Bab 32

Romance Completed 15301

Aku membelek kotak cincin untuk diberikan kepada isteriku. Cincin di dalam itu aku tenung. Anggaplah cincin yang abang bagi ni hadiah ulang tahun perkahwinan kita yang kali ke berapa entah. Tapi yang abang pasti,kita kahwin dah lebih 5 tahun.

Aku masuk ke perkarangan hospital untuk menjemput Aisyah dan membawanya keluar makan. Jam di tangan aku kerling,6.00 petang. Tepat pada masanya. Kereta aku parkir elok di hadapan lobi hospital untuk menunggu isteri tercinta. Beg hadiah tadi aku sorokkan di dalam dashboard.

Lambat pula Aisyah ni, oleh kerana ada kenderaan lain yang ingin mengambil tempat aku kerana ingin mengambil saudaranya mungkin yang sedang sakit aku terus ke hadapan mencari parkir yang sesuai. Langit mula mendung hujan renyai-renyai dan akhirnya lebat. Aku terus mengambil payung dan berlalu ke arah lobi hospital.

"Sayang dekat mana?"
Soal aku apabila panggilan dijawab Aisyah Huzairah.

"Dekat hospital lah ni nape."
Kata Aisyah Huzairah seperti tiada apa yang berlaku.

"Yang cuba tengok jam dah pukul berapa."

"Eh ya allah. Sorry bang Aisyah tak perasan. Kejap lagi Aisyah turun. "

"Abang naik lah. Hujan guruh ni tak berjalan pula dia ni nanti bila dengar guruh. Nanti terpeluk Doktor lelaki lain pula."
Ujarnya kepada isterinya yang sudah sedia maklum takut akan hujan.

Aisyah Huzairah akur dan dia terus mematikan panggilan untuk berkemas.

Aku berjalan menuju ke arah tempat isteri aku. Nampak dia sedang sibuk mengemas fail-fail yang bertimbun.

Punggung aku henyakkan di atas kerusi di sebelah meja Aisyah Huzairah.

"Abang kenapa basah ni."
Soalnya kepada aku .

"Tadi keluar kereta nak ambil payung. Hujan lebat pula masa tu. Basah sikit ni."

"Eh ni Asyraf Iskandar CEO F&S HOLDINGS ya?"
Soal Doktor Qaleesya iaitu doktor pelatih disini.

"Ya saya lah tu."
Balas suamiku ramah sekali. Aku masih menyibukkan diri mengemas barang-barang di atas meja ini.

"Wahhh. Saya peminat setia awakk."
Katanya sedikit teruja.
Aku yang berada disitu seperti halimunan. Tersentak juga mendengar doktor cantik dihadapannya ini mengaku sedemikian. Berbulu telinga I dengar noks.

"Lah ya ke. Terima kasih lah,saya biasa-biasa je."

"awak datang sini kenapa? Melawat siapa?"
Kata Doktor Qaleesya ingin memanjangkan perbualan.

"Dia datang nak ambil akak lah Qaleesya."
Kata aku mencelah. Tak sanggup melihat drama mereka berdua lagi.

"Ohh kawan ke?"
Ujarnya bersahaja dan masih memandang miang suamiku.

"She's my wife."
Kata Asyraf Iskandar.

Aku memberikan senyuman lebar untuk perempuan di hadapan ini. Dia kelihatan terkejut sekali.

"He's my husband. "
Kata aku dan terus menarik tangan suami aku untuk pulang.

"Macam tak ada orang lain je dia nak minat. "
Kata aku setelah masuk ke dalam kereta.

"Jelous ke tuuu." Katanya kepada aku.

"Eh mestilah. Sangat-sangat jealous. Abang lepas ni jangan bergaya sangat."
Kata aku bersahaja.

"Baik lah maam. Abang bergaya sangat ke?"
Soalnya.

"Bergaya lah tu dengan baju pejabatnya,janggut halus kemeja lengan terlipat."
Kata aku berbetah.

"Hahaha ye baiklah. Lepasni abang bergaya untuk sayang je. Sayang pun sama,abang tengok doktor-doktor lelaki yang dekat atas sana kemain lagi tenung sayang."
Katanya.

"Ok deal. "
Ujar aku tegas.

Entah kenapa agaknya dengan Aisyah. Sebelum ini tak adalah cemburu sangat, perempuan lain siap ajak bergambar lagi tak adanya dia nak kisah yang penting jangan lebih-lebih. Tapi kenapa eh hari ni?.

Aku memandang wajah isteriku yang kepenatan. Aisyah lupa ke anniversary kita hari ni. Tak apa lah,abang tak ambil hati.

"Abang Aisyah lapar,nak makan yang abang masak."
Katanya kepada aku sambil mengelip-ngelip kan matanya.

"Abang baru nak bawa Aisyah keluar dinner nanti."
Rancangan aku tertunda untuk membuat suasana romantik sewaktu makan malam nanti.

"Alahh,esok je lah. Abang masak untuk Aisyah ye? "
Pintanya seperti anak kecil.

Manja benar Aisyah Huzairah kali ini. Pelik aku.

"Ok lah kalau macam tu. Sayang nak makan apa?."
Soal aku kepadanya.

"Anything yang abang pandai buat."

Aku terus mengangguk-angguk. Sampai sahaja di rumah aku terus berlalu ke arah dapur melihat bahan yang berada di dalam peti sejuk. Apabila melihat Aisyah Huzairah telah berlalu ke atas,aku terus meluru ke arah kereta untuk mengambil cincin tersebut dan disorokkan.

Usai masak,aku terus membersihkan diri menggunakan bilik mandi di bawah. Pasti Aisyah sedang menggunakan bilik mandi kerana dia tidak keluar dari tadi.

Selesai mandi,dengan keadaan hanya memakai seluar pendek kerana tiada baju di bawah,aku terus naik ke atas untuk melihat Aisyah Huzairah. Senyap sahaja dari tadi. Beg hadiah aku sorokkan di belakang badan.

Aku menguak pintu bilik dan melihat kelopak bunga ros serta belon berwarna putih jernih menghiasi bilik hingga ke atas katil. Sebaris belon yang tertulis 'happy annyversary 8 year +' aku perhatikan. Terharu pula rasa. Patutnya aku yang patut buat semua ni untuk dia.

Kelihatan Aisyah Huzairah keluar dari bilik mandi sambil mengesat rambutnya yang basah.

"Happy annyversary dear. "
Kata Aisyah Huzairah sambil tersenyum manis walaupun wajahnya nampak terkejut.

"Dear? "
Soal aku teruja. First time ni weh!.

"Tak nak ulang dah. Patutnya ni suprise lepas kita habis makan. "
Ujar Aisyah Huzairah.

"Hahah abang agak dah. Bila Aisyah buat semua ni?"
Soal aku sambil melabuhkan punggung ke atas katil.

"Tadi lah. Tu yang Aisyah tak bagi abang naik bilik. Abang masak apa?"
Soal Aisyah.

"Western je. Anyway,terima kasih sayang,jadi isteri abang yang baik,yang taat dekat abang,yang semua lah. Abang tahu abang bukan suami yang baik,yang bukan idaman Aisyah tapi,abang nak Aisyah tahu yang abang lah orang yang paling bahagia bila Aisyah selalu ada dengan abang. Nah ambil lah hadiah yang tak seberapa ni. Abang harap Aisyah suka. Thank you again my wife. I love you sooooooo much."
Ujar Asyraf Iskandar

Tubir mata sudah dipenuhi air berharga. Aku mengesat sedikit terharu. Tak sangka sayangnya dia pada aku. Aku menyambut beg kertas itu.

Tangan Asyraf Iskandar aku capai.

"Abang,Aisyah lah orang yang paling beruntung dapat suami macam abang. Abang dah sempurna bagi Aisyah. Abang segala-galanya bagi Aisyah. Aisyah minta maaf kalau selama ni Aisyah tak pernah nak hargai abang,tak pernah cukupkan makan,minum ,pakai abang. Selalu keras kepala. Tapi,Aisyah nak bagitahu yang Aisyah sayang sangat dekat Cikgu Asyraf."
Kata aku sambil mencium tangannya.

"Semoga kita sama-sama jadi suami isteri yang diredhai Allah ya. "
Ujarnya sambil mencium dahi aku.

Kami bertentangan mata buat seketika. Baru aku perasan yang dia tidak berbaju dan hanya berseluar pendek manakala aku pula hanya mengenakan T-shirt dan legging.

"Abang seksi sangat ke? Tak berkelip sayang tengok abang."
Katanya kepada aku.

Aku terus melarikan pandangan dan terus menarik tangannya untuk turun makan.

Apa lagi yang tidak cukup pada Asyraf ni,semuanya cukup sempurna. Masak pun sedap! Sayang sangat. Kami menghabiskan masa bersama pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience