" ish! Dah lapan minggu period tak datang. Takkan pregnant kut. Kalau pregnant mesti aku muntah-muntah. Tapi aku sihat je. " Tak pernah haid Durrah tidak teratur. Selalunya setiap bulan pasti takkan lepas bendera merah. Kali ini sudah dua bulan haid dia tak muncul-muncul.
" Kaklong kenapa masam muka ni? Rindu Along erk " sapa Alisya yang baru selesai menyuapkan makanan kepada Puan Zalina.
" Ish! Kalau rindu pun kenapa tak boleh? "
Makin gedik Alisya mendengar jawapan Durrah. Fateh selalu menceritakan tentang hubungan iparnya, lantaran itulah kadang-kadang Alisya sering tersengih seorang diri apabila melihat kemesraan mereka.
" Kaklong sebenarnya untung tau dapat Along tu. Padahal dulu ramai beratur nak jadi isteri Along. Lastly Kaklong jugak jadi isteri Along. "
Sesaat kubis yang dipotong terhenti dek ulasan Alisya. Wajah yang tadi ceria bertukar cemberut.
" Sha? Along pernah ada awek tak sebelum ni? "
" Ada! "
" Siapa? " Cepat sungguh Durrah mengajukan soalan selepas mendengar jawapan Alisha. Berkali-kali kening dijungkitnya.
" Eshal Khadeeja, tak silap isha Eshal tu sepupu Along. Anak kepada adik arwah mak kandung Along. "
Lain pula cerita jadinya. Setahu Durrah selama empat bulan dia menikahi Aydan, hal peribadi suaminya langsung tidak pernah cuba dia ambil tahu. Bah kan trauma Aydan juga di sembunyikan suaminya. Bab yang paling dia beria-ria ingin tahu ialah tentang sosok wanita yang pernah disukai Aydan dahulu.
" Along pernah bercinta dengan Eshal? " Soalan yang di anggap maut di aju pada Alisha yang baru sahaja melabuhkan punggungnya berhadapan Durrah.
" Ni Fateh lah yang cerita, dulu Along dengan Eshal ni memang rapat betul macam belangkas. Masa tu pulak Eshal taruh hati dekat Along. Dia orang sempat lah bercinta masa zaman sekolah menengah. Lepas je SPM Along dengan Eshal dah putus di sebabkan Papa taknak Along bercinta atau kahwin dengan sama jenis darah dan keluarga. "
Panjang berjela yang di rungkai Alisha. kalau Durrah masih tak faham lagi Alamat nya si Alisha kena sediakan pita rakaman untuk merakam semula penerangannya dari awal sampai akhir.
" Oh, sekarang Eshal tu duduk dekat mana? "
Giliran lobak merah pula dipotong.
" Dia sekarang ada dekat turki. Dia sambung belajar dekat sana. "
Memandang kosong seraya lobak merah di tangan masih terpotong. Eshal Khadeeja nama gadis itu masih terngiang-ngiang di ingatannya. Kata Danial Durrah adalah wanita pertama yang dicintai Aydan. Nahas lah Danial kalau Durrah dah tahu cerita sebenar.
" Ouch! "
Durrah dan sikap cuainya tak dapat di lerai. Jari telunjuk terhiris dek sebilah pisau. Lamunannya sebentar tadi terhenti ketika rasa pedih mula terasa. Lantas Alisha bangun dari duduknya dan mendapatkan peti ubat yang terletak di atas rak bersebelahan dengan peti sejuk. Tiba-tiba sahaja gelisah mula menerpa di dadanya. Terasa seperti ada sesuatu yang akan berlaku.
" Along nak pergi klinik tak? Takut pulak Angah tengok Along ni? Dah tiga hari muntah-muntah. "
Projek Gudang pakaian yang akan dilaksana Oleh syarikat Sumayyahent Sdn Bhd tergendala disebabkan Faktor kesihatan yang mendadak tiba-tiba.
" Entah lah ngah. Pergi klinik pun doktor bagi ubat yang sama jugak. " Kerusi penumpang sebelah pemandu dia baring kan.
Gelisah mula menerjah hati Fateh. Tiga hari di Port Dickson gejala yang berlaku Pada Aydan tidak beransur-ansur turun. Naik lemau badan Abang sulung nya itu dek berkali-kali mengenjan muntah.
" long kita pergi jumpa Abah lah. Risau lah angah tengok keadaan Along ni. "
Mengerling sekilas ke arah Aydan yang masih memicit-micit kepalanya. tak berdaya lagi Aydan mengeluarkan kata-kata dari mulutnya. Hanya menganggukkan kepala yang masih berbaring beberapa kali sahaja tanda setuju.
Sudah hampir minggu ke dua menetap di penjara Sungai Buloh, wajah Lily sedikit cengkung. Kalau dahulu solekan dapat menyembunyikan pori-pori di wajahnya namun Kali ini hanya keringat membasahi raut wajah kusam itu.
" Lily hang tu mengandung jangan duk buat kerja-kerja berat sangat. Nanti jadi apa-apa dekat anak dalam perut tu naya lah hang. "
Salah seorang banduan yang sangat prihatin terhadap Lily, boleh dikatakan Lily sudah dianggap seperti Adik kandung nya sendiri.
" Tak guna budak ni ada dalam perut saya kak. Nanti bila budak ni besar mesti kawan-kawan dia akan ejek. Bapak kau cikgu tapi mak kau banduan. Lebih baik dia tak payah hidup dari awal kak. "
Mati kata Kak Beb dan yang lain. Sia-sia sahaja mereka menasihati Lily, kalimat itu juga yang di ucap nya. Kandungan yang hampir cecah dua belas minggu sudah mula ketara pada paras perut Lily. Bertambah benci dia melihat dirinya yang tidak seperti orang lain. Itu lah, siapa suruh jolok sarang tebuan sekarang sendiri tanggung.
' Papa Lily nak ikut papa dan mama. Lily taknak tinggal atas dunia seorang diri. '
Menangis air mata darah sekalipun, masa takkan dapat diputar kembali. Rindu tak dapat di ungkap dengan kata-kata. Gambaran hatinya ketika ini amatlah luluh. Jikalau dia tahu dalam rahimnya ada janin yang membesar Mungkin dia tidak akan turut kata hatinya yang penuh dengan dendam itu.
" Ada rasa mual mual tak? " Soal Doktor John.
" Ada "
" Ada mengalami perkara yang pelik tak, contohnya perkara yang Aydan tak pernah lakukan ke? "
Wajah Aydan dan Fateh dipandang silih berganti.
" Ada. Aydan jadi cepat marah, mudah rimas bila kena peluk. "
Yang terakhir di ungkap Aydan menggeletek hati Mereka berdua. Tawa mereka memecahkan suasana sunyi di bilik rawatan itu.
" Kena peluk dengan siapa yang buat Aydan rimas? Fateh ke Durrah Haura? " Tak habis-habis tawa Doktor John namun jawapan Aydan tidak sabar didengari mereka.
" Durrah. "
Sudah diduga tawa mereka tidak habis di situ. Terkemut-kemut juga nak dijawabnya. Dia juga bingung selalunya tubuh Durrah lah sering menjadi bantal golek nya tak kira waktu, tak kira di mana. Sampaikan naik meluat Fateh jika ke rumah mereka Durrah dan Aydan ibarat dakwat dan kertas di mana-manapun selalu bermanja-manja.
" Kelakar sangat ke penyakit saya ni? " Gugup di dada tak hilang hilang mereka pula seronok ketawa. Takutnya simptom yang dihadapinya itu penyakit baharu pula. Tak fasal-fasal dia berjauhan dengan Durrah untuk rawatan seterusnya jika benar ia dari penyakit lain.
" macam ni lah Aydan. Kalau dari pemeriksaan tak ada masalah dari kesihatan pun. Penyakit pun tak ada. Gula dalam darah buat masa sekarang ni masih ok lagi. Trauma kamu pun semakin pulih. Kesan yang kamu sedang hadapi pulak langsung tak berkaitan dengan trauma kamu. "
Makin bingung Aydan dan Fateh masing-masing menatap silih berganti.
" Jadi Abah kalau bukan penyakit apa pulak? ". Soal Aydan berkerut dahinya.
" Kemungkinan kamu ni sedang alami sindrom couvade "
Makin bingung mereka berdua kepada yang tidak gatal digaru serentak. Mereka berdua yang sudah semestinya bukanlah otak sains tercengang mendengar perkataan yang baru sahaja Doktor John ungkapkan.
" Pulak? Straight to the point je la Abah "
Masing-masing tergelak kecil. Bukan masanya untuk bergurau di saat jantung mula berdegup kencang seakan di zaman perang.
" Simdrom Couvade ni dalam bahasa mudahnya simptom kehamilan. Selalunya dia terjadi kepada isteri yang mengandung tapi tak mustahil tak berlaku pada suami. "
Sekali lagi Aydan tercengang, dia cuba menangkap maksud yang cuba disampaikan Doktor John. Tapi Fateh pula yang over excited, nampaknya otak Fateh lagi geliga dari Otak burung unta.
" Long Kaklong mengandung ke? " Boleh terputus tangan Aydan digoncang Fateh. Perkara belum disahihkan lagi sudah gembira melebih.
" Entah Durrah tak kata apa-apa pun "
" Dia nak surprise kan Aydan lah kut. "
Senyuman lebar mengukir di bibir lelaki itu jika benarlah Isterinya berbadan dua sungguh besar hati dia dengan anugerah yang di kurniakan tuhan. Namun dia cuba untuk tidak terlalu seronok takut jika itu hanya cerapan dan bukan kenyataan.
" Adik ada beli tak? " Tak sempat Danial menapak kaki ke dalam rumah Durrah terus menerkam ke arah beg plastik yang dijinjit Danial.
" Apa lah kakak ni. Kenapa tak suruh Abang Aydan je beli. Jatuh maruah saya tahu tak? "
Menggeleng kepala Puan Zalina melihat kegelojohan Anak perempuan sorang ini.
" Hah! ada pun thank you adik ku Sayang. "
Dengan pantas Durrah mengatur langkah menuju ke tandas bahagian Dapur. Terperanjat Alisha yang sedang mengangkat sebuah periuk yang berisikan kuah singgang. Mujurlah tak tertumpah ke atas kaki. Kalau tidak menangis tak berlagu lah si Fateh.
" Kenapa Kaklong tu Abang Dan? "
Soal Alisha pandangan beralih memandang Danial yang terduduk di sofa.
" Entah lah, menyesal lah saya jadi posman dia orang ni. Cashier dekat Guardian tadi tu dah lah crush saya. Tak pasal-pasal pulak dia ingat saya beli benda tu dekat isteri saya. "
Rona merah di muka Danial sejak tadi tidak berubah-ubah. Demi seorang kakak sanggup dia redah perasaan malu yang menimpa.
" Apa yang Kaklong beli? " Maka bermulalah mesyuarat tingkap antara tiga beranak itu.
" Pregnantcy test "
Terbeliak biji mata Alisha kedua tangannya menekup mulutnya yang ternganga luas dek tersentak dengan penjelasan Danial.
" Mak ada perasan perubahan dekat kakak kamu tu. " Tidak mahu ketinggalan puan Zalina mencelah.
" Mak! "
Suara pekikan memeranjatkan tiga beranak yang leka bergosip itu. Lantas Danial ke dapur Durrah keluar dari tandas. Sangkanya Durrah jatuh atau apa-apa yang berlaku. Tapi sebaliknya. Dia pula yang terkekeh-kekeh melihat riak wajah adik bongsunya yang cemas, tak ubah seperti muka Shrek ketika marah.
" Kenapa dengan kakak tu adik? " Tanpa menoleh Puan zalina cuba menderaskan suaranya yang sedikit serak.
" Kakak nak tempah kubur cepat mak! "
Cepat Durrah mengundur kan langkah yang berapa inchi di hadapan Danial, lalu di tampar mulut celupar Adik lelakinya itu.
" Mulut tu! kalau aku mati siapa nak jaga emak nak harapkan kau? Kurang ajar lagi kang aku gunting mulut tu. "
Giliran Alisya pula terkekeh-kekeh. Sudah besar panjang perilaku tak ubah seperti budak-budak tadika. Telatah dua beradik itu menggeletek hati Alisya. Seronok menerpa suasana hati wanita itu. Walaupun dia tidak mempunyai adik beradik, kasih sayang Keluarga Durrah terhadap Alisya sudah melebihi kasih sayang seorang kakak kepada adik.
" Mak! Lepas ni mak nak jadi.... "
" Assalamualaikum "
Tidak menyempat dia menghabiskan bicaranya ucapan salam serta loceng rumah dibunyikan. Siapa pula yang berkunjung di saat hati sedang bahagia.
" Adik pergi tengok " muncung mulut menunjuk ke arah pintu rumah. Danial mengeluh berat. Sudahlah sakit di tampar masih terasa, di suruh buka pintu pula. Nasib lah Danial selagi dia tak menikah selagi itu lah dia selalu di buli kakak dan abang iparnya.
" Hai Danial "
Lambaian di sebalik pintu pagar menerpa pandangan Danial setelah pintu rumah dibuka.
" Apahal pulak minah ni datang sini. "
Satu tamparan melekap di dahi. Apa lagi si Aurell Zuri inginkan. Sudahlah bayangan gadis itu tak habis-habis mengusutkan fikirannya di pejabat. Kini di rumah Kakak dan Abang iparnya pula. Dia ini memang gadis pembawa malang dalam hidup Danial.
Share this novel