Bab 18

Romance Completed 15301

Majlis bersanding mereka berjalan dengan lancar dan jayanya tanpa sebarang gangguan. Bagai pinang dibelah dua apa bila melihat raja sehari yang duduk tersipu di atas pelamin bertema 'Close Garden'.

Busana yang berwarna putih berhias permata disulami benang emas amat menambah seri pengantin. Cantik sekali.

Aisyah Huzairah dan Asyraf Iskandar pergi menyapa tetamu yang hadir. Tidak lekang senyuman dibibir. Sehinggalah kepada seseorang tetamu ini.

"Tahniah Asyraf. Dapat budak mentah ya. "
Kata Cikgu Syareena.

"Terima kasih reen. Kau bila lagi?."
Balas Asyraf Iskandar tenang.

"Tunggu kau sedia isi lagi satu kuota."
Kata Cikgu Syareena bersahaja dan terus keluar dari dewan tersebut.

Damn!. Tetamu tak guna. Agak lah doa yang baik-baik tak boleh ke?. Tak ada lelaki lain ke kat dunia ni sampai suami aku sendiri kau nak?. Dah kena 'reject' tu dah lah.
Monolog Aisyah didalam hati.

Asyraf Iskandar risau melihat air wajah isterinya sudah berubah daripada ceria menjadi suram. Apa ke patut Si Syareena tu cakap macam itu?. Astagfirullahalazim.

"Sayang, ok tak?."
Soal Asyraf Iskandar .

Aisyah Huzairah hanya mengangguk. Malas mahu memanjangkan cerita. Senyuman diukir tetapi tidak menjadi. Eh Aisyah! Kau cemburu ni!.

Asyraf Iskandar menarik kerusi dan menyuruh isterinya duduk.

"Abang minta maaf, Cikgu Syareena memang macam itu. "
Katanya sambil merenung wajah isterinya yang cantik. Solekan yang tipis sahaja sudah bertambah-tambah seri di wajah.

"Can you do me a favour?."
Soal ku sambil merenung nya kembali.

"Apa dia sayang?."

"Em.. Aisyah nak aaa..bb"
Kata Aisyah Huzairah masih tergagap-gagap mahu memanggil perkataan tersebut.

Asyraf Iskandar sudah mendekatkan wajahnya.
Wajah dibuat ala-ala miang.

"Apa dia sayang?."
Soal Asyraf Iskandar ditelinga isterinya. Walaupun bertudung,Aisyah Huzairah masih terasa geli.

"Aisyah nak.."

Baru sahaja Aisyah Huzairah ingin menghabiskan ayatnya,Abang Fakrul juru gambar untuk sesi bersanding terlebih dahulu memanggil kami untuk sesi bergambar.
Aku dan Asyraf hanya menurut.

---------------------------------

Kelikatan langit malam ini ditaburi bintang-bintang bersinar. Angin menyapa wajah yang sedang termenung di beranda bilik.
Asyraf,kau lelaki pertama yang mengajar aku erti cinta sebenar.

Dhanna Rania. Seorang gadis yang terlalu mengharap cinta dari lelaki yang bernama Asyraf Iskandar. Walaupun dia sendiri tahu dirinya hanya bertepuk sebelah tangan.

Bukannya dia tidak tahu yang Asyraf Iskandar hanya menganggap dirinya sebagai kawan dan sedikit pun tidak lebih dari itu.

Dhanna Rania seorang jururawat di sebuah hospital yang berada di daerah Kluang. Pertemuan kali pertamanya bersama Asyraf Iskandar adalah bila dia bertanggungjawab menghantar seorang murid kemalangan jalan raya.

Hati Dhanna Rania telah terjatuh bila melihat kekacakan dan kebaikan hati Asyraf Iskandar. Mereka berhubung sebagai kawan sehinggalah suatu hari Dhanna Rania meluahkan perasaan terhadap Asyraf Iskandar. Asyraf Iskandar bukannya bodoh mahu menolak mentah,dia memberi alasan yang diketahui umum. Saya suka berkawan dengan awak sahaja Ana, tak lebih pun.

Nafas dihela perlahan. Tiba-tiba pintu bilik dikuak perlahan.

"Akak?. "
Soal Arsyad kepada kakaknya.

"Ye?. Kenapa syad."

"Akak sampai bila nak duduk terperap macam ini je?."

Dhanna Rania hanya tersenyum nipis.

"Pergi kerja lepastu balik kurung diri dalam bilik. Ulang-ulang benda sama dah 5 bulan akak macam ni. Sudahlah kak Cikgu Asyraf dah kahwin dah pun kak. "
Jelas Arsyad pasrah. Siap kau Aisyah!.

"Ye ke Syad?. Dengan siapa?. Ya Allah."
Terduduk Dhanna Rania mendengar berita yang disampaikan adiknya itu.

Arsyad menghampiri kakaknya dan mengangkat lalu membiarkan kakaknya menangis dibahunya.
Belakang kakaknya digosok-gosok.

"Syad dia kahwin dengan siapa. Ya Allah Syad! Akak sayangkan dia ."
Meraung Dhanna Rania didalam bilik tersebut.

"Sudah lah kak. Ramai lagi lelaki lain dekat dunia ni."

"Syad,tolong akak cari perempuan tu."
Pinta Dhanna Rania kepada satu-satunya adik lelaki didalam keluarga itu.

Arsyad tergamam. Akak ada idea jahat ke. Habislah.

**********

Aisyah Huzairah duduk di sebelah katil membuka hadiah yang diterima kelmarin. OMG! Siapa yang bagi telekung 'limited edition' Siti Khadijah ni.

Dia membaca nota yang terselit.
*semoga bahagia budak sengal!. Doakan turn kami pula na. -Safiyya.

Lah. Piya rupanya,terima kasih sahabat. Aisyah Huzairah meletakkan hadiah yang telah dibuka di atas katil. Pintu bilik dikuak.

"Sayang abang buat apa tu?."
Soal Asyraf Iskandar kepada isterinya.

"Dah nampak tanya lagi."
Malas Aisyah Huzairah ingin melayan.

"Ala nak manja sikit je tak boleh ke?."
Kata Asyraf Iskandar dan terus melentokkan kepalanya diatas bahu Aisyah Huzairah.

"Abang."
Pertama kalinya Aisyah Huzairah memanggil suaminya dengan perkataan tersebut.
Asyraf Iskandar yang teruja terus memandang isterinya.

"Ye yang."
Bersinar-sinar mata suaminya.

"Abang kahwin dengan Aisyah sebab cinta ke sebab nak tolong selamatkan Aisyah daripada semua benda ni?."

"Kenapa tanya macam ni?."

"Saja nak tahu."

Asyraf Iskandar menarik nafas sedalam-dalamnya. Tangan mulus isterinya dipegang.

"Abang cintakan Aisyah dengan sepenuh hati abang. Walaupun nampak kelakar sebab cintakan 'student' sendiri,tapi entahlah abang yakin abang boleh dapatkan sayang. Kalau dah nama jodoh ni yangg,pusing mana pun bersatu juga. I love you."

Dan..dengan akhir kata itu satu ciuman singgah di bibir Aisyah Huzairah.

Aku terus menekup mulut. Kecoh bilik kerana Aisyah membebel ketidak puasan hatinya dicium.

"Nak lagi ke?. Sekali kena mulut tak berhenti bercakap ya?."

" abang niiii."
Tangan Aisyah laju menarik bantal berhampiran katil dan menekup bibir.

Alamak. Comelnya ! Tergugat iman insan bernama Asyraf Iskandar. Nak buat lebih? Aku bukannya bodoh. Aku tahu Aisyah tak bersedia. Kasihan lah dia lagipun dia masih mentah.

Tawa suaminya meletus maka bertambah lah kesakitan hati Aisyah Huzairah. Dia terus beralih ketepi sedikit untuk menjarakkan kedudukanya dengan Asyraf Iskandar. Laki aku ni bukannya betul sangat,mulut tu gatal je nak merayap!.

Bungkusan hadiah yang paling cantik berwarna kegemaran Aisyah Huzairah iaitu Dusty Pink di buka. Bersinar-sinar mata Aisyah Huzairah bila melihat seutas gelang tangan jenama Swarovski terletak kemas di dalam kotaknya.

Nama si pemberi Aisyah belek.
*cantik tak?. I Love You sayang*
*Husband*

Omg! Malunyaa!! Tak sangka si pemberi berada di depan aku. Wajah aku dongakkan sedikit. Mata suamiku memandang tepat ke dalam anak mataku.

"Cantik. Thank you."
Seraya dengan itu pipi bersih suaminya dicium. Spontan hokay! Aku pun tak sangka. Terlampau 'excited' ni! . Favourite kot Swarovski ni.

Asyraf Iskandar tertawa melihat telatah isterinya. Kepala digelengkan berulang kali. Terima kasih Ya Allah!.

"Abang ada hadiah lagi tau."
Bersungguh Asyraf Iskandar berkata-kata.

"Apa dia."
Girang Aisyah bersuara.

"Meh sini duduk atas katil. Sakit bontot lah duduk bawah . "

"Ambil je lah Aisyah tunggu sini."
Aisyah masih duduk di atas lantai.
Asyraf Iskandar pergi ke arah almari. Suatu kotak berwarna Dusty Pink sekali lagi dikeluarkan.

Mata Aisyah Huzairah sudah bersinar-sinar. Bahagianya!.

Punggung dihenyakkan di atas katil. Kotak yang berada di dalam tangan dihulurkan pada isterinya yang masih duduk di atas lantai. Aisyah Huzairah sudah tidak sabar-sabar ingin melihat apa isi di dalam kotak itu.

"Janji dengan abang,bila sayang buka je kotak ni,sayang kena cakap satu perkataan je. Kalau lebih abang akan buat lebih."

"Hm baiklah Cikgu."

Dengan teliti Aisyah membuka kotak tersebut. Dua tiket penerbangan ke Maldives, Australia dua hari lagi. Ya tuhan!.

"Abang!."
Kata Aisyah Huzairah sedikit berteriak dan terus meloncat ke atas katil memeluk suaminya.

Asyraf Iskandar membalas pelukan tersebut. Bahagia yang dikecapi sekarang diharap berkekalan sampai bila-bila. Bibit-bibit cinta baru nak mula. Dugaannya mesti banyak!.

"Thank you."
Kata Aisyah yang terkejut kerana pelukannya terbalas.

"Aip,dah lebih satu perkataan."
Balas suaminya.

"Awak nak buat apa?."
Kata Aisyah sambil mejongketkan kening kanan nya.

Tanpa berkata-kata. Badan isterinya digendong dan diletakkan perlahan di tengah-tengah katil. Mata mereka bertentangan. Tangan Asyraf Iskandar sudah bermain-main dengan rambut ikal mayang isterinya.

Handsome juga ya suami aku?. Timbul sekejap rasa beruntung. Eh.
Aisyah terus mengalihkan pandangan ke arah balkoni bilik dan terus berdehem dan serentak dengan itu, Aisyah terus duduk bersila di atas katil. Bahang rasa muka ingin memandang insan dihadapannya ini.

Telinga dapat menangkap ada tawa yang terhambur. Malunya dia dukung tadi kalau berat macam mana?. Ah!!. Aku kerling jam di dinding 9.00 malam. Em terbantut hajat mahu membuka hadiah. Turun sekejap lah minum air.

Aku mengatur langkah. Tiba-tiba ada suara berdehem dan muka aku kembali panas malulah nak pandang. Jerit hati yang gusar.

Tangan Asyraf Iskandar berada dikedua-dua belah bahu aku. Badan dipusingkan menghadap dia.

"Nak ke mana. ?"
Soal nya.

Aku tidak menjawab diam terkaku. Asyraf Iskandar merapatkan lagi tubuhnya ke badan aku.

"Nak pergi mana ?."
Lembut suaranya berbisik di telinga kiri aku.
Ee geli hua!.

"nnakk tt…turun m…inum air.."
Haih gagap pula dah bertambah malu 10 keturunan.

Macam mana mahu lari ni. Si mamat depan ni dari tadi gelakkan aku tangan tu tak reti nak lepas ke orang haus ni.

Chup!. Satu ciuman singgah di pipi gebu aku. Tangan secara automatiknya mengesat-ngesat pipi yang terkena 'bala' tadi. Langkah diatur dan terus berlari macam biasalah ada orang yang ketawa. Apalah nasib!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience