Bab 31

Romance Completed 15301

Sebulan sudah berlalu. Aku sudah pun mula bekerja di tempat baharu. Lagi dekat dengan suamiku.

"Yang sini kejap."
Teriak Asyraf Iskandar dari arah bilik.

Aku bergegas ke atas selepas menghidangkan sarapan untuk Asyraf Iskandar.

"Lah ni kenapa tak siap lagi ni. Lambat masuk office nanti."
Kata aku apabila melihat Asyraf Iskandar masih bertuala.

"Hmmm. Masuk lambat sikit boleh kan. Harini jadual abang tak full sangat. Kejap lagi boleh hantar sayang."
Balas Asyraf Iskandar.

Aku menggeleng melihatnya.

"Kenapa abang panggil Aisyah?"
Soal aku kepadanya.

"Siapkan abang."
Pintanya kepada aku.

Aku pelik sepelik-peliknya. Kenapa dengan dia ni. Aku tertawa sedikit kemudian mengeluarkan baju yang telah aku gosok. Stokin,tali leher,sapu tangan ,jam dan beg duit aku sediakan di birai katil.

Baru sahaja ingin aku melangkah turun,tangan aku ditarik.

"Yes? Ada apa lagi yang saya kena buat boss?"
Kata aku.

"Betulkan tie abang."
Ujarnya sekali lagi.

Tanpa membantah aku terus membetulkan tali lehernya dan memperkemaskan kolar bajunya. Sepanjang aku membetulkan tali lehernya,aku diperhati dalam-dalam oleh suami sendiri.

"Dah siap. Aisyah pula nak bersiap. Lepas itu kita sarapan sama-sama ya sayang."
Kata aku lembut.

"Cepat sikit,abang tunggu dekat meja makan."
Katanya sambil tersenyum girang.

Aku terus memakai baju kurung dan mengenakan tudung. Uniform doktor berwarna putih serta beg tangan aku ambil untuk dibawa turun. Semasa aku ingin berlalu ke bawah tekak tiba-tiba terasa loya. Langkah aku terhenti seketika. Apahal kau ni Aisyah. Nak cakap gastrik,sekarang jadual pemakanan aku dikawal ketat oleh suami sendiri. Tak mungkin lah.

Aku mengabaikan tekak yang loya dan terus sarapan bersama Asyraf Iskandar.
"Yang,bila ada cuti?"
Soal Asyraf Iskandar tiba-tiba.

"Weekend je ada,tu pun kalau tak kena kerja."
Ujar aku sedikit sedih. Sejak sudah berkerjaya ni,payah benar untuk cuti. Hanya sedikit sahaja lagi impian aku untuk membuka klinik sendiri akan tercapai. Klinik bersama Saffiya. Saffiya kini berada di Johor Bahru bertugas disana. Apabila urusan klinik kami selesai baru lah dia berpindah ke sini.

"Klinik sayang apa lagi yang belum settel?:
Soalnya lagi.

"Semua dah,tinggal tunggu surat pengesahan dari orang atasan je."
Kata aku sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut.

"Kerja dengan abang je lah yang."
Katanya kepada aku.

"Tak kena dengan bidang Aisyah bang."
Ujarku. Mana tak nya,dia dalam bidang perniagaan aku pula doktor. Ada 'chance' ke nak bekerja bawah dia? Kecuali kalau dia ada syarikat berkaitan Medicine Research yang boleh dikatakan aku akan pakar dalam hal ini.

"F&S Holdings ada buka satu syarikat Research berkaitan ubat,penawar bagi penyakit menggunakan herba. Someone who we call doctor really need to be in part of this team."

"How about my clinic?"

"Piece of cake. You can hire Doctor Danial and Doctor Faliq since they want to work in clinic."

"Okay good idea. Anything I will tell you later okay husband. No need to worry. Jom,I'm gonna be late to start my work."

Dia terus tersengih. Sebelum keluar sempat aku membelek wajah di cermin. Hum what's wrong with my cheek it's getting bigger. Monolog aku di hadapan cermin.

"Abang hantar Aisyah dekat sini saja lah ya?."
Kata aku sambil menunjuk arah pondok pengawal ."
Bimbang jika jururawat dan doktor yang lain mengetahui suami aku adalah CEO F&S Holdings.

"Tak nakkk. Biar lah dia orang kenal siapa suami Aisyah. "
Ujarnya degil sekali. Aku akur sambil memandangnya geram. Kalau jururawat dan doktor yang lain tahu siapa suami Aisyah mesti diorang gatal amik peluang . Huaa!

Dia memakir elok keretanya di hadapan pintu utama. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Selepas bersalam aku membetulkan sedikit tali lehernya.

"Balik nanti abang ambil jangan risau."
Katanya sewaktu aku sudah keluar dari dalam kereta.

"Baik boss. Babai"
Kata aku sambil melambai ke arahnya.

Kaki aku lajukan untuk masuk ke dalam hospital berharap semoga tidak ada yang nampak situasi tadi.

"Laju nak ke mana tu Doktor Aisyah oi."
Kata Kak Faridah selaku ketua jururawat di sini.

"Eh kak,selamat pagi."
Ujar aku beramah mesra.

"Iyalah selamat pagi. Eh Aisyah akak nak tanya ni sepanjang sebulan awak dekat sini,akak tak pernah nampak pun suami awak."
Kata Kak Faridah sewaktu kami sedang menunggu lif.

"Dia ada sibuk sikit. Kenapa kak?"
Balas aku tenang.

"Habis tadi siapa hantar kalau dia sibuk? Bukan ke kamu biasanya drive sendiri."

Aih Kak Faridah ni nak korek rahsia ke apa. Peluh sudah mula merenek di atas dahi. Kecoh lah hospital kalau semua tahu siapa suami aku. Dah lah CEO F&S Holdings tu pernah masuk 'paper' dan majalah. Cukuplah gambar dia di muka depan itu sudah membuatkan jururawat dan doktor muda yang lain di sini tidak keruan.

"Hari ini dia hantar. Hari ni dia tak sibuk sangat."
Ujar aku tenang. Lambat pula turn aku nak naik lift ni.

"Oh iya lah. Nanti kalau ada luck mana tahu akak boleh jumpa suami awak kan hahah."
Katanya sambil berlalu pergi.

Aku sudah tidak keruan walaupun aku tahu Kak Faridah hanya bergurau. Sapaan demi sapaan diberi kepada aku apabila aku melintasi bahagian Wad Kenanga itu.

Loya mak kau tekak aku. Penatnya menahan,kenapa dengan kau ni Aisyah. Aku duduk di tempat aku dan mula membelek fail-fail pesakit selepas ini sudah mula bertugas.

"Hai Doktor Aisyah,pucat saja muka? Sakit ke?".
Soal Doktor Hannan Aqilah kepada aku.

"Tak tahu lah Hannan,tekak aku loya hari ni."
Kata aku jujur.

"Aik dah ada isi ke?"
Katanya dan terus menerpa ke arah aku.

"Eh. Entahlah mana lah aku tahu."
Kata aku lurus bendul.

"Kau okay tak ni? Nak aku check kau ? Ke nak aku call Asyraf?"
Soal Doktor Hannan Aqilah bertubi-tubi. Hanya dia yang mengenali Asyraf Iskandar itu pun kerana mereka berkawan sejak di bangku sekolah. Semasa majlis perkahwinan kami,dia ada juga datang menyinggah dan mengetahui tentang aku dan Asyraf ketika itu.

"Tak apa lah,aku dah nak check patient ni . Nanti lambat pula.
Kata aku hanya membiarkan loya di tekak ini berlalu pergi.

"Uhm,aku rasa kau lupa something Doktor Aisyah."
Kata Doktor Hannan Aqilah sambil memandang ke arah aku.

Aku tertanya-tanya lalu terus melihat ke arah meja. Semua ada apa yang tiada?

"Where is your uniform , doctor "
Katanya terus apabila melihat aku tertanya-tanya.

"Aduhhh. Macam mana boleh lupa nii."
Kata aku sedikit berteriak. Aduh aduh aduh. Aku terus menyeluk beg untuk mengambil telefon bimbit menelefon suamiku.

Doktor Hannan Aqilah masih dengan sisa tawanya. Baru sahaja aku ingin mendail nombor Asyraf Iskandar,satu tubuh yang aku kenali sedang berjalan ke arah kami.

"Yang,macam mana boleh lupa baju ni."
Katanya kepada aku dari jauh.

Alamak. Habis aku,kebetulan pula jururawat pelatih dan doktor yang lain sedang berada di sekitar itu.

"Baru nak call abang. Terima kasih."
Kata aku terus menyambut hulurannya.

"My pleasure."
Katanya.

"Hai Hannan. "
Tegur Asyraf Iskandar kepada sahabatnya.

"Hello. Aku rasa kau dah boleh balik agaknya,kasihan Aisyah nak kena jawab soalan dia orang nanti."
Kata Doktor Hannan Aqilah sambil tangannya menunjuk ke arah kakitangan hospital yang lain sedang tercengang memandang aku dan Asyraf.

"Alahai,hahah selamat menjawab soalan isteriku. Abang pergi dulu,ayah dah tanya kenapa masuk lambat hehe. "
Katanya mentertawakan aku.

"Ei abang ni bukan nak back up bini dia. Dah lah pergi kerja sana."

Dia tiba-tiba menghulurkan tangannya. Seperti kebiasaan aku menyambut tangan itu dengan penuh kasih.

"See you again wife and Hannan."

Nafas aku hela perlahan. Entah kenapa hari ini suami aku nampak kacak benar. Mungkin kerana dia suami aku hahah. Ok balik kepada realiti. Seorang demi seorang staf disitu sudah tersenyum-senyum kepada aku.

Aku hanya membalas dengan senyuman kambing. Langkah aku teruskan untuk mula bekerja. Mujur Kak Faridah tiada di situ semasa kejadian tadi. Kalau takkk..nahas aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience