Bab 20

Romance Completed 15301

Good vibes with love. Klik! Aku tekan tanda anak panah dan sekeping gambar aku di Soneva Jani, Maldives dihantar ke laman sosial 'instagram'. Sudah dua minggu berlalu banyak kenangan yang Asyraf Iskandar beri pada aku.

Aku tersenyum sendiri. Baik sungguh suami aku, seminggu di sana dia sikit pun tak ambil kesempatan. Sekarang? Sekarang aku duduk seorang diri dekat rumah besar dia ni. Lagi seminggu nak mula sesi persekolahan Asyraf dah sibuk.

"Awak thank you."
Kata aku disaat melihat seorang lelaki berbaju putih dan berkaca mata RayBan duduk menghadap lautan yang terbentang luas.

"Untuk sayang,apa-apa je boleh. "
Balasnya kembali dan mengenggam tangan aku. This is my dream place!. Aku pun tak tahu mana dia tahu semua pasal aku.

"Can you do me a favor?."
Pintanya.

"Hum what is that?."

"Stay with me and promise me we will through everything together."

Berkaca rasa mata ini. Tangisan kebahagian kah?. Sungguh lelaki ini benar-benar membuka hati aku.

"Alah cengeng lah isteri abang ni."
Katanya dan memeluk bahu aku.

"Promise. I'll stay."
Balas ku perlahan namun dapat didengari Asyraf Iskandar.

Dahi aku dikucup kemudian ayat cinta dilafazkan. Jantung aku mula berdegup tidak tentu arah. Bahang rasa muka ini,kaki yang dicelup di dalam air laut ini juga serta-merta menjadi bahang.

Indah rupanya kahwin ni hahaha. Monlog hati aku kemudian komputer riba ditutup. Penghawa dingin juga turut serta ditutup. Langkah aku atur untuk ke bawah.

Hmm Asyraf balik lagi 'sejam'. Apa aku mahu buat ni?. Jam aku kerling di dinding 11 pagi. Masak untuk tengah hari ok juga.

Pantas aku bertindak mengambil beberapa bahan dari dalam peti sejuk. Sebelum memasak sempat aku menelefon ibu.

"Helo bu assalamualaikum."

"Ye syah waalaikumussalam. Kenapa call ibu."

"Saja je call ibu. Ibu sihat?. "

"Alhamdulillah. Menantu ibu ni mesti nak tanya apa-apa kan? Tu yang call ibu ni."

Aku tersengeh kemudian bertanyakan makanan kegemaran Asyraf Iskandar. Kot kot boleh masak nanti.
Ayam masak merah. Wah kacang goreng sahaja ni!.

"Ok bu terima kasih. "

"Ye sama-sama. Ingat tau Asyraf suka sangat makan pedas tapi kena ada air favourite dia tau. Bye assalamualaikum."

Talian ditamatkan kemudian aku memulakan langkah bersilat dengan periuk belanga.

Aku hidangkan makanan yang telah siap dimasak di atas meja. Kemudian aku terus naik ke bilik untuk bersihkan diri. Soal bilik, aku duduk bilik sebelah. Hm teruk betul aku ni.

Usai mandi,aku duduk di hadapan cermin bilik dan membiarkan rambut terurai. Tidur sebilik ke tidak,ye ke tidak ye ke tidak. Haih berulang-ulang kali aku ulang perkataan yang sama.

"Assalamualaikum."
Kedengaran suara garau di muka pintu.

"Waalaikumussalam."
Wajah aku maniskan. Tangannya aku capai dan salam kemudian dia mencium dahi aku. Sudah menjadi rutin kami hingga aku sudah terbiasa.

"Abang lapar."
Katanya manja.

"Jom makan,Aisyah ada masak somethingggg special."

Dia tersenyum dan mengekori langkah aku.

"Sedapnya,Aisyah masak ni?."
Katanya teruja.

"Ye lah siapa lagi nak masak."

"Masakkan untuk abang hari-hari ye?."

"InshaAllah. Makan banyak sikit tadi sarapan awak sempat ambil roti je kan."

"Hilanglah six pack abang lepas ni."

Terhambur tawa kami berdua. Lega tengok berselera sekali dia makan. Ok berbalik pada bilik tadi. Macam mana ni ya?. Haih Ya Allah.

Selepas sembahyang zohor berjemaah,aku duduk menonton televisyen di bawah. Asyraf masih ada di dalam bilik tak tahu apa yang dia lakukan.

Sedang aku ralit menonton movie yang baru dipasang tadi ada tangan yang menjalar di bahu. Badan aku di dekatkan pada badannya. Ah wanginya!.

"Syoknya tengok,abang turun pun tak perasan?."

"Movie best kena fokus. "

"Aisyah,jom balik kampung abang?."

Baik lah. Dia berjaya mencuri perhatian aku. Badan aku pusingkan memandangnya.

"Bila?."
Soalku ada getar juga. Gementar nak berjumpa keluarga besar Asyraf Iskandar.

"Esok pagi bertolak boleh?."

"Ok je. Dekat mana kampung awak?."

"Area Johor juga. Parit Sulung."

Tak sabar rasanya nak merasa suasana kampung. Kampung sendiri jauh dari Malaysia. Ranggi lah opah dengan atok aku boleh pindah London ikut Mak Cik aku.

"Nenek nak buat kenduri. Nenek nak jumpa sangat dengan Aisyah. Haritu weeding kita dia tak dapat datang sebab ada hal."

"Ooh. Ramai lah nanti?."

"Adik beradik ibu semua ada. Sepupu saya, sedara mara,orang kampung. Ramai lah."

Tak tertelan rasa air liur ini.

"Alah jangan risau lah abang ada."

Aku tersenyum kemudian meneruskan aktiviti menonton 'movie'.

Azan asar mengejutkan aku dari tidur. Bila aku tidur ya?. Tadi rasanya tengok movie. Kenapa selesa sangat ni. Eh !.

Tudia Aisyah baik punya landing. Peha dia pun hang sebat!. Aku tengok wajah dia yang kepenatan sedang terlena. Mesti lagi penat tidur duduk kesiannya. Aku pantas mengangkat kepala aku kesiannya dia.

Rambut aku yang tadi terikat pun dah terurai. Aisyah buat hal lah kau ni. Aku angkat semua bantal yang kecil-kecil untuk mencari getah rambut. Tak ada? Pergi mana pula kau ni wahai getah. Monolog hati aku.

Sedang aku mencari,ada suara yang tertawa. Aik dah bangun ke alamakk.

"Cari apa sayang?".
Soalnya terhadap aku.

"Aisyah cari getah rambut. Mana eh?."

Dia menyeluk poket seluar trek nya dan mengeluarkan getah rambut berwarna Dusty Pink milik aku.

"Nah. Abang simpan kan. Tadi masa tidur getah Aisyah jatuh nanti kalau hilang Aisyah marah pula."

"Terima kasih. Lama ke Aisyah tidur?."
Soalku sambil tangan lincah mengikat rambut.

"Alah isteri abang ni,tengok movie separuh pun tak sampai dah lentok. 15 minit lentok dekat bahu. Abang kesian,abang baringkan Aisyah dekat sini. Movie start pukul 1 lebih. Sekarang dah pukul 4 lebih. Lama juga."
Katanya sambil menunjukkan arah pehanya yang aku baring tadi.

"Sorry. Awak lah ni. Ada aura ngantuk ke? Tiap kali duduk sebelah Aisyah je mesti Aisyah tidur."

Dia terkekek-kekek ketawa.

"Bila nak panggil orang depan awak ni abang?."
Soalnya tiba-tiba.

Aku gugup. Nak kata apa lagi ni Aisyah. Haah ya tak ya juga nanti kalau dekat kampung mesti ada yang bertanya juga.

"Jom solat. "
Kataku menukar topik perbualan.

"Huzairah."
Jelas sekali suaranya menyebut nama itu. Lama dia tidak memanggil aku dengan nama Huzairah. Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Suara dia lain. Ah apa pasal dengan kau ni Aisyah.

"Abang tak minta banyak,panggil ab……"
Belum sempat Asyraf Iskandar menghabiskan ayatnya,Aisyah Huzairah terlebih dahulu memotong.

"Ye bang. Jom solat ye. "
Tangan suami aku tarik.

Asyraf Iskandar tersenyum lebar. Dia mengikut langkah isterinya untuk naik ke atas menunaikan solat asar.

---------------

Pagi.

"Abang nak Aisyah buat sarapan ke?."

"Tak payah lah yang. Kita sarapan luar lepas tu terus gerak rumah nenek ye?."

"Okay."

Asyraf Iskandar mengangkat beg yang berisi baju ke dalam bonet kereta. Aisyah memang terbaik lah semua kerja dia boleh buat. Untungnya aku jadi suami dia. Pakaian tak usah disuruh sudah dikemas dan digosok. Sayang lebih ni!.

"Abang air cond bilik dah tutup?. Tingkap dapur dah tutup?. Lampu depan abang dah set?. Kunci rumah ………"

Asyraf Iskandar memberi ciuman di pipi isterinya.

"Dah sayang,semua abang dah buat. "

"Abang ni,jiran nampak nanti."

"Alah dia orang kerja hehe. "

"Banyak lah . Dah jom."

Perjalanan mereka bermula dengan bismillah.
Asyraf Iskandar memakai kaca mata hitamnya.
*bismillah*
Pedal minyak ditekan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience