bab 15

Romance Completed 15301

Detik demi detik berlalu. Tinggal menunggu masa sahaja lagi. 10 miniy rasanya macam 1 minit sahaja. Jantung Aisyah berdebar-debar. Setelah difikirkan semula tindakan Asyraf Iskandar memberitahu pengumuman tentang hubungan mereka berdua dipandang positif oleh semua orang.

Aisyah Huzairah menarik nafas. Mukanya yang telah siap disolek dibelek di cermin. Wajah Aisyah sudah cukup cantik tak perlukan solekan yang tebal. Olesan gincu berwarna pink lembut itu menaikkan seri wajahnya. Berseri-seri wajah Aisyah.

"Aisyah jangan lah nervous rosak makeup kena peluh nanti."
Omel Kak Nurah kakak iparnya selaku juru solek hari pernikahannya untuk hari ini.
Kak Nurah memang pandai menyolek orang. Solekannya nipis sahaja namun terserlah kecantikanya.

"Kak,panggilkan piya kak."
Pinta Aisyah sebaik sahaja melihat teman baiknya itu lesap dari pandangan mata.
"Alright kejap tau. Tunggu jap ."

Senyuman terukir disaat memandang abang mengendap dirinya yang sedang duduk dan telah bersiap memakai busana nikah lengkap bertudung.

"Abang masuk lah . "
"Banyak seri eh muka u ."
Kata abang sambil melakonkan watak ala-ala bapok.
"Otak kau hahah. "
"Tahniah bakal bergelar isteri orang. Tak lama lagi ikut laki lah pula kan."
"Ye lah bang nak ikut siapa lagi."
"Jadi isteri yang baik taat cakap suami tau, abang ,baba,kak Nurah,mama semua sayang adik. Nanti rajin rajin balik rumah mama ni. Kesian kak Nurah tak ada kawan. Rumah abang belum siap lagi."
"Iya lah bang. Adik janji mesti balik punya setiap hujung minggu."

Kami mengukir senyuman. Masing-masing sudah mempunyai hidup masing-masing. Riuh kedengaran bunyi orang-orang di bawah. Pengantin lelaki sudah sampai kah?.

Saffiya menguak sedikit pintu bilik.
"Aisyah,bakai laki hang mai dah."

Perut aku sudah mula memulas-mulas. Jantung tak kurang lajunya berdegup. Peluh membasahi dahi penghawa dingin yang dihidupkan tak mampu membuat Aisyah tenang.

Kelihatan Kak Nurah disebalik pintu bilik mengesat tubir matanya. Menangis kah dia?.
"Sayang kenapa nangis?."
Soal abang kepada isterinya.
"Korang berdua rapat sangat. Sedih dah nak berpisah."
"Alahai hati tisu eh bini abang ni. Nanti kita orang jumpa juga bukannya tak jumpa."
"Jom Aisyah turun."
Kata abang dan isterinya serentak.

Aisyah Huzairah mengatur langkah turun dari anak tangga. Asyraf Iskandar yang sudah bersedia duduk terpana melihat kecantikkan bakal isterinya yang mengenakan busana putih sedondon dengannya. Banyak mata-mata yang memandang Aisyah Huzairah ketika itu.

"Baik lah semua dah ada ya."
Soal tok kadi yang berada di sebelah baba.
Tercapai impian Syed Adam untuk menjadi tok kadi kepada anaknya.

"Asyraf Iskandar bin Dato Fadil aku nikah akan dikau dengan anak perempuanku Aisyah Huzairah binti Syed Adam dengan mas kahwinnya Rm5000 tunai. "
"Aku terima nikah Aisyah Huzairah binti Syed Adam dengan maskahwinnya Rm5000 tunai."

Sah. Sah. Sah. Suara-suara ini membuat kan Aisyah hampir pengsan. I'm oficially Mrs. Nafas ditarik. Tangan ditadah untuk mengaminkan bacaan doa. Selesai menanda tangan borang tersebut Asyraf Iskandar mendekatkan dirinya kepada aku. Cincin disarung kemudian dahiku dikucup. Lensa kamera dapat menangkap situasi tersebut. Aku kehilangan kata-kata. Diam seribu bahasa. Wajah dimaniskan untuk senyum.

Asyraf Iskandar sedang elok duduk di sebelah ku .
"Terima kasih."
Bisik Asyraf Iskandar disaat mata kami bertentang. Dup dup dup dup.

Aku berdiri di muka pintu rumah melihat tetamu yang hadir menjamu selera. Cikgu-cikgu sekolah juga ada yang datang pelbagai usikan diberikan .
"Aisyah mana suami."
Soal Kak Aida kakak kepada Suami aku?. Baik sangat orangnya.
"Tak tahu. Hahah."
Balas Aisyah bersahaja.
"Macam itu pula. Tahniah ye,akhirnya akak ada kawan nanti nak ajak shopping."
"Hahah yeay shopping. Aisyah pun ada kawan nanti."
"Kena bahasakan diri Mak Usu lah dah ada anak buah ni" .
Sambil tangan menunjukkan ke arah anaknya Firash yang sedang didukung.

"Boleh je, Firash dah ada moksu."
Balas Aisyah Huzairah sambil mencium Firash yang sedang tersengeh-sengeh.

Kak Aida meminta diri untuk ke dapur kerana dipanggil suaminya. Tinggal aku berseorangan sekali lagi. Eh siapa lelaki yang sedang elok duduk depan pagar ni?.

Baru sahaja Aisyah ingin menapak ke arah pagar satu deheman membuatkan langkahnya terhenti.
"Nak ke mana?."
Soal Asyraf Iskandar sebaik sahaja dia melihat isterinya ingin melangkah keluar.
"Nak pergi sana."
Sambil Aisyah menunjukkan ke arah pagar. Aisyah Huzairah berdiri kaku. Bukan kerana diri Asyraf Iskandar yang sangat rapat dengannya tetapi lelaki yang dilihat tadi hilang sekelip mata.
"Nak buat apa, cari siapa?".
Soal Asyraf Iskandar sekali lagi sambil menjengah keluar.

Aisyah Huzairah hanya mengeleng kepala. Serabut kepala. Siapa lelaki tadi? Kalau ya pun tetamu kenapa pakai topi menutup muka?.
Dia menoleh jam di dinding . Asar dah masuk.
"Tepi sikit nak lalu. "
Kata Aisyah Huzairah sambil cuba keluar dari kedudukan sekarang. Elok benar lah Asyraf Iskandar ini. Dengan tangannya kedua-dua belah melekap di dinding. Mujurlah di dalam tiada orang.
"Nak pergi mana?".
Balas Asyraf Iskandar bersahaja sambil mata masih merenung isterinya. Terima kasih Ya Allah.
"Nak solat lah. Dah masuk waktu ni. Tepi lah tepi lah. Saya jerit kang."
Aisyah Huzairah sudah tidak keruan. Seram sejuk rasanya.
"Hahaha."
Asyraf Iskandar melepaskan tawa dan melihat isterinya berlari mendaki anak tangga. Comel sungguh.

Aisyah Huzairah masuk ke dalam bilik yang telah dihias itu. Jantung hari ini memang tak betul. Berdegup laju sepanjang masa.

Sedang Aisyah ralit membuka satu per satu peniti di atas tudungnya pintu bilik dibuka seseorang. Erm kembang-kuncup hidung Aisyah menghidu minyak wangi yang datangnya dari muka pintu. Aik! Aku tak kunci pintu. Mesti Asyraf ni.

Tudung yang hampir terlucut dipakai semula. Dia memusingkan tubuhnya.
Asyraf Iskandar sengaja mengenyitkan matanya terhadap Aisyah Huzairah.

Aisyah berlari masuk ke dalam selimut. Mujurlah baju masih belum dibuka.
"Nak apa ni masuk."
Soal Aisyah tanpa rasa itu soalan bodoh.
"Eh ni kan bilik kita. Hahah."
Balas Asyraf Iskandaar bersahaja sambil membuka butang baju melayunya.

Nakal benar Cikgu Asyraf ni?. Sengaja dia mahu membuli aku kah?.
Aisyah Huzairah berlari masuk ke dalam bilik mandi sempat juga dia mengambil pakaian untuk dipakai kerana telah dikeluarkan lebih awal. Kedengaran dari luar bilik mandi Asyraf Iskandar meletuskan tawanya sambil berkata.
"Abang bukan hantu Aisyah. Kenapa nak takut sangat ni?. "

Abang? Suami? Syurga?. Omg Aisyah kau sedar tak kau dah kahwin. Aisyah Huzairah memakai pakaian di dalam bilik air setelah siap mandi. Tuala diletakkan menutupi rambut. Segan weh mana aku pernah 'freehair' depan lelaki. Kecuali baba&abang.

Dilihat Asyraf Iskandar berada di beranda bilik tanpa baju. Sado nya!. Aisyah Huzairah berlari mendapatkan telekungnya dan terus menyarung.
"Kenapa tak bagitahu dah siap?. Tunggu kejap kita solat sama-sama. Abang nak mandi."
Kata Asyraf Iskandar kepada isterinya yang sedang membentang sejadah.

10 minit berlalu dan Aisyah masih menunggu suaminya untuk keluar dari bilik mandi. Lama betul kalahkan perempuan! . Baru sahaja Aisyah ingin bangun untuk menunaikan solat tanpa menunggu suaminya, Asyraf Iskandar keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala.
Allahuakbar kenapa gatal sangat dia ni.

Muka Aisyah mula menjadi merah. Pandangan di alihkan ke arah lain. Macam biasa lah, Asyraf Iskandar pasti tertawa melekek-lekek.

*assalamualaikum warrahmatullah*
Selesai solat pertama mereka sebagai suami isteri.
Aisyah Huzairah masih duduk di atas sejadah termenung.
"Aisyah."
Panggil suaminya lembut sahaja.
Aisyah Huzairah mendongak kan sedikit wajahnya.
"Terima kasih jadi isteri abang, abang harap Aisyah tak berubah hati. Abang janji akan jaga Aisyah daripada segala bahaya. Abang janji akan bimbing Aisyah.
dan, abang minta maaf kalau kalau semua perkara ni memaksa mental Aisyah. "

Em indah sekali kata-katanya. Aku masih diam tak tahu apa yang ingin dikatakan. Mata tertumpu pada wajah lelaki di hadapannya ini.
"Sejak bila Aisyah Huzairah jadi pendiam ni? Mana sifat poyo dia tu. Mana ni ."
Soal Asyraf Iskandar sambil berlakon mencari-cari perkara yang disebutkan tersebut.

Finally, he made me laugh .
"Ada je ni. Nanti lah tunjukkan."
Balas Aisyah Huzairah tidak mahu keadaan menjadi janggal.
"Abang faham,mesti lah malu dengan cikgu sendiri kot kan?. Tak apa take your time ok?."

Aku sekadar mengangguk. Tiba-tiba Asyraf Iskandar menghulurkan tangannya .
"Tak nak salam ke?."
Soalnya kepada Aisyah .

Aisyah Huzairah dengan perasaan malu yang sebal mencium tangan lelaki tersebut. Terasa kepalanya diusap oleh Asyraf Iskandar.
Dia terus mengambil langkah untuk berdiri. Jantung? Usah ditanya lah,berdegup laju macam tengah race .

"Jom lah keluar tolong apa yang patut."
Pinta Aisyah kepada suaminya yang sedang asyik memandangnya dari tadi.
"Alah kena keluar dah ke?. Belum puas lagi ni buli Aisyah."
"Mengada lah . Jom lah jom lah CIKGU"
Sengaja Aisyah memekatkan perkataan cikgu tersebut .
"Aip,panggilan lain takda?."
Bantah Asyraf Iskandar.

Aisyah hanya tersengeh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience