Bab 25

Romance Completed 15301

Datin Shahida meletakka sepiring kuih karipap dan nescafe panas di hadapan Dato' Fadil.

"Awak kenapa monyok je ni?."
Soal Dato'Fadil kepada isterinya yang sudah dua hari muram sahaja.

"Saya rindu dekat Asyraf dan Aisyah bang."
Luah Datin Shahida.

"Mungkin Asyraf sibuk buat masa sekarang. Lagi-lagi sekarang dia nak uruskan perletakkan jawatan dia sebagai cikgu. Kena turun naik kementerian."

"Ya lah kan, F&S Holding akan dilepaskan pada dia lepas ni ya bang?."
Soal Datin Shahida kepada suaminya.

"Nampaknya macam itu lah. Sudah lah tu tak payah nak sendu sangat petang-petang macam ini lebih baik saya makan karipap sardin yang awak buat ni."
Kata Dato'Fadil.

"Abang ni. Makan lah dulu saya nak masuk ada kerja sikit."
Balas Datin Shahida dan terus berlalu pergi.

--------------

Sedang aku ralit memilih sayur yang ingin dibeli ada satu suara yang menegur.

Aku memalingkan muka memandang milik siapakah suara itu.

"Eh Cikgu Umi. "
Kata aku spontan dan kemudian mencium tangan yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada aku dalam subjek Biologi.

"Rindu dekat best student saya ni. Aisyah apa khabar?"
Soalnya kepada aku dengan wajah teruja.

"Alhamdulillah baik je. Cikgu sihat? "
Kata aku berbasa-basi.

"Alhamdulillah sihat juga. Datang sini dengan siapa?"
Soalanya membuatkan aku terkaku ingin menjawab,serentak dengan itu Asyraf Iskandar datang dengan seplastik sotong.

"Yang ni ke yang?."
Soalnya kepada aku. Ah mati lah nak!.

"Eh Asyraf?"
Soal Cikgu Umi penuh tanda tanya. Al-maklumlah masa 'wedding' kami dia tak datang kerana pergi mengerjakan Haji. Dia terlupa mungkin.

"Eh Cikgu Umi. Sihat? Macam mana ke mekah hari tu?."
Kata Asyraf Iskandar.

"Saya sihat je Asyraf. Ok je dekat sana cuma panas sikit biasa lah kan. Minta maaf lah saya tak dapat datang 'wedding' awak hari tu. "

"Eh tak apa. "

"Mana wife?."
Soal Cikgu Umi.

Aku sudah kaku. Darah dirasakan tidak lagi mengalir. Kering kering kering!.

"Heh Aisyah wife saya cikgu."
Kata Asyraf Iskandar tersipu malu.

"Lahhh ye ke tak sangka. Pengantin baru lah ya ni?"

"Tak berapa baru Cikgu Umi."

"Eh Aisyah kenapa diam?. Cikgu tak kisah pun lah kalau dah jodoh nak tolak macam mana kan? Don't worry cikgu open minded. "
Kata Cikgu Umi yang tidak selesa dengan perubahan wajah anak muridnya Aisyah Huzairah. Dia sedikit pun tidak terkejut akan perkahwinan mereka.

"Aisyah ok."
Balas Aisyah Huzairah ringkas tak mahu mengeruhkan keadaan.

"Iya lah kalau macam tu. Cikgu pergi dulu ya? Nak beli ayam takut habis pula nanti."

Aku dan Asyraf Iskandar mengangguk-angguk sambil tersenyum. Tangan tua itu aku capai untuk bersalam.

Aku terus mengambil beberapa jenis sayuran dan memasukkan sayuran tersebut ke dalam troli yang dipegang Asyraf Iskandar.

"Abang,abang ok ke kahwin dengan budak umur 18 tahun?. "
Soal aku tiba-tiba semasa hendak memilih makanan segera seperti nugget,aiskrim semua lah!.

"Lah kenapa tanya macam ni? Abang dah cakap kan abang ok je."
Balasnya tenang.

"Abang kan lepas ni nak gantikan tempat ayah. Bakal CEO F&S Holding berkahwin dengan seorang remaja lepasan SPM. "

"Alah lantak lah buat apa nak dipertikaikan pasal benda ni Aisyah. Dah jodoh kan. "

"Iyelah. Nah ambil ni."
Kata aku beralah sambil menghulurkan semangkuk aiskrim Le'Cremeria kegemaran Asyraf Iskandar.

Tak padan dengan sado tapi makan macam-macam jenis. Aiskrim jangan cakap lah,kalau ada oreo memang dia makan seorang lah satu bekas aiskrim tu.

Sedang kami berbual sambil menunggu giliran untuk membayar ada seorang mamat bertopi menuju ke arah kami.

"Eh Jemi!."
Teriak Asyraf Iskandar sedikit teruja. Kawan lama mungkin?.

"Huish lama tak jumpa kau cap. Kenapa lama tak join konvoi biasa kau orang kuat."
Balas 'Jemi' ramah sekali.

"Baby Ducati aku masuk hospital. Sekarang jaga baby ni pula."
Kata Asyraf Iskandar dan terus melingkarkan tangannya ke bahu aku.

"Wuish dulu kau bukan main susah nak ada awek sekarang apa citer?"
Balas 'Jemi' dan terus merenung aku.

"Awek tak awek ni bini aku eh sekarang. Kau jangan nak usha-usha macam ni."
Kata Asyraf Iskandar terus menepuk topi rakannya.

"Hai saya Azmi kawan se'kolej' Asyraf. "
Kata Azmi kepada aku cuba untuk beramah.

"Aisyah."
Aku menguntumkan sedikit senyuman dan memperkenalkan diri.

Ramai pula orang dekat kaunter bayaran ini sampai sempat berbual panjang dengan Azmi.
Gila-gila orangnya sukat sangat mengusik. Kawan-kawan Asyraf Iskandar semua 'cool'.

Selesai membayar kami terus pulang ke rumah mengemas barang yang di beli.

"Dinner makan apa?."
Soal aku sambil meneguk nescafe ais Asyraf Iskandar.

"Amboi minum nes. Nanti kalau pening abang yang kena."
Perlinya kepada aku.

Aku tersengeh.

"Hauslah. Sikit je."
Kataku sambil meneguk lagi airnya.

Dia hanya mampu menggeleng kepala. Tiba-tiba rasa rindu pada keluarga mengetuk minda. Haih baru je semalam telefon mama dan baba tak akan hari ini dah rindu.

"Abang nak makan spageti yang mama masak lah."
Katanya dan terus menyenggol bahu aku.

Aku sudah tersenyum riang. Haih lah suami,awak sangat memahami saya.

"Dah pergi siap abang bagi masa 15 minit je. Lambat tinggal."
Katanya dan aku terus bergegas naik ke atas. Sukanya!.

Uhuk!uhuk! Asyraf Iskandar batuk ketika selesai makan malam bersama keluarga Aisyah Huzairah. Suara pun sudah bertukar serak sakit kah dia?.

Segelas air suam aku hulurkan kepadanya semasa dia sedang duduk berbual dengan abang.

"Air abang mana?."
Soal abang yang sedang memerhati aku.

"Kak Nurah tengah buat."
Balas aku ringkas. Cukup lah tadi di meja makan aku di bahan teruk-teruk oleh abang. Kurang asam betul!.

Asyraf Iskandar hanya tersenyum melihat gelagat kami. Kadang-kadang,dia pun syok join sekaki mengacau aku.

Langkah aku aturkan untuk ke dalam. Malangnya,kami tidak dapat bermalam di rumah mama kerana Asyraf Iskandar ada urusan esok pagi.

"Adik jaga diri tau. Nanti dah senang-senang balik sini lagi."
Kata mama sambil memeluk aku. Air mata? Jangan cakaplah sudah melimpah-limpah keluar.

Kemudian aku pergi bersalaman dengan baba pula. Beberapa nasihat dan juga kata-kata yang sama diberi oleh mama tadi.

"Aisyah hujung bulan ni balik tau. Kita orang macam ada plan nak pergi family vacation."
Kata Siti Anurah isteri kepada Alif Zafran.

"InshAllah kak. Apa-apa nanti Aisyah bagitahu takut bos besar sibuk."
Balas aku kemudian tersengeh.

"Ha dik bulan depan kau dah boleh datang rumah abang. Dah nak siap."
Kata Alif Zafran dengan muka riaknya.

"Rumah aku dah lama siap tak ada pun nak hello,hello datang.?"
Kata aku menyindirnya. Haha padan muka.

"Haih sunyi lah rumah mama dengan baba lepas ni."
Kata mama tiba-tiba.
Aku dan abang hanya tersengeh.

Berat rasanya kaki ingin melangkah keluar. Hujan pula di luar ini. Payung tiada.
Asyraf Iskandar sudah berpeluk tubuh wajahnya pucat. Ah sudah demam kah dia?.

"Abang,ok tak ni?."
Soal aku sambil memegang dahinya.

"Sakit kepala sikit je."
Katanya dan ber'acah' sihat.

"Dah lah biar Aisyah drive. Tunggu sini sekejap nak ambil payung."
Tanpa menunggu jawapan Asyraf Iskandar aku terus meredah hujan untuk ke kereta untuk mengambil payung.

Lencun rasanya badan ini. Suhu penghawa dingin di dalam kereta aku perlahankan. Selimut yang memang sedia ada di bonet kereta aku ambil dan hamparkan pada Asyraf Iskandar.

Padan lah dia senyap sahaja. Haih jangan sakit please nanti saya sunyi.

"Fokusnya drive."
Katanya disaat aku sedang membelok ke kiri. 15 minit lagi sampai lah rumah.

"Hujan-hujan macam ini kalau tak fokus bahaya tau."
Balas aku dan terus memandangnya. Tangan menarik brek kerana lampu merah.

Dia merenung aku dengan mata yang kuyu. Senyuman yang paling handsome diberikan pada aku. Ah!.

Aku pula yang gelabah tak tentu pasal. Mujur lampu isyarat sudah bertukar hijau. Aku terus mengalihkan pandangan dan memandu seperti biasa. Di dalam hati sudah berharap sangat supaya guruh dan kilat jangan berbunyi sekarang.

Sampai sahaja di rumah aku terus buka kan pintu rumah dan berlalu pula ke arah kereta.

Asyraf Iskandar terlelap mungkin. Aku cuba memegang tangannya Mak Aii panasnya!.

"Abang,bangun masuk bilik dulu nanti Aisyah bagi ubat."
Kata aku sambil mengerakkan tubuhnya.

"Papah abang boleh tak sayang?."
Pintanya.

"Sekejap."
Aku terus berlalu mengambil beg tangan dan terus menolongnya untuk berjalan.

"Abang nak mandi tak? Tadi kena hujan sikit kan."
Soalku kepadanya yang sedang duduk di sofa bilik.

Dia hanya menggeleng. Dia menyuruh aku mandi dahulu bila dia melihat tubuh aku masih basah terkena air hujan tadi.

Aku hanya menurut perintah. Rambut yang lembap aku buka ikatannya. Kalau tudung sudah basah lencun lagikan rambut.

Aku hanya memerhati gerakan isteri tersayang. Umur baru je 18 tahun tapi semua kerja dia boleh buat. Tanggungjawab seorang isteri pun semua dia buat tanpa bantahan. How lucky i am.

Aku memejamkan mata. Sakitnya kepala kenapa tiba-tiba demam ni. Soal Asyraf Iskandar kepada dirinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience