BAB 31

Drama Series 16236

" kakak i nak pulangkan baju yang kakak pinjamkan untuk i hari itu. "

Baju yang pernah dipinjamkan dihulur kembali pada pemilik asalnya, tak mahu melepaskan peluang Aurell memandang sekilas ke arah Danial yang bersahaja duduk di sofa. Tak tenteram hati lelaki itu dengan keberadaan Aurell. Dia tidak pasti perasaan hatinya apabila melihat kali ini Aurell manis berpakaian jubah Abaya walaupun tidak mengenakan tudung di kepalanya.

" Aurell dari mana? Makan tengahari dekat sini lah kakak masak banyak"

Pelawa Durrah pada Aurell membuat kan hati Danial makin dihimpit rasa gusar. Apakah motif Durrah memperlawa Gadis pembawa malang itu makan di rumahnya? Tapi kegusaran Danial lenyap sendiri setelah Aurell mula melabuhkan punggung di samping Puan Zalina yang elok bersandar di sofa.

" Aunty, tadi Aurell pergi dekat mall lepas tu nampak bun ni. Sedap lembut, yang ini Aurell beli kan untuk Aunty." Manis senyuman di bibir menjentik hati keras lelaki itu.

" Mak tak makan roti. "

Tanpa memandang wajah Aurell Danial bersuara tegas,

" Oh sorry Aunty Aurell tak tahu Aunty tak makan roti. "

Sebersalah mula menjengah seketika di hati gadis seorang ini. Dia fikir Penyakit Puan Zalina sudah membaik. Roti pula tak mengakibatkan kemudaratan pada penyakit Puan Zalina. Atau Danial sengaja nak menyakitkan hati Aurell supaya cepat-cepat pergi dari situ.

" Tak apa makcik boleh makan roti. Penyakit makcik pun makin membaik. "

Menelan liur kasar Danial mendengar bicara Puan Zalina. Nampaknya Puan Zalina seperti selesa akan kehadiran Aurell Zuri. Berkali-kali tangan Aurell zuri menggosok tangan tua emak. Berbeza jauh sikap Aurell di fikiran Danial. Masakan gadis kaya yang kekwat dan gedik seperti Aurell tidak jijik dengan Puan zalina.

" Kak Aurell ya? Saya Alisya biras kak Durrah. Kak Aurell datang sini nak jumpa abang Dan erk? "

Tidak hairanlah jika soalan begitu di ajukan. Sememangnya Alisya masih terlalu muda tutur bicaranya juga masih banyak yang harus dia perbaiki.

" Eh tak lah i datang nak hantar baju yang kakak pinjamkan hari itu. " Dalih selagi boleh, memang itu lah niat yang dicipta. Mudah sangat Aurell jatuh cinta sedang kan perasaan Danial pula tak melambangkan apa-apa makna pada gadis itu.

Dari jauh mata sering mengerling ke arah gadis jelita berjubah Abaya, degupan jantung yang dirasai Danial ketika itu mengelirukan perasaannya. Nak kata suka tidak mungkin, lagi pula Aurell bukanlah gadis idaman dia. Nak kata benci juga Mustahil, kerana wanita itu nampak begitu mesra dan tidak geli menyentuh sosok tubuh ibunya.

" Eh Danial mai jap! Tolong papah Along, dia tak larat nak jalan, kuat sangat muntah tadi. " Jerit Fateh gelabah menjengah ke arah muka pintu yang sengaja terbuka sejak tadi.

Lantas Danial berlari anak keluar membuka pintu kereta. Terhuyung-hayang Aydan cuba untuk berjalan sendiri. Dia bukan budak-budak lagi ke mana-mana harus dipapah dan di gendong.

" Aku boleh jalan sendiri lah " sudah macam pengguin berjalan mencari anak pun masih sombong Yusuf Aydan seorang ini.

Seperti biasalah sofa ruang tamu di sisi Puan Zalina sentiasa jadi tempat tubuhnya di rebahkan.

" Eh bie dah balik! "

Terkinja-kinja Durrah mengatur langkah mendapatkan suaminya sudah tiga hari berjauhan, dengan pantas bahu Durrah di cekup Danial.

" Abang tengah Trauma tu, jangan ganggu dia dulu. "

Berubah wajah yang tadinya ceria. Niat mahu ceritakan tentang ujian kehamilan sebentar tadi terus tertunda. Mengerling sekilas ke arah Suaminya yang lena berbaring di atas sofa. Seraya memandang ke arah puan Zalina yang duduk di samping lelaki itu. Manja sungguh Aydan kali ini. Dibiarkan rambut suaminya yang lebat di elus Puan Zalina perlahan.

Berkobar-kobar hati Durrah ketika ini, sudah lebih berapa jam Aydan lelap. Tak sabar hatinya ingin ceritakan perkara yang amat penting dan bahagia itu. Maha sahaja dia melompat lompat gembira tapi kali ini dia harus banyak berhati-hati untuk tidak cuai dan membahayakan kandungannya.

" Uwek! "

Sekali lagi rasa mual yang tidak pernah beri petanda untuk berhenti. Sudah lesu badan lelaki itu namun tetap memaksa diri untuk ke tandas melepaskan segala kandungan dalam perut yang harus dia lepaskan. Lantas Durrah membontoti langkah suaminya yang masih terhuyung-hayang. Takut pula jika rebah tersungkur di saat yang lain sedang menunaikan solat maghrib di atas.

" Teruk sangat dah bie ni sayang tengok. Kita pergi klinik ya? "

Digosok-gosok belakang badan Aydan. Redha sahaja Aydan sudah banyak kali dia berasa seperti muntah yang akan keluar dengan banyaknya namun hanya angin yang keluar. Kejung otot perut nya entah yang ke berapa kali mengenjan muntahan angin itu.

" Bie ok tadi bie dah pergi hospital dah."

" Doktor kata apa? Trauma bie makin teruk sayang tengok "

Mula berkerut dahi sulah Durrah. Tangan Durrah di pimpin Aydan melangkah keluar dari bilik Air. Durrah masih menagih jawapan dari Aydan sedari tadi suaminya seperti orang kehilangan Suara.

" Bie sayang tanya ni. "

Mula sudah hentakan manja kakinya dek soalan dia tidak dijawab Aydan. Tertawa kecil saat Aydan menoleh ke belakang. Wajah jelita sang isteri berubah masam mencuka. Nampak nya sikap Durrah makin berubah 180 darjah. Adakah kerana pembawakan bayi. Mulut Aydan gatal-gatal mahu menanyakan soal itu. Namun yang harus didahulukan ketika itu ialah menunaikan solat maghrib yang hampir hujung waktu.

" Bie nak mandi solat dulu nanti kita sembang ya. "

Muncung sedepa bibir nya apabila Aydan tinggal kan dirinya seorang diri mendaki anak tangga menuju ke bilik. Sudah lah tinggalkan isteri hampir Tiga Hari kerana bertugas di luar negeri. Kewujudan dia pulak tidak dipeduli sejak dari siang tadi.

" Along mari makan kaklong masak nasi beriani lah. "

Sapa Fateh memandang ke arah Aydan yang sedang menuruni tangga. Wajah Durrah masih seperti tadi. Sudah seakan jeruk mangga muka wanita seorang ini dek kelakuan suaminya. Terpaksa lah Aydan hadap sikap baru isterinya itu.

" Wah mewah betul malam ni. Danial dah balik? " Melihat sekeliling setelah melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu. Kelibat Adik iparnya tiba-tiba hilang dari pandangannya.

" Dia keluar dengan Awek yang datang hari tu. " Jawab Fateh pinggan di tangan di hulurkan pada Abang sulungnya.

" Haish! Dah melekat dah dia orang tu? "

" Apa yang peliknya. Semua orang ada perasaan, mungkin itu cara Allah nak temukan jodoh dia orang. Betul tak kaklong"

Ratu menyampuk akhir nya menyentak lamunan Durrah yang kaku sejak tadi. Matanya memandang kosong ke arah cedok kan nasi oleh Alisya. Aydan mula sedar suasana hati isterinya mula berubah. Mungkin kerana Durrah terlalu merasakan dirinya di pinggir oleh suaminya. Langsung tempat duduk Aydan di ubah dan duduk rapat di samping isterinya.

" Angah, tadi kita pergi hospital doktor cakap apa dekat aku? Kau jelaskan dekat kaklong dia nak tahu sangat "

Wajah tegang Aydan kini ditatap tajam dari samping, keresahan mula menerjah ke hati kecil wanita itu. Bunyi seakan-akan begitu serius sekali. Baru sahaja suapan pertama nasi beriani ingin masuk ke dalam mulut, tertunda lantas dek arahan Aydan. Tidak akan dia bantah sama sekali.

" Doktor cakap Along alahan je. "

" Alahan? Alahan ubat ke? "

Tertawa Aydan dan Faten memecahkan keheningan suasana yang canggung.

" Kaklong Angah nak tanya. Kaklong mengandung ke? "

Beberapa pasang mata beralih pandang ke arah wajah Durrah. Belum lagi Durrah membuka cerita Fateh sudah menanyakan hal itu.

" Bie, tadi sayang ada test pregnantcy. " Perlahan lengan Aydan dikilik.

" Lepastu apa jawapan test tu. "

Wajah Fateh dan Alisya dipandang sekilas dan direnung wajah bersih suaminya. Teruja berbaur getar untuk diceritakan, namun apa lagi yang harus disembunyikan.

" Dia naik dua garis. "

Orang pertama yang menyorak syukur adalah Alisya dan Puan Zalina namun Fateh dan Aydan hanya membiarkan senyum mereka cecah ke telinga. Dari awal apa yang dikatakan Doktor john tadi siang membuat hati Aydan girang. Tidak disangka dia bakal menjadi seorang Ayah.

" Alhamdulillah. Syukur apa yang doktor cakap betul lah. "

Usai dahi Durrah di tepek bibir Aydan, Durrah kembali dengan riak wajah toya. Ketepikan dahulu perasaan gembiranya yang baru sesaat dia lepaskan.

" Ha! Doktor bie cakap apa? "

Sinis senyuman encik oyster kening dijungkitnya memandang ke arah Fateh, faham lah Fateh maksud Abangnya itu. Makanan di dalam mulut di kunyah hingga selesai. Tak baik pula bercakap ketika makanan masih ada di dalam mulut.

" Doktor kata Along ni alahan dari pembawakan Baby dalam perut. "

Terkesima seketika mereka yang ralit mendengar penjelasan Fateh. Mulut Durrah yang ternganga dia tekup dengan mulutnya, takut pula jika masuk lalat dalam gua itu.

" Jadi yang dia muntah-muntah pening tu tak ada kaitan langsung dengan Trauma Along. Tak sangka Angah Along nak jadi papa tak lama lagi. "

Mata bulat Durrah di renung masuk ke dalam benak matanya tidak disangka-sangka gadis yang pernah dia suka pertama kali memandang kini sudah menjadi miliknya. Cinta makin kuat dengan adanya seketul lagi mutiara di dalam rahim isterinya.

" Thank you sayang. Tak sia-sia bie turunkan ego bie untuk isteri bie yang bie cinta ni. "

Tangan suami yang digenggam perlahan-lahan dia alihkan menekap ke permukaan perut yang kelihatan sedikit tersembul.

" Sama-sama papa! Papa jaga mama saya baik-baik ya? Jangan noty noty ! "

Pandai sungguh Durrah mengajuk percakapan bayi, ada-ada sahaja akal wanita mutiara seorang ini. Sehinggakan ajukan itu menggeletek hati mereka yang sedari tadi mendengar perbualan sepasan merpati ini.

Paling Aydan kepada Puan Zalina ditatap nya mata tua yang berkaca. Pantas Aydan menukar tempat di samping mertuanya. Dan di seka air mata berharga yang mula jatuh ke pipi. Terharu Durrah melihat ketulusan suaminya itu. Terpancar sinar kebahagiaan yang selama ini dia nantikan.

' Mungkin dulu aku pernah berjanji akan hidup semati dengan lelaki yang bernama Fikri Aiman. Dan tidak akan ada nama lelaki lain yang akan bertakhta dalam hati ini. Namun kuasa tuhan yang maha esa, Cinta yang tulus dari sosok lelaki yang mulanya tidak aku cinta akhirnya dia lah Kurniaan Tuhan untuk membahagiakan aku. Yusuf Aydan. Aku sayang kau. ' ~ Durrah Haura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience