Bab 2

Romance Completed 15301

Kehadiranku di rumah emak cikgu asyraf disambut baik. Entah pukul berapa aku akan pulang ke rumah sendiri. Dengan baju sekolah masih melekat di badan. Hari diluar pula hujan, penghawa dingin di ruang tamu rumah yang hidup menyejukkan lagi seluruh tubuh badan aku. Cikgu asyraf sedang berbual dengan seseorang di atas talian. Tiba tiba dia datang ke arah ku dan menghulurkan tele fon pintarnya.
Muka aku tertanya tanya siapakah gerangan yang diatas talian. Tanpa banyak ber fikir cikgu asyraf bersuara.
"Puan Hazila. Mama"
Eh sukahati je nak panggil mak aku mama. Lain lah kalau kau tu menantu dia. Monolog ku perlahan namun dapat didengari cikgu asyraf. Aisyah mengambil tele fon dan melekapkan ke arah telinganya.
"Hello ma. "
"Adik. Mama tak balik rumah harini. Mama dengan abang dengan baba ada hal di melaka. "
"Oh iyalah, nanti adik balik rumah sendiri. "
"Tak payah, mama dah minta tolong cikgu asyraf untuk tumpangkan adik di rumah mak dia. "
"Mama ni.. Baju adik semua takda macam mana?. "
Sepantas dengan itu tele fon cepat cepat diambil oleh cikgu asyraf.
"Tak pa ma nanti asyraf bawa aisyah pergi beli baju. Esok kan cuti tak sekolah. "
"Tak pa ke asyraf?"
"Tak pa ma. "
"Ok terima kasih. Esok petang mama ambil aisyah ya. "
"Alright."
Aisyah masih mendiamkan diri. Kenapa mamanya sanggup berbuat demikian. Pilu hatinya. Ah! Kau ni aisyah drama sahaja lebih.
"Ya allah asyraf, kenapa tak bagi lagi baju kak long dekat aisyah kesian dia rimas. "Kata emaknya disebalik dapur.
"Ye ibu sekejap. "

"Huzairah ini bilik, atas katil mak saya dah letakkan baju dengan tudung. Awak pergilah rehat ."
"Hm. "Balas aku sambil kaki terasa berat untuk melangkah masuk ke dalam bilik.
"Kenapa lah saya tak jadi suami awak kan?. Kalau tak kan senang je nak dukung awak masuk. "
"Ei gatalnya. Kalau ya pun hantar lah rombongan meminang bila dah habis spm nanti !."
"Jangan cabar. "Balas cikgu asyraf perlahan sambil berpaling. Aisyah yang sudah mula bengang terus masuk ke dalam bilik dan berehat.

Tok !tok! Tok!. Ketukan dipintu mengejutkan aisyah dari tidur. Dalam keadaan mamai aisyah melangkah ke pintu dan membukanya. Wajah cikgu asyraf muncul di muka pintu.
"Huzairah, ibu panggil makan lepas makan ibu ajak keluar. "
"Ha iya lah. "Balas aisyah bersahaja dan memusingkan tubuh nya masuk ke dalam bilik semula untuk men cuci muka.
Semasa turun ke dapur cikgu asyraf dan ibunya sudah berada di meja makan. Situasi itu membuatkan aisyah sebersalah. Adakah mereka menunggu dirinya. Aisyah menarik kerusi yang berhadapan dengan cikgu asyraf.
"Ha marilah makan aisyah. Auntie masak biasa sahaja. "
Aku sekadar mengangguk dan memberikan senyuman.

Usai makan, aisyah terus bersiap. Selesai bersiap aisyah turun ke bawah dan dia terlihat yang ibu cikgu asyraf masih belum bersiap.
"Auntie tak ikut ke?. "Soal aisyah sambil menghenyakkan punggungnya di sebelah ibu cikgu asyraf.
"Tak, auntie ada hal. Aisyah keluar dengan asyraf je la ye?. "
"Er"
"Tak ada apa lah yang hendak dirisaukan. "Pujuk ibunya.
Aku hanya mengangguk dan keluar dari rumah. Diluar kelihatan cikgu asyraf sedang membongkok bongkok mencari sesuatu.
Tiba tiba cikgu asyraf menghulurkan sepasang kasut kepada aisyah. Dengan keadaan yang begitu aisyah tidak tahu apa yang patut dia lakukan.
"Nah, pakai kasut ini. Nak berjalan ke Kluang Mall tak akan lah awak nak pakai kasut sekolah. "
Tanpa berkata kata aku terus memakai kasut dan masuk kedalam kereta.
Suasana didalam kereta sunyi. Hanya bunyi radio yang memecahkan kesunyian. Cikgu asyraf kelihatan fokus memandu. Dengan cermin mata hitamnya, Baju T-polo dan seluar jeans memang nampak bergaya. Sampai sekarang aku tidak tahu cikgu asyraf ini darah campurannya apa. Ibunya bermata biru, tubuh badan serta mukanya putih melepak. Mungkin berdarah ingeris. Mata Cikgu Asyraf pula berwarna coklat cair. Perfecto!.
"Puas belek muka saya huzairah?."kata cikgu asyraf.
Huzairah terus berpaling dan cuba untuk membela dirinya.
"Ei mana ada. "
Cikgu asyraf tergelak melihat keadaan huzairah begitu.
Matang sungguh cara tawanya. Kata hati aisyah .
Eh aisyah kau ni kenapa itu kan cikgu engkau. Kata hati aisyah sekali lagi

"Ok sudah sampai! ." Kata cikgu asyraf yang menarik brek.
Sedangkan dalam kepala aku tiba tiba ter fikir, kebiasaanya ramai budak budak sekolah keluar ke bandar jika hari begini. Esok cuti mesti mereka mengambil peluang untuk keluar hari ini juga.
"Kalau ada budak budak sekolah kita awak diam je. "Kata cikgu asyraf seakan akan dapat membaca fikiran aisyah.
Aisyah melangkah keluar dari kereta. Dia mengikut sahaja punggung cikgu asyraf. Kemana sahaja, tidak tahulah dia ingin kemana.
"Sampai bila mahu duduk di belakang saya Macam ini?. "Kata cikgu asyraf sambil sudah mahu tergelak.
"Ee. "Balas aisyah.
"Sini tepi saya. "
Aku hanya menurut dan mengekorinya masuk ke dalam sebuah kedai yang bernama D. I. Y.
Apa yang mahu di carinya disini. Huh.
Sedang aku ralit memerhati perhiasan bilik di suatu sudut. Cikgu asyraf memanggil aku dan meminta bantuan untuk menolongnya memilih warna reben manakah yang lebih sesuai. Aku melihat reben ditangannya yang berwarna merah dan ungu. Tetapi mata aku lebih tertarik dengan reben yang berwarna koko. Belum sempat untuk aku berkata kata tiba tiba..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience