Bab 33

Drama Series 16236

" lupa saya nak tanya Kenapa isteri awak dipenjarakan? "

Teringatkan kata-kata Fikri siang tadi membuatkan wanita seorang ini memberanikan diri memulakan perbualan mereka. Sementara Aydan pula seronok melayan keluarganya di ruang tamu tingkat bawah.

" Mungkin sebab dendam. "

" Siang tadi awak ada cakap Lily bersalah dan tindakan Aydan tu betul. Bermakna Kes Lily tu ada kaitan dengan suami saya? "

Bersungguh-sungguh Durrah memasang telinga supaya tidak terlepas satu pun kata dari bekas kekasihnya itu.

" Kalau boleh saya taknak ungkit pasal benda ni. Sebab saya pun tahu lepas Lily kena cekup polis dekat rumah. Sekarang pun dia tengah sarat mengandung, tunggu masa je nak bersalin. "

Tenang suara Fikri namun Durrah pula sedikit sedih. Mana tidaknya dia amat faham perasaan Lily. Naluri wanitanya sudah sebati dalam jiwa Durrah dengan keadaan Lily yang sedang sarat hamil pula amat memberi tekanan kepada wanita yang menunggu masa untuk bersalin, suami pula tak ada di sisi. Pasti ada sebabnya Lily bertindak sedemikian.

" Suami saya ke punca Lily di penjara? "
Soal Durrah lagi ingin tahu.

" Saya rasa perkara ni baik awak je yang tanya sendiri Aydan. Takut pulak Saya tersalah cakap. "

Bagus juga tindakan Fikri. Tapi Aydan pula yang dipersalahkan Durrah dalam kes Lily. Masakan masalah itu harus dia tanyakan pada Aydan. Nanti tak fasal-fasal spekulasi antara Fikri dan Durrah memporak perandakan jiwa suaminya.

Sebaik sahaja tombol pintu dipulas Aydan, pantas Durrah menamatkan panggilan dengan Fikri. Belum sempat rahsia Aydan dikupas satu persatu , muncul seorang suami yang kacak berbaju t-shirt persis pelakon China menerjah ke dalam bilik.

" Hei, berborak dengan siapa sampai tak turun-turun? Mama dengan papa dah balik dah. "

Kepala Durrah di belai perlahan, di samping Durrah Aydan melabuhkan punggungnya. Lama dia berada di bawah semakin membuak rindu menerpa di hatinya kepada seorang isteri tertera bernama Durrah Haura.

" Alamak sagu gula Melaka? Mesti dah habis. "

Bercerita pasal mertuanya teringat akan sebekas sagu gula melaka air tangan Puan Bahira. Melihat rancangan di YouTube membuatkan ibu mengandung seorang ini terpaksa menyusahkan mertuanya kemari semata-mata semangkuk sagu gula melaka.

" Ada lagi, mama bawak sebekas spesial untuk sayang. Untuk bie mama bawak lain. "

Lega hati Durrah, untung si Durrah ni. Dapat mertua yang sanggup menyusahkan diri demi keinginan menantunya. Tapi Durrah pula sibuk bersembang atas talian dengan bekas kekasihnya. Mujurlah tak diketahui Aydan. Kalau tidak, alamatnya cepat lah si Aydan itu bertukar menjadi thor dalam filem Marvel's.

" Tak sempat sayang nak terima kasih dekat mama."

Lantas dia bangun dari duduknya. Baru sahaja kaki mahu melangkah, telefon bimbit di atas tilam berdering. Sempat Aydan mengerling sekilas nama yang tertera di skrin telefon Durrah. Hampir terkehel kaki Durrah saat mencapai telefon di katil. Gerakan tangan Aydan lebih pantas dan tombol hijau ditekankan.

" Suami awak masuk ke tadi. Maaflah saya kacau awak malam-malam ni. "

Sengaja pembesar suara ditekan. Mudah untuk mendengar lebih jelas suara siapa di dalam talian.

" Fikri lain kali kita Borak lagi. Ok assalamualaikum. "

Genggaman telefon di tangan Aydan sangat erat apabila Durrah membalas tutur Fikri. Tindakan isterinya itu sudah menyalakan api membakar hati suaminya ketika itu. Mahu sahaja Aydan menampar mulut isterinya. Tapi itu bukanlah sikap yang ada pada dirinya.

" Kejap. Mana kau dapat nombor isteri aku. "

Sudah di duga perbalahan di antara bekas kekasih dan suami pasti akan berlaku. Namun apa yang nak ditakutkan Durrah dan Fikri hanya berteman tidak seperti dulu.

" Bie tadi.. "

" DIAM! "

tersentak Durrah mendengar tempikan Aydan. Seperti hendak luruh jantungnya. Tiba-tiba deraian airmata menitis di pipinya. Apa yang paling ditakutinya ialah baran seorang lelaki yang mula menerpa tanpa di undang. Lumrah ibu mengandung memang agak sensitif apabila tiba-tiba sahaja dijerkah.

" Eh, kau jangan marah Haura. Aku yang bagi nombor aku dekat dia."

Makin membahang hati Aydan saat Fikri nyatakan Fikri sendiri yang beri nombor telefon pada Durrah. Yang makin pedih lagi Fikri menyebut nama isterinya Haura. Nama yang sudah tentu gelaran dari orang yang sangat istimewa. Bah kan dia suami yang sah pun tidak pernah menyebut nama Haura.

" Eh kau pergi ambik tahu pasal bini kau dekat penjara tu. Durrah Haura ni isteri aku. Aku tak perlukan orang lain jaga dia. "

Sudah penat Durrah bersabar dengan sikap baran suaminya yang tiba-tiba sahaja menjelma. Dia cuba mendapatkan telefonnya di tangan Aydan. Sampai berbelit-belit tangannya berusaha mendapatkan telefonnya. Tubuh Aydan pula cukup tinggi memang susah untuk dia dapatkan telefonnya kembali.

Sudahlah cemburu membuak-buak di dada, Durrah pula bukan nak tenangkan hati Aydan sebaliknya dia seakan membela Fikri pula.

'Kecepuk!'
Terpelanting telefon bimbitnya. Berkecai dek hantukkan kuat oleh Aydan. Tahap kesabaran Aydan ketika itu membuatkan Trauma dia mula beri lampu hijau untuk menyerang. Untuk mengelakkan Durrah tercedera langkah langsung disusun keluar dari bilik itu. Tanpa sepatah kata keluar dari mulut lelaki itu.

" Bie! "

Perasaan Durrah ketika itu seperti dihimpit kuat dengan Amarah. Bagi Durrah Aydan terlalu cemburu tak bertempat. Telefon bimbit Durrah pula menjadi mangsa dia melepaskan geram. Durrah pula langsung tak mempedulikan suaminya,

' Aku yang bagi nombor aku dekat dia. '

Kata-kata itu tak berhenti terdengar-dengar di telinga Aydan. Amarah dia sedikit menyesakkan dadanya. Kereta dipandunya langsung menuju ke kondominium miliknya yang di sewakan Danial. Pedal minyak dia tekan sekuat hati hingga kelajuan pemanduannya hampir mencecah 100kmj. Sudah hilang kerisauan dek memandu dalam keadaan yang agak merbahaya. Satu persatu kereta di jalan dia pintas. Tak mampu lagi dia tenang kan hatinya yang pedih bak dihiris pisau yang tajam.

Usai kereta di parkir nombor Danial didail seperti biasa. Tapi tidak berjawab. Badannya mula menggigil, nafas nya mula menjadi sesak. Terpaksa dia lepaskan t-shirt berlengan panjang dari tubuhnya. Jendela kereta sengaja di buka. Jam sudah menunjukkan pukul 12.45am sudah tentu semua orang sudah tidur. Terkumat-kamit mulutnya istighfar mula di baca. Baki Air mineral dalam kereta pula masih ada sisa sedikit dia teguk sampai habis. Masih kuat lagi kalau naik ke tingkat sepuluh dimana terletak rumahnya. Tidak peduli akan sakitnya langsung dia turun dari kereta dan mengatur langkahnya menuju ke kotak besi untuk membawanya ke tingkat sepuluh.

Mujurlah si Danial tidak mengubah kata laluan rumah tersebut. Arah yang lantas dia tuju adalah di tandas. Dia seka mukanya dengan air yang sedikit dingin. Dengan tubuh yang tidak berbaju, bukan masanya untuk dia memikirkan itu. Kondisi trauma dia sudah sedikit menurun selepas wajah nya terkena air dingin. Namun dadanya tetap ada debaran yang tak habis menerpa. Hiraukan seketika masalah yang mengganggu fikirannya. Di sofa berbentuk L dia rebahkan tubuhnya. Kepala yang pusing dipicit-picit sendiri.

' Pokok tak bergoyang kalau tiada angin yang meniup, cinta tak akan hadir jika salah seorang tidak memulakan. Sayang akan pergi jika sudah membenci. '

Senang kata, dalam hidup ini apa yang kita inginkan belum tentu kita dapat. Orang yang kita cinta separuh mati pula belum tentu kita miliki. Sia-sia sahaja bertahun-tahun menjalin cinta kesudahannya kekasih yang disanjung selama ini sudah termaktub jodoh orang lain. Suami sendiri pula sanggup dia endahkan hanya takut menngguris hati lelaki yang tidak mempunyai apa-apa pertalian darah pun.

" Meluat dengan perangai kau ni Aydan. Benda tak besar mana pun, boleh je cakap elok-elok dengan Fikri. Cemburu buta! "

Telefon yang nyawa-nyawa ikan mula dia lempar ke dalam bakul sampah di bucu meja solek. Mengomel seorang diri melayankan perasaan Amarahnya sedikit pun tidak menggerak fikiran untuk mencari suaminya. Bayi dalam kandungan pula berkali-kali menendang agaknya anak di dalam perut pun marah dengan sikap Durrah terhadap suaminya.

_____________

Sudah menjadi kebiasaan bagi orang bujang bangun dari tidur kalau tidak jam loceng yang menggerak bangun takkan lah nak menunggu ayam jantan berkokok di tengah-tengah bandar KUALA-LUMPUR ini. Tambah pula Hari minggu kebanyakan lelaki bujang suka menghabiskan masanya dengan tidur yang lama. Celik sahaja mata jam di atas laci tertera pukul 11:30 am. Kalau di kampung mahu naik hantu Durrah jika adiknya bangun ketika matahari sudah naik tinggi.

" Malas betul nak masak order grabfood je lah "

Baru sahaja dia mengetik butang hidup telefonnya lima panggilan tak di jawab tertera si skrin telefon bimbitnya.

"Abang Aydan? Apahal pulak dia call aku? "

Selalunya pasti Aydan dalam masalah jika berkali-kali nombornya didail Aydan. Bunyi deringan seakan sama dengan telefon Aydan. Dengan pantas nya dia melangkah keluar dari biliknya mencari ke arah bunyi deringan itu.

" Astaghfirullahalazim Abang? "

Tak lah terlalu terperanjat hanya sedikit aneh tiba-tiba sahaja sosok Yusuf Aydan tiba-tiba muncul di pandangannya.

" Apa dah jadi kat abang ni? "

Sebiji gelas kaca elok di ambil, air putih yang sejuk dari peti ais Danial tuang perlahan. Biarkan Aydan melegakan hati seketika. Kalau tidak kerana berkelahi dengan Durrah dan mengelak dari trauma nya takkan dia jejak kaki semata-mata nak melawat si Danial itu.

" Lama betul aku tidur hari ni! Sampai subuh pun terlepas. "

Wajah pucat diraut kedua telapak tangannya. Nafas kasar mula dihela keluar dari mulutnya. Terasa sangat rugi selepas meninggalkan solat subuh. Mungkin sakit kepala semalam terlalu kuat hingga Aydan terlajak lena tak ingat dunia.

" Apa sebenarnya dah jadi? "

Sambil soalan Di ajukan, sekeping roti bersalut mentega Danial hulurkan kepada Aydan.

" Durrah berhubung balik dengan Fikri. "

Tergamam seketika dek kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Abang iparnya. Berkali-kali wajah Aydan dan ruang balkoni luar di pandang Danial silih berganti.

" Ye ke Abang Aydan ni. Salah faham kut mana tahu kawan-kawan kolej dia ke."

" Nama Fikri mula-mula keluar dari mulut isteri aku. Nama lelaki yang pernah jadi bakal tunang dia. Nama lelaki yang tujuh tahun bersama. Nama Fikri Danial. Fikri! "

Berkali-kali nama yang paling dia benci berulang dari mulutnya. Luluh jiwa lelakinya. Tidak terniat di hati meninggalkan isterinya di rumah seorang diri dengan keadaannya yang sedang berbadan dua. Namun apakan daya dia takut berangnya menguasai diri nya.

" Dia sendiri yang bagi nombor dia dekat Durrah. Yang paling aku kecewa, kenapa dia layan jantan tu ? Tengah malam buta weh! "

Menatap kosong ke arah luar balkoni tidak sengaja airmata lelaki mengalir di pipinya. Betapa remuknya hati dia saat itu. Dalam Islam lelaki dibenarkan menikah empat orang wanita. Tapi wanita hanya dibenarkan menikah dengan seorang lelaki. Jangankan menikah, berhubung dengan dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suami pun berdosa besar di sisi Islam.

maaf ya lambat upload sebab buzy dengan kerja sikit lately ni. enjoy reading ye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience