Bab 12

Romance Completed 15301

'Ya Allah,kau yang maha pengasih dan penyayang satukan lah hati kami Ya Allah permudahkan lah urusan kami. Sesungguhnya cinta halal itu indah Ya Allah. Lembutkan hati insan yang bernama Aisyah Huzairah untuk menerima diriku Ya Allah. '

Asyraf Iskandar meraup wajahnya beberapa kali. Dia bangun daripada duduknya. Senyum dilemparkan kepada beberapa jemaah masjid yang duduk berehat ada yang membaca ayat suci Al-Quran.

Dia melangkah keluar dari masjid dan berlalu ke arah kereta. Tiada lagi bayangan Aisyah tengah memakai tudung agaknya. Asyraf Iskandar masuk ke dalam perut kereta terlebih dahulu. Nyaman rasa bila penghawa dingin yang dihidupkan menyapa tubuh. Panas sungguh cuaca tengah hari ini.

Lama lagi ke Aisyah ni?. Soal Asyraf Iskandar di dalam hati. Telefon pintar dicapai untuk menjawab panggilan yang masuk.

"Assalamualaikum Asyraf ."
Tenang bila mendengar suara milik Puan Hazila mama Aisyah.
"Waalaikumussalam,ya cik."
"Kamu berdua di mana? "
"Ada tengah berjalan-jalan di Melaka."
"Amboi jauhnya bawa lari bakal isteri?."
"Hahah tak ada lah, Aisyah request nak jalan luar dari Kluang. Asyraf bawa ke sini lagipun dah lama Asyraf tidak ke sini."
"Iya lah . Jaga Aisyah ya? Cik Ila percayakan Asyraf. "
"Baik Cik ila inshaAllah."

Sebaik sahaja panggilan tamat muncul bayang Aisyah Huzairah menuju ke arah kereta.

"Maaf lambat."
Sebaris ayat daripada Aisyah sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta.
"Tak apa , ada apa-apa tinggal tak dalam masjid?."
Soal Asyraf Iskandar kepada Aisyah Huzairah.

Aisyah Huzairah membelek-belek beg tangan miliknya.
Hmm ,tak ada rasanya .

"Okay, kita gerak sekarang."
Kata Asyraf Iskandar .

"Tadi ada baby tu comel,ibu dia nak sembahyang tak ada orang jaga kan. Saya tolong lah jagakan bagi dia susu. Comel bulat."
Ramah Aisyah bersuara. Budak-budak memang melekat dengan dirinya dari dulu lagi.
"Wahh, bestnya. Bestkan bau baby saya dah lama tak bau baby."
"Bestt wangi."

Kau perasan tak?. Perasan tak yang Asyraf Iskandar ini pandai melayan perempuan. Dengan perempuan lain dia tak ada lah layan begini. Cuba kalau dengan Aisyah Huzairah?. Manis sekali layanan nya.

"Sampai."
Kata Asyraf Iskandar dan terus menarik brek. Parkir banyak kosong senang je.
Dataran Pahlawan,Melaka.

"Mata Aisyah sudah bercahaya bila dia melihat pusat membeli-belah tersebut. Omg. Guess what, Mall Melaka ini dah ada SEPHORA. "

"Jom,jom saya nak shopping."
Kata Asyraf Iskandar kepada Aisyah Huzairah yang sudah tidak duduk diam.
Minat yang sama kah kami?. Lagi sekali.

Selepas memasuki dan membeli beberapa barang di kedai-kedai tadi,kaki Aisyah Huzairah sudah berasa lenguh. Baru teman Asyraf Iskandar sahaja yang beli baju belum 'turn' dia lagi. Cerewet juga Asyraf Iskandar dalam bab penampilan ini. Yang itu tak mahu,yang ini tak mahu.

Sementara Asyraf Iskandar membelek-belek baju disuatu sudut,Aisyah Huzairah mengambil kesempatan itu untuk mengambil gambar 'mirror selfie'.

Tidak sangka gerak-gerinya dari tadi diperhatikan oleh Asyraf Iskandar.
"Tak mahu tangkap gambar dengan driver awak ke."
Soal Asyraf Iskandar memerli.
"Sini meh sini."
Kata Aisyah Huzairah memanggil Asyraf Iskandar untuk mengambil gambar bersama.
"Guna telefon saya tau."
"Ye lah cikguu."

Beberapa gambar diambil kemas. Gambar swafoto Aisyah Huzairah juga berada di dalam telefon milik Asyraf Iskandar.

Aisyah Huzairah masih duduk sementara Asyraf Iskandar memilih baju.
Haih lama betul lebih baik aku yang pilihkan.
Seraya dengan itu Aisyah Huzairah bangun menuju ke arah Asyraf Iskandar yang sedang ralit memilih baju

Dia memilih beberapa helai baju yang berkenan pada mata dan meminta Asyraf Iskandar untuk mencuba baju itu.

"Ha kan handsome tu ,ambil baju ni dengan baju ni ok. "
Kata Aisyah bersahaja. Tidak perasan mungkin kata-katanya itu sudah cukup membuat Asyraf Iskandar tersenyum.

Cantik juga baju-baju yang dipilih Aisyah ini.

"Wife ke?."
Soal cashier semasa Asyraf Iskandar ingin melakukan pembayaran.
"Tunang ."
Kata Asyraf Iskandar kepada cashier bersarung tangan putih ,berambut 'blonde' dan berbaju hitam tersebut.
"I see,sesuai sangat tengok u dua orang ni dari tadi i perhati comel haha."
"What,haha thank you."

Cashier tersebut hanya tersenyum. Kacak sekali lelaki yang sedang membayar ini. Dipadankan pula dengan gadis cantik itu.

Selesai membayar permintaan Aisyah untuk ke 'SEPHORA' pula dituruti.
Setelah 1 jam Aisyah di dalam kedai itu akhirnya,dia bertemu jua dengan barang yang dicari. Beg duit Aisyah keluarkan untuk membayar tetapi cepat-cepat dihalang oleh Asyraf Iskandar. Come on. Bukan selalu dapat belanja Aisyah.

"Cikgu ni ,mahal kot biarlah saya bayar sendiri. "
Omel Aisyah Huzairah sebaik sahaja mereka keluar dari kedai tersebut.
"Bukan selalu belanja awak. Sekali-sekala untuk bakal isteri."
Sahaja dipekatkan perkataan 'bakal' tersebut.

"Jom lepak-lepak kedai makan depan tu,saya nak bincang pasal kita."
Kata Aisyah Huzairah.
Ajakkannya diterima oleh Asyraf Iskandar kerana perutnya telah mula berkeroncong.

Sesudah makanan yang dipesan sampai Aisyah menjamah sedikit lalu mengumpul tenaga dan menyusun ayat untuk berkata-kata.
Asyraf Iskandar merenung wajah Aisyah Huzairah sedalam-dalamnya.

Aisyah yang perasan kelakuan Asyraf Iskandar terus berhenti makan.
"Awak nak cakap apa Aisyah?."
Soal Asyraf Iskandar dan masih lagi merenung mata Aisyah Huzairah.

Jantung Aisyah sudah mula berdegup kencang. Darahnya bagaikan mengalir laju. Aisyah menarik nafas.
"Kahwin sebab jaga saya tau."
"saya kahwin kerana Allah juga Aisyah, tanggungjawab seorang suami kan memang untuk lindungi isterinya. Hidup tujuan kita semua kerana Allah."

Aisyah Huzairah terkedu. Benar sekali kata-kata Asyraf Iskandar. Ya Allah sesungguhnya lelaki yang berada di hadapan ku ini memang jodoh ku,permudahkan lah Ya Allah. Jaga kan dia Ya Allah.
Tenang Aisyah bersuara di dalam hati. Dia tersenyum nipis baru sahaja dia ingin membuka mulutnya tiba-tiba ada sepasang pasangan sedang berlalu ke arah mereka.

"Hei Asyraf."
Soal seorang lelaki berkumis nipis dan berkaca mata.
"Lahh,boleh terjumpa kau pulak Afzan."
Balas Asyraf Iskandar kepada teman kampusnya dahulu. Mereka terpisah kerana sekolah yang diberi jauh. Asyraf Iskandar di Johor dan Afzan pula di Perak. Masing-masing dapat tempat kelahiran yang benar.
"Hahah ,sihat bro?. Kenal tak ni orang rumah aku Qashriena."
" eh mesti lah kenal,hahah. Kenal kan ni bakal orang rumah aku,Aisyah. "

Qashriena tersenyum dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Aisyah Huzairah.
Huluran disambut senyuman juga diberi.
"Ada apa-apa ke kau datang sini ?."
Soal Afzan.
"Saja jalan-jalan, kau? Honeymoon ke?."
"Hehehe ok lah aku gerak dulu ."

"Baru kahwin ke dia orang?."
Soal Aisyah Huzairah.
"Haah, dua minggu lepas. Cantik kan orang rumah dia ?. "
"Tak elok puji bini orang lah ish. "
"Jeles lah tu?. Dah jom pergi pantai."

Angin pantai yang menyapa wajah Aisyah Huzairah amat menenangkan sekali sudah lama dia tidak menjejakkan kaki di pantai. Em indah rasanya. Dia menghenyakkan punggung ke atas pasir pantai yang lembut itu. Wajah didongakkan memandang langit. Indah ciptaan mu Ya Allah.

Baru Aisyah Huzairah teringat yang dari tadi dia langsung tidak mengendahkan telefon pintarnya.
'200 messages from 4 conversations.'
Notifikasi whatsapp muncul. Aisyah Huzairah
Melihat satu persatu mesej yang masuk.
Nombor tidak dikenali?.
Hati Aisyah sudah mula berdebar-debar.
Dia menekan mesej yang masuk.
*Aisyah,awak makin cantik ya?*
*berjalan dengan cikgu kita dulu itu lah pakwe awak ye?.*
*best kan duduk tepi pantai?*

Allah!. Siapa ini Aisyah sudah mula berdebar-debar. Cikgu kenapa lama sangat beli air ni .
Aisyah Huzairah terasa diperhatikan dia duduk diam tidak berani ingin memusingkan kepala ke belakang. Tiba-tiba..

"Nah Aisyah maaf lambat ramai orang tadi saya beli sandwich ni sekali macam sedap je."
Kata Asyraf Iskandar sambil menghenyakkan punggungnya di sebelah Aisyah Huzairah.

Wajah pucat Aisyah Huzairah ditenung Asyraf Iskandar. Peluh mula merenek di dahi Aisyah Huzairah. Nafas nya sudah mula teratur kerana kehadiran Asyraf Iskandar.
"Aisyah awak kenapa ni? Pucat ni?."

Aisyah Huzairah menggeleng. Air yang dihulur oleh Asyraf Iskandar disambut Aisyah.

"Jangan tipu saya Aisyah."
"Cikgu...."
Kata Aisyah dan terus menunjukkan pesanan 'whatsapp' yang misteri tadi.

Sejurus membacanya Asyraf Iskandar menarik keluar telefon pintarnya.

"Ni nombor Arsyad ni. "
Tegas Asyraf Iskandar bersuara.
Aisyah Huzairah sudah tidak keruan.
"Balik lah macam ni,".
Pinta Asyraf Iskandar.
"Tak nak, jangan lah disebabkan mesej Arsyad ni saya tak dapat makan sedap sedap dekat melaka ni."
Kata Aisyah sambil membuat wajah comel.

Oh Aisyah,cepat lah sikit kita kahwin saya dah cukup geram dengan awak ni. Monolog hati Asyraf Iskandar.
"Nak makan apa lagi."
Kata Asyraf Iskandar dan terus duduk semula di sebelah Aisyah.
"Ikan bakar.!"
Teriak Aisyah halus.
"Alamak,ikan bakar kedainya buka malam lah Aisyah. Saya tak biasa bawa anak orang keluar sampai malam."
"Alaa..Cikgu bodek mama lah."

"Hm,Aisyah saya nak cakap sikit boleh?."
"Apa dia.?"
"Tak payah lah panggil saya cikgu lagi."
"Habis nak panggil apa ? Sayang? Abang? Baby?."
Tawa Asyraf Iskandar meletus. Hm indah sekali bila dapat mendengar tawa lelaki ini.
"Apa- apa je lah Aisyah , panggil nama sudah la nanti kahwin nak panggil apa apa je boleh saya lagi suka."
"Mengada lah. Jom balik? Dekat Kluang ada ikan bakar juga berhampiran dengan kedai kawan saya murtabak tu."
"Em jom lah nanti mama boleh open table duit habis dah ni."
Kata Asyraf Iskandar sambil sekali lagi tertawa.
"Kena ajak mama ke? Baru nak dating?."
"Kalau awak nak dating ok juga . Dah jom jom . "
"Dua tiga gambar dulu baru balik ."
Pinta Aisyah Huzairah.
Asyraf Iskandar tersenyum akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience