Bab 11

Romance Completed 15301

"Ila mana anak-anak kau?."
Soal Datin Shahida yang ketika itu sedang membantu sahabatnya itu membuat kerja di dapur walau sudah dihalang berkali-kali oleh Puan Hazila.
"Budak bertuah dua orang tu keluar kejap pergi mana pun tak tahu lah. Kejap lagi balik lah tu. Asyraf mana?."
Soal Puan Hazila kembali.
"Ooo. Ada di luar berborak dengan Adam dan Fadil agaknya . Apa lah yang diborakkan itu riuh bunyinya.
"Ada lah tu hal-hal lelaki ye tak?."
Kata Puan Hazila sambil terkekeh-kekeh ketawa.

"Assalamualaikum."
Kata Alif Zafran dan Aisyah Huzairah di muka pintu .
"Waalaikumussalam,balik pun budak bertuah ni . Sampai mama siap masak baru balik ngelat tak mahu tolong ye."

"Hehe sorry ma sorry . "
Balas Aisyah yang terpaksa mengukir senyuman palsu. Padahal di dalam hatinya sudah berdebar-debar perasaan bercampur baur. Wajah Arsyad dan Asyraf Iskandar silih berganti di kotak fikiran.
Selepas bersalaman dengan Datin Shahida, Aisyah terus melangkah naik ke atas. Mujurlah alasannya untuk naik ke atas diterima oleh mama dan Cik Ida. Asyraf Iskandar hanya dibiarkan disitu mahu bersalam buat apa? Harom!.

"Em mama,we need to talk pasal adik."
Kata abang sebaik sahaja bayangan Aisyah hilang dari sudut mata.

Seluruh mata sekarang tertumpu padang Alif Zafran dan suasana menjadi sunyi.
"About what?."
Soal Puan Hazila kepada anak lelakinya ini.

Alif Zafran menarik nafas sedalam-dalamnya. Ayat disusun rapi.
"tadi adik cerita dekat abang yang dia nampak Arsyad dekat tasik. Tapi masa tu adik dalam kereta. Abang risau lah mama. "
Luah Alif Zafran tentang adiknya. Sudah lah tarikh perkahwinan nya semakin hampir . Risau dilihat adiknya tadi sewaktu didalam kereta juga Aisyah banyak termenung dan diam.

Asyraf Iskandar terdiam. Dia juga turut sama risau dengan semua perkara ini. Sudah banyak kali solat istikharah didirikan dan wajah Aisyah juga yang muncul. Asyraf Iskandar yakin dengan percaturan Allah. Apa yang mahu ditangguh lagi?.
"Minggu depan kami pergi kursus kahwin boleh?."
Soal Asyraf Iskandar disaat semua mata memang memandang tepat ke arahnya.
"Apa salahnya ,lagi cepat kamu bertindak lagi cepat lah kamu akan jaga Aisyah."
Soal Encik Syed Adam,baba.
Yang lain hanya mengangguk laju. Asyraf Iskandar lega kerana kenyataanya tadi diterima oleh semua orang.

"Mari makan dulu,Asyraf nanti bawa Aisyah jalan-jalan ya . Dia stress tu. Boleh ya?."
Soal Puan Hazila kepada bakal menantu pilihannya.
Asyraf Iskandar hanya mengangguk sambil tersenyum. Mujurlah hari ini dia 'free'.

Usai makan, Puan Hazila berlalu ke atas menyuruh Aisyah bersiap untuk keluar dengan Asyraf Iskandar. Ada hal yang mereka perlu bincangkan tanpa ada Aisyah dan Asyraf.
Aisyah hanya menerima dan mengangguk. Dia hanya mahu keluar untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi. Bukan sahaja Asyraf Iskandar,Aisyah Huzairah juga sudah berkali-kali mendirikan solat istikharah dan tetap mimpikan Asyraf.

Ketika Aisyah turun ke bawah, semua orang berada di laman belakang hanya tinggal Asyraf Iskandar sahaja di ruang tamu yang luas itu. Ralit dia meneliti ayat-ayat yang berada di dalam telefon pintar nya. Asyraf Iskandar terbau wangian lembut menyapa rongga hidungnya. Dia memalingkan wajah ke arah anak tangga. Makin cantik Aisyah. Dah lama tak jumpa.
Kata Asyraf Iskandar perlahan. Dia terus mencapai kunci kereta.

"Jom."
Kata Asyraf Iskandar yang melihat Aisyah masih kaku berdiri disitu.
Aisyah Huzairah mengikuti langkah Asyraf Iskandar. Malu?. Memang perasaan itu ada setiap kali keluar atau berjumpa dia. Sudahlah cikgu sendiri dahulu.

"Huzairah nak pergi mana?."
Soal Asyraf Iskandar yang sedang memandu. Sengaja dia mencari topik perbualan tak ada lah sunyi kereta.
"Nak pergi luar dari kluang. "
Kata Aisyah Huzairah sambil memandang wajah Asyraf Iskandar. Geli hati Aisyah Huzairah bila melihat orang di sebelahnya ini tidak senang duduk. Jam ditangan Asyraf Iskandar kerling. 11 pagi.
"Emm sempat ni. Okay jom."
"Mana?."
"Hati Aisyah boleh?."
Dup dap dup dap!. Sejak bila Asyraf Iskandar jadi macam ni . Hua takut,takut.
"Apa mana boleh ,tak boleh tak boleh ,kena tawan hati saya baru boleh masuk."
Kata Aisyah sambil memeluk tubuh.
"Hahaha ,baik lah Cik Aisyah."

2 jam berlalu akhirnya destinasi yang mereka tuju sampai juga. Melaka.
Asyraf Iskandar mengerling gadis disebelahnya ini. Mudah lentok kalau dalam kereta. Berbual dengan dia 30 minit je. Selebihnya diteman oleh lagu-lagu radio.

Asyraf Iskandar berhenti di sebuah kedai makan untuk mengisi perut. Lapar do, dah pukul berapa belum makan lagi. Dia bersandar sebentar sambil meluruskan kakinya.

"Aisyah, bangun kita dah sampai ni."
Kata Asyraf Iskandar sambil tangan memperlahankan bunyi radio yang dari tadi tidak berhenti.
Hm tak bangun pun,aku peluk juga karang budak ni.
Omel Asyraf Iskandar. Mujurlah dia masih waras dan ada iman.
"Huzairah , bangun dah sampai ni. "
Aisyah Huzairah menggeliat halus.
Wajah dipalingkan ke arah tingkap kereta. Malu! . Muka bangun tidur.
"Jom makan dulu,lepastu kita jalan-jalan ye?."
"Janji?."
Soal Aisyah spontan.
"Iyee."

Aisyah Huzairah bagaikan dipukau,terpukau dengan kematangan Asyraf Iskandar. Weh series lah cikgu aku macam ini?. Huaaaaa!.

Seluruh mata-mata memandang ke arah mereka bila mereka masuk ke dalam sebuah kedai makan untuk mengisi perut. Suasana ini membuatkan Aisyah menjadi tidak selesa. Hm apa salahnya makan di kedai macam ini? Sedap pun sedap. Tak sangka selera Asyraf dan Aisyah sama sahaja. Tidak memilih.

Asyraf Iskandar menarik perhatian Aisyah yang sudah tidak keruan bila semua mata memandang ke arah mereka. Dia mengambil meja yang paling hujung di dalam kedai tersebut.
"Cikgu ada apa-apa yang tak kena ke dengan saya. Kenapa semua pandang."
Kata Aisyah mengelabah.

Asyraf Iskandar tersenyum. Rasa janggal pula bila Aisyah memanggilnya dengan panggilan 'cikgu'.
"Tak ada apa pun,biasa je cantik. Hahah."
"Alah cikgu ni."
Balas Aisyah sambil menarik muka.

"Ya. Minum apa?."
Soal seorang pelayan wanita berumur lingkungan 20-an.
"Bagi saya teh ais…"
Kata-kata Asyraf Iskandar tergantung kerana dia ingin menanyakan Aisyah minuman apa yang ingin dipesan.
"Sama . "
Balas Aisyah ringkas.

Apahal perempuan ni,menggeletis lain macam. Senyum-senyum . Eh kepala batas sungguh. Aku pijak karang. Ramai je pelayan lain kenapa si dia ni pula yang kena ambil pesanan.

"Aisyah mahu makan apa ?."
Soal Asyraf Iskandar.
"Abang order apa tadi?."
Soal Aisyah Huzairah kepada Asyraf Iskandar sengaja dia mahu membuat pelayan yang berdiri di sebelah Asyraf Iskandar itu cemburu. Hahaha. Eh Aisyah kenapa dengan kau?.
"Abang order nasi ayam, sayang nak makan sama ke nak makan mi sup?."
"Sayang nak mi sup."

Kelakar bila dilihat pelayan itu menarik muncung panjang hahah. Seronok. Tapi,bila diproses semula kata-kata Asyraf Iskandar tadi membuat kan Aisyah berpeluh-peluh dan jantungnya berdegup laju. Sungguh dia pandai melayan.

"Nah lap peluh tu. "
Kata Asyraf Iskandar sambil menghulurkan sehelai sapu tangan miliknya.
Pantas Aisyah menarik huluran itu. Bengang rasanya. Allah!.

Usai makan, mereka terus bergerak ke sebuah masjid untuk menunaikan solat zuhur. Sepanjang waktu makan Aisyah hanya mendiamkan diri. Malu barangkali. Begitu juga dengan Asyraf Iskandar.
Aisyah mengumpul kekuatan untuk bercakap dengan lelaki yang memandu disebelahnya ini.
"Cikgu,mama tahu ke kita ke sini?."
"Aisyah, apa kata awak dah tak payah panggil saya cikgu dan bila depan orang tak perlu berlakon macam tadi. "

Mahu menangis rasanya bila Asyraf Iskandar bertindak tegas. Maaf cikgu.
"Sssaya mminta mmmaaff."
Gagap Aisyah bersuara.
Asyraf Iskandar masih mendiamkan diri.
"Alah lagi pun perempuan tadi yang menggedik dengan cikgu, sakit mata lah saya tengok. "
Luah Aisyah. Rasa janggal bila situasi begini terjadi.
Tiba-tiba tawa Asyraf Iskandar meletus.
"Awak cemburu ya ?."
Kata Asyraf Iskandar dengan tawa yang masih bersisa.

Pang!. Aisyah kau cemburu? Betul ke ni Aisyah?. Hua! Mana mungkin terjadi. .
Hancur nya mood mahu berjalan. Macam mana nak hadap dia ni malu do. Nak balik sendiri jauh pula.

"Aisyah,cuba tengok luar ada pelangi cantik. Cantik sangat. "
Kata Asyraf Iskandar sebaik sahaja dia melihat Aisyah Huzairah sudah terdiam . Perempuan cemburu memang begitu ya?.
Aisyah Huzairah terus memalingkan wajahnya keluar. Benar kata Asyraf Iskandar. Pelangi kali ini terlalu cantik. Aku terpana melihatnya. Indah nya.
"Cantik.."
Tanpa Aisyah Huzairah sedar bibirnya menyebut perkataan itu disaat minda berada diawang-awangan bila melihat pelangi secantik itu.
"Cantik,macam awak ya ?. Sedap mata memandang. Agaknya bila boleh kita bersama?."
Asyraf Iskandar berjaya membuat Aisyah tersenyum dan terdiam sekali lagi.

"Dah jom solat dulu,nanti kita sambung jalan-jalan."

Kata Asyraf Iskandar setelah dia memarkir kereta dan mematikan enjin. Aisyah hanya menurut dia terus masuk ke ruangan solat wanita disebuah masjid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience