Bab 28

Romance Completed 15301

Gambar-gambar kenangan sebulan yang lepas sewaktu menyambut kejayaanku dalam SPM aku lihat satu per satu. Aku mengikat rambut aku yang telah lama terurai. Tawaran belajar sudah aku terima. I'm doctor to be. So hello Universiti . Ada baki dalam dua minggu saja lagi untuk aku bersenang-senang begini. Bertuah lah aku kerana Saffiya sama jurusan dan universiti dengan ku!.

Komputer ribanya yang tidak tertutup di atas meja aku kerling. Aku mengomel sendirian dari semalam lagi Asyraf Iskandar menghadap komputer ribanya entah apa yang dilakukanya. Mujurlah waktu bermanja tidak dikorbankan. Eh!. Haha.

Aku tekan butang 'on' dan menyala lah skrin. Auww gambar kahwin kami berdua terletak elok pada skrin komputer ribanya. Selang 5 minit gambar aku yang diambil secara senyap-senyap pula menghiasi skrin tersebut. How lucky you're Aisyah. Teriak hati ku.

"Lama dah ke tenung skrin tu?"
Soal Asyraf Iskandar kepada isterinya yang sedang duduk dihadapan komputer riba miliknya.

"Eh abang. Sorry Aisyah nak tengok je. Sorry buka tanpa izin abang."
Kata aku mula berasa cuak dan berundur dari situ.

"Tak apa,abang tak kisah pun. Apa-apa milik abang milik Aisyah juga. "
Katanya sambil mendekatkan diri kepada Aisyah Huzairah.

Aisyah Huzairah sudah mengundurkan dirinya. Cuak pun ada juga.

"Abang nak hadiah abang."
Katanya dalam nada mengoda.

Aku baru teringat akan permintaan hadiahnya. Aku sudah dihadiahi kereta Honda Accord yang terbaharu olehnya. Supaya senang untuk aku menyambung belajar nanti katanya.

"Okay lah make it simple,abang nak hadiah apa?"
Soal aku kepadanya. Aku masih lagi tidak dapat mentafsir apa hadiah yang diingini.

"Jom pergi mall. Nanti abang beritahu nak hadiah apa."
Jelasnya. Dia menyuruh aku bersiap. Aku tanpa membantah terus bersiap.

Dia mengenggam erat tangan aku sewaktu kami berjalan di bandar Johor Bahru ini. Dia buat suprise,kata mahu berjalan di Kluang sahaja tetapi tup tup sudah sampai di sini.

Kami duduk di tepi pantai. Genggaman tanganya masih erat malah bertambah erat. Aku menjadi pelik dan takut. Kenapa dengannya?.

"Sayang, awak okay?"
Soal aku kepadanya.

Dia kelihatan tergamam. Matanya tepat merenung ke dalam anak mataku. Dia kemudiannya tersenyum lebar.

"Abang okay, Aisyah dah tunaikan hadiah abang dah. Terima kasih sayang abang."
Katanya dan terus menarik hidung aku.

"Aik,abang belum beritahu pun apa hadiah yang abang nak tiba-tiba dah tertunai."
Kataku pelik dan membetulkan sedikit tudung yang terselak kerana disapa angin pantai.

"Malam tadi."
Katanya bersahaja. Aku terus berasa malu dan memalingkan muka ke arah lain. Apa lah dia ni!. Bengang tahu tak.

Dia kemudiannya tertawa besar. Dengan pantas dua sepit ketam ku berjalan ke arah perutnya.

"Aww aww sakit yang sakit. "
Katanya merintih.

"Cerita semalam habis semalam je lah. Malu lah."
Balasku.

"Heheh,tak ada lah. Yang semalam tu memang dah hadiah. Yang hari ni pun hadiah bonus. Abang memang nak kita jalan berdua sebelum sayang pergi belajar. Elok sangat lepas seminggu Aisyah pergi abang pun naik kerja. Nanti masa belajar,kalau ada apa-apa masalah terus call abang. Nanti dah tak ada orang nak masakkan untuk abang,buatkan abang Air Nescafe,gosokkan baju abang,bebel dekat abang sebab lambat bangun nak pergi pasar,tak ada yang nak bagi morning kiss kat abang lagi. "
Ujarnya panjang lebar. Aku tersentuh. Air mata aku terus bertakung bila memikirkan tentang dia. Kasihan dia,perlu jadi bujang selama 4 tahun atau lebih. Penat menahan akhirnya permata yang ditahan jatuh berjurai-jurai.

"Sayang,jangan nangis. Abang tak suka tengok queen abang nangis. Sakit sangat."
Pujuknya sambil mengelap air mataku.

"Abang kalau abang tak nak Aisyah belajar jauh,Aisyah boleh mohon universiti dekat dekat sini aje. "
Kataku tiba-tiba. Rasa berat pula hati ingin berjauhan dengannya.

"No. I want to fullfil my promise remember? Even we're married your chance to be a doctor never lost. I want to see Doctor Aisyah smile. "
Katanya dalam nada ceria.

"Abang,kalau kita dah berjauhan nanti,abang jangan berubah hati pula dengan Aisyah ya?."

"Aisyah pun sama. Kot kot terjumpa senior handsome kat sana terus lupa abang."

"Mana boleh lupa Cikgu Asyraf. "
Kata aku dan terus melentokkan kepala aku ke atas bahunya. Wangian yang dipakai Asyraf Iskandar menusuk masuk ke dalam hidung. Aku akan merindui bau ini.

Kami berbual-bual dan menghabiskan masa bersama di Bandar Johor Bahru ini. Sedang aku menikmati minum petang di sebuah Restoran Starbuck sementara Asyraf Iskandar menambah pesanan,aku ditegur oleh tiga orang gadis.

"Eh Kak Aisyah,sampai sini jumpa akak."
Kata seorang perempuan bertudung bawal berwarna kelabu.

Aku mengecam mukanya. Oh,junior rupanya. Buat apa dia di sini bersama rakan-rakannya? Bukan kah masih bersekolah? Lepas pula untuk keluar jauh hingga ke sini.

"Eh Wana. "
Kata aku sambil membalas senyumannya.

"Kak Aisyah dekat sini jalan-jalan dengan siapa?"
Soal Wana lagi.
Aku mendiamkan diri. Mahu membalas atau tidak? Balas saja lah Aisyah apa yang nak dirahsiakan lagi. Baru sahaja aku ingin membuka mulut suamiku sedang berjalan ke arah kami

"Okay hmm ya ya alright okay. Alright."
Kata Asyraf Iskandar yang sedang bercakap dengan seseorang di atas talian.

Dia meletakkan cheese croissant milik aku di atas meja. Dia tidak perasan mungkin kehadiran tiga orang gadis cantik di hadapannya.

"Akak datang dengan dia. "
Balas aku dan terus menunjukkan ke arah Asyraf Iskandar yang sedang membuka kaca mata hitamnya.

"Eh. Student Seri Perdana kan?"
Soal Asyraf kepada mereka yang masih tercegat berdiri.

Mereka diam terkaku dan tercengang. Aku menahan tawa apabila melihat wajah mereka berubah di saat Asyraf Iskandar menyebut perkataan sayang kepada aku.

"Would you like to join us ?"
Soal Asyraf Iskandar kepada gadis-gadis itu.

"It's okay Cikgu Asyraf. Kami saja tegur Kak Aisyah sebab lama tak jumpa tak tahu lah pula yang Cikgu Asyraf pun ada. Sorry tanya kenapa kalau ada Cikgu Asyraf mesti ada Kak Aisyah."
Kata Adilah seorang gadis yang bertudung merah jambu.

"She is my wife. "
Ringkas Asyraf Iskandar membalas dan tersenyum.

"Ooh iya ke. Tahniah Cikgu. Kami balik dulu ye. Bye Kak Aisyah assalamualaikum."
Kata ketiga-tiga gadis itu serentak.

Aku hanya mengangguk dan menjawab salam yang diberi. Pelik benar tindakan mereka. Terkejut barangkali.

Mata aku larikan kepada Asyraf Iskandar. Dia sedang elok merenung aku. Renungannya lain daripada yang biasa. Jantung aku terus berdebar.

Tanpa menghiraukan renungan itu aku terus menyedut air Chocolate Ice yang berada di depan mata. Tapi sayangnya,baru sahaja aku ingin menyedut air tersebut,telefon bimbit terlebih dahulu berbunyi menandakan ada panggilan yang masuk.

'Assalamualaikum Aisyah oii.'
Kata Saffiya di hujung talian.

Aku menjarakkan sedikit telefon dari telinga kerana suara Saffiya yang nyaring rasa seperti ingin memecahkan gegendangku. Aku menjawab salamnya.

'Lama dak dengaq cerita pasai hang. Hang dak rindu aku ka Aisyah?'
Kata Saffiya.

'Tak ada lah Piya,aku sibuk sikit. Eh kau dah kemas barang-barang ke? '
Soal aku kepadanya.

'Awai lagi bak hang. Mai lah kita coffe tea satgi.'

'Lahh esok boleh tak? Aku tak ada kat Kluang ni Piya.'

'Lahh hang kat mana? Awat berjalan tak habaq kat aku. Sampai hati hang na.'

'Aku dengan suami aku. Hang nak join ka?'
Kata aku memerli dialek Saffiya. Sempat juga aku mengerling Asyraf Iskandar. Dia masih memberi renungan kepada aku.

'Pungkoq hang lah Aisyah. Lupa pula hat hang ni dah bernikah. Hehe maaf na Puan Aisyah. Kalau lagu tu esok na. Apa-apa hang talipun aku tau. Bye Assalamualaikum.'

Aku terlekek-lekek ketawa kemudian menjawab salamnya.

Aku kembali mengangkat muka setelah menyimpan telefon bimbit di dalam beg tangan. Dia masih merenung aku.

"Abang okay tak? Kenapa dari tadi asyik tenung Aisyah macam tu?."
Kata aku resah.

"Abang nak tenung isteri abang tak boleh ke?"
Balasnya bersahaja.

"Abang,is that anything that you want to share with me?"
Soal aku kepadanya. Mana tahu dia nak tinggalkan wasiat sebelum aku pergi belajar?.

"Are you okay staying in the dorm? Are you sure that you don't need house there?."
Katanya kepada aku. Tuu dia sampai nak belikan rumah kat sana. Aisyah belajar 4 tahun je abang oi.

"I'm okay. Trust me okay? Kalau Aisyah tak selesa nanti Aisyah beritahu abang. Lagi pun Saffiya kan ada "
Balas aku dan terus mengenggam tangannya.

"Dah makan. Nak abang suap?"
Katanya seakan-akan tidak mahu suasana menjadi semakin sayu.

Aku terus ternganga. Dia tersengih kemudian terus menyuap aku Cheese Croissant yang telah lama terhidang di atas meja.

Terima kasih Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience