Bab 26

Romance Completed 15301

Aku melangkah keluar dari bilik mandi. Leher aku panjangkan sedikit untuk melihat apa yang dibuat Asyraf Iskandar. Dia sudah pun menukar baju tidur dan rambut sedikit basah. Mandi di bilik mandi bawah mungkin.

Asyraf Iskandar sedang elok berselubung dengan selimut. Penghawa dingin juga telah dimatikan hanya kipas yang dihidupkan itu pun kelajuan yang minimum.

Aku terus turun ke bawah untuk mengambil ubat sempat juga aku menoleh ke luar hujan masih belum reda dan semakin lebat.

Milo panas dan air suam serta ubat untuk Asyraf Iskandar di bawa naik ke atas. Aku menghampiri meja kecil di sebelah katil untuk meletakkan cawan dan ubat tersebut.

"Abang,makan ubat dulu."
Aku mengerakkan tubuhnya.

"Letak je lah situ,nanti abang makan ye."
Balasnya perlahan. Serak sekali suaranya.

"Makan lah sekarang. Please."
Rayu aku padanya bila merasa badannya yang semakin panas.

Dia tidak membantah malah akur dan tersenyum kepada aku.

Selepas menelan ubat dia terus meneguk air. Dia duduk sebentar kemudian bangun tak tahu ingin ke mana.

"Abang nak pergi mana?"
Soal

"Abang nak ambil wudhu abang belum solat isyak."

Aku hanya mengangguk. Mahu solat berjemaah, aku cuti. Nasib baik tiada period pain kali ni. Kalau dua-dua dah sakit macam mana?.

Aku bersandar pada kepala katil sambil membaca buku-buku milik Asyraf Iskandar. Buat-buat faham aje lah. Semua buku berkaitan dunia bisnes mana lah aku terror.

Ayat demi ayat aku baca baru sahaja ingin sampai ke ayat terakhir kilat mula menyambar.

"Mak!!."
Aku menjerit dan kemudian dengan tidak sengaja mencampak buku Asyraf Iskandar ke bawah katil.

Mujurlah dia sudah habis solat. Wajahnya penuh riak risau. Sejadah terus disidai dan dia berlalu ke arah aku.

"Sini kat abang."
Katanya seakan memujuk.

Aku pantas datang ke arahnya. Tubuh panas itu aku peluk erat. Peluh mula merenek di atas dahi. Kilat mula sabung-menyabung.

Dia cuba menenangkan aku. Entah macam mana mata aku makin berat dan akhirnya tertutup dalam pelukan dia.

----------------

"Dah lah kak,Arsyad dah tak nak ada kaitan apa-apa lagi dengan Aisyah."
Kata Arsyad Iskandar kepada kakaknya Dhanna Rania.

"Ok fine! Kalau syad tak nak tolong akak,akak boleh buat sendiri."
Teriak Dhanna Rania di ruang tamu rumah.

Mujurlah di dalam rumah hanya tinggal mereka berdua. Ibu dan ayah mereka pula asyik ke luar negara sahaja.

"Akak punya plan mengarut! Syad menyesal tak ikut mummy pergi England!."
Jerkah Arsyad Adham. Sejahat-jahat dirinya pun dia masih boleh berfikir akibat meruntuhkan masjid yang telah dibina.

Dhanna Rania menolak gelas yang berada di hadapannya. Sekejap dia marah,sekejap dia tertawa. Arsyad Adham adiknya sendiri pun seram melihatnya begitu. Depressed bakali.

Arsyad Adham terus mengambil wallet,jam tangan dan telefon bimbit. Kunci kereta yang tergantung di ambil kasar. Pintu rumah dihempas kuat.

Nombor Aisyah Huzairah aku dail.

"Ye siapa ni?"
Kata seorang lelaki di hujung talian.

Ah! Aisyah mana. Macam mana aku nak mula kan ayat ni. Makin lama makin serabut semua sebab akak yang obses sangat dengan kau lah Asyraf

"Be careful. No need to know who i am. Just be careful. I'm begging you,both of you be careful."
Puas rasanya hati Arsyad Adham dapat menasihatkan suami Aisyah Huzairah. Tanggungjawab untuk memberi amaran selesai.

Mata aku melilau memandang ke arah 'signboard' yang menunjukkan jarak tempat-tempat tertentu yang ingin dijejaki.

Sedar tak sedar lebuh raya telah dimasuki untuk ke Kuala Lumpur. Jam di pergelangan tangan aku kerling. 3.30 pagi. Lebuh Raya yang aku lalui sekarang ini tidak lah lengang banyak juga kereta yang menuju ke arah destinasi masing-masing.

Tatkala kesunyian memandu,fikiran melayang terhadap perbuatannya terhadap Aisyah Huzairah setahun yang lepas. Ya Allah berdosa nya aku! Teriak Arsyad Adham kemudian mengetuk stereng kereta. Dengan fikiran yang masih celaru dia meneruskan perjalanan,pedal minyak ditekan mengaum garang kereta Lamborghini milik Arsyad Adham.

----

Wajah lena Aisyah Huzairah yang sedang tidur aku perhati. Tingkap di balkoni bilik aku tolak dan aku terus berdiri di balkoni bilik. Damainya suasana selepas subuh. Jam telah menunjukkan pukul 7 pagi.

Kebiasaanya kalau Aisyah Huzairah uzur,dia pasti turut sama tidur selepas menunaikan solat subuh. Tapi tidak untuk hari ini. Suara lelaki yang menelefon Aisyah semalam benar-benar membuat tidurku terganggu.

Dangerous around the corner ke? Aku meraup wajah berulang kali. Mata ditumpukan pada bunga mawar yang berada di halaman rumah di bawah. Cantik,secantik peminatnya. Aisyah Huzairah gemar benar akan bunga mawar merah. Kalau ada masa terluang pasti taman mawar di halaman rumah itu lah tempatnya menghabiskan masa.

Sakit kepala yang semalam bagai mahu meletup kini sudah sembuh. Hanya suara yang dirasakan masih serak.

"silau lah."
Kata satu suara yang menyedarkan aku dari mengelamun. Jam aku kerling 7.45 pagi. Matahari sudah menunjukkan tanda mahu memberi cahaya untuk hari ini.

Aku terus tersenyum memandang ke arah Aisyah Huzairah yang sudah berselubung dengan selimut mengelak dari silau mentari.

"Bangun yanggg. Mentang-mentang uzur."
Kata Asyraf Iskandar kemudian mendaratkan diri di sebelah isterinya.

"Sorryyyyyy Pak Cik."
Balas Aisyah Huzairah bersahaja dan terus bangun mengeliat.

Aku merenung Aisyah Huzairah dan terus menariknya ke dalam pelukan aku. Hai,bangun tidur pun wangi.

Mata kami bertentangan seketika. Jari jemari Asyraf Iskandar kini menyelak rambutku yang terurai menutupi mata.

"Nak mandi."
Kata aku dan terus mengalihkan pandangan.

"Someone is blushing am i right mak cik?."
Katanya dan melepaskan aku.

"Mana ada. "
Balas aku dan terus berlari masuk ke bilik mandi. Malunya!.

Aisyah Huzairah mengelap meja selepas mereka sarapan bersama. Asyraf Iskandar berlalu ke luar mencari udara pagi mungkin.

Selesai mengemas langkah aku atur juga untuk ke luar. Air suam dan ubat untuk Asyraf Iskandar juga ada di dalam pegangan tangan.

"Abang makan ubat ni."
Soalku yang telah mengambil tempat di bangku berhampiran taman mini mawar.

Dia tanpa banyak bunyi terus menelan ubat yang dihulurkan isteri tersayang.

"Abang nak tanya boleh?"
Soalnya setelah meneguk air.

"Bila pula pandai minta izin bila nak tanya ni?"
Soal aku kembali menyindirnya. Ya lah,sebelum ini bukan main lagi bertubi-tubi sahaja soalan yang dihamburkan tanpa izin

Dia tersengeh dan terus mendapatkan tangan aku. Cincin bertatahkan berlian ditenung olehnya. Kenapa dia ni? Jangan buat jantung Aisyah tak betul please!.

"Aisyah rasa selamat ke kahwin dengan abang?"
Soalnya. Aku hanya merenungnya dan mendiamkan diri. Memang semenjak berkahwin dengan dia, aku kerap menerima panggilan dan ancaman. Tapi,aku rasa selamat walau diancam bahaya.

"Abaikan lah soalan tu. Hahah."
Ujarnya setelah aku masih mendiamkan diri. Ada tawa yang dihamburkan disebalik soalan serius ini.

Aku menarik wajahnya kembali menghadap aku. Tangan kanan sedang mengusap pipinya.

"Abang pelindung Aisyah kan? Aisyah selalu selamat selagi abang ada dengan Aisyah. Abang dah janji akan jaga Aisyah macam mana Abang Alif dengan baba jaga Aisyah kan?"

Tanpa membalas kata-kata aku dia terus menarik aku dalam pelukannya. Wooo terkejut okay!.

"Kenapa pagi-pagi dah macam ni?"
Soalku ingin tahu.

"Tak ada apa. Abang saja tanya,eh kenapa Saffiya dah lama tak datang sini?"
Katanya menukar topik perbualan.

"Dia pergi PLKN lah bang. Seminggu je lagi balik lah dia. Lepastu result spm pun keluar."
Ujar ku.

"Haah eh abang baru teringat masa majlis penyerahan keputusan tu ada majlis perpisahan untuk abang sekali. Pelajar form 5 tahun lepas memang jadi tetamu VIP. "

Jantung aku ingin meletup disaat dia menghabiskan ayatnya. Dah lah naik satu kereta dengan dia nanti hadiah dia yang banyak dari 'peminat' sekeliling penuh satu kereta. Tu belum dia kata ada dinner khas untuk cikgu-cikgu sahaja. Wife mestilah bawa!.

"Nanti Aisyah amik result,Aisyah drive sendiri eh? Pinjam kereta mama. Boleh ambil Piya sekali."
Ujarku berharap dia akan memberi keizinan.

"Tengoklah macam mana. Malu naik kereta dengan abang ke?"
Soalnya membuatkan aku rasa sebersalah.

"Mana ada. Majlis abang kan lambat,keputusan SPM tu kan awal. Aisyah boleh pergi dulu."
Balas aku menafikan pertanyaan Asyraf Iskandar tadi.

"Abang hantar. No excuse. "
Tegas kedengaran suaranya di saat itu.

Aku terus meraih tangannya.

"Abang marah ke..?"
Soal aku tiba-tiba terasa hati dengan suaranya yang sedikit tegas.

Dia terus memalingkan wajahnya. Raut wajahnya turut berubah,sebersalah mungkin melihat air muka aku yang telah mendung.

"Mana ada ,tak sanggup lah abang nak marah dia."

Aku terus tersengeh. Dia kemudian megusap kepala aku. Tercabut ikatan di atas kepala. Kasar benar tangannya habis putus getah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience