Bab 5

Romance Completed 15301

"Nak apa?. "Kata ku kasar terhadap arsyad. Arsyad merupakan pelajar cemerlang sekolah yang sebaya dengan aku dan senior yang paling diminati ramai. Huu. Tetapi aku tak suka kan dia sebab dia saiko. Dia minat kan aku sejak aku tingkatan 3 dan sejak dari itu dia asyik kacau aku. Ada sekali tu dia hampir memeluk aku sewaktu tiada orang didalam kelas. Gila ke!. Aku trauma dengan dia. Pasal hal hampir dipeluk tu aku diamkan sampai sekarang. Tiada siapa yang tahu.
"Kasarnya ." Katanya sambil menghenyakkan punggungnya di sebelah ku.
"Sana lah. Sibuk je. "Aku benar berharap supaya Cikgu Asyraf ada disini sebagai penyelamat hua!.
"Alah Aisyah ni. Saya dah lama perhatikan awak dari sana. "Katanya sambil menunjuk ke arah sekumpulan remaja yang aku perhatikan tadi. Aku sudah tidak senang duduk apa bila matanya sudah merenung dari atas hingga ke bawah tubuh ku. Aku cuba bangun melepaskan diri tetapi pergelangan tanganku erat dipegang. Sakit sungguh sakit hua!
"Eh lepas lah apa ni. Ya allah kata ku sambil cuba untuk meloloskan diri. "
Dan ya!
"Arsyad?. "Kata Cikgu asyraf seakan datang menjadi penyelamat.
"Eh Cikgu, buat apa sini. "Katanya sambil perlahan-lahan melepaskan tangan aku.
"Saja keluar ambil angin bujang hahah. "
Arsyad turut tergelak sama.
"Ok lah Cikgu saya balik dulu ya. "
Cikgu Asyraf hanya mengangguk dan memerhatikan Arsyad pulang. Aku yang dari tadi mengigil ketakutan sedikit lega. Mata sudah terasa panas menahan takungan air mata tetapi cuba ditahan. Tangan yang sudah mula bertukar merah aku pegang erat.
"Mari Huzairah kita balik ya." Kata Cikgu Asyraf seakan memujuk.
Tanpa mengangguk aku terus berjalan sebelahnya dan masuk ke dalam kereta. Beberapa minit perjalanan air mata yang ditakung dari tadi mengalir dengan jaya dan lajunya. Aku cuba mengalihkan pandangan ke luar tingkap bimbang jika Cikgu Asyraf nampak nanti. Tetapi masalah aku ini, aku tak akan dapat sembunyikan tangisan. Hidung aku akan berair dan akan cepat dikesan sesiapa sahaja jika aku menarik nafas kerana hingus terikut sama.
"Arsyad pernah buat lebih dari pegang awak? . "
Soalan yang ditanyakan Cikgu Asyraf dibiarkan melayang begitu sahaja. Sungguh aku tidak perasan akan soalan itu. Aku termenung sejenak.
"Aisyah. ?" Soal Cikgu Asyraf yang buat pertama kalinya dia menyebut nama Aisyah. Aku terus menoleh ke arahnya. Ha! Aku lupa yang mata sedang merah dan berair. Sisa tangisan tadi masih ada.
"Balik tangan letak ubat. "
"Boleh cerita dengan saya tak?. Saya boleh ambil tindakan saya cikgu. "
Masa yang aku tunggu, memang aku ingin meluahkan pada seseorang tapi tidak tahu siapa. Cikgu Asyraf pula menawarkan dirinya untuk mendengar masalah aku.
"Dia pernah cuba untuk peluk saya masa semua tiada dalam kelas. Cikgu ingat tak yang saya lambat masuk ke bilik sejarah sebab dia lah. Saya trauma cikgu. Saya risau kalau saya beritahu cikgu nanti dia akan menjadi lebih agresif."
Cikgu Asyraf hanya mendiamkan diri. Otaknya ligat memikir apa tindakan yang sesuai untuk Arsyad. Dia masih tiada bukti yang kukuh walaupun Aisyah sudah menangis. Iya lah kan itulah undang undang sekolah. Mesti ada bukti susah juga.
"Kita tengok dulu apa tindakan dia lepas ni ya. kalau dia melebih saya akan ambil tindakan secepat mungkin dan lagi satu esok kelas tambahan dekat bilik sejarah ya cakap dengan kawan-kawan yang lain. "
"Ok cikgu.. ".

Pagi tidak malu untuk memunculkan dirinya. Kejadian semalam masih segar bugar di otak aku. Langkah aku atur untuk masuk ke dalam bilik mandi. Selesai mandi aku menyarungkan uniform sekolah serta tudung. Tudung dirapikan di hadapan cermin. Aku duduk di bangku bilik. Telefon dibuka satu persatu pesanan mesej dari Whatsapp masuk.
'Cikgu Asyraf'
*selamat pagi, nanti kita ada majlis hari jadi pengetua. Minta tolong pengawas -pengawas berikan kerjasama siapkan majlis ya. Awak pengacara.
Pesanan ringkas oleh Cikgu Asyraf aku baca. Padat sungguh isinya. Jam6.45 pagi aku turun ke bawah untuk sarapan. Aku lihat abang dan baba sudah berada di meja makan menunggu makanan untuk dihidang.
"Selamat pagi princess!. "Kata mama, baba dan abang serentak. Aku yang tadi mengantuk terus menjadi segar dengan permulaan yang baik. Mereka tiap-tiap pagi akan mengucapkan selamat terhadap aku untuk mengelakkan aku menjadi 'moody'. Aku membalas sambil tersenyum lebar.
"Abang nanti hantar awal sikit ea. "Pintaku pada abang sebaik sahaja menghenyakkan punggung di hadapan baba.
"Haah elok la, abang pun kena pergi kota tinggi kejap lagi. "
"Aik? Out station ke?. "
"Survey family day bulan dua belas. Lepas adik habis spm. "
"Oh haah iyalah. "
Aku terus mengunyah bijirin jagung itu. Ini Aisyah lah, pagi pagi tidak akan makan nasi. Bukan kerana diet atau apa-apa tetapi memang tidak boleh. Jika makan nasi nanti mulalah perut memulas- mulas terpaksa lah dia memakan segala jenis mi dan bijirin.
Usai makan, aku menyalami mama dan baba lalu masuk ke dalam kereta. Abang sibuk membetulkan rambutnya di cermin sisi kereta.
"Dik, Adik ok semalam?. "
"Ha??. "Soalku kepada abang semula. Pagi -pagi otak memang lembab huhu.
"Asyraf kata kat abang semalam yang..
Sebelum abang menghabiskan kata -katanya aku terus berkata
"Shh shh shh. Adik tidak mahu ingat lagi pasal tu. "
"Sorry abang memang ada hal. "
Aku hanya mengangguk tanda faham. Ya lah orang sudah berkerja dan sibuk dengan persiapan untuk berkahwin pula. Memang sibuk tahap kuasa dua lah gamaknya.

Tepat jam 7.00 pagi aku tiba di perkarangan sekolah. Selepas menyalam abang langkah diatur pula untuk masuk ke dalam sekolah.
"Wei aisyah". Sapa Diyana teman baik aku dari belakang.
"Yo jemah. Apa hal datang awal. "
"Saja. Ni kau datang awal ada majlis apa. "
"Birthday pengetua gaiss. "
Kami berjalan beriringan masuk ke dalam sekolah ,seperti biasa aku akan terus ke kantin untuk membeli susu dutch lady dan Diyana akan membeli sedikit makanan untuk dia mengunyah ketika belajar nanti.
Sedang aku menunggu mak cik kantin untuk datang melayan, aku berdiri membelek belek roti di kaunter. Emp! Wanginya bau, macam kenal. Kata hati ku sambil menghidu bauan 'perfume' dari siapa entah. Tiba -tiba pula aku rasa macam ada orang berdiri di sebelah. Aku memalingkan muka memandang ketepi, lah itudia jejaka idaman malaya.
Syarif fizhan budak kelas sebelah yang juga sukakan aku. Dia kacak, kemas, bergaya. Hm semuanya lengkap. Ramai juga suka kan dia tapi dia tolak disebabkan dia suka aku sahaja. Cliche sangat Syarif ni. Tapi dia baik dia tak ada lah macam Arsyad yang syco gila kentang tu. Apa salahnya kalau aku terima dia kan? Hahah.
"Assalamualaikum. Good morning asya"Kata Syarif kepada aku yang dari tadi memandangnya.
"Waalaikumussalam. Morning too Syarif. "
Aku suka dia. Dia sahaja yang panggil aku Asya, unik lain daripada yang lain hehe.
"Awal awak datang?. "
"Well pengawas bertauliah kan kahkah. "
"Sudah lah tu haha. Awak nak beli apa?. "
"Susu dutchlady"
"My treat. "
Aku hanya tersenyum dan mengambil susu kotak kesukaan sendiri. Ucapan terima kasih menamatkan perbualan antara aku dan Syarif. Aku terlupa yang aku ke kantin bersama Diyana ,aku lihat Diyana sedang elok duduk sambil menunggu aku, aku hanya tersengeh.
"Dah habis date belum.?"
"Eh kau hahah. "
"Kata nak prepare majlis?. "
Itudia! Aku terlupa pasti Cikgu Asyraf sedang menunggu aku. Cis! Kenapa aku boleh terlupa buat masalah betul lah kau ni Aisyah. Aku terus berlari meninggalkan Diyana di belakang. Sesusuk tubuh sedang tegak berdiri di hadapan aku sekarang. Ya Cikgu Asyraf, matilah aku!.
"Dating sampai lupa tugas?. "
"Maaf cikgu.. "
Kecil rasa hati ini bila dimarahi Cikgu Asyraf. Kalau dengan orang lain tak ada lah aku emosi begini, tetapi kalau dengan dia semua segala angin masuk ke dalam badan aku. Mahu saja aku menangis walaupun memang salah sendiri.
"Mc saya dah tukar. "Tegas nadanya.
"Tapi.. Bukan ketua ke yang berucap.."
"Saya dah tukar dengan izka. "
Aku hanya mengangguk dan meninggalkan Cikgu Asyraf bersendirian di balik tembok bangunan akademik berhampiran dengan bilik bahasa ingeris. Beg aku hempas ke lantai tanpa sebarang kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience