Bab 10

Romance Completed 15301

Seminggu berlalu waktu berjalan dengan sungguh pantas. Hari ini adalah hari besar buat Aisyah Huzairah yang akan berperang diatas kertas. Sudah seminggu jugalah dia tidak bertemu langsung dengan Cikgu Asyraf.
"Aisyah good luck tau."
Kata Saffiya yang kini sahabat aku. Hanya dia seorang sahaja yang memahami kisah aku dan Cikgu Asyraf. Malah dia menyokong tindakan kedua orang tua kami.
Diyana?. Sudah tiada gunanya lagi. Sanggup menikam belakang sahabat sendiri. Mengaibkan aku. Mujurlah tiada siapa yang terpengaruh dengannya. Alhamdulillah.
"Kau pun sama piya. Do the best. "

Kaki melangkah masuk ke dalam dewan peperiksaan. Ada getar disaat kaki melangkah. Nafas ditarik perlahan dan dilepaskan.
Kenapa Cikgu Asyraf tak beri kata-kata hikmah pada aku. Kenapa?.
Aisyah kau rindukan dia ke?.
Soal hati bertalu-talu.
Fokus Aisyah. Fokus.

Waktu demi waktu ,detik demi detik setelah beberapa minggu Aisyah Huzairah dan rakan yang lain berjuang akhirnya mereka berjaya menghabis kertas-kertas peperiksaan. Sujud syukur kepada Allah yang mengizinkan mereka untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut.
Tanpa Aisyah Huzairah sedari,ada air mata yang mengalir dipipi. Air mata kegembiraan. Sunyi sekolah ini. Kerana pelajar lain sudah lama bercuti tinggal mereka sahaja yang berjuang

Aisyah Huzairah melangkah keluar dari dewan beriringan dengan Safiyya yang dari tadi tidak berhenti tersenyum .
"Piya kau kenapa senyum je dari tadi."
Soal aku memerhati Safiyya yang sedang menyimpan alat tulis di dalam beg.
"Aisyah untunglah kau,keluar dewan je bakal tunang tunggu."
Aku cuba memproses kata-kata Safiyya tetapi tidak mampu. Lembapnya kau ni Aisyah!.
"Ha?."
Soal ku kepada Safiyya.
"Loading lah kau ni. Tu ha kat sana."
Kata Safiyya sambil memanjangkan muncungnya ke arah Cikgu Asyraf yang segak memakai baju kemeja hijau lumut. Ada juga guru-guru yang lain sedang menanti anak murid mereka menyalami mereka.
Aku dan Safiyya mengatur langkah menyalami guru-guru perempuan.
"Tahniah Aisyah,saya doakan awak berjaya di dunia dan akhirat. Dah kahwin nanti jangan lupa jemput kami."
Kata Cikgu Azilah diikuti dengan guru-guru lain termasuk Cikgu Azman mengiyakan kata-kata Cikgu Azilah.
"Hehe lama lagi kot cikgu."
Kata ku cuba menafikan perkara yang benar.
"Jangan macam macam ya Aisyah."
Kata mereka sambil menghamburkan tawa.
Aku lihat Cikgu Syareena sedang elok berdiri di sebelah Cikgu Asyraf . Tak malu betul lah dia tu tu kan tempat cikgu lelaki. Hahaha.
Cikgu Syareena aku salam dengan penuh rasa hormat walaupun tanganku dipegang hanya hujung-hujung. Hm jilake.
"Aisyah, semoga maju jaya ,kahwin jangan lupa jemput."
Kata Asyraf Iskandar kepada Aisyah Huzairah.
"Eh bukan cikgu ke pengantin lelakinya? Mestilah kena jemput. "
Sengaja Aisyah membalas. Wajah Cikgu Syareena sudah bertukar kelat.

Selesai bersalaman dengan semua guru. Aisyah Huzairah mengatur langkah untuk keluar. Eh siapa yang ambil aku hari ini ya?.
Kata Aisyah tiba-tiba terfikir.
Tanpa menunggu Aisyah teruskan berjalan ke luar pagar. Taburan tepung memenuhi perkarangan sekolah. 'Senior' punya kerja lah ni.
Kata Aisyah sambil tersenyum.

"Bye pakcik semoga berjumpa lagi !."
Kata Aisyah mesra pada pengawal keselamatan sekolah itu.
"Jadi orang berguna ya nak."
Aisyah Huzairah tersenyum sambil tangan melambai-lambai ke arah pengawal keselamatan itu.

Gembira rasanya kepulangan dari sekolah disambut oleh ketiga-tiga insan yang disayangi.
Baba,mama dan abang. Walaupun ketiga-tiga mereka sibuk menyelesaikan segala yang perlu dilakukan. Perkahwinan abang yang akan berlangsung tak kurang beberapa minggu dari sekarang.

Sebelum melangkah masuk ke dalam kereta,sempat juga Aisyah mengenyitkan sebelah matanya kepada Asyraf Iskandar yang ketika itu membuka tingkap kereta. Sekali sekala mengacau 'bekas cikgu' sendiri. Ewah!.

"Gatal ea kau ."
Kata abang sambil menolak bahu aku.
"Eleh."
Balasku bersahaja.

"So adik what's your plan."
Soal baba.
"Kendurkan urat yang tegang."
Sebaris ayat yang membuat mama sudah tersenyum-senyum.
"Girls day out!."
Teriak mama yang berada di sebelah baba.
"Awak ni seronok sangat kenapa terkejut saya."
Kata baba yang cuba mengawal rasa terkejutnya.
"Seronok lah nak keluar dengan adik dah lama tau saya tak keluar dengan Aisyah."

Baba hanya mengeleng. Geli hati aku dan abang melihat baba dan mama,masih bahagia walau sudah berpuluh tahun usia perkahwinan mereka. Setianya seorang wanita apabila lelaki itu jatuh teruk.

Pernah baba hampir diisytihar muflis tetapi dengan semangat dan dorongan mama,baba telah berjaya dan bebas tanpa hutang. Tak lama lagi baba akan diberi gelaran datuk. Alhamdulillah.

Aku memandang ke perkarangan sekolah. Suka ,duka semuanya telah tamat disitu. Jumpa lagi bulan tiga tahun hadapan. Arsyad?. Oh ya dia masih wujud dan masih dipuji orang sekeliling tentang kecemerlangannya. Rahsia akan terbongkar kelak. Kau tunggu sahaja Arsyad. Nafas dihela perlahan. Okay next plan!.

"Abang nanti nak honeymoon ke mana.?"
Soal Aisyah sementara mama dan baba keluar sebentar membungkus makanan.
"Tak plan pun hahaha. Kak Nurah dari haritu cakap pasal Australia."
Kata abang yang jujur.
"Nak ke maldives ke?. Takpayah lah tempat tu adik cop dulu. Abang pergi tempat lain."
"Eleh, dah ada suami ke?."
"Ingat orang yang ada suami je ke boleh pergi. Kawan kan ada."
"Ingat plan mama ,baba ya adik. Arsyad tu hidup lagi. Macam-macam dia boleh buat. "
Kata abang dengan wajah yang amat serius.
Aku hanya membuat muka bersahaja. Tanpa disedari kepala aku ditunjal abang berulang kali.
"Kau ni bengap ke aku cakap buat muka ha ha ha"
"Dah la berhenti la gila. Ye ye aku dengar lah kau cakap . Hahaha. Sorry bang."

Tawa kami berdua terus meletus. Lama rasanya tidak meluangkan masa bersama. Rindu!.

Segar suasana pagi Tasik Putih Kluang diiringi dengan kicauan burung-burung dan embun yang berada di atas dedaun hijau. Segar!.
Cara paling berkesan menghilangkan keserabutan dikepala selepas SPM. Aisyah mengatur langkah sekali lagi untuk memulakan lariannya. Masuk kali ini sudah masuk pusingan ke 4 untuk Aisyah. Seawal 7 pagi lagi Aisyah sudah sampai ke sini seorang diri.

Akhirnya Aisyah dilepaskan untuk memandu sendiri. Apa gunanya lesen yang telah diambil jika tak manfaatkannya.
Baba kata kalau 'result' baik nak bagi hadiah kereta. Buat masa sekarang guna kereta mama yang telah lama terbiar di garaj.
Omel Aisyah sambil berlari anak dan menghabiskan pusingan terakhir itu.

"Assalamualaikum."
Sebaris ayat yang menyedarkan Aisyah yang sedang leka membuat senaman sejukkan badan.
"Waalaikumussalam."
Balas Aisyah sambil mencari arah suara itu.
"Wahhh Syarif!."
Teriak Aisyah disaat terpandang wajah lelaki kacak yang meminatinya dahulu.
"Hahaha, asya datang dengan siapa?."
"Seorang je . Hilangkan serabut."
"Drive ke grab?."
Kata Syarif yang sudah mengambil tempat duduk di sebelah aku.
"Drive hehe ,datang dengan siapa ?."
Soalku kembali.
"Wahhh drive ek , saya datang dengan.."
Belum sempat Syarif menghabiskan ayatnya Saffiya terlebih dahulu memotong.
"Datang dengan aku ."
"Gila lah tak bagitau aku pun yang korang ehem ehem."
Syarif sudah tersenyum malu begitu juga Safiya tak disangka betul yang mereka berdua ini akan bersama. Eh tapi apa yang buat Syarif mahukan Safiya?.

"Aku..aku dah bagitahu Syarif pasal kau , Cikgu Asyraf dan punca-punca kenapa kau orang perlu disatukan."
"Hm dah agak dah."
"Eh takpa.Aisyah jangan risau saya penyimpan rahsia berjaya."
Celah Syarif setelah dia melihat wajah Aisyah berubah suram.
"Hahah iya lah tu . Aku dah nak balik ni bye nanti kita jumpa lagi ya piya ,syarif."

Kata Aisyah kerana terasa sudah lama benar dia berada di Tasik Putih itu. Tangan dilambai-lambai ke arah pasangan yang sepadan itu langkah diatur ke arah kereta Audi series mama nya. Kunci dikeluarkan dan Aisyah dengan pantas masuk ke dalam perut kereta.

Penghawa dingin ditekan. Ah nyaman rasanya!. Aisyah Huzairah masih belum bergerak dia ingin menyejukkan badannya sebentar di dalam kereta . Tiba-tiba kelibat seorang lelaki yang melintas dihadapan keretanya membuatkan Aisyah mengigil. Pintu terus dikunci dan tali pinggang terus dipakai . Aisyah terus berlalu pergi dari situ. Ketakutan telah menyelubungi dirinya .

Arsyad mahu apa lagi . Kata Aisyah sambil mengeluh berat . Pedal minyak ditekan,laju sahaja kereta Aisyah meluncur di atas jalan raya bagaikan tiada hala tujuan . Jalan yang dilaluinya ini bukannya jalan untuk pulang ke rumah. Mahu ke rumah siapa? . Ah!.
Teriak Aisyah yang sedang rungsing dengan kehadiran Arsyad. Aisyah memberhentikan keretanya di tepi jalan untuk menjawab panggilan telefon yang dari tadi berbunyi.

"Hello."
Kasar Aisyah bersuara.
"Ha eh ? Kau kenapa ni dik?."
Soal Alif Zafran yang pelik dengan kekasaran Aisyah.
"Tak ada apa. Kenapa ?."
"Haih,bila nak balik?. Kejap lagi ada orang nak datang rumah."
"Nak balik dah ni tengah otw. Abang dah sarapan ke?."
Kata Aisyah dengan nada yang sudah bertukar lembut.
"Belum tak ada orang masak . Tu mama baru nak masak sebab ada orang nak datang kan."
"Jap lagi adik balik kita pergi sarapan nak tak bang."
"Emm boleh lah cepat sikit. Adik balik terus pergi takut diorang sampai awal."
"Siapa diaorang tu?."
"Ok bye."

Aisyah Huzairah terpinga-pinga. Panggilan tamat begitu sahaja. Siapa yang mahu datang ke rumah ni?. Ei ni yang nak angin satu badan ni. Kata Aisyah dan terus menekan pedal kereta untuk pulang ke rumah mengambil abangnya Alif Zafran.

"Kenapa macam tak ada mood ni?."
Soal Alif Zafran yang melihat adiknya hanya menguis-nguis makanan yang dipesan sedikit pun tidak menjamah. Sakit kah?.
"Abang,…adik nampak Arsyad di tasik tadi."
Kata Aisyah dengan suara yang sudah bergetar-getar.

Wajah ceria Alif Zafran bertukar suram . Bimbang benar dia dengan keselamatan adiknya. Tak boleh jadi ni mesti kena satukan Aisyah dengan Asyraf segera. Bahaya Arsyad!.

"Dah jom balik,benda ni kena bawa bincang dekat rumah. "

Aisyah hanya mengangguk perlahan mengikut langkah abangnya ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience