Bab 4

Romance Completed 15301

Cuti hujung minggu sudah berlalu bermakna kemurungan yang aku hadapi kerana tidak dapat balik ke rumah sendiri sudah hilang. Yeay!. Perkara pertama yang aku cari ketika sampai di rumah semestinya telefon bimbit ku. Kesian baby IP I tinggal u dua hari. Omel hatiku. Telefon mudah alih iphone 6s aku belek. Rindu nya huhu. Teruk betul rindu dekat benda yang tidak hidup.

Aisyah Huzairah binti Syed Adam!. Teriak mama dari bawah. Aduh kenapa aku boleh tak dengar mama panggil dari tadi. Nama panjang dah keluar mesti kena kejap lagi ni. Oh ya, aku belum cerita lagi kan pasal baba. Baba selalu outstation. So jarang jarang dia ada di rumah. Kalau sudah cuti, memang lama. Kadang baba cuti sehingga dua -lima bulan.
Langkah diatur untuk turun dari tangga. Aku berlagak tenang dan menuju ke arah mama di dapur.
"Ya".
"Mama panggil tak dengar. Pergi siap abang nak ajak adik pergi mana entah. "
"Iya lah. Itu je jerit punya panjang. "Kata aku yang cuba berseloroh.
Mama hanya menunjukkan buku lima terhadap ku sambil tersenyum. Aku melajukan langkah keatas untuk bersiap. Ikut kan ajalah permintaan abang seorang ini. Kami dua beradik sahaja lagi pun. Abang dan aku memang rapat. Kami saling lindung melindungi. Aku kenakan seluar jeans bersama baju plain mint lengan panjang dan tudung bercorak. Selesai bersiap aku mencapai beg tangan, jam, dan handfon.

"Mama abang mana?. "Tanya aku sebaik sahaja habis melangkah dari tangga. Mama yang sedang khusyuk mengemas barang sekadar memberi bahasa isyarat yang menunjukkan abang di depan. Aku hanya mengangguk dan berlalu pergi.
"Lamanya. "Kata abang sambil membelek kereta Honda civic miliknya. Atas usahanya berkerja, dapatlah apa yang diimpikannya.
"Mana ada kejap je kot. "
"Ambil kan kasut abang. "
Aku menghulurkan kasut nya. Setelah selesai menyarung kasut aku masuk ke dalam kereta.
"Nak pergi mana bang?. "Kata aku.
"Ada lah. "
"Alah bagitahu jelah. Bagitahu lah bagitahu lah. "
"Benda sia kau ni hahaha. Tengok je ah kita pegi mana ea dik. "
"Ah kau. Tah tah pegi kedai depan je. "
"TAKDELAH. "

Pedal minyak ditekan. Kereta abang meluncur laju diatas jalan raya. Arah kereta abang seperti ingin ke Bandar Kluang. Aku hanya diam melayan lagu lagu yang dimuntahkan radio dari tadi sambil tangan memegang telefon dan melihat barangan atau perkembangan semasa yang aku minat di Instagram ataupun Fac. Tupp! Jari aku terhenti pada suatu gambar. Itu dia. Itu dia..
"Abang! "Aku menjerit kecil.
Abang yang fokus memandu di sebelah terus memalingkan kepalanya.
"Apa hal kau dik?. "Katanya sambil membuat muka tidak puas hati.
Aku menghulurkan telefon kepada abang. Nasiblah masa itu lampu merah. Jadi boleh lah abang melihat gambar itu.
Aku lihat abang mengeluarkan tawa. Cis! Bukannya nak back up adik dia seorang ni. Yang cikgu Asyraf ini pula dah kenapa. Dia post gambar aku semasa makan kelmarin. Mujurlah tidak nampak muka hanya tangan dan sudu yang aku pegang. Berkapsyen "future" pula tu. Ah nak sahaja aku menyerangnya sekarang!. Pandai sungguh dia mengambil gambar aku secara rahsia huaaaa!.
Aku melihat abang masih dengan sisa sisa ta wa nya.
"Abang restu. Mama pun restu. Baba pun mesti restu hahahahahhapa
"Abang.. Nasihatkan sikit member abang tu. Adik student lagi. "Kata ku bagaikan kecewa. Aisyah huzairah memang suka "berdrama". Semua lakonan nya menjadi hehe.
"Rileks ah dik. Habis spm adik, abang kahwin adik tunang ea. Hehe"
"Sudahlah bang. Aku geram dengan kau. Ni nak pergi mana sebenarnya?. "
"Cari durex. "
"Kepala hangguk kau!"kata ku sambil tertawa berdekah dekah. Inilah sikap kami adik beradik bergurau kadang kadang terlebih lucah.
"Banyak tanya sangat. Abang nak kau teman abang cari tudung bridesmaids. Kak nurah tak ada. So dia suruh abang cari dengan kau. "
Aku sekadar mengangguk dan membuat muka bersahaja.

-------------------------------
Asyraf menanda kertas soalan yang bertimbun. Matanya sudah kelat walaupun hari masih siang. Apa kan daya, tugas sebagai guru harus diselesaikan. Kertas yang bertimbun dari tadi sudah mula berkurangan dan..
"Yeah! Finally I'm done. "Jeritnya setelah selesai menanda. Peralatan yang digunakan dimasukkan semula ke dalam beg. Kertas-kertas yang sudah ditanda disusun rapi ditepi meja. Memo dibuka untuk melihat jadual untuk esok.
-8.00 pagi mesyuarat guru pengawas
-10.00 pagi rehat.
-11.30 pagi kelas 3 dedikasi.
-4.00 petang kelas tambahan sejarah 5SA
Fuh, padat kau jadual aku esok. Nasib baik masuk satu kelas je esok. Ada pulak tuisyen kelas Huzairah my future. Bebel Asyraf sambil tangan laju mengambil air cond controller dan mematikan nya. Langkah diatur untuk keluar dari bilik berkerja. Tv diruang tamu dihidupkan. Oh bosannya hidup bujang. Luah Asyraf. Dia menyusun langkah untuk naik ke atas semula mengambil dompet dan tele fon untuk keluar mengambil angin bandar Kluang.
Tiada arah yang hendak dituju Asyraf. Fikir punya fikir dia menetapkan ingin ke Tasik putih kluang untuk melepak. Ramai kanak kanak bermain disini bersama keluarga mereka meluangkan masa bersama. Cuaca pun nampak baik sahaja, memang ramai lah dekat tasik ni. Kata Asyraf di dalam hati. Ada juga remaja remaja yang melepak berbual kosong. Ada yang memandang tepat ke arahnya tanpa henti. Orang bujang "handsome" memang begini agaknya hahaha
Asyraf menghenyakkan punggungnya di atas bangku berhampiran tasik. Tiba tiba bahunya ditepuk seseorang. Asyraf memusingkan badan dan..
"Hui, jumpa lagi hahaha"kata Alif yang merupakan abang Aisyah Huzairah.
"Eh kau mana mana je ada. Dari mana lip?"
"Cari tudung bridesmaids dengan adik. Nurah tak dapat teman aku. "Kata nya sambil menunjuk ke arah Aisyah yang berdiri betul betul di belakang nya.
"Oh la ye ke. Nak kahwin dah kau kan. Aku bila lagi hahaha. "Kata Asyraf cuba untuk berseloroh.
"Sabar sikit je lagi. "
Tiba tiba tele fon Alif berbunyi. Dia mengangkat panggilan dan berganjak lebih jauh dari Asyraf dan Aisyah. Selepas beberapa minit dia kembali.
" Asyraf tolong hantar adik aku balik boleh tak. Aku ada hal lama rasanya ni kalau nak ba wa dia. Tolong eh. "
"No problem bro. Mama tahu tak?. "
"Kejap lagi aku call mama. Terima kasih. Bye dik. "
Aku hanya terkebil kebil disitu. Abang tak guna huaa!. Aku tidak tahu sama ada dia sengaja atau benar benar ada hal. Bengang woi bengang. Aku melihat Cikgu Asyraf masih duduk di bangku tadi. Aku tidak mahu menumpang dia. Jadi aku memusingkan badan dan melajukan langkah untuk pergi ke dataran. Punggung aku henyakkan di atas bangku bersebelahan jam besar. Aku duduk diam memerhatikan remaja menengah rendah sedang melepak dan bergurau senda.
"Aisyah "
Aku terus memusingkan kepala selepas terdengar panggilan tersebut. Tup! Ha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience