Bab 9

Romance Completed 15301

Asyraf Iskandar berteleku diatas sejadah dan tersenyum nipis. Aisyah,awak masuk mimpi saya malam tadi. Saya harap benda baik-baik sahaja akan berlaku. Kata Asyraf Iskandar di dalam hati.
Semoga dengan solat istikharah tadi Allah permudahkan urusan kita.

Asyraf iskandar mengerling jam di dinding bilik. Keluhan kecil dilepaskan. Hujung minggu begini pun ada mesyuarat.
Katanya sambil berlalu ke almari untuk mengambil baju yang sudah digosok malam semalam.

Tiba-tiba telefon bergetar memainkan lagu kegemarannya iaitu say you won't letgo dari James Arthur.
"Assalamualaikum."
Sebaris ayat pembuka kata dari ibunya. Kenapa ya pagi-pagi begini ibu telefon aku.
"Waalaikumussalam."
Balasku.
"Buat apa ?."
"Tengah siap-siap kejap lagi nak pergi sekolah ada mesyuarat apa tah."
"Ibu nak ajak Asyraf teman ibu kejap jumpa kawan ibu boleh tak dalam pukul 8.30?."
"Kejap Asyraf check jadual."
Katanya sambil membelek diari kerjanya. Satu per satu maklumat dibaca. Walah! Habis awal rupanya bagus.
"Asyraf meeting sekejap je bu ,ibu tunggu lah dekat rumah dalam pukul lapan lebih ke sembilan lebih Asyraf sampai."
"Okay."

Talian ditamatkan serta-merta. Selesai memasukkan wallet kedalam poket dan memakai jam Asyraf Iskandar menarik beg 'laptop'nya dan disandang kan ke bahu.
Dengan lafaz bismillah Asyraf Iskandar memulakan perjalananya untuk ke sekolah.

Sampai diperkarangan sekolah, Asyraf Iskandar melilau mencari kereta-kereta guru yang lain. Hanya ada dua tiga buah sahaja kereta.
Mesyuarat batal ke?.
Soal Asyraf didalam hati.
Baru dia teringat dia tidak membuka pesanan 'whatsapp' dari group sekolah. Asyraf Iskandar membaca nama-nama guru yang perlu hadir mengambil fail sahaja. Mujurlah namanya ada. Dia melajukan langkah untuk terus ke pejabat. Sapaan manis dari kerani yang berumur lebih kurang 30-an itu dibalas lembut.
"Cikgu Syareena tak ikut sekali ke ?."
Soal kerani itu.
Aku sudah membuat wajah pelik. Apa kena-mengena aku dengan Cikgu Syareena.
"Buat apa hihi."
"Aik,bukan kamu berdua bertunang ke?."
Alamak. Siapa yang buat cerita ni geramnya.
Monolog Asyraf Iskandar sambil menanda tangan fail yang telah diambil .
"Tak. Kami tiada apa-apa hubungan."
Jujur Asyraf Iskandar berkata. Berang rasanya siapa yang buat-buat cerita .
Asyraf Iskandar tenang sambil memaniskan muka. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.
"Siapa yang beritahu kami bertunang?. Saya memang tak ada apa-apa ya dengan Cikgu Syareena."
Sengaja dipekatkan nama Syareena itu.
"Cikgu Syareena sendiri."
Kata kerani itu yang sudah membuat muka terkejut.
"Puan pengetua ada kata hari ahad jangan lupa jumpa dia di bilik dia."
Laju Cik Safirin menyampaikan amanat dari Puan pengetua.
Aku mengangguk-angguk dan berlalu. Fail yang dipegang erat dibelek satu persatu isi kandungannya. Sampai sahaja dikereta,kelihatan kereta milik Cikgu Syareena diparkir elok bersebelahan keretanya.
Tanpa sedar mata Asyraf Iskandar sudah bertukar merah menahan marah. Apa motif perempuan ini mahu buat cerita. Haih.

Dari jauh kelihatan Cikgu Syareena terkedek-kedek berjalan menuju ke arah kereta. Asyraf Iskandar yang masih belum masuk ke dalam kereta kerana berbual dengan pengawal keselamatan sekolah terus mengeluarkan telefon pintarnya.
Alamak dia datang. Kata Asyraf Iskandar sebaik sahaja pengawal keselamatan itu berlalu pergi.

Nombor Aisyah didail. Entah kenapa hatinya benar-benar mahu membuat Cikgu Syareena cemburu.
Langkah Cikgu Syareena semakin laju dan akhirnya sampai dihadapan Cikgu Asyraf.

Angkatlah Aisyah angkat lah.
Kata Asyraf Iskandar mengharap bahawa Aisyah mengangkat panggilannya. Kedengaran suara lembut diatas talian. YES! Aisyah angkat.
"Nak apa call pagi-pagi ni."
Kasar bunyi suara Aisyah kerana dia baru sahaja terlelap.
"Selamat pagi sayang."
Sebaris ayat yang mampu membuat jantung Aisyah berdegup kencang.

Cikgu Syareena kelihatan sudah menarik muncung yang panjang. Hancur niatnya mahu menegur Asyraf Iskandar. Pintu terus dihempas kuat. Pedal minyak ditekan kereta honda civic Cikgu Syareena meluncur laju keluar dari perkarangan sekolah.

Asyraf Iskandar ketawa terkekeh-kekeh melihat kelakuan Cikgu Syareena itu. Berani dia buat cerita sedangkan aku tak pernah sukakan dia. Cit!.
"Ok Aisyah terima kasih sebab angkat call saya ni."
Talian terus dimatikan.

Asyraf Iskandar melangkah masuk kedalam kereta kesayangannya. Jadual 'free' hari ini,lepas ini teman ibunya sahaja. Mahu berjumpa Aisyah sangat rindu,tetapi biarlah dia masa untuk bersendirian memikirkan hal mereka ini.

------------------------------------------------------------------

Aisyah Huzairah terkaku. Apa yang baru didengarinya tadi itu bagaikan suatu benda yang macam apabenda sia.
WTH! Apa kena dengan Cikgu Asyraf ni!
Suka buat jantung orang nak luruh. Macam mana kalau dah kahwin nanti. Eh.

Aisyah Huzairah yang tadinya berasa geli dengan cara Asyraf Iskandar itu telah berubah suka dengan suara milik Asyraf Iskandar. Kan best kalau dia memang betul 'wish' selamat pagi tadi dengan ikhlas. Mesti nak selamatkan diri dari siapa-siapa ni.
Aisyah menarik nafas. Hampa ke?.

Pipi putih gebu itu ditampar berulang-ulang kali.
Aisyah kau dah terima dia ke?. Wake up Aisyah ! Wake up!.

Kejadian beberapa minit lepas membuatkan Aisyah Huzairah tak mampu untuk melelapkan mata. Dia pergi mencuci muka kemudian mengatur langkah untuk turun ke bawah.

Sunyi lagi bawah ni,mesti mama masih belum turun ke bawah biasalah hari cuti.
Jam di didapur Aisyah kerling 7.30minit pagi. Dia bercadang untuk membuat sarapan pagi ini. Setelah sekian lama tidak memasak. Akhirnya.
Bahan-bahan yang ingin digunakan dikeluarkan dari peti ais.
Mi goreng sotong basah pun ok juga kan.
Monolog Aisyah sambil memotong bahan-bahan yang ingin digunakan.
Family favourite sangat makanan tu.
Laju sahaja Aisyah Huzairah memasak dan menghidang makanan yang siap dimasak ke atas meja.

Teratur makanan yang telah siap disusun Aisyah di atas meja.
Sandwich telur, sosej goreng, mi goreng sotong basah dan air milo panas.

Sedang ralit Aisyah membasuh pinggan , pinggangnya dicuit oleh Alif Zafran abangnya.
"Awal bangun."
Soal Alif Zafran kepada adik kesayangannya.
"Tak boleh tidur. Terbangun pukul 5 pagi ."
"Awal pula abang bangun?."
"Lapar lah perut bau makanan yang adik masak ni. Terbangun abang."
"Sorry hehehe."
Balas Aisyah sambil membuat wajah comel.
Alif Zafran menggosok perlahan kepala adiknya.

"Mama dan baba tak bangun lagi ke?."
"Aih lama dah bangun,pergi ke rumah cik ida ibu Asyraf."
"Buat apa pagi-pagi ke sana?."
Soal aku pelik.
"Abang pun taktahu."
"Siapa nak makan ni banyak tau."
Kata Aisyah yang sudah mula menarik muncung.

Belum sempat Alif Zafran menjawab kata-kata adiknya loceng rumah berbunyi. Wajah mama dan baba terpacul dimuka pintu diikuti dengan wajah Cik Ida dan Asyraf Iskandar. Aisyah Huzairah berlari naik ke atas untuk menyarung tudung.

Hatinya berdegup kencang. Apa lagi yang dimahukan dua beranak ini.
Bebel Aisyah Huzairah.
Pintu bilik Aisyah diketuk abangnya.
"Ya sekejap nak pakai tudung."
"Cepat sikit dik ada hal nak dibincangkan tu rasanya."

Aisyah Huzairah keluar dari biliknya.
"Penatlah hal apa lagi ni."
Kata Aisyah sambil melangkah beriringan dengan abangnya.
"Kahwin kot."
Keluhan besar terus terlepas dari bibir Aisyah Huzairah.

Tangan tua itu dicium lembut. Aisyah Huzairah terus mengambil tempat kosong di sebelah abangnya.

"Baiklah. Maaf ganggu ya ila pagi-pagi dah datang ke rumah kamu."
Kata Datin Shahida.
"Tidak mengapa."
Lembut Puan Hazila berkata-kata.
"Teruskan lah dengan apa yang dibincangkan kita tadi tu ida."
Kata Puan Hazila sekali lagi.

Aku berderau menunggu apa yang dibincangkan oleh mama dan Cik Ida ini. Apa dia ya?.
Asyraf Iskandar seperti biasa dilihat tenang sekali. Mendamaikan betul wajahnya.
"Kami perlukan keputusan awal Aisyah hari ini juga supaya senang kami mengatur segalanya."
Kata mama dan Cik Ida serentak.

Dengan secara tiba-tiba Asyraf Iskandar mencelah.
"Boleh izinkan Asyraf berbincang dengan Aisyah di luar sekejap ?."
Kata Asyraf Iskandar kepada semua orang yang berada di ruang tamu.
Masing-masing mengangguk dan tersenyum.
Asyraf Iskandar terlebih dahulu mengatur langkah keluar. Tinggal Aisyah Huzairah terkulat-kulat dengan perasaan berbelah bahagi mahu keluar atau pun tidak.
Bahu Aisyah ditepuk abangnya Alif Zafran.
"Pergilah keluar."

Aisyah Huzairah mengatur langkah keluar dari rumah. Kelihatan Asyraf Iskandar sedang memerhati ikan-ikan di dalam kolam itu.
"Aisyah."
Suara yang amat mirip didalam mimpi itu.
"Ya cikgu."
Balasku sambil mata kami bertentangan.
"Saya tak pasti kalau awak memilih untuk tidak berkahwin dengan saya. Tapi kalau ya awak memilih saya,saya janji Aisyah akan lindungi awak. Mesti awak terfikir kenapa saya kenapa tidak orang lain kan?. Mungkin jodoh kita telah tertulis takdir hidup kita telah diatur dengan sempurna oleh Allah. "
Aku tercengang dengan kata-kata Cikgu Asyraf yang panjang lebar penuh isi.
"Apa kata cikgu-cikgu lain nanti bila dapat tahu tentang kita."
"Jangan dengar kata orang. Lagipun umur awak dah cukup untuk kahwin."
Aisyah Huzairah mengalihkan pandangan ke arah bunga-bunga yang cantik berkembang.
"Aisyah, saya tahu mungkin agak pelik sebab student kahwin dengan cikgu sendiri. Tapi cikgu-cikgu ni pun manusia juga semua sama je."
Aisyah Huzairah sekali lagi tergamam. Dia dapat baca fikiran aku ke .

Nafas dihela perlahan.
"Kita kahwin sebab cikgu kena lindungi saya, Jaga saya jangan bagi Arsyad atau orang jahat sentuh saya. "
Sebaris ayat yang meluncur laju keluar dari bibir Aisyah Huzairah.
Asyraf Iskandar sudah tersengeh-sengeh.
"Alhamdulillah."
Balas Asyraf Iskandar ringkas.

Ehem.
Satu deheman kasar memeranjatkan mereka berdua yang berdiri menghadap kolam ikan itu.
"Sampai bila nak berbincang nak oi."
Kata Puan Hazila dan Datin Shahida.

Aku dengan muka yang telah kemerah-merahan terus berlalu masuk ke dalam. Langkah diaturkan ke dapur.
"Adik,adik masak ni ya?."
Soal Encik Adam iaitu babanya.
Aku hanya mengangguk.
"Jomlah makan sekali."
Tanpa berkata-kata aku terus mengekori baba ke meja makan.

Mereka makan dengan penuh berselera sekali. Aku gembira dan seronok tengok orang yang makan apa yang aku masak . Ecewah!.
"Sedap tak Asyraf?."
Soal Puan Hazila.
"Sedap cik ila,cik ila masak ke banyak-banyak ni."
"Eh bukan cik ila yang masak. Aisyah yang masak."

"Sedap."
Kata Asyraf Iskandar sekali lagi.

Aku sudah tidak senang duduk ada sahaja yang dijadikan bahan bualan lah mama ni. Mahu meninggalkan meja makan terasa kurang ajar pula. Terpaksa duduk disitu sambil mama menjual market anak perempuannya ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience