda bala yang baru mula beri petanda.

" Ayi betul ke Lily kena reman? " Mak Senah terus menerkam anak lelakinya yang mencepatkan langkah nya sebaik sahaja melihat Kemunculan ibunya. Cepat sungguh berita itu sampai di telinga Mak Senah.

" Bukan kena reman, dah masuk dalam dah pun. " Selamba Fikri menjawab soalan ibunya. Langkah di atur menyusur masuk ke dalam rumah. Mak senah membontoti anak lelakinya yang dari tadi seakan mengelak bertemu dengannya.

" Kenapa tak jamin dia? Malu lah ibu dengan kawan-kawan ibu kalau diorang semua tahu isteri kamu masuk penjara? " Mak senah melabuhkan punggungnya di atas sofa, sementelah mengeluarkan Telefon Oppo A54 dari mulut beg sandangnya itu.

" Air muka ibu je ibu tahu. Ayi ni dah banyak malu dengan perbuatan dia selama ni. " Kesal dengan suruhan Ibunya. Siang malam Fikri membanting tulang untuk sempurna kan tanggungjawab sebagai seorang suami, malah harus menghabiskan wang untuk menutup kesalahan isterinya.

" Biarlah dia tanggung apa yang dia buat. Kalau tak sampai bila-bila pun dia tak akan berubah. "

" Ayi ! Kamu ceraikan je lah Lily tu malu ibu kalau kawan-kawan ibu tahu. Menyesal ibu kahwinkan kamu dengan perempuan tu. Mana lah ibu nak letak muka lepasni? "

Cerai? Ewah-ewah senang sungguh jadi seorang Mak Senah ini. Dia yang bawa masalah muncul dalam hidup anak nya, bila sudah ditimpa malu ke muka sendiri, pandai pula suruh Fikri lepaskan isterinya.

" Ceraikan? Lepastu perempuan macam mana pulak ibu nak jodohkan Ayi? " Fikri mula mengangkat suaranya, Tatapan tajam mata menembusi anak mata ibunya.

" Macam minum air je ibu suruh Ayi lepaskan Lily. Kenapa tak haritu je ibu paksa Ayi lepaskan Lily. Sekarang bila Lily di timpa masalah macam ni, ibu nak suruh Ayi lepaskan dia. Ayi memang tak sukakan Lily tapi Ayi masih ada hati perut. Ayi tak akan biarkan isteri Ayi susah sorang-sorang. "

Mak senah terkedu mendengar kata-kata anaknya. Fikri sudah tidak takut membentak ibunya, walaupun tindakan itu tidak baik. Namun apa yang boleh meredakan api yang sedang marak membakar perasaan ketika itu.

Fikri melangkah setapak, langkah fikri terhenti badanya berpusing menghadap ke arah ibunya yang masih duduk di atas sofa.

" Syukur lah bukan Durrah yang jadi isteri Ayi sekarang. Kalau tak, tak tahu lah apa nasib dia. "

Masih membekukan diri, riak wajah Ibunya berubah tegang. Sakit hatinya bagai di hiris pisau tajam mendengarkan ayat pedas anak nya. Fikri mula mendaki anak tangga menuju ke biliknya, meninggalkan Mak senah Omel seorang diri.

" Anak tak kenang budi ! Tak guna punya Anak! "

Sakit hati melihat tindakan Fikri Mak senah bangun dari duduknya dan mengatur langkah keluar dari rumah yang seperti bahang itu. Tombol pintu dipulas dan dihentaknya pintu itu sekuat hatinya. Gugur jantung jiran-jiran jika mendengar bentakkan pintu dari rumah orang yang memang sudah lali dengan masalah.

Usai solat isya' berjemaah, Durrah meletakkan kepalanya di riba Aydan. Tangan kasar lelaki itu usap lembut kepala isteri nya yang beralas kain telekung.

" Bie, sayang nak tanya boleh? "

" Boleh sayang, tanya lah."

Jari jemari kiri Aydan di belek-belek Durrah, sementara tangan kanan Aydan masih megusap lembut kepala isterinya.

" Kalau sayang nak kerja boleh tak? " Soal Durrah manja.

" Kerja? Kalau sayang kerja, siapa nak jaga emak? " Soal balik Aydan pada Durrah. Durrah mendongak melihat wajah Aydan yang mulus itu.

" Tampan nya! "

Ayat yang baru keluar dari mulut Durrah tiada kena mengena dengan topik yang sedang dibincangkan. Durrah alihkan pandangan nya. Lebihan telekung di tekup ke muka, menutup senyum sekali gus malu dengan suara hati yang terkeluar dari mulut.
Terdengar tawa kecil Aydan sekali gus meleraikan tangan Durrah yang keras tidak mahu beralah.

" Lah, tadi sayang cakap bie tampan. Sekarang sayang pulak nak tutup muka. Malu ke mahu? " Kederat Durrah akhirnya kehabisan apabila tekupan itu di leraikan sekuat tenaga seorang lelaki.

" Lah, merah muka buah hati bie ni malu sangat ni. " Cukup Lah asyik diperli suami sendiri Durrah mula merubah posisinya bersila berhadapan suaminya. Mata sepet suaminya mula direnung.

" Sayang serius ni, sayang nak kerja. "
Wajah ceria Aydan bertukar suram mendengarkan ucapan isterinya yang begitu serius.

" Sayang, mak kan masih tak boleh berjalan lagi. Lagipun bie tak mampu ke tanggung sayang? Nafkah sayang? bie ada tangguh ke? "

" Kita carikan lah nurse untuk jaga mak belah siang. Belah malam sayang jaga emak. " Tangan Aydan di genggam ketat Durrah. Tatapan mata di renung jauh ke dalam anak mata suaminya.

" Sayang ni kenapa tiba-tiba nak kerja pulak. Sayang perlukan duit ke? Kan bie dah bagi kad Atm kat sayang. Guna lah duit dalam tu kalau sayang perlu. "

Wajah Aydan mula masam mencuka setelah Durrah meminta keizinan nya untuk bekerja. Bagi Aydan, seorang isteri tak wajib bekerja. Cukuplah suami yang keluar mencari nafkah untuk isteri, lagi pula apa yang tak cukup dengan yang Aydan berikan pada Durrah. Tempat tinggal yang selesa, pakaian yang cukup, makan minum yang enak dan wang nafkah tak pernah putus.

"Mestilah semua tu cukup untuk sayang. Tapi, sayang nak kena simpan duit sayang sendiri. Mana lah tahu suatu hari nanti kita berpisah atau abang terjumpa perempuan yang lebih baik dari sayang "

Ucapan apakah yang cuba di sampaikan Durrah sebenarnya? Marah Aydan mendengarkan perkataan isterinya itu. Tiba-tiba sahaja perkataan PISAH di ungkapnya.

" Pernikahan kita akan tamat dengan cerai ke? Apa yang meragui sayang sampai fikir macam tu " sedikit tersentak, genggaman isterinya di lerainya.

" Maksud sayang bukan macam tu bie!, Sayang cuma nak." Durrah tidak di beri peluang memperjelaskan ucapan nya.

" Bie akan carikan nurse untuk jaga emak. " Ringkas Aydan bersuara, walaupun hati nya sedikit kecewa dengan ucapan isterinya sebentar tadi, tapi Aydan harus kuat mengawal emosinya ketika berada dengan isterinya.

" Betul ke bie? " Raut muka Durrah yang ceria mendengar khabar dari Aydan sedikit membuat Aydan berkecil hati. Terlihat sungguh isteri nya itu bersungguh-sungguh mahu bekerja.

" Bie tak cakap pun bie izinkan sayang kerja. Bie cuma cakap bie akan cuba cari nurse untuk jaga emak. "

" Bie tak percayakan sayang ke? " Tangan Aydan di genggam Durrah kembali.

" Ubah niat dan tujuan sayang dulu. Dah lewat malam ni, jangan tidur lewat sangat nanti mata jadi mata panda. "

Aydan bangun dari duduknya lalu merebahkan tubuhnya di atas katil. Durrah yang masih terduduk di atas tikar sembahyang. Debaran mula menerpa di dadanya. Adakah Aydan masih ambil hati dengan apa yang di lontarkan dari mulut wanita itu.

Masakan suaminya tidak runsing. Sudahlah makan masa yang lama untuk pikat hati gadis bagai harimau beranak muda itu. Bila sudah berjaya mewujudkan rasa cinta di antara mereka. timbul pula isu berpisah. Harap-harap apa yang di ucap Durrah itu tidak akan berlaku sama sekali.

" Bie, sayang minta maaf atas dosa yang sayang dah buat hari ni, halal kan makan minum sayang. " Rutin biasa sebelum Durrah memejamkan mata, maaf harus di pinta pipi dan dahi suaminya harus dikucup, dan perbuatan itu akan di balas Aydan. Tapi malam itu Aydan terlelap mungkin dek kepenatan seharian tidak berhenti menguruskan hal syarikat.

' kenapa perlu ada perpisahan dalam suatu hubungan? Kenapa perlu membenci selepas menzahir rasa sayang? Ya Allah kau perkuatkan lah ikatan yang telah termaktub ini. Jauh kan lah anasir-anasir jahat di luar sana. ~ Yusuf Aydan

__________

Di kediaman mewah dihiasi dengan perhiasan-perhiasan Antik persis rumah orang kaya pada era 60an. Dato' Azam merupakan seorang pereka pakaian yang tersohor di Malaysia, juga merupakan Bapa kepada Aurell Zuri. Gadis pembawa malang dalam hidup Danial Muhammad.

" Zuri kau cakap dekat Abang Emir, sekarang apa hubungan kau dengan budak tu ? " Tegas Afeef Emir Abang ke tiga Aurell zuri dari empat beradik itu.

" I bukan Artis u nak soal siasat i macam tu. Apa yang i boleh cakap i dengan lelaki tu tak ada apa-apa ok. " Selamba Aurell perjelaskan isu kontroversi di antara dia dan Danial tempoh hari. Alahai isu mereka ni nampaknya boleh kalahkan gosip Artis-artis popular pulak.

" Eh ! Dia ni, tak payah nak slang minah Saleh sangat lah kau dengan aku sama je darah Melayu. "

Ali Qayyum pula Abang sulung kepada Aurell, di antara adik-beradik yang lain Ali Qayyum lah yang selalu tak beri muka kepada Aurell. Kerana sikap adik nya yang terlalu degil itu.

" Adik! kau tu perempuan jangan nampak murah sangat. Bak sini nombor mamat tu aku nak jumpa dia. " Bentak Afeef Afham abang ke dua Aurell Zuri.

Nampaknya Aurell kini sepenuhnya di kawal rapat oleh ke tiga-tiga Abang lelaki nya. Maklumlah Aurell zuri merupakan anak bongsu perempuan dalam keluarga itu, kalau bukan Abang-abang yang sado mengawasi gerak-geri Adik perempuannya siapa lagi? Tidak mungkin Najmi.

" Macam ni lah Abang-abang. Actually that is an accident ok. "

Sorang mengeluh, sorang memusingkan bola matanya dan sorang lagi menggaru kepala yang tidak gatal sebaik mendengar Aurell membuka Slang hip-hop nya.

" I pergi beli Tomyam untuk nak makan tengahari and then dia datang langgar I. Kuah tomyam tu tumpah atas perut dia. Tomyam panas kut. And then i kejar lah dia sampai ke toilet tu. Masa tu i tak fikir apa-apa dh yang i tahu perut dia memang dah melepuh. So i lap lah perut dia salah ke i niat nak tolong di je pun."

Jelas Aurell panjang berjela. Aurell dan tomyam berpisah tiada.

" Lap konon dalam video tu abang li tak nampak pun perut yang melepuh tu. Yang aku nampak kau tu menggatal melutut bagai lap kan perut dia dah kenapa zuri? "

Susah betul Ali Qayyum mempercayai kata-kata adiknya. Kalau sesiapa yang melihat rakaman video itu pun mesti mereka juga tidak percaya apa yang Aurell dan Danial terangkan. Mereka hanya mendengar dan melihat tapi yang merasakan hanya kita sahaja.

" Ok kalau u all tak percaya i akan suruh Danial datang sini. U tatap lah perut dia puas-puas nanti. "

iPhone 14 di capai dari atas meja makan. Alamat terkini telah dikirimkan pada Danial siap lah Danial harus berhadapan dengan Tiga orang lelaki bengis itu.

Maaf guys sebab yaya selalu lambat update. harap-harap anda semua enjoy ya. kalau ada yang perlu yaya perbaiki just comment saje ok tq guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience