Bab 27

Romance Completed 15301

"Aisyah nanti jumpa saya dekat kantin ye? Kita kan ada buat deal kalau Biologi awak dapat A+ saya nak bagi hadiah."
Ujar Cikgu Umi kepada aku yang sedang sibuk meneliti fail yang berisi markah kokurikulum serta beberapa sijil.

"Baik cikgu. 5 minit nanti saya sampai."
Balas aku girang.

Bersyukur rasanya bukan senang nak dapat 12A+ di dalam peperiksaan SPM ini. Impian aku hampir tercapai!. Doktor Aisyah to be inshaAllah.
Aku duduk berbual dengan rakan-rakan yang lain,lama benar tidak berjumpa rindu. Banyak cerita yang ingin dikongsikan bersama.

"Eh Aisyah kau macam mana sekarang?"
Soal Harith kepada aku.

"Maksud kau?"
Soalku kembali bertanyakan kepada Harith. Harith dari dulu hingga sekarang tidak pernah berubah. Masih kelakar dan masuk air.

"Ye lah kan dah kahwin,lepas ni macam mana?"
Ujar Harith dengan wajah miangnya.

"Sambung je lah belajar macam biasa. Tak da halangannya."
Kata aku tenang.

"Habis Cikgu Asyraf nanti macam mana kalau kau pergi belajar jauh. Ye lah kau kan nak jadi doktor,kot kot kau sambung belajar dekat Ireland ke."
Kata Dania pula mencelah. Amboi,hangat benar topik yang dibualkan ini!.

"Eh jom,aku nak jumpa Cikgu Umi dekat kantin."
Kata aku menukar topik sebelum topik yang dibualkan menjadi lebih panas. Wajah bengang aku tak dapat ditanggung lagi malunya. Ada 30 minit lagi sebelum majlis untuk suami sendiri bermula.

Aku dan Saffiya menuju ke kantin. Saffiya tidak berhenti-henti bercakap tentang ceritanya sewaktu dia berada di PLKN. Aku tertawa di saat dia merungut tentang kulitnya yang telah berubah menjadi gelap akibat aktiviti lasak di sana.

Sedang elok aku mahu membelok ke arah kantin,Asyraf Iskandar sedang mengambil barang di dalam keretanya. Sengaja aku suruh dia meletakkan keretanya di belakang kantin supaya gosip tentang kami tidak bertambah.

Dia memberi isyarat tangan supaya aku datang ke arahnya. Aku masih teragak-agak. Saffiya pula telah berhenti bercerita bila terpandang Cikgu Asyraf yang hari ini kacaknya lain macam.

"Abang punya perfume Aisyah letak mana?"
Soalnya sedikit berteriak apabila aku masih tercegat berdiri di sebelah Saffiya.

Aku terus berlari anak ke arahnya. Saffiya sudah tertawa melihat telatah aku. Dia berlalu ke kantin terlebih dahulu. Aku menghampiri Asyraf Iskandar. Dia mengambil fail aku yang berada di dalam pelukan dan dimasukkan ke dalam kereta.

Aku membuat wajah tidak berpuas hati kerana dia menjerit tadi. Langkah aku atur untuk ke tempat duduk penumpang di belakang. Minyak wangi yang memang sedia ada di dalam satu beg aku ambil.

"Biar Aisyah lah spray kan. Tak boleh banyak-banyak nanti wangi sangat bahaya."
Kata aku dan terus menyembur minyak wangi tersebut di pergelangan tangannya dan sedikit di tubuhnya. Dia hanya tersenyum lebar. Suka lah tu.

"Cemburu ke kalau ada perempuan lain puji abang?"
Soalnya tiba-tiba setelah aku selesai meletakkan minyak wangi tersebut kembali ke tempat asalnya.

"Aisyah nak jumpa Cikgu Umi ni. Nanti kita jumpa lagi ye Cikgu Asyraf. Bye!."
Aku terus berlalu pergi meninggalkannya. Apa punya soalan lah ada ke isteri yang tak cemburu bila perempuan lain puji-puji laki dia.

Gelisah dan tak senang duduk perkataan yang sesuai dikatakan sekarang ini. Mana taknya,mata dia asyik pandang ke arah aku sahaja. Mujur majlis sudah tamat mahu tunggu dia bergambar lagi dengan peminat-peminat setia dia.

Aku masih duduk di dewan di teman oleh Saffiya yang dari tadi sibuk berbual dengan Natasya. Entah apa yang dibualkannya kusyuk benar nampaknya perbualan mereka. Aku menyibukkan diri dengan melayari sosial media.

Dalam Instagram pun penuh gambar Asyraf Iskandar bersama junior-junior ku. Susah dapat suami kacak ni. Cewah!. Mata aku melilau mencari Asyraf Iskandar. Masih dalam sesi bergambar tetapi dengan pantas sahaja telinga aku dapat menangkap satu suara yang bercakap tentang suamiku.

"Cikgu Asyraf dah kahwin kan?"
Kata seorang budak kepada kawannya.

"Eh belum lah. Dia kan muda lagi."

"Eh umur dia tahun ni 27 tau. Takkan lah belum kahwin."

Aku juga sudah menjadi khusyuk seperti Saffiya mendengar perbualan mereka. Baru sahaja aku ingin memasang telinga lagi,Asyraf Iskandar terlebih dahulu datang ke arah aku f terus menarik kerusi dan duduk di hadapan aku. Aku sedikit tercengang manakala dua orang pelajar yang sedang ber'gosip' tentang Asyraf Iskandar turut memandang ke arah kami.

"Abang buat apa kat sini."
Soal aku memperlahankan nada suara.

"Rindu lah. Abang penat asyik bergambar je. Gambar dengan isteri sendiri tak ada. Gambar dengan orang lain banyak pula."
Katanya sambil tangan menongkat dagu.

"Pergi lah layan peminat abang dulu,nanti kita bergambar sama-sama ye?"
Kata aku bersahaja. Risau pula kalau-kalau ada junior yang berfikir lain tentang kami.

Dua orang pelajar tadi meluru ke arah aku. Muka aku berubah cuak.

"Kak Aisyah Cikgu Asyraf ni abang akak ke?"
Soalnya kepada aku. Mata aku leretkan pada tanda namanya. Farah.
Budak tingkatan 2 atau 1 rasanya ni. Senteng sikit otak boleh tanya soalan macam ini dekat kami. Perasaan aku disaat ini bercampur-baur,mahu tertawa pun ada juga.

"Ya,Cikgu Asyraf abang akak. Abang yang sah melalui ijab kabul."
Balas aku bersahaja sambil tersenyum meleret. Aku lihat wajah Asyraf Iskandar sekilas. Sempat pula lelaki ini mengenyitkan sebelah matanya pada aku.

"Betu….."
Baru sahaja budak itu ingin menjawab penjelasan aku Asyraf Iskandar terlebih dahulu memotong kata-kata budak tersebut.

"Awak,tolong cikgu letak ni dalam kereta cikgu dekat belakang kantin. Nanti awak jumpa lah jawapan dari pertanyaan awak tu. Kereta saya tak kunci. Terima kasih ye ."
Arah Asyraf Iskandar kepada budak tersebut. Mereka berdua terus berlalu pergi. Mata terus aku tumpukan kepada Harith,Safwan,Danial,Amir dan Farhan yang sedang menuju ke arah Asyraf Iskandar.

Aku hanya memerhatikan mereka bersalaman dan berbual-bual perihal lelaki dan cita-cita. Aku terus mengalihkan pandangan ke arah Saffiya apabila mata Harith and the geng tertumpu pada aku.

Aku duduk membelek hadiah yang diberi oleh pihak sekolah. Mahal hadiahnya. Terharu!. Sedang aku asyik membelek baru aku teringat akan Arsyad Adham yang turut mendapat keputusan cemerlang. Tetapi,tiada pula bayangannya hari ini. Takut mahu bertemu kami kah? Atau dia pergi membawa diri.

"Aisyah bila kita orang nak makan masakan kau ni. Cikgu Asyraf cakap kau masak sedap. "
Ujar Amir sambil mengusap perutnya.

"Jom lah datang kita dinner nak?."
Kata aku membalas kata-kata Amir.

"Set tarikh sebelum kita orang dah pergi bawa diri tau. "
Kata mereka serentak. Asyraf Iskandar dan aku hanya ketawa.

"Jom saya belanja makan. Kenny Rogers Roaster nak?."
Kata Asyraf Iskandar mencelah.

Kawan-kawan aku yang pantang di 'offer' terus bersetuju termasuk Saffiya yang sudah berhenti berbual. Mereka bergerak ke sana terlebih dahulu manakala aku membantu Asyraf Iskandar menyusun hadiah-hadiah yang diperolehi ke dalam kereta. Banyak juga muat-muat sahaja bonet keretanya ini.

Aku melambai ke arah Abang Fazrul A.K.A abang kantin yang paling kacak di sekolah ini. Dia membalas lambaianku dan terus tertawa.

"Amboi sukanya dia lambai-lambai ni."
Kata Asyraf Iskandar apabila dia sudah masuk ke dalam kereta.

"Hehe sorry boss. I love you."
Balas aku dan terus tersengeh kepadanya.

"Kiss ada tak?"
Soalnya merenung dengan renungan yang ah! Aku pun tak tahu nak kata kan bagaimana.

"Nanti dekat rumah boleh? Jom lah lapar ni. Lepastu abang kena bagi hadiah dekat Aisyah sebab Aisyah dapat straight A's. "

"Aisyah pun kena bagi hadiah dekat abang. Baru lah fair and square."

"Abang nak hadiah apa?"
Soalku curious.

Tanpa membalas pertanyaanku dia terus mengenyitkan sebelah matanya. Aku sudah mula gugup dan berdebar. I hate this feeling! Aku hanya mampu ber'huhu'.

Duduk pun sudah tidak selesa lagi. Lain macam rasanya. Haih abang ni!.

Usai makan,masa kami dihabiskan dengan berjalan-jalan sekitar bandar. Bonding time gitiuw. Masa ke masa berjalan akhirnya tiba saat kami berpisah. Sedih pun ada juga sebab bukan selalu akan berjumpa lagi-lagi bila semua ada hasrat untuk menyambung pelajaran.

Asyraf Iskandar menarik tangan aku untuk masuk ke semula ke dalam pusat membeli-belah tersebut. Aku yang tertanya-tanya hanya mengikut langkahnya.

"Nak pergi mana ni."
Soal aku cuak.

"Kita luangkan masa sama-sama pula. Tadi kan sayang dengan kawan sekarang ni dengan abang."
Jelasnya dan baru lah dia memperlahankan langkahnya.

Aku hanya mengikutnya. Banyak juga mata-mata yang memandang ke arah Asyraf Iskandar. Aku menoleh ke arahnya yang sedang membelek pakaian. Patutlah orang pandang rambut bukan main kemas,janggut halus dengan lengan baju yang disingsing.

"Abang kita tak balik rumah mama ke?"
Soal aku kepadanya.

"Nanti malam kita dinner dengan mama,baba,ibu,ayah,Alif,Nurah sekali."

Aku yang teruja hanya menguntumkan senyuman. Selesai berjalan bersama kami pulang bersiap untuk makan malam bersama keluarga nanti. Asyraf Iskandar mengenakan kemeja putih bersama seluar jeans Levi's nya. Begitu juga dengan aku. Dia yang mahu sedondon.

Aku membetulkan tudung aku yang sedikit senget disapa angin pantai di Batu Pahat ini. Nyaman sekali suasana pantai walaupun hari sudah malam. Aku duduk di tempat yang telah ditempah Asyraf Iskandar. Di mana keluarga kami?. Aku sudah mula pelik.

Aku mencari kelibat Asyraf Iskandar yang tadinya sedang berada di kaunter tetapi kini lesap. Jantung aku mula berdebar. Kenapa abang tinggalkan Aisyah !.

"Happy 12A's plus sayang abang."
Kata satu suara di tepi pantai.

Aku terus memusingkan kepala. Meja untuk
Kami sekeluarga telah dihias cantik. Belon-belon menghiasi keliling meja berserta fairylight. Orang yang aku sayangi sedang duduk di sekeliling meja. Terharu.

Empangan air sudah pecah berjujuran ke pipi. Aku terus berlari ke arah mereka dan memeluk seorang demi seorang. Asyraf Iskandar aku peluk tanpa segan silu.

"Tahniah sayang mama."
Kata Puan Hazila kepada anak perempuannya sambil menarik pipi putih gebu Aisyah Huzairah.

"Nanti claim hadiah dekat baba tau."
Kata Encik Syed Adam kepada satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga itu.

"Abang malas nak simpan lama-lama. Nah ni hadiah dari abang dengan Kak Nurah."
Kata Alif Zafran sambil menghulurkan kotak hadiah. Baru sahaja aku ingin melihat apa isinya,abang terlebih dahulu melarang dan menyuruh aku membukanya di rumah nanti.

Aku seronok berkumpul begini. Makan bersama,berkongsi cerita bergelak tawa. Indah sangat. Asyraf Iskandar meyenggol bahu aku sewaktu aku ingin menyedut air kelapa yang berada di hadapan mata ini.

"Kenapa ?"
Soal aku kepadanya seakan-akan berbisik.

"Hadiah abang jangan lupa."
Ujarnya dengan selamba.

Aku hanya tersengeh hambar. Apa yang dia mahukan? Aihhh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience