Bab 19

Romance Completed 15301

Aku bawa 'mug' berisi air coklat panas ke tepi kolam dengan keadaan duduk bersila. Sejuk sangat baru sahaja nak celup kaki.

Air coklat panas dihirup perlahan-lahan otak dah jauh memikirkan pasal masa depan. Apa yang aku nak buat sementara tunggu keputusan SPM keluar nanti. Tak sangka umur 17 dah jadi isteri orang. So fast.

Ada juga senior aku yang sudah berkahwin semuanya tengah elok sambung belajar dengan suami masing-masing. Aku?. Macam mana ye hm.

"Jauh oi termenung."
Tegur Abang dari belakang.

Mujur tidak berenang aku di dalam kolam ini.
"Masa depan. "
Balasku sambil mengeluh kecil.

Abang sudah mengambil tempat disebelah aku seluarnya dilipat hingga lutut kemudian kakinya direndamkan di dalam air.

"Menyesal ke kahwin sekarang?."
Soal abang tiba-tiba.

Aku cuma mengangkat bahu berulang kali. Aku sendiri keliru huh.

"Kalau kahwin sekarang tak bermakna cita-cita adik hanyut macam tu aje. Boleh je sambung belajar bukannya Asyraf nak halang. Abang tahu dia boleh jaga adik macam mana kami jaga adik."

"Hm, adik punya perjalanan jauh lagi bang. "
Aku sudah meletakkan kepala aku di bahu abang. Lama rasanya tidak berbuat begini.

Abang mengusap-usap kepala aku.
"Kalau adik tak kahwin sekarang pun abang ,mama,baba tak boleh jaga adik ke daripada Arsyad . ?".
Soalku tiba-tiba. Emosi sungguh malam ini.

"Kita orang tak berniat pun tak mahu jaga adik. Cuma kalau adik dah bersuami faktor diserang tu kurang. Jangan lah salah faham dik. Allah tak suka orang yang kuat mengeluh tau. Kahwin bukannya beban. "

Jatuh lagi air mata aku. Sebak pula dengar abang cakap macam itu jarang sekali nampak abang serius berdosa nya aku Ya Allah menyalahkan qadak dan qadar mu.

Aku termenung muhasabah diri. Kasihan suami aku. Tengok dari mata sahaja sudah tahu yang dia sangat jujur menyayangi aku.

"Dah lah tu tenok nangis pula cengeng betul. "
Kata abang sambil menolak kepala aku.

"Alah baru nak manja manja. Abang tak rindu adik ke?."

"Busy lah nak masuk bilik Kak Nurah tunggu hahah."
Balas abang yang ingin menghidupkan suasana yang tadinya suram.

Aku tersenyum dan menepuk bahunya. Kami berlalu masuk abang terlebih dahulu naik manakala aku membasuh cawan. Tak akan mahu naik dengan tangan kosong hm dengan baik hatinya aku menarik gelas dari dalam almari dan membuat air nescafe.

Pintu bilik aku tolak perlahan bimbang dia akan terjaga jika dia sudah tidur.
Oh ternyata aku salah. Mata kami bertentangan dia sedang membaca buku di atas katil.

"Nah air. Minum lah kalau sudi. "
Gelas berisi air nescafe panas aku letak di meja bersebelahan katil.

"Terima kasih, tahu-tahu je abang suka nescafe."

Aah ya. Mana aku tahu dia suka nescafe?. Alah aku teka je.

"Ohh favourite ya?. Aisyah teka je tak tahu pula betul."

"Tekaan puan terkena tepat pada sasaran."

Aku hanya tersenyum. Puan? Adui aku dah bertukar status. Apa yang aku nak buat ni gugup pula rasa. Ingin baring? Dia masih belum tidur.
Aku duduk di kerusi yang berada di balkoni bilik. Komputer riba yang dibawa diletakkan kemudian dibuka.

Layan Harry Potter best juga. Sementara nak tunggu dia tidur. Sudah setengah jam aku duduk di luar ini menonton Harry Potter mata dah kelat punggung dah kematu. Penat lah tak akan hari-hari nak macam ini.

"Aisyah? Kenapa duduk luar malam-malam macam ini masuk lah tidur."
Arah satu suara yang sedang elok mengambil tempat duduk disebelah aku.

"Tak mengantuk lagi. "
Kata aku. Menipu!. Mata dah macam apa dah ni tahan ngantuk.

"Jangan lah tipu abang. Jom masuk tidur."

Aku hanya mengeleng kan kepala.

"Nak tengok cerita ni sampai habis dulu baru tidur."

"Abang tengok sekali boleh?. Bosan lah menghadap buku. "

"Tengok lah."
Balas aku dan menolak komputer riba kebelakang sedikit.

Saat demi saat mata aku makin berat dah tak dapat nak kawal akhirnya gelap dunia.

Azan subuh yang berkumandang mengejutkan Aisyah Huzairah dari tidur. Selesa nya tidur macam tak mahu bangun. Eh!. Aku melihat disebelah kanan aku sekujur tubuh yang elok terbaring.

Patutlah selesa tidur dekat lengan dia rupanya. Aku merenung sekejap muka orang disebelah ini. Tenang sahaja mukanya sejuk mata memandang.
Tapi.. Semalam!

Jangan lah cakap dia dukung aku. Alahai! Aisyah kau ni buat hal lah.
Jantung aku mula berdegup rancak bila tercium bauan badan Asyraf Iskandar. Wangi sekali.

Aku bangun daripada baring yang selesa tadi. Boleh terkena penyakit angau kalau hari-hari macam ini.

Nak kejut ke tak nak ?. Dia lelaki mestilah sembahyang apalah kau ini Aisyah. Dengan berhati-hatinya aku memusingkan badan dan mengoyangkan sedikit badannya.

"Awak bangun dah subuh. "

Panggilan selalu berubah tak pernah tetap. Masih malu mahu memanggil Abang.

Ish tak bangun pun!. Simbah air baru tahu dah lah lebih baik aku mandi dulu. Monolog Aisyah dalam hati.

Baru sahaja dia ingin turun dari katil tangannya ditarik membuatkan Aisyah kembali terbaring dan dipeluk.

"Abang dah bangun awal tadi. Saja baring balik nak tunggu Aisyah bangun."

"Ala lepas lah ye la dah bangun jom lah solat. "
Pinta Aisyah.

"Tak ada morning kiss ke?."
Soalnya yang sudah menggatal.

Aku masih diam dalam pelukannya selesa pula rasa. Tidak pula aku meronta?. Aisyah keadaan sudah semakin parah.

"Kiss macam mana Harry Potter kiss awek dia semalam."

AH SUDAH ! Cakap pasal Harry Potter aku bukannya tengok sampai habis dah tentu lah bahagian tu aku tak tengok. Sengaja nak sindir aku lah tu.

" Sorry kalau lengan awak sakit."
Kata ku mengelak daripada suruhan tersebut.

"Tak apa abang tengok Aisyah selesa je tidur."

Aku kehilangan kata-kata. Memang lah selesa!. Selesa sangat sampai rasa tak mahu bangun.

"Tenung muka abang lama-lama ada apa?".

Aku terus berlari masuk bilik mandi apabila dia bertanyakan soalan itu. Dia perasan lah siot aku pandang dia.

Dan…kau tahu tak….aku lupa nak ambil pakaian aku. Sempat ambil tuala je tadi dah satu hal kena tahan malu lagi.

Pintu bilik mandi aku kuak macam tak ada orang je? Turun ke bawah ke dia?. Aku dengan yakinnya keluar dari bilik mandi dengan hanya berkemban.

Asyraf Iskandar sedang elok duduk di birai katil menunggu giliran untuk mandi. Tercengang dia melihat isteri sendiri begitu. Terabur iman hadui Aisyah kenapa buat abang macam ini. Ketar lutut.

Aisyah cepat-cepat mengambil pakaiannya dan terus masuk ke dalam bilik mandi semula. Malu dah tak terkata lagi. Haih.

Usai sarapan bersama-sama keluarga, Asyraf Iskandar tiba-tiba bersuara akan kehendaknya untuk membawa aku pindah ke rumahnya. Semua menyokong lagi-lagi abang. Petang nanti dah pergi ke rumah dia bermakna aku akan tinggalkan bilik dan rumah kesayangan hua!

Sewaktu aku mengemas sedikit pakaian di dalam bilik telefon berdering menandakan ada panggilan yang masuk.
Nombor tak dikenali. Aku tak save nombor ni. Nombor siapa ni?.

'Kau bila nak mampus ha perempuan?. Kau rampas hak milik orang!.'
Kedengaran suara garau lelaki disebalik talian.

Panggilan terus ditamatkan. Jantung kembali berdegup kencang ketakutan. Nangis lagi. Takut yang amat sangat. Aku perampas? Benarkah?.

Terhenjut-henjut bahu menangis. Susahnya berkahwin dengan orang kacak ramai peminat ni.

"Aisyah kenapa ni?."
Soal Asyraf Iskandar pelik melihat isterinya tiba-tiba menangis bila dia menolak pintu bilik tadi.
Nangis sebab kena pindah rumah ke?.

Aku cuba memegang bahunya tetapi ditepis. Aisyah menjauhkan dirinya daripada suami sendiri.

"Hey Aisyah kenapa ni?. Cakap dengan abang siapa buat isteri abang nangis ni."

Aisyah mengambil telefon pintarnya. Nasib baik dia sempat merakam suara yang berkata demikian.

"Awak milik siapa sebelum kahwin dengan saya?."
Tiba-tiba Aisyah bersuara. Sungguh dia ingin pelukan yang sangat selesa sekarang ini tapi kerana ego perasaan tersebut diketepikan

"Sumpah abang tak pernah bercinta dengan orang lain sebelum ni. "
Jelas Asyraf Iskandar yang bengang dengan ayat yang dikatakan pemanggil tersebut.

"Habis tu apa yang orang ni cakap."

"Aisyah percaya lah dekat abang, abang suami Aisyah. Jangan percaya dekat orang yang macam ni. Abang selesaikan benda ni kemudian ok?."

*Aisyah percaya lah dekat abang* . Berulang kali ayat itu bermain di minda. Sudah tentu lah aku kena percayakan suami sendiri. Come on Aisyah! Kau jangan percaya dekat orang-orang yang cemburu dekat kau.

Air mata yang jatuh diseka oleh Asyraf Iskandar. Badan aku ditarik dalam pelukannya. Ah macam tahu-tahu saja. Aku membiarkan tindakan Asyraf Iskandar. Selesa sangat.

"Abang minta maaf kalau buat Aisyah stress kahwin dengan abang".

Makin kuat tangisan aku. Sungguh dia lelaki paling baik aku pernah kenal.

Pelukan dileraikan oleh aku. Tangannya aku tarik dan dicium.

"Aisyah minta maaf. Baru je kahwin Aisyah dah banyak buat dosa dekat Awak. Aisyah bukan perempuan yang baik macam perempuan lain."

"Dah dah. Abang tak mahu Aisyah nangis sebab abang atau sebab benda yang bawa fitnah pada rumah tangga kita. Abang sayang Aisyah. Aisyah lah perempuan yang paling baik abang pernah kenal. Kalau Aisyah bercakap pasal hak abang tu,abang tahu Aisyah tak sedia. Take your time alright?. Abang sanggup tunggu asalkan Aisyah tak tinggalkan abang."

Hati aku tersentuh dengan ayat terakhir yang keluar dari bibir seorang suami.

"Tak payah nangis lagi ok? Bengkak mata nanti. "
Pujuknya lagi.

Kali ke berapa aku peluk dia? Kali keberapa aku nangis dekat dada dia?. Kali ke berapa aku buat semua ni?. Argh! Aisyah kau kenapa ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience