Bab 13

Romance Completed 15301

Kenangan dua minggu yang lepas Asyraf Iskandar imbas kembali. Banyak yang terjadi antara dia dan Aisyah Huzairah dalam masa dua minggu yang lepas. Daripada kursus kahwin hinggalah pemeriksaan kesihatan semuanya telah dipermudahkan.

Besar impian Asyraf Iskandar untuk mengahwini Aisyah Huzairah. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Asyraf Iskandar membelek kalendar untuk mencari tarikh cuti sekolah pada tahun hadapan. Ibu tak mahu buat pada tahun ini tak sempat katanya. Hm.

Bulan 1 gotcha!.

Asyraf Iskandar pantas mengambil telefonnya dan mendail nombor Datin Shahida.
"Hello bu."
"Assalamualaikum ,ya?."
"Hehe waalaikumussalam. Bulan 1 ada cuti sekolah."
"Ibu rasa nak buat bulan dua belas bulan depan lah Asyraf . Bulan 1 tu cuti nya seminggu je mana cukup awak tu kerja ."
"Ibu kata haritu tak sempat.."
"InshaAllah sempat ni. Nanti ibu nak pergi RR wedding planner dengan Cik Ila,kamu berdua mesti ikut."
"Baik bu pukul berapa ? "
"10 sharp awak dah ada dekat rumah Aisyah."
"Baik boss. "

Talian ditamatkan Asyraf Iskandar turun ke bawah untuk membuat sarapan. Come on ingat lelaki tak pandai masak ke. Dari kecil ibu dah ajar kita orang adik beradik memasak. Cakap pasal adik beradik ni rindu pula dekat Kak Ngah dengan Abang Long.

Belum cerita lagi ea pasal Kak Ngah dengan Abang Long?.
Aida Izani nama Kak Ngah dah kahwin ikut suami duduk dekat Perak. Suami dia pun berkerjaya orangnya. Ada tiga orang cahaya mata
Dua lelaki seorang perempuan. Poksu rindu dekat Firash,Firdaus dan Firshahanim.

Azlan Iskandar A.K.A Abang Long.
Abang Long ada dekat Kuala Lumpur uruskan syarikat ayah. Sudah berkahwin juga ada empat orang cahaya mata .
Hafiz,Hafiy,Hafrina dan Hafifah.
Anak-anak Abang Long ni ada yang dah besar-besar Hafiz dan Hafiy kembar baru berumur 1 tahun.
Hafrina dan Hafifah bukan kembar setahun je jarak umur dia orang. Hafrina tingkatan 3,Hafifah tingkatan 2 . Semua anak-anak buah Poksu rindu.

Bila lah agaknya dapat berkumpul semula .
Melencong pula cerita nak memasak je sebenarnya dah jom.

Usai makan jam di dinding Asyraf Iskandar kerling 9.30 minit pagi. Selepas bersiap Asyraf Iskandar terus mengatur langkah keluar rumah untuk ke rumah Aisyah Huzairah.

Sampai sahaja di perkarangan rumah dilihat pemandu ibu Pak Rasyid sedang berbual-bual dengan Encik Syed Adam di luar rumah.

Tangan kedua-dua orang tua itu dikucup perlahan. Sayang sangat dekat Pak Rasyid dah lama sangat dia berkhidmat dengan keluarga kami baik orangnya.

"Assalamualaikum."
Kata Asyraf Iskandar sambil menolak daun pintu.
"Waalaikumussalam."
Serentak suara sekumpulan wanita di ruang tamu rumah sedang sibuk menghias pelamin nikah Alif Zafran.
"Ha,Asyraf jom pergi RR wedding planner".
Ajakan Puan Hazila dan ibunya Datin Shahida
diterima Asyraf Iskandar bulat-bulat.
"Aisyah tak ikut?."
Soal Asyraf Iskandar kerana dia masih tidak nampak kelibat gadis itu.
"Mesti lah ikut nak cari baju kan. Dia ada dekat luar duduk tepi kolam renang. Pergi lah panggil ibu mahu ambil beg tangan sekejap".

Asyraf Iskandar berlalu ke arah kolam renang. Aisyah Huzairah sedang ralit membaca sesuatu di dalam telefon pintarnya hinggakan tidak perasan dengan kehadiran Asyraf Iskandar.

"Assalamualaikum."

Aisyah Huzairah memandang ke arah lelaki yang memberi salam tersebut. Segak berbaju T- adidas terserlah tangan berurat dan sadonya. Sudahlah tinggi lampai hingga Aisyah Huzairah perlu mendongakkan wajah untuk memandang Asyraf Iskandar.

"Waalaikumussalam".
"Baca apa syok sangat tu?."
" je,lama nyaa baru sampai?."
"Kemas rumah tadi."

Serba-serbi kerja perempuan dia boleh buat hm awak mesti jadi saya punya tau Asyraf!. Hahah.
"Jom?. Mama dan ibu dah gerak tinggal kita terpaksa lah saya drive."
"Yelah yelah jom."

Sunyi sepi sepanjang perjalanan ke tempat yang ingin dituju. Aisyah masih janggal untuk berbual dengan Asyraf Iskandar. Asyraf Iskandar pula kali ini lebih banyak mendiamkan diri,ada masalah agaknya?. Aisyah Huzairah tidak senang dengan perlakuan 'bakal suaminya'. Dia mencari topik untuk berbual.

"Cikgu kenapa diam."
Ayat pertama yang meluncur laju dari bibir Aisyah.
"Tak ada apa ok je . "
Tenang Asyraf Iskandar berkata sedangkan dalam hatinya memikirkan tentang keterpaksaan Aisyah untuk berkahwin dengannya. Data-data mesyuarat yang perlu dimasukkan ke dalam sistem komputer juga menambahkan sesak dadanya.
"Tipu lah cikgu."
Aisyah Huzairah terus mendesak bertanya.
"Kenapa panggil saya cikgu lagi Aisyah. Kali ini dah kali ketiga saya cakap dengan awak panggil saya dengan panggilan lain. "
Balas Asyraf Iskandar yang geram dengan Aisyah Huzairah sudah berkali-kali dia katakan gunakan panggilan lain. Namun,nada suaranya tetapi dijaga seperti biasa. Perempuan kan? Tinggi suara sikit je habis lah kau.

Dia diam pasal ini ke?. Tak kan lah. Mesti ada sebab lain ni .
"Maaf Asyraf , Aisyah janji tak buat lagi."

Aduhai, manisnya gadis yang berada di sebelahnya ini. Macam ini mahu berdiam diri lama-lama? Tidakk.

"Abang awak ke mana?."
"Ada hal syarikat dia kena fly pergi London lagi dua hari balik lah."
"Aik dah nak kahwin pun sibuk kerja lagi?. "
"Tu lah abang selagi kerja tak settel tak mahu ambil cuti."
"Hai Alif,Alif hahah."

Katalog pengantin dibelek Aisyah satu persatu. Terus kahwin tak tunang ke?.

"Mama."
Panggil Aisyah kepada Puan Hazila.
"Yaa kenapa?."
"Tak tunang ke ?."

Sejurus dengan itu Puan Hazila berpaling memandang Datin Shahida yang sedang memilih baju pengantin lelaki.
"Ida mahu tunang ke? Kalau mahu kita sekali kan dengan majlis Alif."
"Boleh juga. So , Aisyah dan Asyraf pilih je dulu baju kahwin sekejap lagi kita cari baju tunang dekat Minimalace."

"Okay."
Balas Aisyah Huzairah dan Asyraf Iskandar serentak.

Aisyah Huzairah meneliti setiap satu warna baju-baju yang berada di dalam katalog tersebut. Suara pereka pakaian yang sedang memberi cadangan kepadanya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri .

Ya Allah cantiknya warna ni.! Teriak Aisyah di dalam hati sambil tersenyum lebar. Baju nikah dah selesai berwarna putih kini giliran baju bersanding pula.
Dusty Blue. Cantiknya.

"Aisyah,cuba awak tengok warna ni."
Asyraf Iskandar memanggil Aisyah Huzairah dengan mata masih memandang katalog tersebut. Ibu dan mama entah lah ke mana ikut pereka pakaian itu tadi Farhah namanya.

"Mana."
Soal Aisyah Huzairah sambil mencari-cari warna apa yang dikatakan Asyraf Iskandar tadi.
"Ini sayang."
Lembut sahaja Asyraf Iskandar berkata. Sengaja dia ingin membuat jantung Aisyah berdegup laju.

Aisyah Huzairah terkedu. Dia pun bingung dia terkedu dengan warna pilihan Asyraf Iskandar ataupun panggilan itu tadi. Eh,kami berkongsi citarasa yang sama ke?. Dia pun memilih Dusty Blue. Hmm.

Alhamdulillah selesai semuanya. Baju kahwin sudah,kad kahwin sudah mula diedarkan,semuanya sudah. Asyraf Iskandar tersenyum kegirangan. Ya Allah terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience