Bab 30

Romance Completed 15301

Kami melangkah masuk ke dalam balai polis. Jam di dinding balai polis tersebut aku kerling. 10.30 malam. Mata aku melilau mencari Dhanna Rania.

Panjang umurnya,baru sahaja disebut gadis tinggi lampai itu melangkah masuk ke dalam balai polis tersebut.

"Make your promise come true little kid."
Katanya membisik.

"How about you sit down first. Let me settled this with your husband to be."
Balas aku tenang.

Aku dan Asyraf Iskandar duduk di kaunter hadapan. Suara kami perlahankan sedikit apabila bercakap dengan Koperal Aziz. Beberapa bukti kami kemukakan kepadanya.

"Why you both take so much time?"
Katanya bersahaja dengan nada suara yang tinggi.

"Kau ingat ni rumah ke nak jerit-jerit."
Kata salah seorang anggota polis disitu.

Dhanna Rania hanya membuat muka toya nya. Aku menjelingnya kasar.
Selesai berbincang akhirnya kes kami diterima.

Seorang pegawai polis wanita berdiri untuk menuju ke arah Dhanna Rania.

"Dah ke? Yass I boleh kahwin."
Katanya nampak bodoh sekali.

"Dhanna Rania kamu ditahan kerana cubaan membunuh pada 17 April yang lepas."
Kata pegawai polis wanita itu.

Kejadian itu masih segar dalam ingatan aku. Aku nyaris terbunuh ketika dalam perjalanan ke hospital untuk bekerja. Sebuah kenderaan berjenama Mercedes dan nombor plat yang sama dengan kereta Dhanna Rania sekarang memecut laju ingin melanggarku. Tapi dengan kekuasaan Allah,Doktor Danial selaku teman baik suamiku datang menyelamatkan aku.

Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa Doktor Danial. Selepas kejadian itu,suamiku kerap menyuruh Doktor Danial supaya mengikuti aku kemana-mana. Nasih lah Doktor Danial belum kahwin lagi tak ada lah yang nak cemburu. Cuma Doktor Danial dan Saffiya ni semacam saja. Tak sabar nak makan nasi minyak!.

Aku memandang sinis Dhanna Rania dan ibunya yang telah digari. Ibunya juga adalah dalang segala hal.

"Bye Ana. See you in court."
Kata aku dan terus mengucapkan terima kasih pada pegawai polis yang telah membantu siasatan.

Dia meraung-raung dan kemudiannya tertawa. Aku syak dia mental.

Kami melangkah keluar dari balai polis dengan hati yang tenang.

"Eh aku tidoq mana malam ni Aisyah?"
Soal Saffiya ketika kami berjalan ke arah kereta.

"Awak ada pilihan lain ke Saffiya selain tidur rumah kami?"
Ujar Asyraf Iskandar kepada bekas anak muridnya.

Saffiya hanya tersengeh dan menggeleng. Sewaktu aku ingin melangkah masuk ke dalam kereta,perut aku dirasakan pedih sekali seakan-akan disiat-siat rasanya. Mahu bergerak pun tidak mampu.

"Sorry Aisyah,aku kena juga bagi tau laki hang. Cikgu sebenaqnya Aisyah tak makan dari tengah hari."
Kata Saffiya kepada suami aku setelah dia perasan akan perlakuan aku yang menahan sakit.

"Sayang..kenapa tak nak makan?"
Soalnya lembut sekali. Wajahnya dipusingkan untuk memandang ke arah aku.

Aku hanya tertunduk. Aisyah risaukan abang tahu tak sebab tu Aisyah tak lalu nak makan!. Kata aku di dalam hati. Tetapi,ini telah menyeksakan diri aku sendiri juga. Haih.

"Abang minta maaf mesti Aisyah risaukan abang sebab tu Aisyah tak lalu nak makan kan?. Lain kali jangan macam ini please. Kita pergi klinik ya?"
Katanya lembut sekali dan seakan-akan dapat membaca hatiku.

Aku melihat jam di tangan. Wah wah dah pukul 1 pagi rupanya patutlah gelap semacam .

"Mana ada klinik buka sekarang ni. Tak apa Aisyah nak balik,dekat rumah ada ubat."
Balas aku perlahan.

Asyraf Iskandar akur dengan apa yang aku katakan. Dia terus memecut laju untuk pulang kerumah. Sampai sahaja di rumah Saffiya terlebih dahulu melangkah keluar dari kereta untuk membersihkan diri dan merehatkan diri. Mama dan lain-lain yang setia menunggu lega dan bersyukur.

Saffiya dibawa ke dalam bilik tetamu oleh Kak Nurah sementara aku perlu mengerahkan tenaga yang banyak untuk naik ke atas. Sakit tak boleh gerak ni!. Nak nangis huaaaaa.

Tiba-tiba Asyraf Iskandar datang dari arah belakang dan terus mendukung aku. Mujurlah semua di bawah sudah masuk ke bilik masing-masing.

"Sakit kan? Bagitahu lah abang kalau sakit sayang,abang risau. Nah makan ni sikit lepastu makan ubat. "
Kata suamiku setelah meletakkan aku di atas katil.

Tudung di kepala aku buka. Ah selesanya!. Aku lega tersangat lega akhirnya Dhanna Rania akan dimasukkan ke dalam penjara.

Makanan yang diberi Asyraf Iskandar aku jamah sedikit. Dia sedang berada di dalam bilik mandi membersihkan diri. Giliran aku pula selepas ini. Telefon yang mati kehabisan bateri aku cas dan guna sebentar.

Ada e-mail dari siapa ni? Kata aku semasa melihat notifikasi.

Dear Doctor Aisyah,
We would like to welcome you to Hospital Enche Besar Hajah Khalsom Kluang,Johor (HEBHK). You can started your job as a Orthopedic Doctor next two weeks. See you!.

Truly,

HEBHK .

Tu diaaa. Baru je nak rilek tup tup mai e-mail lagu ni.

Aku melihat sosial media instagram. Wah! Cikgu Syareena dah mengandung. Akhirnya,cikgu ini bertemu juga dengan jejaka pilihannya. Bukan suamiku lagi taruhannya.

Asyraf Iskandar keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala.

"Abang Cikgu Syareena dah mengandung."
Kata aku teruja.

"Sayang bila lagi?".
Soalnya kepada aku. Ya tak ya juga,dah berapa tahun kami berkahwin tetapi masih belum mempunyai zuriat. Asyraf Iskandar sangat memahami aku. Dia tidak mahu membebankan aku sewaktu aku sedang belajar dahulu.

"Abang ok ke?"
Soal aku bersahaja sambil tertawa.

"Green light nak bunuh syaitan ye?"
Katanya sambil mendekatkan diri ke arah aku.

Aku berlari ke bilik mandi.
"Hari ni sakit perut. Hahah"
Kata aku bila teringat yang perutku sedang pedih.

"Ala ngade lah dia ni. Mandi cepat abang nak tidur."
Arahnya.

Aku hanya tertawa di dalam bilik mandi. Alhamdulillah. Senyuman aku ukir.

Usai solat subuh,aku dan Asyraf Iskandar berehat sebentar sementara menunggu pukul 7 pagi untuk aku turun membuat sarapan. Sewaktu aku turun dapur sudah terang- benderang dan bau makanan menusuk-nusuk ke dalam hidung.

Aku panjangkan leher melihat siapa yang berada di dapur. Semua kaum perempuan di rumah ini berada di dapur kecuali aku. Uhui malunya tuan rumah pula yang terlajak.

"Hai lambat bangun hari ni?"
Soal Saffiya kepada aku bila dia nampak aku melangkah ke dapur.

Semua mata di dapur memandang ke arah aku. Alamak bahang rasa muka ini.

"Naik aje lah temankan Asyraf tu."
Kata ibu pula.

"Tak ada apa yang nak ditolong semua dah nak siap."
Giliran mama pula berkata-kata.

"Aisyah naik saja lah berehat dengan Asyraf. "
Kak Nurah pula menyambung ayat yang lain.

Aku terkedu. Kenapa dengan semua orang ni!. Segan aku tahu tak.

Mama menolak aku supaya naik ke atas semula. Aku dengan akurnya menapak semula ke atas. Sabar Aisyah sabar.

Pintu bilik aku kuak. Asyraf Iskandar sedang elok terlentang di atas katil sambil melihat televisyen yang memaparkan cerita aksi kegemarannya.

"Aik cepatnya sayang masak?"
Soalnya pelik apabila aku melangkah masuk dan menghempaskan diri ke atas katil.

"Kaum wanita yang di bawah tak bagi Aisyah masak."
Kata aku sendu.

Aku baring di bawah lengannya. Ah rindunyaa tempat ini!.

"Dia orang bagi peluang kita bunuh syaitan lagi ke?"
Katanya selamba.

"Abanggggg!."
Aku dengan pantas mencubit perutnya. Dia mengelak-elak kesakitan sambil tertawa.
Tak sangka Cikgu Asyraf yang kurang diminati dulu dah jadi orang yang paling aku minat,paling sayang,paling semua lah!.

"Abang tak kerja ke?"
Soal aku tiba-tiba baru teringat.

"Kerjakan bini sendiri boleh kan?"
Balasnya.

"Ee dia ni. Betul-betul lah. "

"Hahah,abang ambil cuti. Dah berapa tahun abang kerja kuat sangat sampai kadang-kadang balik rumah pun malam. Masa untuk abang rehat dah tiba. Isteri pun dah balik kan."
Ujarnya kepada aku. Auch kesian dia. Kenapa lelaki macam ini sangat sabar menanti aku.

"Turun jom? Nanti dia orang fikir apa pula kita turun lambat sangat."
Katanya lagi. Aku hanya mengangguk dan beriringan dengannya menuju ke bawah.

Sedang seronok bersarapan bersama,abang secara tiba-tiba mengeluarkan topik pasal anak. Haih dia ni tak sah lah kalau tak kacau orang!.

Semua orang di meja bertanyakan soalan yang sama kepada kami. Bahang rasanya muka aku saat ini dengan sambal nasi lemak yang pedas pula tu.

"Ada rezeki ada lah. Kalau ada alhamdulillah. Kalau tak ada usaha lagi."
Kata Asyraf Iskandar menjawab pertanyaan semua orang.

"Ha aku tak sabaq nak tengok Aisyah dan Asyraf junior."
Celah Saffiya sambil menyuap nasi lemaknya.

"Saya pun tak sabar nak merasa nasi minyak awak dengan Doktor Danial."
Kata Asyraf Iskandar kepad Saffiya.

Semua orang di meja makan tertawa dan turut sama menyindir orang utara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience