Bab 22

Romance Completed 15301

Seperti yang dirancang,majlis doa selamat pada malam itu berjalan lancar. Ramai sanak-saudara Asyraf Iskandar yang hadir pada malam tersebut.

Sedang aku mengangkat bekas makanan yang telah kosong untuk di tambah ke arah dapur. Terselisih pula dengan seorang gadis berumur sebaya aku mungkin.

Jelingan matanya tuhan sahaja tahu betapa tajamnya jelingan itu. Motif sangat. Aku tak kenal kau tau tah tah kau pun tak kenal aku lepas tu nak jeling-jeling. Eh hanginn aku macam ni.
Monolog hati Aisyah.

"Mak usu pak usu panggil. "
Kata Hafrina anak kepada abang long.

"Pak usu kat mana rina?."
Soal aku.

"Dekat depan tu ha. Mak usu cepat sikit tau datang sana pak usu macam dah lama cari mak usu."
Katanya sambil memuncungkan bibir ke arah luar.

Aku hanya mengangguk dan berlalu pergi.

Aku menghampiri dia yang ketika itu sedang berborak dengan rakan-rakan sekampungnya.
3 pasang mata yang sedang berbual kini memandang aku.

"Ni wife kau ke is?."
Soal salah seorang 'mamat' di situ.

"Eh,haah ni wife aku. Aisyah."
Katanya sambil tangan terus menjalar ke bahu aku.

Wajah aku dongakkan sedikit. Al maklumlah suamiku tinggi.

"Abang nak apa panggil Aisyah."
Kata aku perlahan.

"Weh is lawanya bini kau hahah. Dulu bukan kau dengan nurse tu ke?."
Soal seorang lagi rakannya.

Nurse?!. Siapa dia? Asyraf Iskandar berahsia dengan aku ?. Ah . Aku perampas ke?.

"Mana ada kau ni paan. Nurse tu kawan je. Sekarang aku dah kahwin okay."

Aku cuba untuk pergi dari tempat itu. Asyraf Iskandar buat aku tertanya-tanya. Tak suka!.

"Sayang,kejap lah."
Lembut suaranya berkata.

"Ada kerja lah dekat belakang. Abang borak je lah dengan kawan abang ni ."
Kata aku setelah melihat 'ham' dan 'paan' sedang merenung aku.

Jauh di sudut hati aku benar - benar ingin tahu tentang jururawat yang diperkatakan tadi. Mood aku melayang sifat cemburu kembali lagi meluap-luap pula kali ini.

Satu keluhan kecil terbit dari bibir aku.
Rizwan yang elok berdiri di sebelah aku mengambil makanan terdengar aku mengeluh.
Wajahnya dipalingkan ke arah aku.

"Aisyah kenapa ni."
Soalnya .

"Tak ada apa lah Abang Wan."
Kata ku menafikan.

"Habis tu kenapa mengeluh? Kalau penat duduk aje lah nenek tak paksa pun kan Aisyah buat semua ni."

"Abang kenapa tak kahwin lagi.?"
Soal aku tiba-tiba.

"Eh budak ni. "
Balasnya sambil tertawa. Malu mungkin .

"Belum ada jodoh lagi. Nanti jodoh dah sampai abang dah boleh sweet sweet macam Aisyah dengan Asyraf."
Balasnya bersahaja. Dengar sahaja nama tersebut perasaan marah pada Asyraf Iskandar kini meluap-luap.

Aku mengukir senyum paksa. Selesai mengangkat segala bekas aku terus masuk ke dalam bilik. Giliran lelaki pula mengemas bahagian hadapan.

Sebak pula rasa bila termenung begini. Wajah mama,baba dan abang silih berganti di kotak fikiran. Kenapa dengan aku malam ni. Jam di dinding aku kerling. 12.30 malam.

Rindu pada keluarga membuatkan air mata terus mengalir. Adik rindu abang. Bersungguh aku menangis. Rindu yang teramat kepada abang yang suka mengacau aku.

Pintu bilik ditolak seseorang. Aku terus baring dan menutup mata. Bau seperti Asyraf Iskandar. Terasa tangannya mengusap kepala aku.

"Aisyah,abang minta maaf."
Katanya perlahan tak mahu mengejutkan aku mungkin. Padahal aku masih belum tidur .

"Abang tak berniat pun nak berahsia dengan Aisyah. Abang rasa benda tu tak penting sebab nurse tu kawan abang je. Abang sikit pun tak cintakan perempuan lain sebab nak tunggu Aisyah.

Asyraf Iskandar ni ada ilmu apa sampai apa yang ada dalam otak aku dapat dibaca.

"Abang tahu, isteri abang berhak tahu semuanya. "
Katanya lagi.

"Abang sayang sangat dekat Aisyah. Walaupun Aisyah anggap abang ni hanya sebagai pelindung Aisyah daripada Arsyad. Tak apa abang yakin satu hari nanti Aisyah mesti sayang abang juga."

Sesak dada menahan tangis akhirnya empangan yang ditahan pecah. Aku terus bangun memeluknya. Berdosanya aku. Teresak-esak aku menangis.

Dia cuba menenangkan aku walaupun aku yakin dia sedikit terkejut kerana aku masih belum tidur.

"Shhh dah jangan nangis sayang. "
Pujuknya.

Mendayu-dayu tangisan ku. Dia semakin erat memeluk aku. Ayat-ayat pujukan yang diberi membuat tangisan tadi semakin reda.

"Abang."
Panggil aku perlahan.

"Ya sayang. Abang minta maaf kalau abang ada salah cakap tadi."
Katanya.

"Tak abang tak ada salah cakap pun."
Balas aku sambil menyeka air mata yang ingin jatuh.

"Terima kasih sebab terima Aisyah . "
"Terima kasih sebab cintakan Aisyah. "
"Terima kasih tahan perangai Aisyah."
Kata aku berulang kali.

"Dah dah jangan nangis. Nanti nenek dengar habis lah dia belasah abang sebab buat cucu menantu kesayangan dia sedih."

Aku tersenyum nipis. Dia berlalu menukar pakaian dah menyuruh aku untuk tidur kerana esok kami akan bergerak pulang awal.
Badan sasanya sekali lagi aku peluk.

Aku mengumpul keyakinan dan akhirnya bibir aku dekatkan pada telinganya.

"I love you."
Kata aku berbisik pada telinganya.

"Ohh finally."
Dia membalas dan tertawa kecil.

Akhirnya aku terlena di atas lengannya. Favourite place !.

-------------------------

Dua minggu telah berlalu. Sesi persekolahan telah bermula seminggu yang lepas bermakna kesibukan Asyraf Iskandar juga telah bermula.

Badan aku terasa panas dan mengigil. Haih Aisyah nak demam ke kau ni. Monolog hati aku.
Selesai memasak aku terus mencari-cari ubat demam tetapi malangnya tiada.

Kaki dipaksa melangkah untuk naik ke atas. Bagai mahu pitam rasanya.
Badan terus dihempaskan ke atas katil. Bilik yang berbau minyak wangi Asyraf Iskandar buatkan aku inginkannya sekarang.

Bilik kami dah berkongsi. Kini tiada lagi rahsia antara kami. Bahagia!.

Jam aku kerling . 1. 45 P.M.
'Lambatnya abang nak balik.'
Luah aku perlahan. Selimut yang tebal kini menyelubungi diri. Tak larat rasanya ingin mematikan penghawa dingin

---

Aisyah pergi mana ni abang call tak angkat. Kata Asyraf Iskandar yang ketika itu sedang memandu pulang. Perasaan risau kepada isterinya membuak-buak. Pedal minyak ditekan.

Tiada lagi 80 km/j . Laju sahaja Asyraf Iskandar memandu kerana ingin cepat sampai ke rumah.
Sampai sahaja di perkarangan rumah Asyraf Iskandar cepat-cepat membuka pintu yang dikunci . Mujurlah dia ada kunci lebih.

Selalunya Aisyah Huzairah akan menyambutnya pulang. Hari ini tiada.

"Aisyah. Sayang. Abang balik ni."
Jerit Asyraf Iskandar di ruang tamu.

Namun tiada jawapan. Langkah segera diatur untuk naik ke atas. Pintu bilik ditolak. Kelihatan Aisyah Huzairah sedang berselubung dengan selimut tebal itu.

Asyraf Iskandar mendekatkan dirinya kepada isterinya. Tangan diletakkan di atas dahi isterinya. Panas!.

Tak sanggup pula dia melihat keadaan isterinya. Tangan laju mencapai telefon bimbit dan mendail nombor Zariq.

'Ha ye cap kenapa ni.'
Kata Zariq di hujung talian.

'Riq . Aku nak minta tolong kau belikan panadol.'
Kata Asyraf Iskandar.

'Hantar rumah ke?. '
Soal Zariq.

'Haah iya. Bini aku demam ni. '

'Otw jap. '

Talian dimatikan. Gunanya kawan disaat susah begini. Terima kasih sahabat!.

Asyraf Iskandar mematikan penghawa dingin dan menghidupkan kipas . Pasti isterinya sejuk yang teramat sangat.

5 minit kemudian loceng rumah ditekan. Aku mengatur langkah turun dari tangga untuk melihat siapa yang datang.

"Eh Riq cepatnya?."
Soal aku penuh tanda tanya.

"Aku memang ada area sini tadi. Kerja luar."
Jelasnya.

"Masuk lah dulu. "
Pelawa ku.

"Tak pe. Tak payah. Kau tengah penat ni tali leher dengan name tag pun belum buka."
Tegur Zariq.

"Eh aah lah do. Aku risau sangat dekat Aisyah tadi. Balik balik je tengok dia tengah tidur badan panas gila ."

"Dah pergi dia bagi makan ubat. Aku belanja je ubat tu."

Namun,aku tidak membenarkan Zariq pulang dengan tangan kosong. Semasa bersalam sempat aku selitkan not kertas berwarna merah 5 keping.

Puas dia menolak akhirnya Zariq pulang juga dengan penuh rasa terima kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience