Bab 16

Romance Completed 15301

Kuat benar usikan-usikan yang diberi oleh makcik-makcik bawang di dapur ini. Semuamya berunsur 18+.

Bengang yang ditanggung ditelan pahit. Hadui kahwin salah tak kahwin salah. Ni lah manusia. Huh.

"Mak su,tolong tengok kan budak ni kejap. Letak je dekat poksu dia ok. "
Kata Kak Aida ataupun Kak Long sambil menghulurkan Firdaus yang berumur 1 tahun itu.
"Ok boleh, Kak Long nak kemana? "
"Ibu panggil plus nak tukar baju,Firash muntahkan."
"Woo ok ok. Haha."
"Suke eh mak su. Firash dengan Firsha ada dengan poksu dia."

Aku sekadar mengangguk dan berlalu mencari Firash dan Firsha.

"Pokcu,pokcu. Kenapa pokcu kena kahwin dengan mokcu?."
Soal Firsha yang berumur 5 tahun itu kepada Asyraf Iskandar dengan nada pelatnya sedikit.
"Sebab mokcu jodoh pokcu."
Balas Asyraf Iskandar sambil menarik pipi gebu Firsha.
"Jodoh tu takdir Allah ea pokcu? Ayah ada bagitahu dekat Firsha semalam ."

Asyraf Iskandar tersenyum. Cerdik benar anak buahnya ini.
"Betul lah tu, Firsha ada tanya ayah ya?."
"Haah semalam,Firsha tanye kenapa ayah kahwin dengan umi. Pokcu mesti sayang mokcu sangat-sangatkan macam ayah sayang umi."
"Pokcu sayang sangat dekat mokcu. "
Balas Asyraf Iskandar sambil mengusap kepala Firsha.

Aisyah Huzairah yang terdengar perbualan tadi tersenyum sendiri. Berair rasa mata. Firdaus yang ralit bermain dengan pin di tudungnya tersedar kerana dia mendengar suara kakak dan adiknya ketawa digeletek Pak Usu mereka.

Dia berjalan mendekati Asyraf Iskandar. Perlahan-lahan dia meletakkan Firdaus di sebelah adiknya Firash.
Sebaik sahaja Aisyah berpaling untuk ke dapur membantu mama Firsha bersuara terlebih dahulu. Adeh! Baru je nak lari daripada suami sendiri.
"Mokcu nak pergi mana tu sini lah main dengan kita. "

Adoi budak ni. Baru nak lari malu tak habis lagi ni Firsha oi!.
Asyraf Iskandar menoleh memandang isterinya yang berdiri tegak seperti terkejut. Bila dia ni datang?.
"Aik,bila datang?. Abang tak perasan pun. "
"Tolong tengok kan budak-budak ni. Aisyah nak tolong mama. "

Belum sempat Asyraf Iskandar dan Firsha ingin bersuara,Aisyah Huzairah terlebih dahulu melangkah pergi.

Aisyah Huzairah duduk di atas kerusi yang berada khas di beranda bilik. Letih rasanya hari ini esok lagi berganda-ganda penat rasanya. Mujurlah esok bersanding di hotel kalau di rumah mau tercabut tulang kemas.

Matanya ralit memandang bintang-bintang yang cantik. Angin sepoi-sepoi je. Best pula duduk sini. Asyraf Iskandar?. Tak tahu dia di mana tadi ada di bawah berbual dengan sepupu-sepupu Aisyah.

Aku melihat mesej-mesej yang masuk di dalam telefon. Beratus-ratus ucapan tahniah diberikan. Tetapi mata Aisyah lebih tertumpu pada satu nombor yang tidak dikenali.
°tahniah.
°sampai hati tinggalkan saya.
°oleh sebab tu,game antara kita dah bermula.

Astagfirullahalazim. Aku meletakkan telefon di atas meja. Baru sahaja mahu kurangkan serabut di kepala. Sakit lah jiwa macam ini asyik kena ganggu sahaja. Siapa ni?. Aku mana pernah ada bercinta dengan siapa-siapa.

Dia mengeluh berat. Mata dipejam dan nafas ditarik.
Sebaik sahaja mata dibuka. Wajah Asyraf Iskandar terpacul. Seperti mahu pecah bilik dengan jeritan Aisyah.

"Kenapa jerit ni. "
Soal suaminya sambil menarik kerusi dan duduk dihadapannya.
"Apa punya soalan ni. Yang tiba-tiba ada depan mata kenapa."
"Ingatkan Aisyah dah tidur dekat kerusi ni tadi. "
"Takdelah. "
"Kenapa mengeluh berat sangat tadi?. Ada masalah tak nak kongsi dengan abang?."

Aisyah Huzairah terdiam. Basah tudung yang dipakainya dibasahi air mata yang keluar tadi. Em ya,Aisyah masih bertudung. Walaupun dia tahu bukannya berdosa pun kalau Asyraf Iskandar melihat auratnya. Sudah tentu dirinya sekarang milik Asyraf Iskandar.

"Aisyah?, abang tanya ni. Ada apa-apa jadi ke."
Soal Asyraf Iskandar sedikit tegas. Risau pula apabila melihat isterinya begitu.

Aisyah Huzairah mengukir senyuman.
"Tak ada apa lah. Penat je saya nak tidur. Esok berganda penat rasanya. "
Balas Aisyah sambil menolak kerusi untuk ke katil.
"Aisyah."
Panggil Asyraf Iskandar.

Dengan berat hatinya Aisyah memusingkan tubuh dan ya! Asyraf Iskandar dekat sekali dengannya.
"Kenapa?."
Balas Aisyah dan terus melarikan pandangan ke arah lain.
"Pandang abang."
Pinta Asyraf Iskandar apabila melihat isterinya melarikan pandangan ke arah lain.
"Cakap je lah."

Aisyah Huzairah memejam mata. Tak sanggup dia ingin membuat 'eye contact' walaupun dengan suami sendiri. Satu ciuman singgah di atas dahi Aisyah .

Mata yang tadi dipejam kini terbuka. Aku bagaikan hilang kata-kata. Mata Asyraf Iskandar A.K.A suami sendiri sedang merenung dalam mata aku. Terasa panas nafasnya terkena wajah ku.

'Handsome juga ek laki aku.'
Monolog hati Aisyah sambil memerhati wajah suaminya. Bila pandang hati yang tadi macam ribut pun boleh tenang mcm air sungai yang mengalir perlahan tu. Bulu mata panjang . Eh .

Aku cuba meloloskan diri dari situasi tersebut.
Omg,dia lock dah posisi antara aku dan dia. Nak larikkk mana ni.

"Saya penat lah nak tidur."
Kata Aisyah Huzairah.
"Sayang abang tak?."
Soal Asyraf Iskandar dan masih lagi merenung isterinya.

Aisyah Huzairah terkaku. Soalan apa ni. Dia menolak sedikit tubuh lelaki itu dan terus berlari naik ke atas katil. Aisyah menyelubung dirinya di dalam selimut.
Tawa suaminya meletus. Suka lah tu dapat membuli.

Terasa ada tangan yang menjalar dipinggang, Aisyah Huzairah terus berpaling.
"Peluk eh ?."
Kata Asyraf Iskandar sambil merapatkan lagi pelukan itu.

Tak ada udara!. Nak lari mana lagi Aisyah.
Lain benar sikap Asyraf Iskandar selepas kahwin. Kemain dia punya maniss.

Akhirnya,Aisyah Huzairah terlena dalam pelukan suaminya sendiri.

Azan subuh yang berkumandang telah menyapa lembut telinga Aisyah Huzairah. Dia mengeliat kecil. Aku meraba-raba tudung di atas kepala. Eh! Tak ada?. Semalam tidur pakai tudung rasanya. Omg.

Kelihatan Asyraf Iskandar keluar dari bilik mandi.
"Eh bangun dah?. Mandi lah kita subuh sama-sama. "
Tegurnya sebaik sahaja melihat isterinya yang matanya sudah celik.

Aku masih terpinga-pinga dia buat apa oi mana tudung aku . Huaaa! .
"Kenapa tak mandi lagi?."
Soalnya kepada isterinya.
"Ohhh sorry,semalam Aisyah tidur berpeluh-peluh abang buka tudung Aisyah. Nah getah rambut."
Katanya sambil menghulurkan getah rambut milik ku.

Aku melangkah ke bilik mandi. Tidak lupa juga untuk mengambil baju dan barang yang sepatutnya.

Usai mandi,aku keluar dari bilik mandi kelihatan Asyraf Iskandar sedang berteluku diatas sejadah menunggu aku mungkin?. Rambut yang tadi disanggul kini. Diikat seperti ekor kuda. Telekung disarung dan aku berdiri di belakang suami sendiri.
"Aisyah dah siap,jom solat."
Tegur Aisyah apabila suaminya masih tidak perasan akan dirinya .
"Eh , sorry sorry. Ok dah jom."
Katanya sambil meminta maaf .

*Ya Allah,terima kasih sesungguhnya perancangan mu adalah paling sempurna. Kuatkan iman kami untuk terus ke jalan mu Ya Allah, berikan kami nikmat bahagia suami isteri*

Doa yang memberi maksud yang sangat mendalam bagi Aisyah Huzairah. Dia memang dah jodoh aku kot?. Hm.

Asyraf Iskandar memusingkan tubuhnya. Again?. Eye contact lagi?. Jujur aku kata guys,aku tak kuat tengok suami sendiri. Ni aku,kalau korang?.

Sebelum apa-apa ,aku sendiri yang menghulurkan tangan untuk bersalam. Asyraf Iskandar tersenyum dan menyambut huluranku.
"Sejuknya tangan?."
Soal suami aku.
"Biasalah pagi-pagi. "
Aku membalas bersahaja. Tersenyum juga akhirnya.
"Sejuk-sejuk sambung tidur best kan."
"Memang best,nanti terlajak ada yang tak bersanding nanti."

"Aah kan,baju abang mana ha hahaha."

Merdu sekali tawanya. Damn dah fall in love ke kau ni Aisyah?.

Aku tersenyum dan menunjukkan arah dimana terletaknya baju kami berdua. Baju berwarna Dusty Blue tergantung elok di dalam almari pakaian. Cantik sungguh.

Mahu turun ke bawah terasa awal lagi,ada juga karang yang kena bahan lebih baik jangan turun dulu. Aku menolak pintu 'sliding' untuk memberi udara pagi masuk. Punggung dihenyakkan ke atas kerusi yang sedikit berembun.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Kenapa pagi ni rasa tenang sangat?. Tidak puas dengan duduk,Aisyah Huzairah berdiri memerhati langit yang kian cerah. Burung-burung berkicauan tenang yang amat!.

Tiba-tiba terasa ada tangan yang menjalar dipinggang. Siapa lagi kalau bukan Asyraf Iskandar. Aku membiarkan tindakan tersebut. Mahu melawan? Nanti lagi teruk dibuli tahu.

"Cantik sangat view dari bilik awak."
Kata Asyraf Iskandar.

"Macam tuan bilik dia lah kan ?."
Aisyah Huzairah membuat wajah comel 'plus' loyar buruk.

"Awak suka buat saya tak tahan kan?. Pagi-pagi dah buat orang geram."
Asyraf Iskandar mendekatkan wajahnya.

Eh mamat ni,adumak mana mahu lari. Diam sahaja lah mengalah!. For the first time and forever,insan bernama Aisyah Huzairah jadi seorang yang mengalah,Wow. Well done Asyraf Iskandar kau berjaya ubah Aisyah.

Rambut yang tidak terikat menutup mata akibat ditiup angin.

"Wangi rambut."
Asyraf Iskandar mencium bauan yang datangnya dari Aisyah.

Rambut ikal mayang,muka bujur sirih,bibir merah delima. Lelaki mana yang tak suka perempuan macam ni. Untung badan lah Asyraf kau ni.

Aisyah Huzairah masuk ke dalam bilik dan mengambil tudung untuk dipakai. Mahu turun ke bawah. Lama-lama dalam bilik ni pun kena buli juga. (Sad emoticon).

"Nak ke mana?."
Soal suaminya.

"Turun. "
Sepatah Aisyah menjawab.

"Jap."
Balas Asyraf Iskandar dan terus mematikan suis lampu dan penghawa dingin. Pintu beranda di tutup. Langkah dilajukan untuk mengikut isterinya yang sudah turun ke bawah terlebih awal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience