Bab 24

Romance Completed 15301

Suasana pusat membeli-belah itu riuh sekali. Aku duduk di sebuah restoran makanan yang di tetapkan oleh gadis di balik talian kelmarin. Sedang aku asyik melayan laman sosial ada suara yang menegur.

"Aisyah?."
Soal gadis berambut ikal mayang dan berkasut tinggi.

"Ya."
Balas aku ringkas.

Gadis itu terus duduk di hadapan aku. Wajahnya nampak seperti serabut,bermasalah dan tertekan.

"I Dhanna Rania."

Walao!. Kenapa macam kenal ni?. Siapa dia apa kena mengena dia dengan aku. Argh.

"Apa yang penting sangat sampai nak jumpa saya?."
Soal aku ingin cepat. Tiba-tiba rasa tidak sedap hati pula.

"Give me back Asyraf Iskandar. He's mine."

Oh ya. So ini ke 'nurse' yang diperkatakan tu?. Desperate.

"Sorry. He's already mine. "
Balas aku malas mahu melayan.

Seraya dengan itu aku terus bangun meninggalkan Dhanna Rania. Dia bukannya bodoh dia juga bangun mengekori aku.

"I minta baik-baik bagi je lah."
Katanya ada sedikit nada kemarahan.

"Awak ingat suami saya ni some 'things' ke yang boleh bagi-bagi."

"Eh budak. Sedar lah diri sikit you ni budak hingusan je. Kahwin pun sebab keluarga kan?. Ke you dah main dengan jantan lain then suruh Asyraf jadi pak sanggup?."

Bingit rasa telinga aku mendengar perempuan ini mereka cerita. Sebaik sahaja tangan ingin mendarat di pipi yang penuh dengan blusher dan foundation itu tangan aku di halang seseorang.

"Enough Ana. Kita tak pernah ada apa-apa. We're nothing. Kita kawan dulu. Bukan sekarang. You're getting worst Ana. Saya dengan Aisyah ni kahwin sebab kerelaan masing-masing. Anggap kita tak ada jodoh. Jangan berani buat cerita pasal Aisyah yang bukan-bukan. I'm her husband. I know how Aisyah was. Not you,not even your brother."
Tengking Asyraf Iskandar kepada Dhanna Rania.
Aku pula dihurung rasa bersalah kerana menipu Asyraf Iskandar kelmarin. Bukan dia ada meeting ke?.

"You make me fall for you then you boleh kahwin dengan budak lepasan spm macam ni?. Teruknya taste you Asyraf. "

"Don't disturb us Ana. She's my wife now. I love her jodoh,pertemuan,ajal,maut semua di tangan tuhan. Kita ada agama Ana,bercakap guna otak ingat agama. You're different now . "

Aku masih tercegat berdiri. Mujurlah di kawasan itu tiada orang. Hanya kami bertiga.

"Wait and see. Satu langkah kaki budak ni keluar dari rumah. Bahaya ada keliling dia. "
Pesan terakhir kemudian Dhanna Rania meninggalkan kami berdua.

Asyraf Iskandar menghembus nafas dengan kasar. Lengan baju kemejanya berlipat dan tie tidak lagi dipakai. Mata aku direnung dalam-dalam.

"Dah jom balik."
Katanya sedikit tegas kemudian memegang tangan aku.
Tangan aku dipimpin seerat-eratnya. Aku tahu dia marah. Maafkan Aisyah.

Sampai sahaja di rumah aku terus melarikan diri dan naik ke dalam bilik. Takut dimarahi ke atas kesalahan sendiri. You're worst wife ever lah Aisyah!.

"Kenapa tipu abang. "
Soalnya. Suaranya sedikit mendatar seakan tidak marah lagi.

Aku masih kaku tidak mampu menjawab. Aku melihat ke arah beberapa kotak yang berisi barang-barang kepunyaan Asyraf Iskandar sedang tersusun elok di atas lantai.
Apa semua ini.

"Aisyah abang tanya ni."
Katanya lagi dan terus menghenyakkan punggung di birai katil.

"Aisyah nak tahu siapa yang call semalam. Dia kata ada hal penting. Aisyah nak tahu. Kalau Aisyah bagitahu abang yang Aisyah nak keluar mesti abang tak bagi."

Asyraf Iskandar menghela nafas perlahan.

"Aisyah, awak tahu kan keluar dengan orang yang kita tak kenal ni aras bahaya dia tinggi. Abang tak halang pun kalau awak nak keluar dengan kawan-kawan awak. Tapi please Aisyah,please bukan dengan stranger. "
Katanya dan terus memandang aku.

Wajahnya penuh kerisauan.

"Sorry."
Balas aku dan terus tertunduk.
Teringat pula bila Dhanna Rania mengatakan bahawa aku ini sudah bermain dengan lelaki lain dan menjadikan Asyraf Iskandar sebagai pak sanggup. Ah dasar perempuan perosak rumah tangga!.

"Abang tak marah Aisyah tau. Abang cakap ni untuk kebaikan kita juga. Kebaikan Aisyah pun sama. Lepas ini apa-apa bagitahu abang. Jangan menipu lagi walaupun benda sulit."
Arahnya jelas.

Aku hanya mengangguk-angguk. Dia yang sedang duduk keletihan di birai katil aku peluk. Sebersalah rasanya.

"Abang tak mandi lagi lah sayang."
Katanya lembut.

"Ala wangi je."
Balas aku ringkas.

"Abang minta maaf buka telefon Aisyah malam semalam masa Aisyah tidur. Abang risau. Aisyah keluar je rumah abang terus follow Aisyah. Lagi satu,abang minta maaf pasal Ana."

"Dah lah abang,Aisyah tak nak tahu pasal dia."
Kata aku pasrah.

"Percayalah,abang tak pernah bercinta dengan perempuan lain selain Aisyah. "
Katanya lagi sambil mengusap kepala aku yang masih beralas tudung.

Aku merenung matanya kemudian mengalihkan pandangan ke arah kotak-kotak yang berisi barangnya.

"Abang,kotak tu apa benda.?"
Soal aku kepada dia yang sudah membuka butang baju. Ingin mandi mungkin.

"Abang dah berhenti sayang. Ayah perlukan abang dalam syarikat dia."

Kini tiada lagi Cikgu Asyraf cikgu kacak sekolah.

"Macam mana abang nak uruskan syarikat ayah kalau abang bukan dalam bidang yang macam tu?."

"Learn more about me."
Katanya sebelum masuk ke dalam bilik mandi.

Oh My. Kena korek rahsia dari siapa ni. Abang ni!. Aku terus turun dari katil. Tudung aku buka dan aku menukar pakaian. Legging separas lutut aku sarung. Selesa pula rasanya pakai seluar separas lutut ni dah lama tak pakai.

Langkah aku atur ke bawah. Lauk yang dah dimasak aku panaskan dan hidangkan.

Asyraf Iskandar menuruni anak tangga dengan pantas seperti ada sesuatu.

"Abang ni kenapa?."
Soal aku kepadanya.

"Lapar hahah."

Aku terus pergi kearahnya untuk meletakkan pinggan. Asyraf Iskandar yang tadinya bising tiba-tiba diam. Matanya asyik merenung aku.

"Kenapa asyik pandang Aisyah je?."
Soal aku.

"Siapa suruh pakai legging."
Katanya sambil tersengeh gatal.

"Kenapa? Tak boleh pakai ke."

Aku pergi dekat ke arahnya kemudian membisikan sesuatu.

"Huhhhh terabur iman abang yang!. Kang tak makan nasi kang."
Teriaknya sedikit.

Kami tertawa bersama-sama. Macam biasa,aku senang tengok dia makan dengan berselera tapi,mana nak korek rahsia dia ni.

Nescafe panas aku letakkan di atas meja hadapannya di ruang tamu.

"Terima kasih."
Katanya sambil mengambil air nescafe itu dan menghirupnya.

"Ada benda yang abang rahsiakan dari Aisyah ke?."
Soal aku tiba-tiba.

"Kenapa tiba-tiba tanya?."
Soalnya kembali.

"Saja."
Balas aku ringkas kemudian mengukir senyuman ikhlas sehingga menampakkan lesung pipit aku.

"U shoo cute lah my wife. Ok lah sebenarnya abang dah lama belajar pasal business dan perihal syarikat. Tapi entah lah minat nak jadi cikgu tu tiba-tiba ada. Ayah dengan ibu pun tak bantah sebab masa tu syarikat ok saja. "

"Ooh i see. Buku yang abang suka baca sebelum tidur tu buku pasal syarikat lah ya?."
Kata aku lagi.

"Iya sayang. Ayah bagi abang masa sebulan lagi untuk bersedia sebelum masuk kerja. Abang ada banyak sangat masa dengan sayang."

"Alamak hari-hari lah kena buli."
Kata aku sambil mencebik.

"Ye lah orang tu mana suka kita ada kat rumah."
Balasnya turut sama mencebik.

"Abang."
Panggil aku dan terus mengenyitkan sebelah mata kepadanya.

Tanpa menunggu lama Asyraf Iskandar kini tersengeh. Cepat sangat tergoda pakcik sorang ni. Aku terus bangun mengangkat mug berisi nescafe yang telah kosong. Asyraf Iskandar mengekori aku.

Macam-macam makanan dia minta siakap steam lah,ayam masak merah,nasi ayam hainan dan segala mak nenek resepi lagi. Aku membuka peti sejuk membelek lauk-lauk yang tinggal baki sahaja.

"Esok kena pergi supermarket."
Kata aku sambil menolak pintu peti sejuk dengan siku.

"Ok maam!."
Teriaknya.

Aku hanya tersengeh. Haih lah pakcik kalau saya sambung belajar nanti macam mana?.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience