Bab 23

Romance Completed 15301

Aku menolak daun pintu bilik. Kelihatan Aisyah Huzairah masih berselimut dan lena tetapi wajahnya terpampar rasa sakit.

Badannya aku gerakkan sedikit untuk memberinya makan ubat.

"Aisyah,bangun sayang. Abang dah balik ni."

Aisyah Huzairah berpaling ke arah suara itu. Oh syukurnya dia dah balik!.
Dia cuba untuk duduk tetapi kepalanya yang sedang sakit menghalangnya untuk membuat apa-apa.

"Abang,Aisyah dah masak. Abang makan lah ya?. Aisyah nak rehat sekejap sakit kepala."
Kata Aisyah Huzairah kepada suaminya.

"Tak nak. Aisyah makan ubat ni dulu. Lepastu makan bubur abang ada buat sikit."

Asyraf Iskandar membantu aku untuk duduk. Setelah menelan ubat,mulut aku disuakan sudu berisi bubur. Aku tenung wajahnya nampak penat. Ada yang tak kena ke hari ni di sekolah?.

Dengan hanya satu suapan aku berlari masuk ke dalam bilik air. Apa yang aku telan dimuntahkan. Perut terasa pedih yang amat sangat.
Oh ya baru teringat perut tak terima apa-apa lagi sejak pagi. Degilnya Aisyah!

Asyraf Iskandar mengusap belakang aku. Kemudian dia bergerak ke meja solek mencari ubat gastrik milik aku. Wajahnya sedikit berubah bila aku kata kan aku belum makan sejak pagi.

"Ubat habis ni. Pakai tudung ikut abang pergi hospital ambil ubat dengan check-up sekali. Degil dah tahu ada gastrik teruk tak mahu makan kenapa. "
Bebelnya sambil menyingsing lengan kemeja.

Aku hanya diam menilik lantai. Betul lah tu katanya. Tudung yang dihulur aku ambil. Tanpa disuruh Asyraf Iskandar mendukung aku masuk ke dalam kereta. Eh aku boleh jalan lah!

Sepanjang perjalanan ke hospital tiga kali aku muntah. Seksa rasanya kerana yang keluar hanyalah air.

Kelihatan Asyraf Iskandar sudah tidak senang duduk. Kelajuan yang dibawa tidak lagi 80 km/j.
Dia memandang aku berkali-kali penuh perasaan risau muncul pada wajahnya. Sorry abang.

"Puan Aisyah last makan bila ya?."
Soal Doktor Faliq rakan kepada Asyraf Iskandar.

"Malam semalam."
Balas ku lemah.

"Em terror betul bini kau ni Asyraf. "
Katanya kepada Asyraf Iskandar yang dari tadi tidak duduk diam.

Asyraf Iskandar hanya tersengeh.

"Makan ikut waktu yang ditetapkan tau. Ubat ambil dekat depan."
Kata Doktor Faliq.

Aku mengangguk dan terus keluar . Tak sanggup nak tengok muka penat suami sendiri.

"Nape tak nak makan yang.."
Katanya sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"Tak selera."
Balas aku mudah. Tiada semangat betul bila pandang makanan. Fikiran asyik melayang sahaja. Fikir apa pun tak tahu.

"Kenapa ni,ada masalah ke bagi tahu lah abang. Kita kan dah janji taknak berahsia."

"Balik lah. Aisyah nak rehat."
Kata Aisyah Huzairah tegang sekali.

Bagai ada situasi tidak kena diantara mereka. Aisyah Huzairah mendiamkan diri.
Asyraf Iskandar pula turut sama mendiamkan diri. Haih Aisyah awak kenapa ni.

Usai mandi,aku terus menunaikan sembahyang asar. Penat rasanya hari ini. Bermain emosi pula bersama isteri. Aisyah yang sedang lena diatas katil aku kerling. Perempuan uzur memang begini kah?.

Surat perletakan jawatannya sebagai cikgu kini diterima. Minggu ini minggu terakhir lah saya menjadi cikgu kacak cewah.

Wajah letih isterinya ditenung. Degil,comel,cantik,haih jatuh cinta betul dekat dia ni. Tangan Asyraf Iskandar mengusap-usap ubun-ubun isterinya.

"Sayang kenapa hari ni?. Jangan buat abang lama-lama macam ini. Abang rindu."
Luah Asyraf Iskandar kepada isterinya yang sedang lena.

Dia duduk di sebelah isterinya dan tanpa disedari terlelap akhirnya.

Wajah suaminya yang tidur posisi duduk itu ditenung. Hm rindunya dekat dia. Tu lah kau Aisyah ikut mood uzur sangat tu kenapa. Baru sahaja Aisyah Huzairah ingin menapak turun dari katil kerana ingin makan Asyraf Iskandar terlebih dahulu tersedar.

"Eh nak pergi mana?. Abang kacau Aisyah tidur ke?."
Kata Asyraf Iskandar sedikit gelabah.

Aisyah Huzairah tertawa melihat reaksi suaminya. Comel sungguh!.

"Eh tadi orang tu ye ye merajuk dengan kita. Sekarang dia gelak pula."
Sindir Asyraf Iskandar kepada isterinya.

Aisyah Huzairah masih ketawa terlekek-lekek.

"Aisyah lapar lah abang,nak turun makan ni. Abang rehat lah mesti penat sangat-sangat layan Aisyah hari ni."

"Tak lah tak penat. Abang teman Aisyah makan ye? Tunggu jap nak basuh muka."

Kepala digeleng berulang kali. Haih abang,abang.

Terlalu 'caring' pula aku tengok Cikgu Asyraf ni. Sampai semua benda aku tak boleh buat. Aku gastrik+demam je kenapa dia layan aku macam aku pregnant ni!.

"Aisyah tak pergi PLKN kan?."
Soalnya tiba-tiba ketika aku sedang meneguk air.

"Tak kenapa?."

"Saja tanya."

"Malas lah pergi. Mana boleh tinggal baby tua ni."

Asyraf Iskandar tersengeh-sengeh. Teruja mungkin dengan panggilan baby tu haha.
Sedang kami berborak telefon aku yang asyik berdering terpaksa di angkat.

"Ini Aisyah Huzairah?."
Soal seseorang di hujung talian.

"Ye saya Aisyah Huzairah. Boleh tahu siapa ni?."
Soal Aisyah Huzairah

"Oh thanks god finally. Firstly you tak perlu tahu I siapa. Can we meet?. Something important."
Kata seorang perempuan dari hujung talian.

"Sorry, saya tak keluar dengan stranger."

"Please Aisyah. This is important. Don't tell anyone yang kita jumpa. "

"Bila?."

"Tomorrow can?."

"InshaAllah. "

"Alright thank you. Location I hantar kemudian."

Aku terus mematikan talian. Siapa dia ?.
Aku memandang Asyraf Iskandar yang sedang menanti pernyataan dari aku. Kalau dia tahu mesti dia tak bagi aku keluar. Alasan apa ya?.

"Kawan Aisyah rupanya. Dia saja buat fake call."
Kata Aisyah Huzairah menipu!.

"Ye ke?. Macam pelik je?."

"Betul tak tipu. "
Kata Aisyah sambil mengangkat tangan tanda sumpah.

Asyraf Iskandar tertawa kecil kemudian dia menggosok kepala aku. Aku hanya tersengeh. Berdosanya rasa menipu. Kesian dia Argh!.

"Abang esok Aisyah nak pergi bandar sekejap eh?."
Pintaku berharap.

"Buat apa?."
Soalnya.

"Nak makan SangKaya dengan Saffiya."
Haih Aisyah menipu lagi.!

"Abang hantar ok."
Jelasnya sambil memandang dalam anak mata aku.

"Tak apa. Aisyah naik Grab. Lagipun esok abang ada meeting pukul 1 tadi Aisyah tengok jadual abang. "

Asyraf Iskandar teragak-agak untuk memberi keizinan ataupun tidak. Tidak di beri merajuk pula. Haih lah bini.

"Ya lah kalau macam tu. Setiap 15 minit chat abang. "

Aku hanya mengangguk. Petang kami di habiskan dengan berborak tentang aku. Ke mana aku lepas dapat 'result',sambung belajar mana,ambil bidang apa dan blablabla.

Wajah kacak Asyraf Iskandar aku tenung dalam-dalam. Saya jatuh cinta dengan personaliti awak,rupa awak hanya satu bonus. Acewah!. Janggut nipisnya,bibir bak merah delima,mata redup je.

Aisyah Huzairah well done!. Selamat datang ke alam perkahwinan fasa 'angau'.

"Eh abang punya fail merah sayang letak mana?."
Soalnya tiba-tiba membuatkan aku gelabah memandang ke arah lain.

"Ada je dekat bilik kerja abang. Aisyah tak usik."
Balas aku tenang sambil memandang air yang terhidang di depan mata.

"Okay. Abang naik sekejap eh nak tengok fail tu kejap."
Katanya sempat juga menghirup nescafe panas itu dan mengucup dahi aku. Alahai nak naik atas aje pun.

Aku hanya tersengeh tak ubah seperti kerang busuk. Cawan yang kosong aku angkat untuk dibawa masuk ke dalam. Pintu pagar ditutup dan aku terus berlalu ke arah dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience