Bab 8

Romance Completed 15301

Aku terduduk dibelakang pintu ,air mata turut sama mengalir. Mama memang tak main-main pasal perkahwinan itu. Keluhan kasar keluar dari bibir Aisyah. Ketukan dari luar bilik langsung tak dihiraukan. Dia memandang ke arah jam dinding yang tergantung elok berhadapan pintu.

Angka jam sudah berganjak pada pukul 5 petang dan Aisyah masih belum menunaikan suruhan Allah. Dengan kaki yang terhincut-hincut Aisyah menuju ke bilik mandi untuk mengambil Air sembahyang. Dalam kepala otaknya sekarang hanya inginkan baba.

Usai solat, Aisyah terus menghempaskan badan di atas katil. Satu keluhan kasar sekali lagi keluar dari bibir Aisyah.
"Allah tak suka orang mengeluh tau."
Sebaris ayat yang datangnya dari muka pintu. Aisyah terus berlari ke arah Encik Adam iaitu baba.
Badan Encik Adam dipeluk erat.
"Baba,baba pergi mana "
Kata Aisyah sambil tersedu-sedu menangis.
"Baba ada kan dekat sini."
Kata Encik Adam yang cuba untuk menenangkan Aisyah satu-satunya anak perempuannya.
Setelah apa yang diceritakan oleh isterinya Puan Hazila tentang Arsyad dia tahu anak perempuannya ini pasti tertekan. Lagi-lagi dengan rancangan gila mereka yang inginkan Aisyah berkahwin sebaik sahaja habis spm.
Tapi semua ini untuk kebaikan Aisyah juga.
Selepas beberapa ketika Aisyah sudah diam dan tenang giliran Encik Adam pula ingin bersuara.
"Aisyah,baba nak cakap sikit boleh?."
Aisyah hanya mengangguk perlahan.
"Baba tahu perkahwinan ni bukan perkara yang main main,tapi cinta boleh dipupuk lepas berkahwin dan ya,baba tahu Aisyah masih muda tentang semua ni tapi,ini untuk keselamatan Aisyah juga. Aisyah fikir baik-baik ya ,mama, baba dan abang sayang Aisyah."

Aisyah mengangguk dan tersenyum simpul. Encik adam terus berdiri dan menggosok kepala anak perempuannya lalu keluar .

"Haih,betul juga kata baba.."
Kata Aisyah sambil meraup mukanya.
------------------------------------------

"Macam mana?."
Soal Alif Zafran sebaik sahaja melihat babanya turun dari tangga.
"Dia tengah fikirkan agaknya tu."
"Risau mama."
Balas Alif Zafran yang merisaukan mama nya.
"Mama mana?."
Soal baba.
"Masak didapur,semua kelaparan ni lagi-lagi Asyraf ni mesti penat seharian mengajar."
"Nak buat macam mana ."
Kata Asyraf Iskandar tersenyum simpul.

Tiba-tiba telefon pintar milik Alif Zafran berbunyi menandakan ada mesej dari 'whatsapp' yang masuk.
"Adik?."
Soal Alif Zafran perlahan

'Abang,ada sapa kat bawah?'
'Abang dengan Asyraf,ni kenapa ni dalam rumah pun nak ber'whatsapp'.'
'Nak jumpa dia sekejap,abang pergilah dapur sana adik nak jumpa dia dekat taman mama'
'Yelah bos kecik.'

Alif Zafran terus memberitahu Asyraf Iskandar akan permintaan adiknya.
Asyraf iskandar mengangguk dan terus berlalu ke taman bunga Puan Hazila. Puan Hazila memang gemar dengan bunga-bungaan lagi-lagi dengan bunga mawar merah. Berseri-seri rumah dengan adanya taman kecil ini.

Aisyah mengatur langkah perlahan. Abangnya yang sedang duduk di ruang tamu hanya dipandang sebelah mata. Sebelum keluar untuk ke taman mama Aisyah membelek wajahnya ,sembab mata kerana banyak menangis. Tudung dibetulkan. Tidak sangka pula gerak-gerinya diperhatikan abang.
"Lawa dah tu."
Perli Alif Zafran kepada adiknya.
"Abang ni."

Pintu rumah Aisyah kuak perlahan untuk keluar. Kakinya yang tadi semakin pulih kini sakit kembali kerana banyak berjalan. Terhincut-hincut Aisyah untuk duduk di bangku halaman itu.
Dilihat Asyraf Iskandar sedang ralit memerhatikan ikan-ikan di dalam kolam itu.
Ehem.
Aisyah Huzairah berdehem kecil untuk mengatakan bahawa dia ada disitu.
Asyraf Iskandar terus memalingkan wajahnya.
"Ya awak nak jumpa saya?."
Soalnya.
"Ya."
Ringkas jawapan Aisyah Huzairah.
"Cikgu , cikgu dah fikir masak-masak ke pasal cadangan kedua orang tua kita?."
"Dah hangus Aisyah."
Kata Asyraf Iskandar cuba untuk menyerikan suasana yang hambar itu.
Entah kenapa Aisyah Huzairah mudah terhibur jika bersama Asyraf Iskandar.Aisyah Huzairah tersenyum.
"Dah buat solat istikharah ke.?."
Soal Aisyah kembali.
"On the way."
Balas Asyraf Iskandar ringkas.
"Dua hari sebelum SPM mama suruh bagi jawapan. Awak pun buatlah solat istikharah ya."
Lembut nada Asyraf Iskandar berkata kata.
Aisyah Huzairah terbuai dengan suara indah Asyraf Iskandar hingga dia merenung muka Asyraf Iskandar tidak berkelip.
Bila Asyraf Iskandar perasan akan tindakannya,Aisyah terus memusingkan kepalanya dan berlalu masuk ke dalam.

"Adik,jom makan."
Kata mama sebaik sahaja pintu rumah aku tutup rapat.
"Ok. Nak panggil yang dekat luar tu ke?."
"Mestilah kene panggil."

Aisyah kembali menolak daun pintu. Dilihat Asyraf Iskandar masih termenung memandang ikan-ikan di dalam kolam. Biasanya orang yang banyak termenung ni banyak masalah. Kata hati kecil Aisyah.
Malah hatinya juga turut sama mengiyakan ,memang dia sedang banyak masalah.
"Cikgu, mama panggil makan.".
"Kejap lagi saya masuk."
Balas Asyraf Iskandar ringkas.

Tanpa menunggu Aisyah Huzairah terus mengangkat kaki untuk masuk ke dalam.
Tanpa sedar langkah Aisyah Huzairah diikuti oleh Asyraf Iskandar.
Malas mahu melayan Aisyah Huzairah terus ke dapur untuk membantu mama menghidang makanan. Lama rasanya kaki ini tidak menjejak dapur dan memasak asyik membelek buku sahaja. Rindu!.
"Adik dah lama tak masak."
Soal Puan Hazila kepada anak perempuannya yang sebelum ini gemar memasak dan masakannya sedap-sedap belaka.
"Mood SPM mama hihi."
Kata Aisyah sambil mengambil alih tugas mamanya yang sedang mencedok lauk ke dalam bekas yang sesuai untuk dihidangkan.
"Lepas SPM masak sedap-sedap ya."
Aisyah Huzairah hanya tersenyum sumbing.

Usai makan,Aisyah Huzairah terus naik ke bilik. Asyraf Iskandar? Sudah pulang mungkin entahlah malas mahu memikir pasal dia. Aku berlalu ke arah beranda bilik dari sini dapat lah aku lihat pemandangan matahari terbenam. Cantik suka sangat!. Bilik ini dipilih dan dihias oleh mama dan baba memang dari kecil insan yang bernama Aisyah Huzairah suka melihat matahari terbenam.

Langit sudah gelap menandakan hari sudah malam.
Aisyah mengerling jam di dinding biliknya. Baru pukul 9 malam tetapi matanya terasa kelat sekali. Aisyah Huzairah terus merehatkan badannya di atas katil empuk. Tidak sampai 5 minit Aisyah sudah terlena.

Aku dimana ni?. Soal Aisyah sambil berjalan-jalan tidak berarah.
Di suatu penjuru tempat misteri ini terdapat seorang lelaki sedang duduk termenung. Perlukah aku menghampirinya?. Dalam getar aku bergerak ke arah lelaki tersebut, kacak sekali kelihatan lelaki ini kulitnya putih aku ingin memandangnya kerana dia sedang membelakangi ku.
Belum sempat aku menegurnya dia terlebih dahulu memusingkan tubuh untuk menghadap ku.
"Aisyah."

Peluh merenek diatas dahi , aku gelisah dan akhirnya tersedar. Aku menampar halus pipiku,aku mimpikan cikgu sendiri?. Jam aku kerling pukul 5.00 pagi eloklah kalau aku mendirikan solat tahajjud dan melakukan solat istikharah.

Langkah diatur rapi untuk ke bilik mandi. Otak Aisyah masih belum berfungsi dengan baik. Kenapa harus mimpikan dia.
Selesai mengambil wudhuk,Aisyah menyarung telekung dan memulakan solat.

Sesudah mendirikan dua solat tersebut Aisyah Huzairah terus melakukan solat fardhu subuh kerana sudah masuk waktu.
Telekung disangkut dan dimasukkan ke dalam almari. Aisyah duduk sebentar dibirai katil memikirkan mimpinya tadi. Allah sudah beri petunjuk bahawa dia memang benar jodoh aku ke?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience