Bab 17

Romance Completed 15301

"Kak Nurah ?. Awal bangun."
Tegur Aisyah sebaik sahaja dia melangkah ke dapur. Rumah masih sunyi semua masih berehat agaknya.

"Eh Aisyah?. Awalnya pengantin turun. Akak nak buat 'breakfast'."
Usik Siti Anurah kepada adik iparnya.

"Aisyah tolong ya."

Pantas sungguh adik iparnya seorang ini membuat kerja. Tak usah disuruh semuanya telah siap. Perfect! . Patut mama tak risau nak kahwin kan dia awal. Monolog hati Siti Anurah.

"Aisyah dah lah tu cuci pinggan,hilang inai nanti."
Kata Siti Anurah apabila melihat adik iparnya bermain dengan air. Tetapi seperti biasa lah, Aisyah memang degil dan tetap meneruskan kerjanya.

-----------------------

Asyraf Iskandar menyandarkan badan pada kerusi di halaman rumah. Pemandangan pagi ini dipenuhi kereta kaum kerabat mereka sahaja. Penuh rumah.

Telefon yang dipegang dibuka. Setelah seharian tidak menjengah gadjet sendiri pasti banyak maklumat penting berkaitan sekolah.

*250 messages from 6 chats*

Satu demi satu maklumat dibaca oleh Asyraf Iskandar. Tekun dia membaca maklumat tentang persekolahan yang akan berlangsung beberapa minggu lagi.

-Sekian maklumat dari pengetua.
-guru2 yang terlibat dengan kursus anjuran ppd ada lah di dalam senarai di bawah.

Damn! Nama gua ada. Baru je nak bulan madu. Kacau daun betul lah dah lah ada Syareena.
Asyraf Iskandar menarik muka. Wajah diraup berkali-kali. Serabut. Benda yang paling tidak disukainya adalah kursus.

"Kenapa serabut sangat ni?."
Tegur seseorang dari belakang.

Asyraf Iskandar memalingkan wajahnya. Oh sejuknya hati dapat tengok muka isteri sendiri. Hilang rasa masalah yang datang.

"Abang kena pergi kursus."
Katanya lemah.

"Heleh,chill lah. You must love your job. "
Kata Aisyah sambil mengambil tempat di sebelah suaminya. Dulang berisi Air teh , segelas susu dan sedikit kuih diletakkan diatas meja dihadapan mereka berdua.

"Penat lah kursus,duduk je dengar taklimat pula tu. Kali ni tak ada aktiviti. Naik sekolah dah ada kursus."
Luah Asyraf Iskandar.

"Cikgu Asyraf Iskandar,awak boleh dapat banyak info baru tau tak kalau pergi kursus. Lagipun takpayah masuk kelas mengajar. Best kan? Balik pun awal."
Kata Aisyah bersahaja.

"Puan Aisyah Huzairah,saya.."
Asyraf Iskandar tidak tahu apa yang ingin diperkatakan. Hilang semua kata-katanya.

"Saya?. Saya sudah hilang kata-kata hahah. Yeyey Aisyah menang."
Ejek Aisyah Huzairah.

Mereka berdua meletuskan tawa. Asyraf Iskandar pantas sahaja mencubit pipi gebu isterinya.
Tak sangka pula dengan tawa mereka tadi boleh mengejutkan seisi rumah. Riuh rendah bunyi di dalam.

"Amboi pengantin,sarapan berdua je ya?."
Soal Azlan Iskandar iaitu Abang Long kepada Asyraf Iskandar.

"Eh takdelah bang,makanan dah siap dekat dalam. "
Kata Asyraf Iskandar malu-malu .

Azlan Iskandar hanya tersengeh. Sama sahaja seperti dirinya sewaktu baru sahaja berkahwin dahulu berkepit sahaja.

Langit yang tadinya cerah kian mendung. Angin yang kuat menerbangkan dedaun kering berhampiran kawasan perumahan. Mahu hujan ke ?. Monolog Aisyah di dalam hati.

"Jom masuk,nak hujan pula."
Pelawa Asyraf Iskandar.

Tanpa sepatah kata-kata Aisyah terlebih dahulu masuk ke dalam meninggalan suaminya. Terpaksa lah Asyraf Iskandar mengangkat dulang yang berada di atas meja. Guruh mulai kedengaran. Bayang isterinya sudah hilang,kemana Aisyah ni?.

"Asyraf?, Aisyah mana?."
Soal Puan Hazila dari belakang.

"Tak tahu ma,dia tengok langit mendung je dia terus lari masuk."

"Pergi cari dia Asyraf, dah ada guruh ni. Aisyah takut sangat-sangat dengan hujan lebat + guruh+kilat."
Arah Puan Hazila kepada menantunya.

Asyraf Iskandar melajukan langkah meniti anak tangga. Kesiannya Aisyah,hati penuh kerisauan. Pintu bilik ditolak sedikit,kelihatan Aisyah sedang duduk diatas katil didalam selimut berpeluk tubuh.

"Aisyah."
Panggil suaminya.

Bibir Aisyah Huzairah sudah mula pucat. Takut mengatasi segala-galanya sekarang ini. Dia memandang Asyraf Iskandar. Takut yang amat sangat menyebabkan jatuhnya air mata Aisyah.

Asyraf Iskandar sudah mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Hei Aisyah,pandang abang."
Katanya dengan perasaan teragak-agak mahu memegang Aisyah atau tidak. Bimbang Aisyah akan tersalah faham.

"Asyraf."
Kata Aisyah dan dengan pantasnya dia memeluk tubuh sasa disebelahnya ini. Aisyah Huzairah memeluk suaminya seerat-eratnya. Basah baju yang dipakai suaminya terkena air mata Aisyah. Guruh dan kilat di luar sabung menyabung menambah ketakutan Aisyah.

"Dah,dah jangan nangis,abang ada. "
Pujuk Asyraf Iskandar.

"Takut."
Kata Aisyah diiringi tangisan yang mendayu-dayu.

Pasti ada sebab kenapa Aisyah terlampau takutkan hujan. Mesti korek rahsia ni. Monolog Asyraf Iskandar di dalam hati sambil tangan mengusap-usap belakang isterinya.

Setengah jam juga Aisyah menangis sehingga hujan reda dan kilat menghilang. Pelukan Aisyah terlalu erat. Berpeluh-peluh isterinya menahan takut. Bengkak mata akibat banyak menangis.

Badan Asyraf Iskandar ditolak Aisyah kebelakang sedikit. Basah baju suaminya terkena air mata ketakutan isteri sendiri.

"Maaf,Aisyah tak sengaja basahkan baju Asyraf."
Kata Aisyah dengan suara yang serak. Masih janggal untuk menggunakan perkataan 'abang'.

"Tak apa,abang tak kisah. Dah hilang takut belum?."
Soal Asyraf Iskandar kepada isterinya. Senyuman diukir sisa air mata yang berada di pipi isterinya disapu perlahan.

Jantung Aisyah Huzairah sudah berdegup laju. Buat pertama kalinya aku memeluk insan yang dipanggil 'cikgu' dahulu. Terasa kasih sayang seorang suami kepada isteri menyerap masuk kedalam hati dan tubuhku.

"Kenapa blushing ni?. Hahah."
Usik Asyraf Iskandar apabila melihat pipi isterinya menjadi merah. Sudahlah putih,memang nampak lah kalau 'blushing'.

"Mana ada."
Balas Aisyah dan berpaling ke arah lain.

"Alolo,malu-malu pula dia. Pergilah basuh muka dulu nanti kita turun sarapan."
Arah Asyraf Iskandar.

Aisyah mematuhi arahan suaminya,langkah diaturkan ke bilik mandi.

Aisyah,Aisyah. Hujan je dah takut macam ini. Kalau abang tak ada kursus nanti macam mana duduk seorang di rumah.
Monolog Asyraf Iskandar.

Jam di dinding dikerling. Alamak dah pukul 8.30. Habislah 'rushing'.

Asyraf Iskandar terkejar-kejar mencari barangan yang perlu dibawa. Aisyah Huzairah yang baru sahaja keluar dari bilik mandi tercengang melihat suaminya gelabah begitu.

"Kenapa ni gelabah sangat."

" dah pukul 8 lebih kita kena gerak pergi hotel ni Aisyah. Nak tengok persiapan lagi."

"Alahai, itu je hotel tu tak jauh pun lah awak. "
Kata Aisyah dan terus membuka tudungnya. Rambut diikat kemas. Pantas sahaja dia mengemas barang-barang yang perlu dibawa.

Asyraf Iskandar terpukau dengan kecantikan isterinya sendiri. Baru 17 tahun dah pandai buat kerja rumah. Serba-serbi semua dia pandai buat. Kagum.

"Dah siap. Nanti tinggal ambil baju dalam almari."
"Lepastu jangan lupa ambil ini. "
"Ni pun jangan lupa."

Bebel Aisyah kepada suaminya.

Satu ciuman singgah pada pipi Aisyah Huzairah. Terkedu seketika bila bibir suaminya mendarat elok pada pipinya.

"Apa nii."
Teriak Aisyah tidak berpuas hati.

"Hahah kenapa sayang?."

"Apa sayang-sayang."
Kata Aisyah sekali lagi tidak berpuas hati.

Asyraf Iskandar merapatkan tubuhnya ke arah Aisyah. Bibir didaratkan pada leher isterinya.

"Abang nak Aisyah panggil Abang,Abang."

"Apa ni. Kalau taknak pun kenapa. "
Pantas Aisyah menjawab. Berpeluh-peluh sudah dirinya berdebar.

"Abang tak akan teragak-agak nak buat lebih dari ni."

Aisyah Huzairah menelan air liurnya. Huish. Tak ready okay!. Si Kacak ni main ugut-ugut pulak. Mahu sahaja dia lari sekarang tetapi bila dilihat genggaman tangan suaminya, tidak kosong ilmu di dada. Taekwondo ke silat eh?.

"Okay,okay."
Balas Aisyah tenang.

"Okay apa?."
Kata Asyraf Iskandar dan merapatkan lagi tubuhnya ke atas badan isterinya.

"Okay,abang okay stop. Tapi, Aisyah tak janji. "

Asyraf Iskandar tertawa dan membebaskan isterinya. Good girl sayang. Kata Asyraf Iskandar sambil menggosok kepala isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience