Bab 33

Romance Completed 15301

"Jom rumah mama."
Ajaknya sewaktu kami sedang duduk di bangku halaman rumah. Ini lah aktiviti hari cuti.

"Jommmm. "
Kata aku teruja. Lama rasanya tidak berjumpa mama sejak-sejak bekerja ni.

Kami terus melangkah ke atas untuk bersiap. Jam di dinding aku kerling 9 pagi. Sempat ni kalau nak sarapan dengan mama.
Asyraf Iskandar yang sedang menyembur minyak wangi aku perhatikan.

Umur dah 30 series pun handsome. Lelaki makin tua makin handsome kan? Hehe.

"Abang handsome sangat eh hari ni."
Katanya apabila nampak aku memerhatikannya.

"Suami siapa lah nii perasan betul."
Balas aku dan terus mengambil beg tangan.
Dia kedengaran sedang tertawa. Baik sungguh suami aku ni . Dia tak pernah bangkitkan isu anak. Aisyah tahu mesti abang teringin nak jadi macam keluarga yang lain.

"Agak-agak mama masak apa ya?"
Soalnya kepada aku ketika kami di dalam perjalanan ke rumah mama yang mengambil masa beberapa minit sahaja.

"Entah lah. Mama tu tiap hari menu lain-lain."

Ujar aku yang sudah mula teringat akan nasi lemak sambal udang yang di masak mama sebelum ini.

"Abang"
Panggil aku lembut kepadanya.

"Iya,kenapa?"
Balasnya.

"Abang ada terfikir soal anak ke?"
Soal aku tiba-tiba.

"Ada memang ada sayang,kita kan dah usaha. Ada rezeki nanti ada lah ya."
Ujarnya kepada aku.

Aku hanya mengangguk-angguk. Sampai sahaja di rumah mama aku terus meluru masuk ke dalam memeluk kedua orang tua yang aku sayang.

Tiba-tiba tekak aku kembali loya. Tadi hilang,ini datang balik rasa ini. Kenapa ni. Jangan lah orang nak makan masakan mama ni.

"Adik,kenapa pipi naik ni."
Soal abang kepada aku yang sedang sibuk menghidangkan sarapan.

"Adik is bahagia muahaha."
Balas aku bersahaja.

"Ke dah ada isi?"
Giliran Siti Anurah pula bertanyakan soalan itu.

Aku hanya tersengeh. Kenapa ramai sangat tegur dengan pipi I ni. Risau mak.

Kebetulan pula mama masak nasi lemak sambal udang hari ini. Tertunai hajat aku mahu melantak makanan yang dimasak mama. Mama kembali datang dan meletakkan sandwich sardin di atas meja. Seraya dengan itu tekak aku bertambah-tambah loya kerana terbau sardin di dalam sandwich itu.

Langkah aku lajukan ke arah bilik mandi tanpa menghiraukan orang yang berada di meja makan. Asyraf Iskandar yang melihat keadaan aku begitu terus mengekori aku. Habis keluar semua isi perut. Pening pula tiba-tiba kepala ini.

Belakang badan aku di usap perlahan oleh suami aku.

"Asyraf pergi bawa Aisyah ke klinik. "
Arah baba.

Keadaan aku lemah,Asyraf Iskandar terpaksa mengendong aku untuk ke kereta.

Setelah selesai diperiksa oleh Doktor Helena,aku duduk di kerusi berhadapan dengannya bersebelahan dengan suamiku. Nampak riak risau pada wajah lelaki di sebelah aku ini.

"Tahniah Encik Asyraf,awak akan jadi ayah lepas ni. Your wife pregnant 6 weeks ."
Ujar Doktor Helena.

Aku terkedu campur teruja. Benarkah? Argh! I'm going to be a mummy.

Asyraf Iskandar tersenyum lebar. Ucapan terima kasih untuk Doktor Helena di berikan.

"Baby first kan ni? Nanti boleh buat kad merah jambu ya dan muntah-muntah,loya dan pening ini perkara biasa bagi ibu mengandung. Nanti saya berikan ubat ya. Tahniah untuk kamu berdua."
Kata Doktor Helena lagi.

Kami hanya mengangguk seperti belatuk. Rasa macam mimpi pula ,rasa macam baru je semalam kena kahwin dengan mamat poyo ni.
Dia memimpin tangan aku untuk keluar dari klinik. Aku terhibur dengan tingkah lakunya,overprotective betul lah awak ni.

"Alhamdulillah,thank you sayang. Patut lah pipi naik sejak dua menjak ni."
Katanya sewaktu kami dalam perjalanan ingin ke rumah mama semula.

"Hehe. Lepas ni abang kena get ready lah Aisyah nak makan macam-macam."
Balas aku sambil tersengeh.

Perut yang sudah diduduki oleh embrio itu diusap oleh Asyraf Iskandar.

"Ha Asyraf kenapa dengan Aisyah? Gastrik lagi ke ?."
Soal abang dan baba serentak.

"Aisyah…"
Balas Asyraf Iskandar ingin menjadikan keadaan 'suspen'.

"Aisyah kenapa Asyraf?. "
Giliran mama pula menyoal dia.

"Lepas ni dah jadi Tok Ma dan Tok Ba dah mama dengan baba. "
Ujar Asyraf Iskandar seraya dengan itu satu tamparan manja singgah di lengan Asyraf Iskandar.

" apelah suami adik ni. Buat suspen je takut mama"
Kata mama.

"Tak sabarnya baba nak bau baby."
Kata baba .

"Aik,baba ni..tiap tiap minggu dah bau Iqbal kan. Lepas ni adik dia pula."
Celah Siti Anurah.

Baba dan lain-lain hanya tertawa begitu juga dengan aku. Kami menghabiskan masa bersama. Setiap langkah aku pasti akan diperhatikan Asyraf Iskandar. Mahu angkat cawan ke singki pun dilarangnya. Apa lah. Kelakar weh.

5 bulan kemudian.

Kandungan aku pun sudah masuk 5 bulan. Klinik sendiri pun sudah di buka dan aku pun sudah bekerja di bawah suami aku sendiri dalam bahagian medicine research. Alhamdulillah rezeki anak.

Aku memegang tangan seorang lelaki yang menjadi penguat aku ini. Tangannya aku pegang erat sambil menghadap laut Maldives yang cantik ini. Bercuti lama sikit kali ini. Asyik bekerja saja macam tak ada life pula.

"Thank you boss."
Kata aku kepadanya. Tudung yang senget akibat disapa angin laut aku betulkan.

"Do you remember when you asked me to stay and through everything together here?."
Soalnya kepada aku.

"Of course i remember and that wishes come true. "

"Everything because of you sayang,Aisyah juga yang jadi penguat untuk abang terus pertahankan perkahwinan kita. Aisyah segala-segalanya untuk abang. Mati je yang boleh pisahkan kita."
Ujarnya kepada aku.

"Abang dan baby pun penguat Aisyah. Sebab abang lah Aisyah yang selekeh dulu dah jadi doktor. Tak sangka betul dari cikgu boleh jadi suami."

"Kalau dah dinamakan jodoh kan?. "

"Terima kasih abang untuk segalanya. Awak saya punya. Takkan ada orang lain boleh ambil awak selain saya. "
Kata aku dan terus memeluk tubuh lelaki itu.

Dia menjalarkan tangannya ke bahu aku. Kami memerhatikan beberapa orang mat saleh sedang seronok berenang.

Walaupun dengan cuaca yang panas,aku sangat beruntung kerana dapat suami yang tinggi. Ada juga tempat berlindung heheh.

"Abang tak panas ke?"
Soal aku kepadanya.

"Jom lah duduk dekat cafe sana. Abang nak makan Ais krim."
Pintanya. Panas lettew.

Kami menuju ke sebuah kafe dengan perasaan yang gembira. Benar lah kata orang,kalau dah jodoh. Mahu di halang bagaimana lagi kan? .

Alhamdulillah terima kasih Ya Allah,semoga perkahwinan kami berkekalan hingga jannah-Mu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience