Usai makan malam dengan keluarga dan tetamu. Aydan mengasingkan diri duduk di atas dangau di pinggir kolam ikan dari halaman rusuk kediamannya.
" Along esok nurse baru tu lapor diri. "
Sapa Fateh dari arah belakang memegang bahu tegap Aydan.
" Oh, Terima kasih lah Angah, susahkan kau pulak. "
Khuatir Fateh melihatkan keadaan Aydan yang sedari tadi tak banyak mulut. Selalunya Abang sulungnya itu selalu bersemangat jika Durrah selalu di sampingnya.
" Along, Angah tengok Along dengan kaklong tak mesra macam selalu je. " Fateh mula melepaskan suaranya, tangan kanan mula menongkat dagu seraya memandang wajah cemberut Aydan.
" Mana ada rumah tangga yang memanjang bahagia. "
" Along tu complicated sangat. Angah tengok kaklong tu ok je. "
Sedap sungguh mulut Adiknya seorang ini. Bukan nak tenangkan hati yang sudah membara. Tapi lebih menyemarakkan lagi api supaya berkobar-kobar membakar diri.
Nak sahaja di hempuk kepala Fateh dengan sebiji cawan kosong di atas meja, Tapi nyawa Adik nya lagi penting di bandingkan dengan hatinya ketika itu.
" Tak payahlah kau sibukkan rumah tangga aku. Dia isteri aku. Aku lebih kenal dia daripada orang lain. " Segelas air sejuk di teguk perlahan, lapang sedikit dadanya.
" Nurse yang kau cari tu umur berapa? " Soal Aydan kepada Fateh menukarkan topik perbualan yang tidak penting untuk diceritakan kepada orang lain.
" Standard lah umur dalam 20an macam tu."
Mendengus kecil saat mendengar jawapan Fateh. 20an lingkungan usia yang sangat muda. Bagaimana pula reaksi Durrah nanti. Tidak boleh dinafikan lagi Durrah pasti akan cemburu jikalau dia tahu jururawat yang akan merawat Puan Zalina masih muda dan gadis.
" Kenapa muda sangat? Kau pun cari lah yang berumur sikit. "
Geli hati Fateh mendengar Arahan abang sulungnya. Prihatin sungguh Aydan tentang perasaan hati isterinya. Kulit hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk. Walaupun di luar nampak seperti seorang lelaki yang bengis dan tak ada belas kasihan terhadap orang lain namun dalam hatinya penuh dengan sifat kasih sayang.
" Ala, Along tak payah risau lah. Nurse tu dah kahwin dah pun, Beza dua tahun dengan Along, umur dia sebenarnya 28 tahun. "
Mengeluh nafaz lega Aydan mendengar penjelasan Fateh. Bukan apa hati Isterinya tak kurang seperti sehelai tisu, lembut dan mudah terkoyak.
" Along kena pergi Port Dickson esok. Esok kau hantar Alisya teman kaklong kat sini. Aku rasa tak sedap hati lah. " Aydan mula bersuara lirih, jari telunjuk mula menguis-nguis kepingan kertas kerja yang belum di klip kan.
" Along nak Angah teman pergi PD? "
Risau juga Fateh jika Aydan ke Port Dickson seorang diri. Bila-bila sahaja trauma dia akan menyerang. Buatnya berlaku perkara yang tak diduga apa alasan yang harus dia karang pada Tuan Omar.
" Boleh jugak lagipun Danial kena urus kerja Amira yang banyak tak siap. Esok pukul 10:00 pagi kita gerak. "
" Ok. Sebelum pukul 10:00 Angah sampai. "
Jari mini love dan kedipan mata tanda seloroh Fateh untuk hiburkan hati Abang sulung nya yang tak ubah seperti ayam berak kapur, membuat kan Aydan memecahkan tawa yang sudah lama dipendamnya. Lama sungguh tidak bergurau-senda seperti zaman kanak-kanak dahulu, masing-masing pula telah mendirikan rumah tangga kalau bergurau pun takkan sama seperti dahulu.
Jam dinding sudah tertera jam 11:30pm. Keluarga-keluarga juga semua sudah pulang, Baju kemeja berwarna nude di bentangkan ke atas papan gosok. Mata kuyu Di paksa Durrah untuk celik. Runsing jika dia tidak sempat gosokkan kemeja kerja suaminya itu. Sepatutnya dari awal tadi kelengkapan suaminya harus selesai dengan rapi, dek kerana keluarga dan tetamu berkunjung pekerjaannya juga tertunda.
" Astaghfirullahalazim Sayang! "
Mata yang terpejam akibat mengantuk yang menyinggah tercelik dek sergahan Aydan yang baru sahaja melangkah masuk ke ruang pakaian. Cepat-cepat suis saterika di copot, saterika yang melekap ke atas baju kemeja di alih ke tempat asalnya. Merah padam wajah Aydan ketika itu. Walaupun itu bukanlah kemeja kesayangannya, tapi sikap kecuaian Durrah membuat kan Aydan naik berang. Dia memang pantang dengan orang-orang yang cuai dan lalai.
" Apa ni sayang? Bahaya tahu tak? Kalau terbakar macam mana? "
Bentak Aydan sekuat hati, salah satu perkara yang paling di benci Aydan adalah kecuaian yang datang dari diri seseorang. Tidak mampu lagi Durrah menahan air matanya, akhirnya air mata Durrah bergenang jua di tubir mata wanita itu.
" Sayang mengantuk sangat, sayang tak sengaja. Nanti sayang minta Danial gantikan untuk bie. " Kemeja yang baru sahaja di tilik Aydan di rampas Durrah.
" Tak payahlah bukan salah dia pun. "
Di capai semula kemeja yang di rampas tadi. Masakan orang yang tidak bersalah pula di suruh ganti. Tanpa basa basi Kemeja itu lantas di campakkan ke dalam bakul sampah di samping almari bajunya. Tanpa mengeluarkan kata-kata panjang Aydan menyusun langkah keluar dari tempat itu.
Terduduk Durrah melihat sikap bengis suaminya. Kedua lututnya di lipat dan di peluk. Berumbai-rumbai Air matanya membasahi kain dilekap ke mulut nya. Supaya tangisannya tidak meganggu tidur Puan Zalina di bilik bawah. Aduhai kasihan Durrah, seharian ini ada saja kesalahan yang di buatnya.
" Durrah Haura sini kejap! " panggilan itu meniti di bibir Aydan dari biliknya. Lantas Durrah menyeka airmatanya dan mengatur langkah menuju ke arah suara tadi.
" Ya bie " masih tersekat-sekat Suara wanita itu.
" Kenapa Awak tak kemas katil? Selalu bie pesan kan? Selepas tidur wajib kemas katil, sebelum tidur pun wajib kemas kan katil. "
Marah Aydan malam itu langsung tidak menguasai Trauma nya. Aneh sungguh. Kalau tidak asalkan marahnya membara mula lah trauma nya datang menyerang. Durrah yang tercegat menukar posisinya, lantas dia merapikan cadar yang keronyok dan bantal tidur di tepuk tepuk perlahan.
" Bie pun boleh je tolong kemas kan? " Menjawab dan menjawab. Durrah sepertinya tidak mampu lagi menahan Amarahnya. Sikap Aydan sebegitu membuatkan dia sangat sedu. Tak mampu dia memujuk hatinya yang ketika itu sudah remuk dek sikap suaminya yang berubah mendadak.
Tanpa menghiraukan Isterinya bagasi yang terletak dari atas Almari di turunkan Aydan. Makin kuat tangisan Durrah ketika melihat Aydan mengeluarkan pakaian di dalam Almari dan di masukkan ke dalam bagasi tersebut. Mungkinkah Kerana mulut nya yang celupar membuatkan suaminya ingin angkat kaki keluar dari rumah itu?
" Esok bie kena pergi PD dengan angah. Sayang duduk rumah elok-elok. Alisya akan teman sayang. "
Sekilas wajah pedas Aydan di kerling Durrah. Apa yang dapat menggambarkan hati Durrah ketika itu ialah bayangan Fikri Aiman mula muncul di benak ingatannya. Selama ini sikap prihatin Aydan sering di puji dan di banggakan. Namun sikap asli Aydan akhirnya meretakkan hati isterinya ketika itu. Lebih pedih lagi dia mula mengibaratkan ke dua lelaki itu sama sahaja masing-masing menyakitkan hatinya.
" Saya tahu saya ni banyak susahkan awak. Dengan mak yang lumpuh mesti dah banyak bebankan awak. "
Tangan yang sedang memasukkan pakaian di bagasi terhenti sesaat suara lirih isterinya menyentak gegendang telinga lelaki itu.
Wajah sayup Durrah menimbulkan rasa bersalah yang mula menerpa hati suaminya.
" Saya nak balik Sekinchan. Sebulan sekali awak baliklah sana." Jari jemari di tarik bersilih ganti. Pandangan Durrah yang sedari tadi menunduk masih berbalang.
Bagasi yang terletak di atas katil di taruh atas lantai di bucu katil. Aydan mula melabuhkan punggung di birai katil samping isterinya. Paha kecil Durrah di usap lembut.
" Kenapa nak balik Sekinchan? " Soal Aydan lembut.
" Bie takkan marah kalau tak ada perkara yang patut di marah. Siang tadi sayang lupa sayang tepis tangan bie lepas tu menjawab mulut bie? "
Durrah hanya menggelengkan kepala tanpa bersuara. Tangisannya makin lama makin kuat apabila Aydan mula memeluk samping bahunya.
" Dah tu sayang langsung tak minta maaf dengan bie kan? "
Tersedu-sedan suara tangisan yang memecah keheningan malam itu. Air mata yang tidak kering terus mengalir membasahi pipinya yang mulus itu. Wajah sayu Durrah di tekup dengan bantal golek.
Tertawa kecil Aydan sekilas mengerling wajah sedan itu. Manja sungguh isteri Yusuf Aydan seorang ini. Baru sahaja dibentak mata bulat nya mula berkaca.
" Sayang kena ingat. Bie tak suka orang menjawab mulut bie. Tambah pulak isteri bie sendiri. Memang bie kecewa sangat siang tadi, Lepas ni nak buat lagi?. "
Durrah masih berkeras, tangisannya masih tidak berhenti ditangisi.
" Durrah Haura Binti Abdul Rahman! Bie tanya nak buat lagi tak lepas ni? "
Aydan Cuba memancing suara Durrah dengan menyebut nama penuh isterinya. Sudah macam seorang ayah memarahi anaknya dek melakukan kesalahan sahaja. Baru terbeliak biji matanya mendengar kan suara parau yang melafazkan nama penuhnya seakan Akad yang telah nyata waktu nikah empat bulan lepas.
" Taknak! "
Lantas tubuh Aydan di peluk Durrah sangat erat. Senyum sinis terukir di bibir lelaki itu. Berjaya juga Taktik nya menundukkan ego isterinya tanpa memujuk. Aydan membiarkan sahaja Durrah dalam pelukannya. Belakang badan Durrah di elus lembut.
" Macam mana sayang taat pada Arwah Abah dulu macam tu jugak lah sayang kena taat pada bie ya? "
Aydan merenggangkan pelukannya bibir mungil isterinya di kucup lama. Serasa masin dek air mata mutiara itu membuatkan Durrah Tergelak kecil. Tangisan berubah bahagia sedetik melihat telatah Aydan yang herot berot mulut nya membuat memek muka dek sisa air mata Durrah yang tertera di bibirnya.
" Aik! Dah tak sedih dah? " Seloroh Aydan melihat tawa isterinya.
Perlahan-lahan pipi Durrah menjadi sasaran bibir Aydan. Mekar senyuman di bibir Durrah saat hidung mancungnya di cuit Aydan. suasana hati yang meluluhkan akhirnya pergi tanpa di usir, bahagia datang tanpa di undang. Belakang tangan suaminya di kucup lama. Usai tangan Aydan dikucup. aydan melepaskan genggaman isterinya dengan lembut tanpa memaksa.
Aydan menyambung kan kerjanya yang tertunda sebentar tadi. Durrah hanya merenung pergerakan suaminya dari birai katil tanpa berkata apa-apa.
" Sunscreen, towel , toner , perfume ok semua dah ada. "
Jauh beza sifat Aydan dengan Durrah. Walaupun Durrah adalah seorang wanita tapi dia tidak teliti soal penjagaan kulit dan tidak cerewet dalam soal fesyen. Tapi Aydan pula boleh dikatakan teliti dalam semua aspek. Bahasa mudah kata semua nak sempurna.
' betul lah jodoh itu cerminan diri. Sifat setiap pasangan Allah jadikan berlawanan. Selama ni jodoh yang selalu aku sebut selalu aku teka rupanya yang ada dekat depan mata aku sekarang ni. '
Terkenang dek ketika remaja. Soalan 'siapakah jodoh aku nanti' sering terngiang di ingatannya. 'Jodoh aku tengah buat apa sekarang ya?' sering di keluarkan dari mulutnya. Kini di depan matanya terlihat sosok tubuh sasa berwajah tampan seakan pelakon Taiwan, itulah jodoh yang telah termaktub dari sejak permulaan zamannya lagi.
Sedang Asyik dibuai mimpi-mimpi indah, malam pula semakin tua. Tiba-tiba sahaja Aydan terjaga dari lena nya. Kepala Durrah yang beralaskan lengannya di alih ke bantal yang tidak seempuk lengan seorang suami.
Naik kebas tangannya di kibas-kibas.
' kenapa kepala aku pening semacam ni? Aku salah makan ke tadi? Tak selesa lah perut ni '
Bersandar di kepala katil sambil menggosok dadanya. Kali ini dia sangat yakin perasaan itu bukan dari trauma nya. Kembang pipi dia menahan mual yang tiba-tiba menerpa. Selimut yang menutupi kakinya di singkap, berlari anak tombol pintu tandas di pulas Aydan.
" Uwerk!!! "
Suara Aydan mengejan muntahan dari bilik air membangunkan Durrah dari lenanya. Celik sahaja mata, Aydan tidak ada dalam pandangannya. Mata kuyu dia seka dengan tangan. Dengan pantas dia berlari menuju ke tandas serta pintu tidak tertutup.
" Bie! Kenapa bie" badan Aydan digosok perlahan.
" Bie ada silap makan apa-apa ke? "
Durrah ini sungguh meminta di hempap agaknya, Aydan yang tak tertahan sedari tadi mengeluarkan segala isi di dalam perut, sampai tak bermaya badannya sepertinya mahu tumbang di situ. Cepat-cepat Durrah mengesat mulut Aydan dengan tangan yang dibasahi air.
Tubuh lesu Aydan di topang keluar dari tandas. Aydan masih mampu berjalan dan merebahkan tubuhnya ke atas katil lagi sekali. Hilir mudik wanita itu memikirkan cara mengatasi trauma Aydan yang disangkanya Aydan sedang mengalami trauma itu . Mengerling ke arah jam dinding 5:45am waktu yang tertera saat itu.
" Sayang, duduk lah diam-diam kepala bie pening lah "
Tercengang Durrah seketika namanya disebut Aydan.
" Bie ok ke? Ubat apa sayang nak bagi ni? "
Sejak ubat-ubatan Aydan di buang tempoh hari. Tidak ada lagi ubat baru yang diberi Doktor John. Memang sengaja Doktor John menegah Aydan dari ambil sebarang Ubat Depresi. Takut kalau-kalau penyakit lain pula yang menyinggah.
" Bie keracunan makanan je. Makan ubat tek-aun ok lah nanti. "
Aydan mengalihkan tubuh dia berbaring tepat pada tempat tidurnya. Selimut ditarik menutupi penuh badannya. Azan subuh pula tak lama lagi akan berkumandang rugi sahaja kalau Durrah menyambung lenanya yang terganggu sebentar tadi. Biarkan sahaja Aydan merehatkan tubuhnya yang tegang dek mengeluarkan segala apa yang ada di dalam perut tadi.
Share this novel