Bab 1

Romance Completed 15301

Kring! Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Para pelajar beransur masuk ke kelas masing masing begitu juga dengan aku.
Aku?. Aku seorang pelajar tingkatan lima yang akan menduduki sijil pelajaran malaysia(spm) tidak lama lagi aku juga seorang pengawas sekolah di sebuah sekolah ternama SMK SERI PERDANA KLUANG, JOHOR. .
Aku anak bongsu dari dua orang adik beradik. Oh ya,nama aku Aisyah Huzairah comel kan?. Cantik bukan nama itu?. Aku ada abang, abang aku berkerja sebagai arkitek. Arkitek disebuah Syarikat yang gah juga namanya.Abang aku bernama Alif Zafran
'Oi aisyah kau berangan lagi ke apa! 'Jerkah diyana teman baik aku.
'Mana ada kau ni. 'Kata ku cuba berdalih.
'Sekarang masa sejarah cikgu muda tu yang ajar weh. '
'Cikgu muda?. '
'Cikgu asyraf lah. '
Aku hanya diam membatukan diri. Sejarah adalah subjek yang paling aku tidak suka. Cikgunya pula poyo tahap dewa. Cikgu muda ramai peminat dua puluh enam tahun umurnya. Dia juga guru pengawas yang paling tititiitoppp. Apa yang ada padanya sampai mereka tergila gilakan cikgu muda A. K. A poyo ini. Huh! Monolog aisyah di dalam hati. Apa yang membuatkan aisyah terlampau tidak suka akan cikgu asyraf adalah kerana cikgu asyraf pernah menanyakan soalan sejarah yang belum diulangkajinya. Sudah lah itu, ditertawakan pula itu. Bertambah bengang aisyah dengan cikgu poyo itu.

Kelas menjadi diam seketika setelah melihat Cikgu asyraf berjalan memasuki kelas 5SA itu. Pelajar perempuan lain sudah mula tersenyum senyum kecuali aisyah huzairah yang membuat muka tiada perasaan.
'Huzairah, boleh tolong saya padam papan putih?. 'Kata cikgu asyraf.
Ah inilah lagi satu masalah dia lain daripada yang lain suka panggil nama aku huzairah. Padahal orang lain panggil aku aisyah Kata hati aisyah lagi. Mata bertentangan mata dan aisyah akur kakinya melangkah perlahan untuk ke depan memadam papan putih. Pemadam papan putih dihulurkan yang dipegang cikgu asyraf diambil kasar oleh aisyah. Panntas tangan Aisyah memadam baki baki tulisan di atas papan putih itu.
'Nah. 'Kata aisyah sambil menghulurkan pemadam tersebut.
'Terima kasih huzairah. 'Kata cikgu asyraf.
'K. ' balas aisyah yang malas mahu melayan cikgu asyraf.

Baiklah kelas, harini kita buat ulangkaji sahaja ya. Lagi sebulan sahaja awak ingin menduduki spm kan. Baca nota nota yang saya ada bagi dan buat dengan awak. Saya ada kerja sikit nak kena selesaikan. Huzairah ikut saya sekejap. Arah cikgu asyraf kepada anak muridnya.
'apa lagi dia ni hadumakk!'. Kata hati aisyah lagi. Dia mengekori cikgu asyraf hingga ke bilik pengawas. Di dalam bilik pengawas ada dua orang pelajar tingkatan dua.
"Em cikgu ini hal apa pula?. "Tanya aisyah.
"Masuk nanti kita bincang"

"Baiklah. Sekarang ini saya dapat tahu yang awak dua orang ni lina dan sarah ada buat hal di sebelah petang. "
"Hal apa?. "Kata ku pada cikgu asyraf.
"Awak lupa ke huzairah?. "Kata cikgu asyraf menyoal semula huzairah.
"Tak bertugas, kerap ponteng,kuat melepak. Pakaian tidak melambangkan yang awak ini pemimpin. "Kata aisyah. Lina dan sarah hanya berdiam diri. Cikgu asyraf juga mendiamkan diri dan sedang memikir tindakan yang akan dilakukan terhadap lina dan sarah.
"Awak berdua digantung daripada menjadi penga was. "Tenang sahaja cikgu asyraf bersuara.
"Tapi cikgu kita orang dah menyesal. "Pujuk sarah dan lina.
"No. "Keras suara cikgu asyra bersuara.
Lina dan sarah berlalu masuk ke kelas. Di dalam bilik pengawas hanya tinggal cikgu asyraf dan aisyah sahaja. Aisyah terkebil kebil mahu masuk ke kelas ataupun tidak. Tanpa berfikir panjang aisyah pantas bangun dan berlalu ke arah pintu untuk masuk ke kelas.
"Nanti. "
Langkah aisyah terhenti bila suara cikgu asyraf berbunyi. Badan dipusing dan... Pap!
Aduh. Keluhan dari mulut aisyah terkeluar.
Sebaik sahaja badannya dipusingkan tadi boleh pula dia terlanggar badan tegap cikgu poyo itu.
"Kenapa berdiri dekat situ tadi kan dah terlanggar hish."bebel aisyah sambil berlalu masuk ke kelas.

Sudah pukul 1.30 petang dan abang aisyah masih belum menjemputnya untuk pulang. Hati aisyah sungguh tidak tenteram. Ingin sahaja dia menyumpah seranah abangnya ini. Tetapi apakan daya tidak baik pula, sanggup mengambil adiknya seorang ini dengan lambat. Oh!.
Kereta BMW meluncur keluar dari pagar sekolah. Kereta siapa lagi kalau bukan dia. Ya dia cikgu poyo itu. Tiba tiba kereta itu diparkir elok dihadapan aisyah. Tingkap diturunkan.
"Masuk lah. Biar saya hantar hari sudah mahu hujan ."
Aku hanya membatukan diri. Langit sudah mula menutup tirai bertukar menjadi gelap. Debaran dihatiku kian bertambah. Janganlah ada guruh, sungguh aku tidak suka.
Kereta BMW milik cikgu asyraf masih belum meninggalkan tempat menunggu itu. Tanpa diduga sambaran kilat mula menunjukkan diri. Tanpa mahu ber fikir panjang aisyah terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.
"Degil. "Kata cikgu asyraf sambil memandang wajah aisyah yang sudah kemerah merahan menahan takut.
"Cikgu hendak apa masa di bilik pengawas? " tanya aisyah sementara kereta masih belum bergerak. Cikgu asyraf sibuk menilik telefon pintarnya bagaikan mencari sesuatu. Perbualan 'whatsapp' cikgu asyraf dan abangnya dilihat. Bila cikgu asyraf menghulurkan telefon pintarnya .
Aisyah tergamam dan hanya mendiamkan diri. Terlupa pula yang abangnya dan cikgu asyraf ini memang sahabat sejak dibangku sekolah lagi.
"Bro, tolong ambil adik aku. Aku sibuk tiba tiba ada banyak kerja. Terima kasih" bait bait ayat abangnya terus melekat di sekeliling otak.
"Lain kali cuba dengar dulu saya nak kata apa. "Kata cikgu asyraf tenang sahaja.
Ah. Inilah sifatnya lemah lembut bila berkata kata. Tipulah kalau aku tak pernah sukakan cikgu poyo ini. Tetapi untuk nampak matang aku biarkan perasaan itu berlalu pergi. Dia kan cikgu aku.
"Singgah rumah emak saya sekejap ea. Dekat taman saujana. "
"Habistu pukul berapa saya balik rumah."
"Pukul 3."
Belum sempat aisyah berkata apa apa ,ayatnya telah dipotong oleh cikgu asyraf.
"Jangan risau. Semua ahli keluarga awak tahu yang awak balik dengan saya. Lagipun buat apa awak balik awal? Di rumah awak sekarang tiada orang.".
"Tiada orang."ayat itu diulangi dibibir aisyah.

Sewaktu di dalam perjalanan Aisyah diam tidak berkutik. Rasa janggal sekali berada di dalam kereta bersama cikgu lelaki. Telinga Aisyah sempat menangkap kadang Cikgu Asyraf akan mengikuti rentak nyanyian yang dikeluarkan di radio. Spontan sahaja aksinya bagaikan kewujudan Aisyah di dalam kereta hanyalah halimunan.

Dalam perasaan leka mendengar lagu-lagu hangat yang dikeluarkan di corong radio,tanpa Aisyah sedari wajahnya direnung Cikgu Asyraf. Disaat lampu isyarat bertukar merah Aisyah masih leka hanyut dalam mendengar lagu-lagu yang menyapa halus halwa telinganya. Lampu isyarat bagaikan memberi izin untuk Asyraf Iskandar merenung sepuas-puasnya wajah gadis jelita disebelahnya ini.
"Er..cikgu?."
Ada getar disebalik suara Aisyah sebaik sahaja dia melihat cikgu Asyraf tidak berkelip memandangnya.
"Ya. Ehem. Ehem."
Asyraf Iskandar berdehem beberapa kali sambil memandang semula ke arah jalan raya. Kantol!.
Suasana kembali sunyi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience