Bab 3

Romance Completed 15301

"Oi asyraf! "Kata seorang lelaki yang sebaya dengan cikgu asyraf. Rakannya mungkin,bisik hatiku.
Cikgu asyraf berpaling dan tersenyum seraya dengan itu dia membalas sapaan lelaki itu.
"Yo bro!, lama tak jumpa. "Kata cikgu asyraf sambil berjabat tangan dengan rakannya.
"Ah itu lah kau sibuk sahaja,kerja apa sekarang? Kerja dengan Dato ke?."
"Eh tak ada lah ,aku jadi cikgu dah sekarang. "
"Anak dato takkan jadi cikgu. "
"Hahaha, tak minat sangat berniaga zariq. Lagipun abang aku ada dia boleh ambil alih, ayah aku pun tidak kisah sangat. Dia tahu aku nak jadi cikgu. Mak ayah aku tak pernah halang lagi dia orang sokong adalah. "
"Hahaha iyalah. Aku gerak dulu ya, tapi belakang kau itu siapa? Bini ke?. "
Aku yang mendengar perkataan terakhir zariq iaitu rakan cikgu asyraf, terus tersedak. Jangan kata lah malu bukan kepalang. Huaaa!. Mungkin cara aku yang nampak matang membuatkan zariq menyebut perkataan bini itu.
"Eh hahaha, bakal lah bakal ." Balas cikgu asyraf bersahaja.
"Iyalah asyraf bila majlis? Nanti roger roger lah. Aku gerak dulu. "
Tamatlah perbualan diantara cikgu asyraf bersama rakannya itu. Apa entah perasaan aku dari tadi. Malu, marah semuanya ber campur baur. Ahh!.
Aku melihat cikgu asyraf mengambil reben ber warna koko dan meletakkan semula reben yang lain. Reben koko dipegang erat dan di ba wa ke kaunter untuk membayar. Aku hanya memerhatikan gelagatnya. Selepas membayar ,cikgu asyraf membawa aku ke kedai menjual baju. Sepatah perkataan pun tidak muncul dari mulut kami berdua dari tadi. Entah kenapa, mesti kejadian tadi.
Baru sahaja berkata begitu tiba tiba cikgu asyraf memusingkan tubuhnya dan berkata.
"Reben koko ni yang awak hendak pilih tadikan. "Katanya sambil menunjuk.
Aku sekadar mengangguk. Fokus juga dia semasa aku ingin menunjukkan reben koko itu tadi.
"Pergilah masuk beli baju. Tiga helai cukup kan. "Katanya lagi.
"Eh, hendak buat apa?. "
"Lupa ke yang mama ambil awak esok. Habistu malam ini dengan esok pagi nak pakai apa. Baju kak long tidak banyak yang ada. "
"Mana ada duit. "Kata aisyah.
"Huzairah, saya yang bawa awak kesini, saya lah yang bayar. Sudah tidak perlu banyak cakap. Awak pergi masuk beli baju t shirt untuk tidur satu. Dua baju biasa untuk esok. Dah siap panggil saya. ".
Aku hanya mengangguk dan terus berlalu masuk ke dalam kedai tersebut. Selesai memilih aku meletakkan pakaian dikaunter dan ke hadapan kedai untuk memanggil cikgu asyraf. Aku melihat cikgu asyraf sedang berbual dengan tiga orang gadis. Aku menilik setiap muka yang sedang berbual dengannya. Ah! Itu dia junior aku. Khrisya, daresya dan khalisya. Ramai orang memanggil mereka "THE SYA. "Mungkin kerana belakang nama mereka sama. Tetapi tidak dengan aku, macam haruk ada lah. Aku hanya mendiam kan diri. Perbualan mereka akhirnya tamat, aku cepat cepat memanggil cikgu asyraf untuk membayar baju.
"Jom pergi makan. "Kata cikgu asyraf.
"Mana?". Kata ku bersahaja.
Dia ni low class nya. Mak ayah ada pangkat,pandai dia simpan rahsia semua orang tak tahu dia ni anak dato rupanya. Bebel hati ku.
"Mana yang huzairah mahu,?."
"Dalam mall ni sahaja lah."
"Alright. "

Sampai sahaja di sebuah kedai makan bernama THE CHICKEN RICE SHOPE.
Ah! Favourite nya nasi ayam!!. Jerit hati kecil aku. Cikgu asyraf memilih meja yang sesuai diduduki dua orang. Sudah macam pasangan berkahwin sahaja, keluar berdua macam ni. Huh! Bebel hati ku lagi.
Makanan yang dipesan oleh cikgu asyraf telah dihidangkan. Pandai dia memilih set set makanan. Kata hati aku.
" tak mahu makan ? Ke nak saya suap?."kata cikgu asyraf sambil menyuakan sudu ke bibir ku.
"Eh dah kenapa cikgu ni?."kata aku sambil cepat cepat makan.
Sudu yang disuakan tadi dimasukkan kedalam mulutnya sendiri. Aku pantas menghabiskan makanan ku bimbang kejadian tadi akan berlaku lagi. Sedang kami makan terdapat sekumpulan gadis dan pelajar lelaki masuk ke dalam restoran ini. Aku tidak dapat memastikan siapa kerana aku duduk membelakangi pintu kedai, jadi hanya cikgu asyraf sahaja yang boleh nampak siapa yang keluar dan masuk. Tiba tiba dia bersuara.
"Kalau rasa nak pusing ,pusinglah. Kalau kantoi jangan marah saya. "
Kata katanya membuatkan aku berasa gusar. Adakah gadis dan lelaki yang baru masuk tadi rakan sekelasnya. Aku membatukan diri, tidak ingin aku memusing. Risau!.
"Siapa?. "Kata ku.
"Ka wan sekelas awak. Dia orang tengah datang sini. Mahu salam saya mungkin, tunduk sahaja lah kalau takut. "
Bom!. Meletup sudah minda aku. Memang benar jangkaan itu hua!.

"Cikgu asyraf!. "Sapa seorang lelaki.
"Iya izka. "Kata cikgu asyraf semula.
"Wah dating eak! Hahah. "
"Eh hahaha. Awak buat apa sini? "
"Nak bungkus je lepas tu kita orang balik lah. Ni tadi beli buku biologi hihi. "
"Ha iya lah. Balik jangan merayap mana mana pulak hari dah nak hujan ni. "
"Hahaha ok ok gerak dulu cikgu, kirim salam awek cikgu. "
Cikgu Asyraf hanya tertawa. Aku hanya diam dan cepat cepat menghabiskan makanan. Suapan terakhir dimasukkan ke dalam mulut ku dan selesai sudah makan. Aku ingin pulang ke rumah bersama mama semula hua!. Bebel hatiku.
Cikgu Asyraf terus bangun dan membayar. Lalu dia mengajak aku keluar dari kedai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience