Bab 6

Romance Completed 15301

Datin Shahida meletakkan cawan berisi air teh di hadapan Puan Hazila.
"Eh ida aku risau dengan Aisyah lah. "
"Nak risau apa, dia ada balik dengan Asyraf kan.? "
Puan Hazila hanya mengangguk. Boleh dikatakan Puan Hazila dan Datin Shahida sebagai isi dan kuku. Tidak boleh berpisah, kerana mereka bersahabat sejak dari zaman remaja lagi. Daripada Datin Shahida belum mendapat pangkat 'Datin' sehinggalah sekarang. Kasih sayang diantara mereka amat kuat ibarat kakak dan adik. Tidak hairanlah jika Alif Zafran dan Asyraf Iskandar berkawan rapat.
Air teh di dalam cawan dihirup perlahan oleh Datin Shahida dan diletakkan semula dimeja halaman rumahnya. Aktiviti disetiap Ahad mesti duduk bersembang dengan sahabat lama.
"Ila aku rasa kan. .."
"Kau rasa apa cakaplah. "
"Aku nak satukan Aisyah dengan Asyraf."
Sebaris ayat yang keluar dari bibir Datin Shahida sambil memandang tepat kearah wajah Puan Hazila.
"Aku pun rasa begitu. Sudah lama aku mahu katakan pada kau sebenarnya. "
"Jadi apa rancangan seterusnya?. "
"Kita bincang dengan suami dulu. Aku ok je ida. "
"Ya lah. Aku rasa lepas sahaja Aisyah SPM aku mahu tunangkan dia dengan Asyraf. "
"Em boleh juga, buat masa sekarang uruskan majlis Alif dulu lah. "
Datin Shahida mengangguk faham. Disudut rumah kelihatan kereta Asyraf sedang laju meluncur masuk. Eh kenapa pula budak ini balik sini, kenapa tidak terus balik ke rumah dia. Kata Datin Shahida kepada Puan Hazila.
Asyraf meluru ke arah mereka dan menyalami mereka.
"Ibu kad klinik Asyraf mana?. "
"Nak buat apa?. "
"Nak hantar Huzairah pergi klinik. "
Kenapa dengan Aisyah? Ha Asyraf. Tiba tiba Puan Hazila mencelah. .
"Nanti balik Asyraf cerita"

Asyraf meninggalkan mereka terpinga-pinga. Datin Shahida dan Puan Haliza hanya menggeleng. Perasaan risau memenuhi sudut hati Puan Hazila. Kenapa dengan Aisyah?.

Selepas dua jam meluangkan masa bersama, Puan Hazila meminta izin untuk pulang. Tetapi, dengan tidak semena-mena Asyraf pulang.
"Cik ila nak balik dah ke?. "Tegur Asyraf kepada Puan Hazila.
"Balik lah, risaukan Aisyah. Oh ya Aisyah kenapa sebenarnya Asyraf. "
"Duduk lah dahulu, nanti Asyraf cerita. "
Puan Hazila kembali menghenyakkan punggung di atas kerusi halaman rumah berhadapan dengan Datin Shahida. Mereka berdua amat teliti mendengar cerita dari Asyraf. Puan Hazila sudah tidak senang duduk bila memikirkan Aisyah yang diganggu orang pisiko iaitu Arsyad.
"Ila, aku rasa engkau patut pertimbangkan apa yang aku kata kan pada engkau tadi. Tentang Asyraf dan Aisyah. "
Puan Hazila hanya mengangguk memang perkara itu yang sedang menari-nari di mindanya sekarang ini.
"Aku balik dahulu, aku bincangkan hal ini dengan Adam. Apa-apa nanti aku beritahu engkau ya ida. "Kata Puan Hazila tenang.

Asyraf yang tidak tahu apa-apa menunjukkan wajah ingin tahu. Apa yang dirancang ibu dan Cik Ila ini? . Soal hati Asyraf. Setelah Puan Hazila pulang, Datin Shahida iaitu ibu kepada Asyraf menceritakan apa yang mereka rancang. Asyraf terasa bagaikan diulit mimpi yang mustahil tetapi akan berlaku. Perasaan hampa tiba-tiba sahaja muncul entah kenapa Asyraf mahu berfikir secara rasional.
"Ibu, kemungkinan besar Huzairah akan menolak. "Katanya sedikit sayu.
Ya lah. Asyraf seorang guru berumur 26 tahun dan Aisyah pula seseorang yang masih mentah. Aisyah Huzairah memang nampak matang dari segi luaran dan dalaman. Dalam kematangan itu, pasti ada terselit perangai kebudak-budakan.
"Rilek lah macha, haha awak kan pandai ambil hati orang, ambil lah hati Aisyah. "Kata ibu kepada Asyraf.
Asyraf hanya menghamburkan tawa. Dalam tawa yang dihamburkan tadi, terdetik dalam hatinya ramai lagi yang layak, kenapa mesti dirinya.

-------------------------------
"Apa dia mama, baba? Kenapa panggil adik."
Teriak Aisyah sambil laju melangkah turun. Terganggu proses merehatkan dirinya. Di ruang tamu kelihatan mama dan baba sedang duduk berbincang sesuatu. Aku melangkah perlahan dan duduk di hadapan mereka.
"Kami ada perkara yang ingin dibincangkan dengan adik. "Kata mama perlahan.
Tanpa membalas, aku menaikkan kening tanda ingin tahu. Ayat mama aku dengar dengan teliti dan positif. Jantung aku bagaikan ingin jatuh menyembah bumi. Seluruh dunia terasa gelap, darah yang mengalir seakan berhenti.
"Jadi, boleh tunang selepas sahaja adik spm?. "
Aku tidak mengangguk dan tidak mengiyakan. Aku terus berlari kebilik tidak sanggup menahan perasaan ini. Jujur, biadap rasanya meninggalkan mama dan baba terkulat-kulat di ruang tamu. Perjalanan aku masih jauh, ya jauh. Ah!. Satu jeritan keluar dari bibir Aisyah. Dirinya seakan-akan tertekan tanpa disedari air mata mula mengalir membasahi pipi. Hanya kerana Arsyad, aku dan Cikgu Asyraf akan disatukan.
Hati Aisyah bagai dihempap batu besar. Berat mahu melakukan keputusan. Pesan orang jangan buat keputusan ketika marah. Tanpa mengulangkaji, malam itu menjadi malam yang sangat tegang. Aisyah membasuh muka dan terus tidur. Kenapa dia?. Soal hati Aisyah.

Pagi menjelmakan dirinya. Khamis yang indah tetapi tidak bagi Aisyah. Malas rasanya mahu ke sekolah, malas mahu hadap muka Cikgu Asyraf. Selesai bersiap, langkah diatur untuk turun ke bawah. Tiada kata-kata yang dilafazkan oleh mama, baba di pagi ini. Hanya abang yang mengucapkan selamat pagi kepada Aisyah. Sekeping sandwich diambil, lalu Aisyah terus menarik tangan abangnya untuk menghantarnya ke sekolah.
"Kenapa ini?. "Soal abang sewaktu aku menyarungkan kasut dihadapannya.
"Stress. "
"Hak alah, sebab rancangan mama ,baba ke?".
"Dah tahu tanya lagi, ish. "
Kata Aisyah sambil pintu kereta dihempas kuat.

Abangnya, Alif hanya mampu menggelengkan kepala. Masak benar dia dengan perangai adiknya seorang ini. Tidak disangka juga bahan gurauan kepada adiknya tempoh hari terhadap adiknya akan menjadi kenyataan. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk adiknya menduduki periksa besar. Alif hanya mampu berharap yang adiknya kuat dan jangan terlampau memikirkan hal ini. Dia pula harus fokus tentang hari bahagia yang akan tiba tidak lama lagi.

Loceng sekolah berbunyi menandakan masuk waktu yang kelima bagi sesi persekolahan Aisyah. Dia hanya mampu diam sepanjang hari, Cikgu Asyraf?. Entah tidak pula aku nampak dia hari ini. Sedang aku mengelamun, ada satu suara mengatakan yang Cikgu Asyraf mahu berjumpa dengan aku. Berat benar hati mahu berjumpa dengannya. Takut, malu,benci, segan, marah. Semuanya bercampur sekarang. Aku menolak kerusi kebelakang dengan kuat menyebabkan seluruh mata didalam kelas memandang tepat ke arah aku. Aku tidak kisah dan terus menuju ke kelas 3s1 seperti mana yang diarahkan seorang budak yang dihantar Cikgu Asyraf barangkali.
Aku melangkah masuk ke kelas tersebut. Ternampak sesusuk tubuh sedang menulis di papan putih.
"Ya cikgu? Ada apa panggil saya?." Kata aku yang cuba berlagak tenang.
"Sekejap. "
Aku berdiri di hadapan pintu kelas menunggu dia habis menulis. Beberapa minit kemudian Cikgu Asyraf pantas ke arah aku.
Muka dia kelihatan tegang begitu juga dengan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience