Bab 14

Romance Completed 15301

Cincin tunang ditangan Aisyah Huzairah kerling. Tunang orang dah? . Tak sangka bertunang dengan cikgu sendiri.

Sejak bertunang tempoh hari Asyraf Iskandar dan Aisyah Huzairah sudah jarang berhubung. Asyraf Iskandar sibuk menyiapkan beberapa kerja yang tertangguh.
Hanya Saffiya dan Syarif sahaja yang Aisyah jemput ke majlis pertunangannya dan pernikahan abangnya.

Diyana? Ada aku jemput. Siap datang ke rumah lagi. Tapi ditengking pula apa lagi balik lah. Diyana hai Diyana 5 tahun kita berkawan tapi kau bencikan aku hanya kerana lelaki?.

Abang tengah honeymoon dekat Perth,Australia. Hua nak ikut.! Majlis pernikahan dengan persandingan abangnya berjalan lancar. Kedua orang tua mereka teruja dapat terima menantu. Siti Anurah,baik orangnya ,sopan,cantik ,pandai memasak full package!. Untung abang.

Telefon yang berdering dari tadi diangkat.

"Hello Aisyah!. "
Teriak Saffiya.
"Ha kenapa kau ni jerit-jerit."
Balas Aisyah tenang. Saffiya ni kalau gelabah suka menjerit-jerit.
"Hang pi tengok sat IG Diyana dia ada bukak ceghita pasal hang."
Keluar segala loghat kedah Saffiya. Aku terkedu. Talian pantas aku tamatkan dan aku bertindak mengikut arahan Saffiya.

Allah. Diyana kenapa kau buat aku macam ini. Kau malukan aku. Air mata laju mengalir ke pipi tiada hentinya.

Serentak dengan itu notifikasi whatsapp berbunyi tanpa henti.
30 mesej masuk dan semua bertanyakan tentang aku dan Asyraf Iskandar. How dumb are you Diyana!.
-------------------------------------------

Asyraf Iskandar mengeliat kecil. Horrey! selesai kerja . Dia mengemas fail-fail dan kertas-kertas yang bertaburan di atas meja.
Telefon pintar yang sedang mendendangkan lagu rancak itu diangkat.

"Asyraf."
Kata Aisyah dihujung talian dan tidak dapat berkata-kata dengan lancar. Tersedu-sedu dia menangis malu.
"Kenapa ni Aisyah awak kenapa ni."
Risau Asyraf Iskandar melihat tunangnya itu menangis.
"Nak pergi Garden nanti saya cerita."
Mahu berjumpa di rumah tak akan lah mama dan baba tiada di rumah. Apa kata orang nanti.
"Ok tunggu sekejap lagi saya sampai awak siap lah dulu."

Mata Aisyah masih kelihatan sembap dan merah. Diyana melampau sangat sampai 'post' gambar aku dan Asyraf Iskandar berkapsyen tidak puas hati.

Asyraf Iskandar mengerling Aisyah Huzairah untuk kali yang keberapa agaknya. Risau melihat Aisyah.

Sampai sahaja di Garden Aisyah Huzairah mengambil tempat di bangku yang mempunyai meja berhadapan dengan taman bunga ros.

"Kenapa ni sebenarnya."
Kata Asyraf Iskandar.

Aisyah Huzairah tidak mampu untuk berkata-kata. Matanya yang sudah bertakung mula banjir telefon pintar yang dari tadi berada di sisi dibiarkan berbunyi. Notifikasi dari 'WhatsApp' tidak berhenti dari tadi. Semua bertanyakan tentang apa yang dinyatakan oleh Diyana.

Asyraf Iskandar dengan cermat mengambil telefon pintar Aisyah. Mahu dipegang Aisyah?. Masih belum halal. Asyraf Iskandar buntu apa yang harus dia lakukan.

"Astagfirullahalazim. "
Sebaris ayat yang keluar dari bibir Asyraf Iskandar apabila dia melihat tindakan Diyana berbuat demikian.

Marah yang mendidih di tahan. Perlu bersikap matang. Biasalah budak-budak selalu buat perkara tak betul macam Diyana.
Aisyah Huzairah yang semakin tenang membuatkan Asyraf Iskandar sudah berani untuk bersuara.

"Kita kena bersihkan balik nama kita ni Aisyah."
Katanya sambil meletakkan semula telefon pintar Aisyah Huzairah.
"Macam mana?."
Balas Aisyah Huzairah dan dengan serentak mengangkat wajahnya yang sudah merah selepas menangis.

"Pandai-pandailah saya. Awak sabar je dulu ok."

Apa lagi yang ingin dilakukan oleh lelaki dihadapannya ini. Aisyah hanya mengangguk.

"Jom pergi IceTown?"

Beb,tipu lah kalau aku tak cair dengan cara Cikgu Asyraf Iskandar ni. Perempuan mana yang tak suka ni semua? Cuba cakap. Dah dapat jangan lepaskan ok.?

Aisyah Huzairah tersenyum girang. Bestnya!.
"Suka lah tu, jom."
Balas Asyraf Iskandar.

Dia menarik nafas lega melihat Aisyah berhenti menangis. Bibit cinta dah timbul ke? .


Asyraf Iskandar mengatur ayat untuk ditaip. Semua guru-guru di sekolah juga sudah tahu tentang hubungannya dengan Aisyah Huzairah. Alhamdulillah semua menganggap positif dan memahami mereka. Tinggal mahu selesaikan tentang kawan-kawan Aisyah yang masih ragu-ragu dengan 'post' Diyana itu sahaja.

Pantas jari jemari Asyraf Iskandar menari- nari di atas papan kekunci komputernya. Masalah kena selesaikan segera. Move Asyraf move!.

*Bismillah, Assalamualaikum pertama sekali saya Asyraf Iskandar akan berkahwin pada 17 Disember tahun ini bersama pasangan saya Aisyah Huzairah. Kami berkahwin bukan kerana seperti yang dinyatakan oleh seseorang kawan Aisyah. Aisyah tidak mengambil kesempatan terhadap saya , dia tidak menggoda saya dan saya tidak pernah menyentuh dia. Kami berkahwin atas kehendak keluarga tentang masalah yang dihadapi Aisyah dan kami berdua rela . Bukan atas keterpaksaan atau fitnah-fitnah yang kami terima. Terima kasih semoga dengan pernyataan ini kami atau Aisyah tidak lagi difitnah.*

-Send!-. Asyraf Iskandar menjerit lega. Dia menghantar pernyataan berikut kepada beberapa aplikasi yang sering dikunjungi ramai.


Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Asyraf Iskandar berlalu turun ke bawah. Dia menguak daun pintu .
"Hoi acap."
Tegur Zariq sebaik sahaja dia ternampak wajah sahabat baiknya .
"Lah kau masuk lah masuk kejap aku buka pintu."

Zariq melangkah masuk bersama satu bungkusan apa dia ya?.

"Gila besar rumah. Duduk sorang pula tu. "
"Eleh ,tak lama lagi berdua lah kau apa tahu."
Balas Asyraf Iskandar bersahaja.
"Aku tahu lah hahaha."

"Hah nah minum dulu. Air 3 in 1 je lah aku belum ada bini nak suruh buatkan kau air."
Kata Asyraf Iskandar sambil meletakkan secawan air dihadapan Zariq.

"Sabar tak lama lagi ada bini kan."

Asyraf Iskandar tersenyum dan meminta izin Zariq untuk naik ke atas sebentar.
Kad perkahwinan nya dengan Aisyah tersusun rapi di dalam laci meja. Dia mengambil satu dan membawa turun ke bawah.

"Nah weh,jemput datang ya bawa awek kau tu."
"Terima kasih cap ,cantik kad. Cakap pasal awek.."
Dengan tiba-tiba wajah Zariq yang tadi ceria bertukar suram.
"Eh sorry lah do ,aku salah cakap ke."
" takpe cap,aku datang sini pun sebab nak luahkan perasaan ni ha."

"Cerita lah zariq biar kau lega."
"Dia kena kahwin dengan pilihan keluarga. Aku nak buat macam mana puas dah aku pertahankan. Aku dah jumpa keluarga dia,dia pun dah jumpa keluarga aku tapi tiba-tiba mak dia terima pinangan orang lain tanpa berbincang dengan awek aku tu. Awek aku dah broken teruk. Aku? Kau jangan tanye lah. Dah seminggu tak balik rumah merantau. Dengar cerita bakal menantu dia orang tu orang ada-ada gaji sebulan ber 'K' 'K'. "

"Lah,kebahagiaan anak dia dibeli pakai duit. Kesian kau aku simpati dekat kau. Kau pun apa kurangnya? Kereta dua biji kot dekat rumah. Superbike satu,rumah nak masuk 3. Semua cash. Masa family berjumpa tu berjumpa dekat mana?."

"Rumah nenek aku cap dekat kampung. Rumah mak aku tengah renovate. Rumah aku tengah repair bahagian belakang dengan depan ada masalah apa tah. Ex aku ok je dia lagi suka adalah. Tapi mak dia yang melebih tak padan pakai proton je. Masa aku bawa keluarga dia tu aku pakai kereta atok aku. Kereta legend tu. Belum sempat cerita lagi yang aku ada kereta,rumah,motor dia orang dah minta diri nak balik. "

"Sabar lah cap,nanti aku cari calon baik punya untuk kau. "
"Aku tak nak budak sekolah tau."
"Apa ni menganjing. Hahaha. Dekat sekolah aku ada Cikgu perempuan ni single lagi nanti aku kenenkan."
"Ye la cap,nah helmet ni aku nak bagi kau banyak sangat dekat rumah tu. "

Asyraf Iskandar membelek pemberian sahabatnya itu
Gila lah Arai New Series kot. Ribu-riban ni harga. Suberbike aku pun tengah servis haritu jatuh.

"Tak pakai beli buatpe mahal ni riq."
"Limited edition dia keluar sekali je ni. Aku grab terus. Yang Shoei dekat rumah haritu beli pun belum pakai. Ni aku bagi kau je lah sedekah plus hadiah kahwin."

Petang itu mereka menghabiskan masa berbual bersama. Lama mereka tidak bersama begitu simpati ke atas apa yang jadi kepada Zariq. Kesian dia mujur lah baru berkenalan tak sampai setahun tak adalah kecewa menonggeng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience