The Pearl Of My Life Bab 11

Drama Series 16236

'Fikri Aiman saya rindu awak'

Kali ini mimpi yang sama terngiang-ngiang di benak fikiran Fikri. Dia merasa sangat bersalah kepada wanita itu. Sudah sebulan berlalu namun nama Durrah tidak pernah hilang.

'aku masih tak boleh lupakan dia atau dia tak boleh lupakan aku?'.

Hanya hati yang mampu berbicara. Namun rindu hanya mematikan kata.

Setelah sebulan emak di rawat oleh pakar psikoterapi. Emak semakin sembuh. Tangan emak dah boleh bergerak. Pertuturan emak juga semakin pulih. Durrah merasa bahagia melihat akan usaha suaminya yang bantu perawatan emak.

Seminggu Aydan meninggalkan Durrah dan emak di rumah, kerana urusan kerja di Jakarta Indonesia. Selama sebulan pernikahan mereka Durrah tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri yang baik. Namun setelah seminggu ditinggalkan suaminya. Durrah merasa rindu. Namun dia masih tidak pasti dengan perasaan nya.

'bila dia pergi. Aku merasakan kehilangan kali ke dua. Namun tidak sesakit ditinggalkan kali pertama. Beza nya. Dia pergi meninggalkan pesan. Namun yang dulu pergi meninggalkan janji dan harapan.' - Durrah Haura.

Loceng rumah berbunyi. Durrah mengintip sekilas di jendela, ternyata mertuanya. Dengan pantas dia keluar tujuan ingin membuka pagar namun malang tak berbau. Kaki nya terseliuh akibat tergesa-gesa ingin berlari membuka pintu pagar.

"Aduhai ! Sakit nya"

Puan Bahira panik apabila melihat menantunya jatuh. Dia mencari cara untuk masuk ke dalam kerana pintu pagar itu berkunci. Durrah bukan lah gadis manja dia kuat kan diri bangun dan pergi membuka pagar.

"Boleh ke? Jangan paksa diri."
Melihat akan menantunya yang berjalan terhenjut-henjut itu membuatkan Puan Bahira bertambah runsing.

"Boleh mama, seliuh sikit je."

Pintu pagar di buka. Cepat-cepat Puan Bahira bantu menopang tangan menantunya yang malang itu.

"Kita ke klinik lah. Takut nanti makin teruk."
Pelawaan Puan Bahira menggambarkan betapa panik nya dia kepada Durrah.

Durrah seorang gadis yang lasak. Terjatuh dan seliuh hanya perkara biasa bagi dirinya. Namun bagi Puan Bahira itu sangat bahaya bagi wanita. Jika banyak kali terjatuh dia akan mengakibatkan cedera pada rahim.

"Tak apa lah mama sikit je. Sapu ubat nanti lega lah."

"Degil lah kamu ni. Orang perempuan tak boleh jatuh banyak kali nanti bahaya pada rahim."

Puan Bahira meletakkan Durrah di sofa. Melihat kepada besannya yang mungkin tertanya-tanya apa yang terjadi pada anaknya itu. Puan Bahira menjelaskan sambil bersalaman dengan besannya.

"Assalamualaikum kak. Durrah tu terseliuh tadi masa nak buka pintu pagar."

Emak hanya mengangguk sahaja.

"Dari mana?" suara perlahan emak yang tidak berapa jelas itu membuat Puan Bahira tercengang dan teruja.

"Akak dah boleh bercakap Alhamdulillah. Syukur akak dah pulih."

Puan Bahira menggosok tangan besannya lembut.

"Emak lumpuh Anggota badan. Emak sebenarnya boleh je bercakap tapi bila mak lumpuh dulu, mulut mak seakan berat. Sekarang mak boleh cakap sikit-sikit je. Mak cepat penat."

Durrah mencelah sambil menggosok kaki nya yang seliuh itu.

"Harini Aydan balik kan? Mama dan papa nak buat makan-makan malam ni. Kita buat dekat rumah ni ya. Lagi pun menantu mama sorang lagi akan balik juga hari ni."

Durrah teruja mendengar kan cadangan Puan Bahira lagi pun setelah seminggu Aydan pergi kerja di luar. Durrah hanya terperap di rumah dengan emak sahaja.

*******

Dalam perjalanan pulang. Danial yang sedang memandu melihat Abang iparnya dari cermin sisi yang tersenyum seorang diri.

"Hai, rindu kan bulan ke?"

Usikan Danial membuat kan Aydan tersentak dari lamunan.

"Pandai lah kau. Danial, Durrah suka apa?"

Aydan menyoal adik iparnya. Tangan Aydan mengurut dagu yang tak berjanggut itu.

"Kakak suka makan buah berangan."

Jawab danial,Aydan Melihat sekilas pada plastik buah berangan yang di beli untuk isterinya.

"Maksud aku Durrah suka lelaki yang macam mana?"

"Aik ! Dah sebulan abang kahwin dengan kakak takkan lah abang tak tahu kakak suka lelaki macam mana."

Mendengar jawapan Danial, Aydan membekukan katanya. Selama sebulan dia mendirikan rumah tangga. Dia tidak pernah menggauli isterinya sendiri. Pernikahan itu tak bermakna lagi jika isterinya sentiasa menjauh dari di setubuhi suami sendiri.

"Aku tak rasa kakak kau boleh terima aku. Sebab tu akau tanya kau dia suka lelaki macam mana?"

Aydan merenung ke luar jendela.

"Apa yang saya tahu kakak tak suka lelaki yang dayus, dia suka kan kejutan. Dah tentu lah perempuan suka kan lelaki yang romantik"

Mendengar kan kata-kata Danial. Sedetik idea muncul di fikiran Aydan.

"Danial kau pergi mana-mana Salon."

Danial menurut suruhan abang ipar merangkap bos nya itu. Cadangan nya ialah ingin menukar gaya rambut menjadi seperti ala-ala justin bieber. Aydan yang berkulit putih itu memiliki wajah persis lelaki korea walaupun dia berketurunan melayu. kacak dan tampan begitu pun susah nak mencairkan hati isterinya yang keras seperti batu itu.

********

DI KL CENTRAL Fateh menjemput kepulangan isteri tercinta pulang dari Terengganu. Isterinya Maisara Alisya belajar di UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.

"Sayang selamat pulang ke pangkuan suami"

Memeluk isterinya sangat erat. Setelah 2 tahun mereka nikah gantung akhirnya sudah tiba masanya mereka bersama.

Alisya dan Fateh teringat kan kenangan mereka ketika pertama kali di ijab kabul. Ketika itu mereka masing-masing baru berusia 18 tahun. Kerana ingin mengelak dari berlaku nya zina mereka bersetuju menikah gantung.

"Sayang serius nak tamatkan status nikah gantung kita?"

Soalan fateh itu sudah banyak kali di tanya kepada Alisya.

"Ya sayang nak tamatkan harini. Lagipun tanggungjawab isteri adalah sentiasa di sisi suami."

Jawab Alisya, pelbagai ujian yang mereka hadapi setelah dua tahun bernikah. Demi kerjaya yang di impikan dan juga cinta. Akhirnya mereka berjaya menghadapi ujian itu. Usaha mereka tidak membuat mereka menyesal. Walaupun sekarang mereka masih berusia 20 tahun. Umur tidak menghalang seseorang untuk bahagia.

"Harini sayang akan kenal dengan kakak ipar baru sayang."

"Tak sabarnya nak jumpa kakak Durrah."

Anak tunggal itu tidak pernah merasa kasih sayang seorang kakak. Teringin juga dirinya merasa bagaimana jika ada seorang kakak. Fateh pernah menceritakan tentang Durrah pada nya. Lagi buat Alisya tak sabar ialah Durrah adalah orang yang sangat ramah.

******
Selepas Fikri pulang Dari mengajar. Rutin hariannya ialah memasak untuk diri sendiri. Kemas rumah dan mencuci pakaian menjadi tugas nya setiap hari. Manakala isterinya hanya seperti mayat hidup di rumah. Selalu keluar berfoya-foya dengan kawan-kawan dan pulang lewat malam. Isteri seperti apakah yang ibu nya impikan. Tak hairanlah sikap ibu nya terhadap bapanya juga sama seperti menantunya.

"Selama awak hidup mak dan bapak awak tak ajar ke nak uruskan rumah?"

Teriak Fikri kepada isterinya yang sedang bermain telefon.

"Uruskan rumah tangga kan tugas suami. Isteri hanya melayani suami saja."

Jawap Lily bersahaja

"Apa guna saya kahwin dengan awak kalau macam ni perangai awak. Tak boleh ke nak bantu saya sikit?"

Marah sungguh lelaki ini. Fikri megenggam tangannya menunjukkan suasana hati nya yang sangat marah.

"Apa awak cakap? Selama ni siapa saya di mata awak? Layanan awak pada saya tak menampakkan yang awak anggap saya ni isteri awak. Saya tahu saya ni bukan perempuan yang awak cinta. Tapi sedikit hati awak pun susah nak cuba untuk cinta kan saya. "

Lily meluahkan segala isi hatinya yang sudah tentu di hiraukan Fikri. Sedikit pun Fikri tidak cuba memahami hati isterinya itu. Kerana dalam fikiran Fikri, Lily adalah wanita yang sama seperti ibu nya. Wanita yang tidak tahu menghormati suami tapi menggunakan status ibu supaya mendapatkan perhatian anak.

'bila dia pergi. Aku merasakan kehilangan kali ke dua. Namun tidak sesakit ditinggalkan kali pertama. Beza nya. Dia pergi meninggalkan pesan. Namun yang dulu pergi meninggalkan janji dan harapan.' - Durrah Haura.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience