The Pearl Of My Life Bab 21

Drama Series 16236

" bila kakak nak balik? " Soal emak pada Danial.

" Kakak balik lusa Emak "

Nampak nya Puan Zalina sungguh merindukan anak perempuan sulungnya. Maklumlah, selepas bapa mereka meninggal dunia. Puan Zalina sering merasa kesunyian.
Anak-anak pula dah besar panjang. Sorang dah kahwin, Sorang lagi masih membujang.

" Adik, kakak dah kahwin. Adik bila nak kahwin? Mak pun tak lama dah hidup kat dunia ni."

Sayup mendengarkan suara emak.

" Insha Allah mak. Kalau jodoh datang cepat, adik nikah cepat. "

Jawab Danial dengan nada yang lembut. Tangan tua emak di kucup danial. Mendengar kan kata-kata emak itu, membuat Danial serba salah. Beberapa tahun ini dia hanya memikirkan kerja sahaja. Tidak ada masa untuk bercinta. Lagi pula Danial sangat teliti dalam mencari pasangan hidup. Memilih pasangan hidup bukan seperti memilih ikan di pasar. Kalau tersalah pilih buruk padahnya.

Kerling ke arah telefon yang sedang berdering, nama Perempuan Gedik tertera di skrin telefon bimbitnya.

" Hello ! Ada apa? " Jawap Danial bernada terpaksa.

" Danial ! Kenapa aku kena pecat? Aku telefon fateh tapi tak berjawab. Aydan pun tak angkat. "

" Cik Amani, saya hanya buat kerja saya sahaja. Pecat memecat ni bukan bidang kuasa saya. "

" Kalau betul aku salah. Kemukakan lah salah aku. Ni apa-apa pun tak ada perundingan tiba-tiba nak pecat orang. "

Amarah Amani semakin menebal, dia dituduh menjual idea syarikat dan pencemaran nama baik syarikat. Namun Amani seperti tidak henti-henti menyuruh pihak syarikat kemukakan kes itu daripada memecatnya.

" Danial ! Aku memang lah suka kan Aydan. Tapi aku tak lah seteruk macam tu nak tutup periuk nasi sendiri. "

Suara Amani bertukar sebak. Bagi Danial, Amani memang seorang yang licik. Danial harus berhati-hati kali ni supaya tidak masuk ke dalam jerat Amani.

" Tak apa lah cik ! Saya tengah teman emak ni. Nanti lain kali kita sembang lagi. "

Panggilan Amani di matikan. Danial menghela nafas lega nya. Lagi sekali telefonnya berdering. kali ini nama yang tertera di skrin ialah Boss ku yang kolot. Dengan pantas dia menekan tombol hijau.

" Dekat Ofis, kau pekerja aku. Dekat luar, kau adik ipar aku. Lepas ni apa-apa berkaitan dengan Durrah kau kena bagitahu aku dulu. Nasib baik semalam dia tak jadi apa-apa. Nak luruh jantung aku tahu tak? "

Lantang Aydan melontar kan suaranya tentang hal yang berlaku semalam.

" Kakak yang tak bagi saya cakap dekat Abang, saya pulak kena. "

" Kau bukan budak-budak lagi Danial ! Takkan kau tak boleh fikir mana yang harus diam mana yang harus cakap? Durrah tu perempuan tau tak? "

" Yalah saya minta maaf " Danial mendengus kecil.

Sebaik sahaja panggilan dimatikan. Danial mengomel seorang diri. tanpa di dengari emaknya.

" Orang kena pecat cari aku ! Syarikat masalah cari aku ! Laki merajuk salah aku ! Bini degil pun salah aku! Semua aku "

Danial sering merasakan dirinya tidak ubah seperti hujan jatuh ke pasir. Apa sahaja yang dia lakukan tetap nampak tak bermakna di mata orang. Sudah masanya Danial memikirkan tentang dirinya. Walaupun masih berusia 24 tahun, usia tidak menghalang seseorang untuk bahagia.

Pagi di hotel GURNEY, hari ke dua Durrah di Pulau Penang. Hari itu dia merasakan hati nya sepenuhnya telah di takluk Aydan. Gelodak rasa di dada apabila melihat sosok lelaki itu menyinsing lengan kemejanya.

" Rasanya aku ada bawak. Takkan tertinggal kut. "

Omel Aydan yang sedang mencari baju jas di perut bagasinya.

" Bie bawak ke? Cuba bie ingat balik. " Senyuman nipis tersungging di bibir mungil isterinya itu. Jelingan manja menghentikan gerak Aydan.

" Sayang jumpa atas sofa dekat ruang tamu. Sejak bila Bie pandai letak barang merata-rata ni? Setahu sayang bie ni seorang yang teliti. "

Usik Durrah membuntangkan matanya.

" Ish sayang ni ! Bie dah lambat ni. "

Bergurau pula Durrah di saat Aydan kesuntukan masa. Jas Aydan di sembunyikan di belakang tubuh Durrah. Tubuh Aydan yang tinggi membuatkan Aydan mudah untuk merebut jas itu di tangan isterinya.

" Dah keronyok dah jas ni. " Aydan menjuih bibir, wajah yang masam mencuka membuat Durrah geli hati dengan tingkah suami nya itu.

" Sayang gosokkan ya? Sekejap je tak sampai sepuluh minit pun" sekali lagi jas itu di rampas oleh Durrah.

" Tak sampai sepuluh minit? Maknanya tujuh ke lapan minit? Tak payahlah sayang bie dah lewat ni."

Aydan mencapai jas di tangan Durrah terburu-buru dia keluar dari bilik hotel itu. Durrah hanya diam membatu. kecil hati melihat Aydan pergi tanpa mengucapkan kata selamat tinggal. Tetapi Aydan bukan lah seperti yang Durrah fikir kan. Tombol pintu bilik di pusing. Aydan melangkah masuk ke dalam bilik semula tanpa menanggalkan kasut.

" Sayang bie lupa nak cium sayang "

Kucupan manis melekat di pipi sang isteri. Berbunga-bunga hati Durrah. Rupanya Aydan memang seorang yang teliti. Di saat dia terburu-buru, dia masih ingat untuk pamitan dengan isterinya.

" Tengahari nanti kita pergi padang kota "

Makin besar hati Durrah mendengar janji Aydan padanya. Aydan melangkah keluar seperti lipas kudung setelah kerling ke arah jam tangannya.

********
" Aku tak sanggup lagi nak subahat dengan kau Lily. Kalau Encik Aydan tahu mati lah aku. "

Anis Farhana ialah seorang akauntan di Sumayyahent SDN BHD. Dia juga merupakan kakak Angkat kepada Lily Yasmin iaitu isteri kepada Fikri Aiman.

" Eh kak ! Apa kau nak takut? Rancangan kita yang satu ni dah berjaya dah. Kau memang pandai lah kak. Licik betul kau."
Selembar kertas laporan data syarikat Sumayyahent SDN BHD, berada di tangan Lily.

" Kau tak rasa kita ni jahat ke? " Anis masih diulit sebesalah.

" Kau je rasa macam tu, aku tak! "

" Tak akan di sebabkan Tuan Omar kau nak berdendam dengan dia? "

Soalan Anis mengingatkan Lily pada peristiwa lampau yang pernah terjadi pada Arwah bapa nya. Allahyarham Dato' Ilham dahulunya adalah seorang pemegang saham di syarikat Sumayyahent SDN BHD. Syarikat itu juga adalah hasil kerjasama antara Dato' Ilham dan Tuan Omar. Dato' Ilham meninggal akibat di bunuh. Sehingga kini Polis masih mencari siapakah dalang di sebalik pembunuhan tersebut.Peristiwa itu membuatkan Lily kemurungan bertahun-tahun sehingga kan dia tak boleh melanjutkan pengajiannya. Dan kini dia yakin Tuan Omar bersubahat dalam kes kematian Dato'Ilham.

" Orang tua tu mungkin tak salah. Tapi aku akan buat sampai dia mengaku bersalah "

Marah Lily benyala-nyala. kini semangat untuk membalas dendam lama nya semakin berkobar-kobar selepas mendapat tahu Durrah Haura adalah menantu Sulung Tuan Omar. Oleh kerana Durrah adalah bekas kekasih suaminya yang masih terngiang-ngiang di benak fikiran suaminya. itu lah membuat kan Durrah terpalit sekali.

" Lepas papa meninggal. Apa yang kita dapat? Omar tu mana? Aku tak akan duduk diam kak. Kalau kau rasa kau terhutang budi dengan papa dah tanggung pembelajaran kau selama ni. Kau kena bantu aku musnahkan hidup dorang. "

" Takkan tak ada cara lain? "

" Kau nak berhenti sekerat jalan? Sedangkan kau dah berjaya dah satu mission. "

Senyuman sinis terukir di bibir wanita itu. Sungguh apa yang Fikri katakan isterinya ini memang wanita yang busuk hati. Tak hairanlah kalau Fikri masih tak boleh buka hati lagi.

********
Telefon bimbit Durrah berdering Nama Ayong tertera di skrin telefon.

" Hello ! Makcik tengah buat apa tu? "

" Ya ! Nak apa? " Terbangun Durrah dari lelapnya.

" Woi ! Dah pukul 11:30am dah takkan tidur lagi? " Teriak Ayong membingitkan telinga Durrah.

" Apa benda kau ni. Aku dekat Penang lah. Aydan ada kerja kat sini, sambil berbulan madu. Dia pergi meeting tinggal aku sorang-sorang kat dalam bilik ni tak tahu nak buat apa jadi aku tidur lah sekejap." Tersengih-sengih Durrah sendiri.

" Wah ! Kakak dekat sana berbulan madu adik dekat sini menangis tak berlagu. "

Bukan Ayong lah kalau tak beria-ria mengarang cerita.

" Kenapa dengan Danial? "

" Kau tengok tak video yang aku hantar tadi? "

Cepat-cepat Durrah menjedakan panggilan dan buka whatsapp nya. Terkejut beruk dia melihat kan rakaman video itu.

" Weh ! Danial dengan siapa tu? Aku tak pernah ajar adik aku buat benda tak senonoh ni ! "

Belum sempat Ayong menjelaskan. Durrah mematikan panggilan Ayong dan Nombor Danial terus didail Durrah. Dengan panas hati Durrah berjalan tak tentu arah di dalam ruang tamu hotel tersebut.

" Adik kau tahu tak apa yang kau dah buat?"

" Apa adik buat? Adik tengah basuh baju ni "

" Aku tak pernah ajar kau buat benda tak senonoh tau. Kalau kau suka dekat perempuan tu nikah terus dengan dia. Lelaki jenis apa kau ni? " Gusar Durrah tidak berhenti ke hulu ke hilir.

" Kakak ! tu semua fitnah lah kakak. Takkan kakak tak percayakan adik? Adik takkan buat kerja macam tu lah. "

" Ini bukan soal percaya atau tak ni soal maruah. Kau , aku tak kisah lah sebab kau tu lelaki. Dia tu perempuan. Cuba kau bayangkan kalau bapak dia tengok video ni? Kau ingat bapak dia nak percaya yang korang di fitnah? "

" Habis tu kakak nak adik buat apa? "

" Tanggungjawab lah. Jadi lelaki sejati sikit. Pergi jumpa bapak dia kau jelaskan dekat bapak dia."

" Bapak dia pun Adik tak kenal "

" Ikhtiar lah cari. Sebelum bapak dia fikir bukan-bukan. Kalau emak tahu ni mesti emak sedih. "

" Eh ! Kakak janganlah bagi tahu emak pulak. "

Runsing Danial jika cerita itu sampai di pendengaran emaknya.

" Aku tak bodoh lah nak bagitahu emak. Ingat pergi jumpa bapak dia. Kirim salam dekat emak Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam "

Bengang Danial di buatnya. Siapa pula yang sebarkan berita palsu itu. Lepas satu, satu masalah yang menimpa. Baru sahaja rakaman itu dihapus Najmi pembantu Aurell tempoh hari. Kusut kepala jejaka itu memikirkan masalah yang bertalu-talu menimpanya.

Aydan tahu akan cerita tentang Danial. Tentang masalah syarikat. Tapi dia memilih untuk tidak memikirkan di saat dia dan isterinya baru sahaja mabuk kepayang.

" Wah cantik nya padang kota. Rupanya best jugak Pulau Penang ni. " Durrah mendepa tanggan nya ketika menikmati angin laut bertiup seperti orang berbisik-bisik.

" Kalau bie stress, bie suka duduk dekat tempat yang berangin macam ni. Tenang je semua masalah hilang macam tu je.

Merenung ke wajah suaminya yang seperti gading dilarik itu menenangkan seketika hati yang gelisah memikirkan soal adik bongsunya.

" Bie ! Terima kasih sudi cintakan sayang. Sayang bahagia sangat. "

Tangan Aydan di genggam erat. Mata suaminya ditatap tulus menembusi anak matanya.

" bie bersyukur dengan kurniaan Allah. bie dapat isteri yang baik, Emak mertua yang tak cerewet. Adik ipar yang tulus. betul lah orang cakap. the pearl came from an oyster. if pearls are taken, of course oysters are also taken. because both are very valuable "

Aydan mencuit lembut hidung mancung isterinya. Dahi isterinya di kucup lembut. Senang hati pasangan seperti cincin dengan permata itu. Soal hati dan perasaan telah terjawab.

" Oh ! Ok baik lah mr oyster, Your pearl is hungry. can i have some food?

" Sure ! anything for my pearl girl. "

Cinta sejati selalu membuat lelaki menjadi lebih baik, tidak peduli siapa disebalik wanita yang menginpirasinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience