Bab 7

Romance Completed 15301

Aku pula rasa berdebar, entah kenapa ya agaknya. Seram bila dilihat muka Cikgu Asyraf begitu tegang. Dia memandang tepat kearah anak mata aku. Aku memberanikan diri berkata-kata.
"Ya, kenapa ya cikgu? Kalau tiada apa-apa saya balik kelas dulu. "Kata aku sejurus dengan itu aku memusingkan badan.
"Nanti. "Lembut pula suaranya.
"Awak balik pukul berapa hari ini?. "
"3.30. Ada kelas tambahan matematik tambahan. "
"Balik naik siapa?. "
"Abang. "
"Nanti cakap dengan dia jangan balik dulu, tunggu saya. Ada hal sikit. "
Aku sekadar mengangguk. Pelik. Memang pelik, dia mahu jumpa aku sebab mahu berkata hal itu sahaja?. Tapi, tidak mungkin aku rasa ada hal lain ini. Ah malas mahu memikirkan perkara tersebut Aisyah terus memusingkan badan untuk kembali ke kelas dan meneruskan sesi pembelajaran. Semasa mahu pulang ke kelas tadi berselisih pula dengan Cikgu Syareena. Masam sahaja mukanya. Sampai sahaja dipintu kelas tempat duduk cikgu masih kosong. Bukankah waktu Cikgu Ramlah sekarang ini? Tidak pernah pula dia lambat.
"Eh sha kau pergi mana tadi?. "Soal Diyana.
"Cikgu Asyraf mahu berjumpa dengan aku tadi. "
"Cikgu Syareena cemburu weh hahaha. "
"Patutlah masam je muka dia ek?. "
Sungguh kurang matang sikap Cikgu Syareena ini. Waktu demi waktu tamat. Kelas tambahan matematik tambahan pula hanya tinggal 10 minit. Jam di dinding menunjukkan jam 3.20 petang. Tidak sabar mahu pulang ke rumah, mahu peluk mama dan baba minta maaf. Hari tidak keruan beb bila buat salah dengan mak ayah.
"Aisyah. Dengar tak? "Soal Cikgu Azman.
"Ha? "
"Hantar buku ini dekat meja saya. Mengelamun lapar ke?. "Soalnya lagi. Cikgu yang seakan-akan sebaya dengan baba ini sangat baik. Disebabkan itulah markah matematik tambahan aku bertambah dan subjek ini menjadi subjek kegemaran. Seronok belajar dengan dia tidak tertekan.
Aku hanya tersengeh dan mengemas alat tulis yang berterabur diatas meja. Buku yang harus dihantar diangkat.
Mana Diyana ini? Balik dah ke baru nak ajak teman hantar buku. Monolog hatiku. Sedang kaki mahu melangkar keluar dari kelas Arsyad muncul dihadapan aku. Kaku rasanya kaki ini.
"Saya teman nak?. "Katanya.
"Tak perlu. "Kata aku tegas dan meluru keluar dari kelas. Perasaan takut mula menyelubungi diri. Wajah Cikgu Asyraf bermain-main di minda. Kenapa mesti wajahnya?. Entah aku masih tidak faham dengan perasaan aku. Hati ini menjerit-jerit mahu Cikgu Asyraf datang menyelamatkan dirinya.
Langkah dilajukan lagi. Mahu menaiki tangga tidak boleh berlari, jatuh lah pula nanti. Sempat hatiku bersuara. Arsyad masih ada di belakang mengekori aku. Kepala aku pusingkan.
"Nak apa?. !". Kata aku dengan bernada yang sedikit tinggi.
"Nak Aisyah. "
Gila babeng. Sebaris ayat yang keluar dari bibir Arsyad terus melekat di minda. Satu demi satu perkara yang dilakukan oleh Arsyad berlegar-legar di kepala. Muka aku menjadi pucat. Takut yang amat.
Pintu bilik guru dikuak. Kosong. Semua Cikgu sebelah petang pasti sedang sibuk mengajar. Aku pantas meletakkan buku-buku tadi di atas meja Cikgu Azman dan terus berlari keluar. Eh pantas juga aku berlari?. Sudah sampai di tempat mengambil wuduk bersebelahan dewan terbuka. Arsyad terus meluru kearah aku. Aku sempat mengerling jam di dinding dewan.
3.40 petang.
Arsyad menolak aku membuatkan badan sedikit ke belakang.
"Kau nak apa !". Kata ku sedikit berteriak.
"Nak kau. Kau pekak ke aku kata aku nak kau kan. "
"Kau ni gila ke?. "
Air mata sudah mula bergenang menahan kemarahan. Sekali lagi aku ditolak kali ini aku jatuh terduduk. Ah! Sakit. Entah kenapa suara bagaikan tersekat mahu menjerit. Air mata sudah mengalir keluar. Akibat ada cikgu sebelah petang yang lalu Arsyad terus melarikan diri. Cikgu tersebut mungkin tidak nampak kelibat aku dan Arsyad. Aku berusaha bangun dan mengibas sedikit kotoran yang ada dibaju akibat ditolak tadi.
Kaki sedikit terhincut-hincut menahan sakit kerana dilanggar Arsyad semasa dia mahu melarikan diri tadi. Aku lihat abang sedang berbincang sesuatu dengan Cikgu Asyraf. Bila wajah aku keluar dari pintu pagar esakan tangisan kian bertambah. Abang yang nampak akan diri aku yang terhincut-hincut berjalan serta baju yang sedikit kotor terus meluru ke arah aku.
"Adik! Adik kenapa ini. "Kata abang yang sedang cuba untuk memapah aku. Aku tidak mampu menjawab pertanyaan abang. Selepas abang meletakkan diri aku didalam kereta dia memesan pada Cikgu Asyraf yang Cikgu Asyraf perlu mengikutnya pulang kerumah.
Di sepanjang waktu perjalan pulang ke rumah. Hanya tangisan mengiringi ku. Segala pertanyaan abang cuba untuk aku jawab tetapi tidak mampu. Sakit gila kot!. Jatuh terduduk dengan hentakan yang kuat. Kaki dilanggar, dugaan sebelum SPM apakah ini Ya Tuhan. Mujurlah abang memahami. Aku bukannya sengaja tidak mahu menjawab, tetapi tidak mampu. Ya tidak mampu.
"Dah sampai, boleh jalan tak kalau tak abang dukung?. "Soal abang penuh kerisauan.
"Boleh jalan sikit sikit, abang papah boleh?. "
"Alright. "
Sewaktu aku dipapah abang, Cikgu Asyraf baru sahaja sampai di perkarangan rumah aku. Selepas abang menghantar aku masuk ke dalam rumah, mama terus berlari ke arah aku. Penuh riak kerisauan pada wajah mama. Perasaan sebak, rindu, bersalah mula muncul bila menatap wajah yang semakin tua semakin cantik itu.
"Mama! "Kata ku sedikit menjerit.
"Adik, adik kenapa ini adik siapa buat macam ini?. "Soal mama bertubi-tubi. Tanpa menunggu apa-apa aku terus menceritakan kejadian yang berlaku berapa minit yang lepas. Mama sungguh terkejut titisan air mata menyembah bumi kerana takut anak perempuannya yang seorang ini diapa-apakan. Selesai mama menguruskan membersihkan aku, mama menyuruh aku berehat dan dia akan naik semula untuk menghantar makanan. Selepas memesan perkara tersebut, mama terus lesap. Ke bawah mungkin?.

------------------------
'Abang' Sapa Puan Hazila perlahan terhadap abang yang sedang leka berborak dengan Asyraf Iskandar.
"Ya ma."
Balas Alif Zafran.
"Hal pasal adik abang ni dah semakin serius. Ma risau bang risau."
Kata Puan Hazila sambil menahan sebak di dada.
Mata Alif Zafran dialihkan pula kepada Asyraf Iskandar.
"Macam mana weh?."
Soal Alif Zafran kepada Asyraf Iskandar.
"Tempat kejadian tak ada cctv la alip.Kalau aku cerita dekat pengetua dia nak percaya ke sebab Arsyad pelajar cemerlang sekolah."
Jawab Asyraf Iskandar dalam perasaan dilema.
Aisyah nampak sakit sangat tadi.Haih.
Satu keluhan keluar dari bibir Asyraf Iskandar.
"Boleh jaga Aisyah dekat sekolah tak?."
Soal Puan Hazila pada Asyraf Iskandar.
"InshaAllah. Cik Ila dan err pasal.."
Kata Asyraf Iskandar dengan suara bergetar dengan serta merta peluh mula muncul di dahinya.
"Pasal apa?."
"Kkkawin."
Kata Asyraf Iskandar gagap.
Kegagapan itu menimbulkan rasa geli hati pada Puan Hazila san Alif Zafran.
"Ya,Cik Ila dan Cik Adam ok memang itu niat kami. Sekarang semua benda terserah pada ibu dan Asyraf lah."
"Aisyah?."
Itu sahaja yang difikirkan Asyraf Iskandar dari tadi.
"Tunggu seminggu ya Asyraf,dua hari sebelum SPM inshaAllah Aisyah pasti beri jawapan."
Tiba-tiba suatu bunyi esakan ditangga. Haih ya Aisyah mendengar perbualan mereka.
Tanpa menunggu Aisyah terus masuk semula kedalam bilik.

Puan Hazila dan Alif Zafran berlari naik ke atas.
Pintu bilik diketuk.
"Adik.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience