Bab 29

Romance Completed 15301

"Ya mama,nanti kalau adik dah habis kemas barang,adik balik ye."

"Hm ya lah adik. Jaga diri ya? Mama dekat sini akan selalu tengok kan Asyraf. Okay bye Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."
Kata aku menjawab salam dari mama. Tipu lah kalau aku tidak homesick. Aku tidak pernah berjauhan dengan Asyraf Iskandar dan keluarga,tetapi demi tugas aku beranikan diri.

Jujur,aku rindu pada dia. Rindu pada suami sendiri. Rasa bersalah masih tersisa walaupun ini sudah masuk tahun ke 6 aku duduk di sini kerana menjadi doktor sementara di hospital di Kelantan ini aku telah berjauhan dengannya. Abang Aisyah rindu.

Kelantan dan Johor bukan dekat jaraknya. Aku mengeluarkan telefon untuk membaca pesanan yang dari tadi tak berhenti berbunyi di Kafe Permai sementara menunggu Saffiya membeli makanan. Lapar katanya. Lebih baik beri dia makan kalau tak mulut tak akan berhenti bercakap.

Telefon bimbit yang berdering menandakan ada panggilan yang masuk. Aku menjawab panggilan tanpa meneliti siapakah gerangan yang menelefon aku.

"Hello Assalamualaikum."
Kata aku sambil mata masih tertumpu pada keliling kafe ini .

"We meet again Aisyah Huzairah. "
Kata satu suara perempuan di hujung talian.

Hati aku mula berdebar. Siapa dia ? Otak aku ligat memikir. Mata aku kini tidak difokuskan pada buku lagi.

"Who's on the line?"
Soal aku menahan nada suara.
"Take care Madam Aisyah. Kalau tak nak rumah tangga runtuh,lebih baik balik tempat asal awak cepat."
Kata perempuan itu dan terus tertawa.

Aku tidak membalas kata-katanya dan terus mematikan panggilan. Hati aku resah tangan aku pantas mendail nombor Asyraf Iskandar.

"Hello Assalamualaikum sayang."
Kata Asyraf Iskandar dalam nada suara yang serak. Sakit kah dia?.

"Waalaikumussalam. Abang sihat? Kenapa suara macam ni? Abang sakit ke?."
Soal aku bertubi-tubi.

"Sayang kenapa ni? Abang sihat,cuma sakit tekak je. Hari-hari pergi tengok site cuaca kan panas. Sayang okay? Bila nak balik? Kontrak as a reserve doctor dah habis kan?."
Ujarnya dengan suara yang paling lembut.

"Abang.."
Kata aku tidak mampu lagi menahan sebak di dada dan akhirnya pecah juga empangan yang ditahan.

"Lah sayang kenapa ni? Jangan buat abang risau macam ni. Sayang sakit ke? Abang boleh fly ke sana sekarang juga. "
Katanya mula resah.

"Abang tunggu Aisyah, Aisyah nak balik dah ni. Malam nanti Aisyah sampai. Saffiya drive."
Jelasku ingin menyelamatkan rumah tangga yang bergoyang.

"Baik-baik sayang. Jangan rushing. Abang tunggu dekat rumah."
Balasnya dan masih dalam nada risau.

Aku mengesat air mata dengan hujung lengan baju. Kepala aku tolehkan terhadap Saffiya. Lama benar dia membeli makanan.

"Aisyah sorry lah lambat. Emergency lane penuh tak bulih nak cilok."
Kata Saffiya.

"Kita balik johor sekarang. "
Kata aku dan terus bingkas bangun.

"Lah awat? Awat hang ni. "
Soal Saffiya pelik.

"Dalam kereta nanti aku cerita. Meh lekas ambil barang kita. "
Kata aku tegas.

Kami bergegas pulang ke asrama perempuan mengambil barang yang perlu. Selepas mengambil barang-barang kami ,
Aku melemparkan kunci kereta kepada Saffiya dan kemudiannya kami bergegas turun.

Di dalam hati aku tidak berhenti-henti berzikir. Perasaan aku lain kali ini. Bagaikan ada sesuatu yang ingin terjadi.

Setelah beberapa jam perjalanan, aku menoleh ke arah Saffiya yang masih diam dan fokus ke arah pemanduan. Saffiya pasti mengenali aku. Kalau aku resah memang begini.

"Kau ngantuk ke?."
Soal aku ingin memulakan perbualan.

"Dah aih. Awat?"
Balasnya.

"Aku minta maaf buat kau rushing macam ni."
Ujarku sebersalah kerana telah membantalkan rancangannya untuk berjalan-jalan sekitar bandar kelantan.

"Tak pa aih Aisyah. Ni awat jadi lagu ni? Laki hang sakit ka? "
Soalnya Saffiya.

"Tadi…"
Aku memulakan cerita tentang panggilan misteri itu. Segala-galanya aku luahkan pada Saffiya. Aku risau,tersangat risau. Aku menaip mesej untuk dihantar ke suamiku sendiri. Dia tidak membalas. Jarang Asyraf Iskandar begini. Dia tidak pernah menghiraukan mesej aku.

Kecuali apabila dia tidur. Tetapi sejak aku berjauhan dengannya,jika aku menghantar mesej kepadanya pada pukul 12 tengah malam pun dia membalas kerana bunyi notifikasi yang kuat menyedarkannya dari tidur. Apa dah jadi ni abang.

"Hang tak lapaq ka Aisyah? Satgi gastrik lagu mana?"
Kata Saffiya mengubah topik supaya aku tidak terlalu resah.

"Kau lapar ke?. Kalau lapar kita berhenti sekejap."

"Dak aih. Hang tu kalau gastrik dah mai teruk tau dak."

"Tak ada apa lah. Aku tak lapar."

"Hang tidoq sekarang. Satgi sampai aku kejut. Dalam pukui 8 malam sampai lah ni."
Arah Saffiya kepada aku.

Aku terus mengerling jam di tangan. Pukul 3 petang. Laju juga Saffiya memecut. Aku terus menutup mata cuba menghilangkan kegusaran di dalam hati.

Hai lah Aisyah, kesian aku tengok hang. Dari awal hang belajar dan bertugas dekat sini ada je hat tak kena. Sabaq na. Ujar Saffiya kepada sahabatnya yang kini terlelap.

Aku membuka mata yang kelat. Pinggang aku terasa lenguh kerana terlalu lama duduk di dalam kereta. Aku memandang ke arah tempat pemandu. Kosong. Aku kemudiannya memerhati keadaan sekeliling. Sudah malam. Jam aku kerling. 8.30 minit malam.

Aku kini berada di RnR Ayer Hitam. Saffiya berhenti membeli makanan atau membuang air kecil mungkin. Kasihan Saffiya penat memandu.

"Hui Doktor Aisyah bangun dah."
Jerkah Saffiya di tingkap kereta.

Aku menunjukkan buku lima kepadanya sambil mengusap dada kerana terkejut.
Wajah Asyraf Iskandar kembali berlegar di minda.

Saffiya masuk semula ke dalam kereta dan bersedia untuk memandu. Aku memandangnya kenapa dia masih bertenaga? Sedangkan dia belum makan semenjak tengah hari tadi? .

"Piya kau tak lapar ke?"
Soal aku kepadanya penuh rasa hairan.

"Doktor Aisyah Huzairah,saya ni dah berhenti dua kali tau sepanjang perjalanan nak balik ke sini. Dua kali tu jugak lah saya melantak. Hang gila ka tak makan satu hari. Tak mau aku buat naya kat perut. Aku ada kejut hang,tapi hang tidoq mampuih. "
Ujarnya panjang lebar.

Aku hanya tersengeh. Sorry Piya!.

"Balik ni aku report laki hang yang hang tak makan dari tengah hari. Habis lah hang Aisyah."
Ugut Saffiya.

Aku membiarkan ugutan tersebut berlalu pergi. Aku sudah tidak sabar ingin pulang ke rumah. Aku menyuruh supaya Saffiya melajukan pemanduan. Saffiya yang baik hati hanya akur dan berleter kepada aku tentang keselamatan kami.

Perut aku mula terasa pedih. Jangan sakit sekarang please!. Dah nak sampai rumah ni.

Saffiya memperlahankan kereta yang kami naiki kerana telah masuk ke dalam kawasan perumahanku. Aku melihat telefon bimbit. 20 miss called from Abang Alif and Mama. Aik kenapa ni? Baru sahaja aku ingin mendail nombor itu semula telefon aku mati akibat kehabisan bateri.

Saffiya memakirkan kereta aku di tepi jalan kerana rumah aku dipenuhi oleh kereta abang,baba,ayah dan sebuah kereta yang tidak dikenali. Aik kenapa ni.

"Apa-apa jadi,aku ada dengan kau."
Kata Saffiya tiba-tiba.

Aku mengenggam tangan Saffiya dan tersenyum paksa.

Kami turun dari kereta dan menuju ke arah rumah aku.

Aku memberi salam dan melangkah masuk. Semua menjawab salam aku tetapi dengan wajah yang kusut. Aku memandang seorang perempuan yang pakaiannya mencolok mata yang duduk bersama ibunya mungkin. Dhanna Rania? Apa yang terjadi? Aku keliru.

Asyraf Iskandar tidak mendapatkan aku malah dia hanya menundukkan kepalanya sedari tadi.

"Aisyah ada terlepas apa-apa ke?"
Soal aku kerana suasana sangat sunyi dan tegang. Aku dan Saffiya masih tercegat berdiri di hadapan pintu.

"Asyraf kena tangkap basah dengan perempuan perosak rumah tangga ni."
Kata Alif Zafran iaitu abangku.

"Alif! "
Sergah mama.

"Adik berhak tahu ma. Adik isteri Asyraf bukan perempuan ini."
Balas abang.

Lutut aku lemah. Aku merasakan dunia aku gelap. Tangan Saffiya aku genggam erat-erat tetapi aku tiada tenaga akhirnya aku jatuh terduduk menangis.

Asyraf Iskandar terus berlari mendapatkan aku. Kepala aku berat untuk memandangnya. Aku cuba mengangkat kepalaku. Wajah Asyraf Iskandar penuh kekusutan. Apa salah aku. Kata aku dalam nada berbisik terhadap Saffiya yang telah memeluk aku.

"By hook or by crook,your son kena kahwin dengan anak I."
Kata satu perempuan yang berumur dalam lingkungan 40 tahun.

"Enough. Dah terang-terang anak awak tu perosak rumah tangga. Semua orang tahu sejak awal mereka kahwin lagi anak awak dah buat macam-macam untuk hancurkan masjid yang dibina Aisyah dan Asyraf."
Giliran baba bersuara.

Kini semua orang di situ berbalah membingitkan suasana. Aku gagahkan diri untuk bangun. Asyraf Iskandar lelaki yang aku cintai dan sayang aku tenung dalam dalam. Asyraf Iskandar seakan-akan meminta bantuan dari pandangan mata. Aku amat memahami dia. Dia lelaki yang baik. Selagi boleh bertahan kita akan perjuangkan masjid yang telah kita bina.

Tanpa menghiraukan semua orang yang telah memandang aku,aku terus berlalu ke atas. Pintu bilik aku buka. Bauan minyak wangi suamiku menusuk ke hidung. Rindunya dekat abang.

Beberapa dokumen penting aku ambil. Aku tidak bodoh untuk terus melenting. Dhanna Rania memang bermasalah orangnya jadi aku yakin semua keputusan yang akan dibuat selepas ini pasti bersebab.

"Aisyah. Please sit down."
Arah mama kepada aku setelah turun dari tangga.
Aku tanpa banyak bunyi terus menarik Saffiya dan duduk berhadapan dengan Dhanna Rania dan ibunya.

"Aisyah,ayah minta maaf your husband need to marry Ana for the sake of F&S Holdings."
Kata ayah dalam nada kecewa. Aku memerhati wajah tua itu. Dia benar-benar berharap bahawa tiada apa yang boleh memalukan nama keluarga dan syarikat yang telah dibangunkan sejak dulu lagi.

"Okay am i have another suggestion?"
Kataku tiada sedikit pun gementar.

Semua wajah memandang ke arah aku. Kerana tadi,aku lah yang beria menangis. Lain pula sekarang. Asyraf Iskandar terkejut dan terus mengangkat wajahnya.

"Since saya malas nak memanjangkan cerita and Dhanna Rania,apa kata kita pergi balai polis?."
Kata aku bersahaja.

"For what?"
Soalnya angkuh sekali.

"I promise kita settelkan hal ini je then you both gonna be husband and wife."
Kata aku sambil menunjuk ke arah suamiku dan Dhanna Rania.

"So let's go now. I can't wait to get married."
Katanya dan terus bingkas bangun kemudian menarik ibunya keluar.

"I gerak dulu. Kita jumpa di balai polis bandar. Keep your promise kid."
Katanya di hadapan pintu sambil memakai high heels nya.

Setelah mereka berdua berlalu pergi semua wajah yang kini berada di ruang tamu tertanya-tanya akan rancangan aku.

"Aisyah minta maaf semua. Tak kan Aisyah senang-senang nak lepaskan Asyraf ye tak ibu? Aisyah percaya abang tak buat benda benda ni? Am i right Mr Asyraf?"
Ujarku kepada mereka.

Asyraf Iskandar terus membuka mulut untuk menyuarakan apa yang berlaku sebenar-benarnya. Semua orang di ruang tamu seperti belatuk mengangguk-angguk apa yang dikatakan Asyraf Iskandar

Aku memandangnya dengan wajah simpati. Perasaan sebersalah menyelubungi diri aku. Inikah isteri yang baik disaat suami sakit dia tak ada di sisi suaminya?. Air mata aku mula bertakung.

"Dah,Aisyah jangan nangis. Ibu,ayah,mama,baba,abang ,Kak Nurah ,Saffiya akan sentiasa bantu kamu berdua. Dah pergi naik atas ambil bukti-bukti yang perlu kamu tunjuk pada pihak polis nanti."
Ujar mama.

Asyraf dan Aisyah naik atas dulu ambil bukti yang ada selain dari dokumen yang Aisyah ambil ni. Kata ayah pula.

Kami terus berlalu ke atas. Sebelum naik sempat juga Dhanna Rania menelefon aku mengatakan dia sudah sampai. Penat aku menipunya dan mencari alasan supaya aku sedang ke sana. Dhanna Rania tidaklah sepandai yang aku sangka. Bodoh juga. Dia percaya bulat-bulat kataku.

"Sayang percaya abang kan?"
Soal Asyraf Iskandar ketika dia sedang menyarung bajunya. Suaranya masih serak dan nadanya lemah.

Aku terus menerpa ke arahnya dan memeluk tubuhnya yang hangat. Tangannya aku ambik dan aku cium penuh hormat. Entah berapa kali aku memeluknya.

"Terima kasih sayang..abang sayang Doktor Aisyah."
Katanya ingin mengusikku.

"Doctor Aisyah loves CEO Asyraf Iskandar so much. Anything happen,trust is our strength. I trust you my dear. Awak saya punya. No one else can be yours except me."
Ujarku sambil merenung matanya.

Dia mengusap pipi aku dan mendekatkan tubuhnya. Wanginya abang!.

"Jom? Cepat benda ni settel,lagi cepat lah kita boleh balik rumah semula ye?"
Kata aku tak ingin meneruskan suasana itu.

"Someone is blushing. "
Kata Asyraf Iskandar.

Aku terus berlalu ke arah bawah. Yang lain hanya menunggu di rumah kerana hari sudah lewat malam kecuali Saffiya. Dia perlu mengikuti aku kerana semasa di sana kami ada juga diganggu oleh orang-orang Dhanna Rania.

Kak Nurah juga keletihan kerana sudah berbadan dua. Bukan kali pertama Kak Nurah mengandung tetapi ini sudah kali ke dua. Aku melihat Iqbal yang sedang lena tidur di ribanya.

Aku tidak dapat duduk diam di dalam kereta ini. Pelbagai rencana telah aku susun di dalam otak.

"Aisyah hang dak lapaq ka?."
Soal Saffiya tiba-tiba. Oh My! Please Piya jangan pecah lubang. Nanti aku kena bebel dengan Ceo di sebelah ini.

"Kenapa Saffiya? Aisyah tak makan ke?"
Soal Asyraf Iskandar curiga dengan pertanyaan Saffiya.

"Eh dah sampai lah. Jom keluar tak sabarnya nak masukkan dia ke dalam penjara."
Aku terlebih dahulu memotong percakapan Saffiya sebelum dia jujur. Setelah kereta diparkirkan aku terus keluar dari perut kereta untuk mengelak dari disoal oleh suami sendiri.

Saffiya hanya menggeleng kepala melihat sikapku menjadikan makan adalah benda yang tidak penting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience