Bab 21

Romance Completed 15301

"Abang."
Panggil aku setelah 30 minit perjalanan. Tak nak lah tidur kesian suami tak ada teman nak berbual.

"Iya sayang."
Balasnya.

"Kenapa abang jadi cikgu? Sedangkan ayah tu dato ada syarikat sendiri pula tu. Ayah pemegang besar saham syarikat kan?."

"Abang minat nak jadi cikgu. Tu lah abang pun tengah fikir-fikirkan juga ni. Hari tu ayah ada berbual dengan abang pasal syarikat. Dia sangat perlukan abang. Abang kan waris dia juga selain abang long. "

"So apa keputusan abang?."
Soalku ingin tahu.

"Nanti abang fikirkan balik. Ayah ada bagi tempoh sampai hujung tahun depan. "

"Iyalah. Buat keputusan yang terbaik okay?."

Asyraf Iskandar menarik tangan aku dan menciumnya sambil tangan sebelah kanan memegang stereng kereta. Alahai 'sweetnya'.

Perut aku mula tidak senang. Gastrik nak datang ke?. Aku kerling jam di tangan jam 9 pagi. Lambat dah ni. Aku melihat orang disebelah yang sedang memandu.

"Abang lama lagi ke nak sampai?."

"Sampai dah ni. Nenek ajak sarapan dekat rumah. Aisyah ok kan?."
Katanya sambil tangan menarik brek tangan.

"Ok sangat. "

"Dah jom."

Aku keluar dari kereta. Ah nyamannya bau kampung. Aku lihat nenek sedang berdiri di muka pintu. Wajah aku maniskan dan tangan tua itu dikucup.

"Cantiknya Aisyah."
Kata Nek Rahmah kepada aku.

Aku hanya tersengeh. Malu ada juga.

"Hai nek dah jumpa cucu baru yang ini tak nak peluk ke?."
Soal Asyraf Iskandar dari belakang bila dia melihat neneknya Nek Rahmah sedang memeluk aku.

"Yang itu tak payah peluk. Jom masuk Aisyah nenek ada buatkan sarapan."

"Eleh. Lupakan kita lah tu."
Kata Asyraf Iskandar tidak berpuas hati.

Aku hanya tersenyum melihat telatah antara cucu dan nenek ini. Nampak sangat hubungan mereka akrab.

"Nenek,yang lain mana?."
Soal aku semasa masuk ke dalam rumah.

"Pak Long dengan yang lain-lain keluar cari barang. Dia orang dah sampai sejak malam semalam. "

"Ohh,Aisyah masuk bilik tukar baju dulu ya. Nanti Aisyah sarapan."

Nek Rahmah hanya mengangguk dan menyediakan hidangan. Aku menuju ke bilik yang Asyraf Iskandar tunjukkan tadi.

Pintu bilik aku tolak dan aku dapati seorang makhluk sedang elok tidak berbaju bersidai di tepi tingkap bilik.

"Abang kenapa tak pakai baju ni?."
Soal aku sambil tangan mencari baju T-shirt untuknya.

Tiba-tiba dia memusingkan tubuhnya.
Eh aku salah masuk bilik ke? Ni siapa tapi ni memang beg baju aku. Eh malunya!.
Monolog aku.

"Aisyah kan?."

Mulut aku terus bisu bila melihat seseorang yang berdiri tanpa baju dihadapan aku.
Siapa eh? Tak pernah jumpa.

"Haah. Saya salah masuk bilik ni takpelah saya keluar dulu. Sorry."
Aku terus mengangkat kaki untuk keluar dari bilik itu.

"Eh Aisyah jangan macam ni. Ni memang bilik awak dengan Asyraf. Saya tumpang tidur sini semalam baru je bangun ni ha. "

Aku masih malu dan tidak berkata-kata. Mujurlah aku belum buka tudung dan hero yang ditunggu-tunggu pun datang.

"Eh Wan bangun dah kau. "
Katanya dari belakang.

"Yang ni sepupu abang , Rizwan. Tadi dia tidur sini lupa pula nak bagi tahu. "
Katanya lagi seakan-akan tahu keadaan yang janggal disitu.

"Oh. Aisyah keluar dulu lah."
Balas aku ingin melarikan diri. Malu.

Langkah terus laju ke arah dapur membantu nenek. Sempat juga kami berbual-bual tentang perihal keluarga ini. Semuanya keluarga ada-ada rupanya.

Asyraf Iskandar daripada tadi tidak berhenti bercakap. Ada sahaja hal yang ingin dikatakannya ketika sedang makan. Kelakar juga kadang-kadang dimarah nenek.

Usai makan aku membantu nenek membasuh pinggan. Sementara nenek mengemas meja.

"Abang tolong ok."
Kata Asyraf Iskandar dan telah mengambil tempat disebelah aku.

Kalau dihalang pun dia tetap berkeras lebih baik aku biarkan aje. Rizwan?. Dia ada di luar merokok. Terpaksa aku panggilnya Abang Wan umurnya sebaya suami aku sendiri.

"Abang ada siapa siapa tak dekat bilik. Aisyah nak tukar baju lah panas. "
Kata ku setelah selesai membasuh pinggan.

"Tak ada dah. Jom lah abang pun nak tukar baju."

"Mengada lah dia ni."
Kata aku dan terus menuju ke bilik.

Sedang aku dan Asyraf Iskandar menukar pakaian di dalam bilik bunyi riuh di luar bilik kedengaran. Dah balik agaknya yang lain.

Aku menyuruh Asyraf Iskandar untuk keluar terlebih dahulu. Jantung aku dari tadi berdegup kencang.
Keluar sahaja dari bilik riuh bunyi tawa dari saudara -mara yang sudah pulang.

"Asyraf cantiknya bini kau."
"Cantiknya bini kau is"
"Bini kau ke ni is"
"Is isteri awak ni cantik sangat."

Beberapa suara yang sedang memuji aku ketika aku baru lepas bersalaman dengan mereka. Koyak lah seluar aku kalau hari-hari macam ini. Kebanyakkan saudara mara Asyraf Iskandar tidak dapat datang pada majlis perkahwinan kami kerana ada yang mengerjakan umrah.

Waktu makan tengah hari telah hampir jadi semua orang yang bernama wanita pasti akan masuk ke dalam 'office' mereka untuk menyiapkan makan tengah hari.

Sedang aku leka mengupas bawang membantu mak long satu soalan yang aku gagap untuk menjawab ditanya oleh nenek.

"Aisyah dah plan nak ada anak ke?."

Aku hanya tersenyum dan mengeleng. Bisu rasanya.

"Nenek tanya aje. Saje mengusik Aisyah."

"Asyraf oi nenek nak cicit. "
Teriak mak long dan mak uda serentak.
Bahang rasa muka aku. Asyraf yang sedang meneguk air juga tersedak hingga merah wajahnya.

"Mak ni apa tanya soalan tu. "
Kata Datin Shahida yang sedang menuju ke arah dapur. Yeyey ibu datang lega sikit hati ini.

"Alah ida mak usik usik Asyraf dengan Aisyah aje."

Aku menyalam tangan ibu penuh kasih begitu juga Asyraf yang masih terbatuk-batuk menghabiskan sisa sedaknya.

Wajah Asyraf Iskandar mengukir senyuman apabila mata kami bertentangan. Bukan senyuman biasa-biasa ni kali ini luar biasa. Siap pakej kenyit mata. Aduhai!.

---------------------------

Setelah menunaikan solat zuhur berjemaah bersama keluarga besar Asyraf Iskandar masing-masing merehatkan diri sebelum menyibukkan diri petang nanti. Aku masuk ke dalam bilik untuk membuka tudung. Panas sekali dari pagi hingga sekarang aku memakai tudung.

Kepala diletakkan di atas bantal. Aku memerhati sekeliling bilik. Rumah kampung nenek ni jenis kampung moden . Ada penghawa dingin dan sedikit perabot moden. Bilik ini pula mungkin bilik Asyraf Iskandar beberapa gambarnya terletak elok di atas meja solek dan dinding bilik.

Baru sahaja aku ingin melelapkan mata,pintu bilik dibuka dan ditutup secara pantas.
Asyraf Iskandar kelihatan sedikit tercungap-cungap. Baru lepas masuk acara 200 meter ke apa?.

"Nenek kejar abang dengan abang wan. "
Dia memberi penjelasan setelah melihat wajah aku tertanya-tanya.

"Abang buat apa sampai nenek kejar."
Soal aku ingin tahu dan terus bangun untuk duduk.

Dia pula menggantikan tempat aku di pembaringan.

"Abang kacau anak dara mak cik sebelah. "
Katanya sambil memandang wajah aku.

Gatal sangat kenapa. Kalau aku tahu aku kunci bilik biar dia kena tepuk dengan nenek. Dah ada isteri kot. Argh! Sabar Aisyah. Monolog aku di dalam hati.

Aku terus menyarung tudung ingin ke luar dari bilik. Tengok tv lagi bagus daripada menghadap muka dia yang sibuk gatal dengan orang lain.

Dia merentap perlahan tangan aku. Badan aku dipusingkan.

"Cemburu eh?."
Soalnya sambil menaik-naikkan kening nya.

"Mana ada. Aisyah nak duduk luar . "
Kata aku menafikan padahal muka telah masam mencuka.

"Abang ambil rambutan yang nenek dah siap kupas untuk anak-anak abang long yang nak datang petang nanti. "

"Jiran nenek kan Mak Cik Rajimah. Dia mana ada anak dara . Duduk situ semua bujang je."

Jelasnya panjang lebar. Tersentak rasanya kenapa lah aku tak ingat yang jiran nenek tu tak ada anak perempuan. Malunya!. Tu lah Aisyah cemburu buta!.

"Betul lah Aisyah nak keluar."
Sekali lagi aku berkata.

Sayanggg diaa. Kata Asyraf Iskandar dan terus bertindak memeluk aku seraya dengan itu pintu bilik diketuk kuat oleh Rizwan.

"Oi Asyraf kau lari eh jom keluar nenek minta tolong ni."
Jeritnya dari arah luar.

Aku masih bengang dengan kejadian yang baru berlaku. Mulut aku terkunci kami sama-sama keluar dari bilik. Aku terus menuju ke belakang rumah ingin duduk berbual dengan ibu bertanyakan tentang Asyraf Iskandar.

"Ibu tak tidur ke?."
Soal ku dan mengambil tempat duduk di sebelahnya.

"Eh bukan Aisyah masuk bilik ke tadi.?."
Soal ibu kembali

"Masuk tengok telefon je sekejap."

"Jom teman ibu keluar sekejap nak?. Nanti malam dah sibuk."
Pelawanya.

Aku terus mengangguk laju. Perkataan 'nak' diulang berkali-kali.

"Aisyah pergi siap dulu ibu tunggu dekat depan."
Arahnya. Aku terus bangun menuju ke arah bilik.

Excited sangat nak keluar dengan ibu. Boleh korek-korek rahsia abang sayang. Huahua.

Sedang aku membetulkan tudung, Asyraf Iskandar masuk ke dalam bilik. Peluh penuh membasahi dirinya. Nenek minta tolong dia buat apa ya?.

"Sayang nak pergi mana?."
Soalnya dan terus menghempaskan diri ke atas katil.

"Ibu ajak keluar."
Balas aku ringkas.

"Abang ikut eh. "
Katanya dan terus duduk di birai katil.

Serentak dengan itu wajah ibu terpacul di muka pintu.

"Tak payah lah awak ni sibuk lah Asyraf. Ibu nak bonding time dengan Aisyah."
Celahnya dan terus berlalu pergi.

"Aloo. "
Kata Asyraf mencebik.

"Haha apa lah abang ni. Aisyah pergi sekejap aje. Abang jangan lupa mandi tau wangi-wangi sikit nanti Aisyah balik. "
Kata aku sambil mengenyitkan sebelah mata kepadanya.

"Tak dapat siap."
Katanya sambil membalas semula kenyitan mata.

"Dah lah bang. Ibu dah tunggu tu."
Kata aku dan terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.

"Baik-baik sayang."
Pesannya semasa aku masuk ke dalam kereta.

Ibu sudah tersenyum melihat gelagat anak dan menantunya ini.

"Asyraf susah betul nak lepaskan Aisyah kan."
Kata Ibu .

Aku hanya tersengeh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience